Minum sikit-sikit je supaya tak kenyang? Apa lagi cara nak makan banyak masa bufet

Akhirnya, PRU14 dah lepas dan ramai pun dah masuk musim sambut-menyambut sejak baru-baru ni. Tapi sebagai rakyat Malaysia, setiap sambutan mesti tak lengkap kalau takda makanan ? Dan… bukan makanan setakat sikit-sikit je. Cuba korang pikir, kat mana boleh kita menikmati masakan Malaysia dengan sepuas-puasnya tanpa batasan?

Meleleh air liur tengok makanan bufet ni. Imej dari The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa

Dan lagi kalau korang nak tau…

Ada orang nak belanja tim SOSCILI makan bufet!!! (Jadi bagitau la kami strategi makan korang huehue)

Syukur, tim SOSCILI memang untung la kali ni. Dah dua tahun kitorang tulis beratus artikel, akhirnya ada jugak klien nak belanja kitorang makan. Tapi takpa, korang pon boleh dapat chan makan sekali kalau ada rezeki, jadi baca lagi sikit dulu. ?

Member-member kitorang kat Sunway Resort Hotel & Spa sekarang ni baru ajak kitorang ke Jemput Makan Dinner Buffet diorang yang akan bermula dari 17hb Mei sampailah ke 14hb Jun akan datang. Bufet makan malam ni pula ada lebih daripada 400 masakan makanan klasik macam tok korang dulu selalu buat dan dihidangkan dalam gaya bazaar. Tapi, ada jugak menu yang dimasak depan mata, jadi boleh la tengok chef beraksi!

Bufet Jemput Makan ni akan ada 9 stesen makanan di mana korang boleh cuba hidangan seperti kambing sekoq atau pencuci mulut durian. Tapi anak kucing tu tak termasuk ye.

Dengan harga ori RM178 untuk setiap orang dewasa, korang boleh jugak dapat diskaun bila korang datang antara 17-23 Mei atau 11-14 Jun! Masa ni, harga dewasa untuk nikmat bufet ni cuma RM98 je. Jadi kalau korang minat, call la sekarang kat 03-74952009/03-7492 8000 atau buat tempahan kat laman web ni!

Tapi macam kita kata tadi, kitorang nak tau strategi korang untuk makan sebanyak mungkin dekat bufet, dan siapa-siapa punya strategi tu mantap, boleh la korang dapat makan percuma jugak.

Ada sesiapa antara korang yang pakai baju longgar bila makan?

Ada yang lari bersenam sebelum nak makan bufet?

Atau ada siapa-siapa yang tak makan nasi langsung sebab nak simpan ruang untuk lauk?

Jadi kalau korang nak 2 pas percuma ke Jemput Makan Dinner Buffet Sunway Resort Hotel & Spa, kongsi la taktik-taktik bufet korang untuk menang! [Tip untuk menang: Jangan segan berkongsi strategi luar biasa sikit kalau nak dapat pas-pas ni dari kita ?]

Tunggu apa lagi? Kongsi la strategi korang kat bawah ni sebelum tarikh tutup 20 Mei 2018!

    Nama: *

    Emel: *

    Kongsi cara korang kalau nak makan banyak kat bufet: *

    Korang pernah guna cara ni? Kalau ye, berapa banyak korang boleh makan?: *

    Camne korang boleh tau pasal cara ni?: *

    Ada apa-apa gambar berkaitan tak?

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Sunway Resort Hotel Sdn Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Sunway Resort Hotel tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.