Asam taik hidung? Ini 5 jajan ‘orang lama’ yang mempunyai sejarah tersendiri

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Terdapat banyak jajan (makanan ringan) yang wujud masa zaman kita kecil sampai lah sekarang, kita tak pernah bertanya pun dari mana ia datang, yang kita semua tahu beli dan makan. Sampaikan kita semua dapat dosa kecil sebab fitnah produk asam tu dibuat daripada taik hidung, lepas ni kita bincang dengan lebih dalam lagi pasal taik hidung ni.

Mungkin sekarang bila kita dah besar, at least kita semua nak tahu juga pasal cerita-cerita lama jajan ni kan. Sebab tu kitorang cuba mencari ada tak cerita yang menarik tentang jajan-jajan or maybe jawapan kepada soalan yang kita semua ada masa kecil! Bila kitorang tengah siasat tu, even kat depan packaging dia pun ada sesuatu yang mungkin akan mengejutkan korang.

Sebagai contoh, kita akan mulakan dengan…

1. Muruku Ikan PoPo bukanlah diasaskan oleh orang India

Sebungkus mana pernah cukup. Imej dari Halal Food Master

Jajan pertama ni mungkin antara produk yang selalu mengelirukan orang. Mana taknya, muruku tu sendiri pun sinonim dengan makanan tradisional orang India. Even dekat bungkusan depan dia pun ada sedikit tulisan tamil, jadi mesti kita semua mati-mati fikir orang yang cipta jajan ni orang India kan.

Tapi bila kita tengok dengan lebih dekat lagi, ada juga tulisan dalam Bahasa Melayu (rumi & Jawi), Inggeris dan juga Cina. Yang sebenar-benarnya cipta PoPo ni pula adalah orang Cina! So, selama ni kita semua salah anggap lah.

Mendiang Foong Chek Lung telah memulakan syarikatnya yang diberi nama Thien Cheong pada 1955, masa tu dia menjual barangan import dari rumah ke rumah hanya menggunakan basikal je. Pada era 70-an, dia membesarkan syarikatnya dengan memproses ikan bilis. Dari situ lah mungkin dia mendapat idea untuk membuat produk muruku.

Macam ni lah kot. Imej dari imgflip

Bersama dengan dia punya kuali wok, pemotong segi empat dan juga tangan emasnya, Foong Chek Lung telah menghabiskan masanya untuk bereksperimen sehinggalah dia mencapai rasa muruku yang terbaik! Lepas je dia jumpa resepi yang betul, kitorang assume yang dia makan semua muruku tu sambil-sambil fikirkan nama untuk produk barunya itu. Kat sini mungkin korang akan terharu.

Dia membuat keputusan untuk meletakkan gambar bayi untuk mengingatkan dirinya supaya sentiasa bekerja-keras untuk anak dan juga keluarganya, dia juga menamakan produknya itu PoPo (atau Bao Bao dalam mandarin) yang bermaksud “anakku“. Ejaannya yang pendek juga adalah supaya pelanggan senang menyebut nama jajan tu. Tapi rasanya orang kita panggil muruku 30 sen je kot.

2. Mamee bermula sebagai syarikat yang jual mi segera

Kegemaran ramai ni. Imej dari 100comments

Pernah tak korang tertanya dulu kenapa keropok Mamee ni bentuk macam mi segera? Ini disebabkan, syarikat yang dilahirkan di Melaka itu memang sebuah syarikat yang membuat mi segera. Cuma ia agak tak berjaya lah.

Apabila Datuk Pang Chin Hin memulakan Lucky Noodles pada 1970-an, dia tak tahu langsung tentang mi segera. Namun, kawannya telah meyakinkan dia untuk melakukannya juga dan menyatakan ia ada masa depan yang lebih cerah berbanding kerjanya sebagai dealer kereta terpakai.

Tapi, Lucky Noodles tidak lah lucky sangat sebab syarikat itu hampir bankrap. Mana taknya, masa tu mereka terpaksa bersaing dengan jenama-jenama yang besar seperti Maggi dan Cintan, kedai-kedai masa tu pun mana nak ambil mi segera baru masuk, sebab takut tak ada yang nak beli lah kot. Anaknya, Tee Chew, selalu dimarahi ayahnya lepas pusing satu Malaysia tapi tak ada sales yang elok.

Namun, Tee Chew ada perasan sesuatu semasa pengembaraannya dalam memasarkan mi segera mereka. Di kawasan luar bandar, pekerja sawah padi dan penoreh getah selalu makan mi segera secara kering, maksudnya tak masak dulu lah. Dorang terus makan dalam bungkusan tu dengan menabur perencah semua sekali tanpa merebusnya.

Mungkin ini apa yang ada dalam fikiran dia. Imej dari imgflip

Itu ibarat moment terpenting hidupnya, ia membuatkan Tee Chew berfikir “Kenapa kita tak jadikan mi segera sebagai jajan je?”. Jadi dari situ lah Mamee dilahirkan, cuma mereka tukar target market mereka kepada kanak-kanak, sebab orang-orang dewasa ni lebih minat makan mi segera dari jenama besar. Sebab tu juga lah kenapa bungkusan Mamee Monster ni berwarna-warni.

Namanya pun diinspirasikan daripada pengembaraannya. Sebab makanan paling murah yang dia boleh dapatkan ketika itu adalah mi wantan dengan hanya 30 sen je, dia selalu order untuk hidangan double dengan menyebutnya dalam bahasa kantonis iaitu “ma-mee!”.

Ni sedap gila, sumpah. Imej dari Mamee

Yang menariknya, Mamee kembali menjual mi segera setelah sekian lama. Nampaknya apa yang kawan Pang Chin Hin sebut tu betul lah, mi segera ni adalah masa depan, cuma tak tahu bila je.

3. Mo fa kor bukan dari China dan bukan juga taik hidung

Sampai ke sudah orang fitnah dia ni. Imej dari Shopee

Mamat yang letak muka kat produk dia ni mungkin antara orang yang paling banyak kena fitnah dalam Malaysia, sebab hampir semua budak sekolah akan cakap yang jeruk asam dia ni diperbuat daripada taik hidung dia. Tapi kita makan juga kan.

Mungkin kita semua akan fikir yang nama dia ni Mo Fa Kor, sebab memang muka dia terpampang kat produk dia tu. Namun, nama sebenar dia adalah Cheong Chee Ming. Semua orang ingat produk ni berasal dari China ataupun Hong Kong, tapi syarikatnya itu bermula di Menglembu, Perak pada 1945.

Mo Fa Kor pula diambil daripada nama buah yang digunakan untuk membuat jeruk tu, yang bermaksud “buah tidak berbunga” dalam Kantonis. Bila kitorang check dekat internet, ramai ingat ia merupakan pokok calabash (labu parang).

Ni lah rupa pokok calabash tu. Imej dari Lazada

Tapi sebenarnya, Mo Fa Kor ni adalah nama lain bagi buah tin dalam Kantonis. Macam ni bentuk dia…

Ni buah tin yang belum dikeringkan. Imej dari The Guardian

Sebenarnya, pokok calabash ada bunga. Ia hanya mekar di malam hari dan mati pada esoknya. Pokok tin pula dikatakan tiada bunga langsung, tapi buahnya pula dianggap sebagai bunga. Boleh dikatakan bunga yang tidak matang lah, ini disebabkan bijinya tu merupakan ovari bunga yang tidak lagi berkembang. Tapi tu lah, entah siapa yang bagi nama dia macam tu, seperti buah tidak berbunga tu.

Kena hati-hati juga dengan gambar macam ni, nanti takut kena cancel. Imej dari CILISOS

Kira ni bukti yang agak kukuh lah untuk cakap yang asam ni bukan taik hidung uncle Mo Fa Kor pun. Tapi takpe lah, kira dorang pun dapat marketing percuma kan.

4. Biskut Hup Seng diinspirasikan daripada kuih raya\

Makan dengan teh tarik sedap oohh. Imej dari Shopee

Biskut ni boleh lah kot kita gelar sebagai biskut kebangsaan kita, siapa je tak ada biskut ni kat rumah kan. Tapi kan, kalau korang tengok dengan lebih dekat, korang boleh nampak logo ping-pong kecil di bungkusan biskut tu.

Pada tahun 50-an, adik-beradik 4 kerk telah mengumpul sejumlah RM1,500 (kira-kira RM9,000 sekarang) untuk memulakan bisnes menjual biskut dan manisan dari satu bandar ke bandar yang lain dengan menggunakan van. Lepas tu pada 1957, mereka membuat keputusan untuk membuat biskut mereka sendiri dimana mereka menyewa kedai untuk melakukan R&D.

Produk pertama mereka adalah biskut krim Cap Ping Pong, ia boleh dikatakan biskut mereka yang paling berjaya dalam pasaran. Dikatakan nama Cap Ping Pong tu diberi disebabkan China adalah juara kejohanan ping pong dunia masa biskut tu dilancarkan pada 1958.

Jangan main-main. Imej dari Right This Minute

Tapi inspirasi sebenar untuk buat biskut ni datang dari budaya Melayu tau! Kuih raya lah maksudnya tu.

Mereka hidup di Parit Linau Kecil di Johor, yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu. Jadi dorang memang ada peluang yang banyak untuk merasa kuih raya jiran-jiran mereka tu. Dorang pun memastikan biskut yang dikeluarkan tu adalah halal sebelum komersialkannya pada 1957.

Rasa-rasa kuih apa tu erk. Imej dari The Star

Tapi dalam banyak-banyak aneka biskut ni, kita semua tahu biskut yang mana satu kita akan pilih masa minum kopi pagi-pagi.

5. Nama Julie’s dipilih sebab nak dipasarkan ke pasaran luar

Korang mungkin pernah tengok iklan-iklan Julie’s, di mana mereka sentiasa mencuba untuk update imej dorang. Ini termasuklah gambar kartun ikonik wanita beramput perang, yang pada masa sama menjadi logo kebanggaan mereka.

Tapi nama Julie’s tu pun bukanlah daripada orang sebenarm, ia hanyalah rekaan. Dikatakan pada permulaan batch pertama biskut dikeluarkan daripada oven dorang, pengasas Julie’s, Su Chin Hock, sudah pun memikirkan untuk pasarkan biskutnya di luar negara. Pada 80-an, kebanyakan biskut tempatan mempunyai nama Cina, jadi Su ingin mencuba sesuatu yang lain.

Dia juga merasakan nama-nama awal yang dibentangkan semuanya adalah sangat panjang dan agak tidak menggemarinya. Secara tiba-tiba, dia membuat keputusan untuk menamakan syarikat mereka sebagai Julie’s. Pengarah syarikat Julie’s sekarang, Martin Ang, pun telah confirm kan yang ia bukanlah daripada nama teman wanita pengasas mereka yang lama-lama.