Isu jeti Sarawak RM 50,000 ni hampir sama situasinya di Kenya

Pastinya dalam fikiran kita kalau jeti dengan kos RM 50K pasti, mesti jeti tu lawa, selesa untuk lepak, mempunyai pelbagai kemudahan dan sebagainya. Akan tetapi, ‘indah khabar dari rupa’ apabila jeti yang siap itu sangat menghampakan.

Itulah apa yang berlaku di sebuah projek jeti Kampung Mutap, boleh tengok gambar jeti di bawah:

Imej dari JKR Sarawak.

Projek pembinaan ini menerima kecaman teruk dari netizen, kerana ramai orang tak percaya takkanlah dengan kos RM 50,000 boleh dapat jeti macam ni. Ditambah pula dengan tiada unsur keselamatan atau keselesaan pada jeti ni.

Pepatah berkata, “bagai orang mengantuk disorongkan bantal” kerana haritu kami ada terbuka Quora dan saja skrol-skrol cari konten menarik, lepas tu, kami jumpa satu soalan menarik bertajuk “What is the best photograph of government corruption?“. Pelik kan, kenapa tiba-tiba je cerita pasal ni, inilah sebabnya…

Isu di Kampung Mutap sama situasinya di Kenya

Ada satu soalan di Quora bertajuk ‘What is the best photograph of government corruption?’ Kemudian ada individu bernama Wairia ni berkongsi tentang kisah Gabenor Kenya merasmikan jambatan di kawasannya.

Berikut ialah perkongsian kisah gabenor tersebut:

Imej dari Quora.

Dah baca jawapan Quora di atas? Takpe, kami terangkan lebih lanjut kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Gambar ini terlihat seperti beberapa orang mengenakan pakaian sut lengkap sedang merasmikan jambatan buruk.

Kisah ini berlaku di Kirinyaga County, Kenya mengenai gabenor mereka Joseph Ndathi merasmikan sebuah jambatan buruk dengan memotong riben sambil ada orang bertepuk tangan dan bersorak seperti pembukaan bangunan pencakar langit.

Apa yang mengejutkan ialah jambatan buruk itu memakan kos KSh 5 juta (bersamaan dengan RM 182K). Katanya itulah yang mampu mereka buat untuk jambatan buruk tersebut. Sebenarnya jambatan tu, hanya dicat semula dengan warna biru untuk nampak baru, itu saja. Lepas tu, mereka merasmikannya ibarat seperti perasmian projek mega.

Apa korang rasa berbaloi ke dapat jambatan macam ni? Imej dari Jambonewspot.

Kami juga ada menjumpai sebuah laporan dari Kerajaan Kirinyaga County, mereka telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk rakyat mereka, antaranya projek air, pengenalan subjek ICT di politeknik, pembinaan jalan dan juga pembinaan jambatan.

Berdasarkan laporan tersebut, ia mengatakan di sana jambatan adalah akses utama untuk pergi klinik, sekolah dan pasar kerana jika sungai terlalu tinggi dan deras, agak menyukarkan mereka untuk pergi-pergi ke tempat tersebut.

Selain itu, pengangkutan hasil pertanian ke pasar dan pusat membeli adalah kesukaran tanpa pembinaan banyak jambatan kaki di mana orang boleh menggunakan motosikal, basikal dan lalu lintas manusia.

Jadi, mereka keluarkan idea untuk membina 13 jambatan di beberapa kawasan Kirinyaga County. Hmmm…pelik juga mereka bina banyak jambatan, tapi sampai jambatan tu, mereka cat saja dan mengaku itulah yang mereka mampu buat.

Imej dari Laporan Kiringaya County.

Jeti di Kampung Mutap kena dengan kos RM 50,000?

Selepas menerima banyak kecaman dari netizen di seluruh media sosial Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri tampil memberikan kenyataan. Sebenarnya jenis kayu yang digunakan untuk pembinaan jeti tu agak mahal, iaitu kayu belian.

Memang namanya kayu belian tau, bukan kayu yang dibeli. Imej dari Borneodihati.

Mula-mula pihak JKR Bahagian Miri nak bina satu jambatan keluli, tetapi tak cukup bajet, tetapi Ketua Kampung Mutap, Sediah Abdullah memilih untuk jeti daripada kayu belian. Mereka juga berkata harga kayu tersebut agak mahal, iaitu RM9000 semeter. Projek berjaya disiapkan pada 6 April 2022 dan diserahkan kepada Ketua Kampung Mutap selepas penilaian akhir jeti tersebut memuaskan.

“Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga.” – kenyataan dari abatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri, dipetik dari Harian Metro.

Isu jeti Kampung Mutap ni juga dikatakan mempunyai unsur rasuah, ada betul ke?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati TIADA sebarang unsur rasuah dalam pembinaan jeti kayu tersebut. Selepas viral di media sosial, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya difahamkan mengarahkan SPRM Sarawak menjalankan.

“Ibu pejabat mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai. Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar.” – kenyataan dari SPRM, dipetik dari Berita Harian.