Genocide terhadap etnik Rohingya dah sampai ke tahap-4! Apa sebab disebalik konflik ini?

UPDATE 25/10/2017 – Ketua Eksklusif Pusat Peyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia -CENTHRA mengatakan pembunuhan beramai-ramai (genocide) terhadap etik Rohingya di Myanmar masa ni dah mencapai tahap ke-4 berdasarkan piawaian yang diperkenalkan pakar penyelidikan genocide antarabangsa.

Manakala, Prof Dr Ruhanas Harun dari UPNM pula kata: kerajaan Myanmar sengaja menggunakan label pengganas terhadap masyarakat Rohingya. Perkara itu dilakukan untuk menutup kezaliman dan kekejaman tentera Myanmar terhadap Rohingya.

_______________________________________________________________

Sekarang ni kita selalu baca, dengar dan tengok kesengsaraan orang Rohingya kat Myanmar. Minggu lepas, dilaporkan tentera Myanmar bertindak kejam dengan bakar 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya hidup-hidup! Selain tu, dilaporkan lebih 30,000 Rohingya dah meningggal rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Sejak minggu lepas, hampir beratus orang Rohingya dah larikan diri ke Bangladesh untuk dapatkan perlindungan. Bangladesh pulak tutup sempadan negara dan halang mereka ni dari masuk. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan menyatakan yang Myanmar sekarang sedang menjalani ‘Pembersihan Etnik’!

Etnik Rohingya selama ni dianggap sebagai kumpulan minoriti paling ditindas di dunia. Mereka ni duduk kat sebuah daerah yang dipanggil Arakan (Rakhine). Kat sini, ada 2 etnik terbesar iaitu Rohingya yang beragama Islam dan Rakhines (atau Maghs) yang beragama Buddha.

Keadaan Rakhine sebelum serangan.
Keadaan kampung Rohingya sebelum serangan. Imej dari Al-Jazeera
Keadaan kampung Rohingya selepas serangan. Imej dari Al-Jazeera.
Keadaan kampung Rohingya selepas serangan. Imej dari Al-Jazeera.

Kalau ikut sejarah, penindasan dan perasaan anti-Rohingya ni dah bermula sejak dulu lagi. Ini antara maklumat yang kami dapat tentang siapa orang Rohingya dan kenapa mereka ni dinafikan hak mereka.

1. Konflik bermula akibat pertelingkahan raja-raja

Berdasarkan sejarah, Arakan (sekarang Rakhine) pernah diperintah oleh seorang raja bernama Min Saw Mon. Tak lama jadi raja dia ni kena guling dan hidup dalam buangan kat Bengal. Pada 1430, dia berjaya rampas balik Arakan bila dapat bantuan dari Sultan Bengal, Sultan Jalaluddin Muhammad Shah. Arakan mula dikenali sebagai Kerajaan Mrauk U selepas itu.

Kedudukan Arakan (Rakhine). Imej dari lahistoriaconmapas.com
Kedudukan Arakan (Rakhine). Imej dari lahistoriaconmapas.com

Orang Bengal yang datang bersama-sama dengan Min Saw Mon dan pedagang-pedagang Muslim pun mula buat penempatan kat Arakan. Maka bermulalah sejarah penempatan orang Rohingya di Burma (walaupun ada yang kata lebih awal). Jadi nampaknya pendudukan mereka ni kat Rakhine dah lama iaitu hampir lebih 500 tahun!

Syiling yang digunakan di Arakan suatu masa dulu. Imej dari Wikipedia
Syiling yang digunakan di Arakan suatu masa dulu. Imej dari Wikipedia

Tapi pada 1785, Dinasti Konbaung (Dinasti yang memerintah Burma) berjaya tawan Rakhine dan sebabkan ramai dari penduduknya larikan diri. Hampir beribu Rohingya dibunuh oleh orang Burma (etnik paling dominan di Myanmar). Tapi pada 1824, British berjaya tawan Rakhine lepas Perang Anglo-Burma Pertama dan orang Rohingya yang dah larikan diri tu, mula balik semula ke Rakhine. Di sinilah bermulanya konflik di antara orang Burma dan Rohingya.

2. Rohingya dan nasionalis Burma menyokong penjajah yang berbeza-beza

Dalam tahun 1917, muncul pejuang nasionalis Burma (sekarang Myanmar) yang menentang penjajah British. Antaranya adalah Young Men’s Buddhist Association (YMBA). Jadi hasilnya, pada 1937 Burma dipisahkan dari pentadbiran Koloni British di India. Tapi Burma masa tu masih di bawah naungan British.

Beberapa tahun lepas tu, Jepun pulak melancarkan serangan kat Asia dan terjadinya Perang Dunia Ke-2. Sebenarnya waktu tu, ramai dari pejuang nasionalis Burma sokong Jepun sebab mereka nak bebaskan Burma dari British. Tapi ada pulak beberapa etnik minoriti yang berkhidmat kepada Tentera Burma British, termasuklah orang Rohingya.

Kesannya, orang Rohingya dikatakan dah musnahkan rumah orang Buddha di Rakhine. Hasilnya, 5,000 Rohingya dibunuh oleh nasionalis Rakhine dan sebagai tindak balas 20,000 Rakhine dibunuh oleh Rohingya. Bila tengok dari sini kita boleh nampak yang konflik ni dah bermula sejak Perang Dunia Ke-2 lagi.

Tawanan perang ketika Perang Dunia Ke-2 di Burma. Imej dari Wikipedia.
Tawanan perang ketika Perang Dunia Ke-2 di Burma. Imej dari Wikipedia.

3. Selain Rohingya, etnik lain juga turut ditindas oleh kumpulan majoriti Buddha

Bila Burma (sekarang Myanmar) merdeka pada 1948, negara tu dikenali sebagai Union of Burma (Kesatuan Burma). Negara ni ditubuhkan lepas semua etnik-etnik kat situ bersetuju menandatangani Perjanjian Panglong yang diusahakan oleh nasionalis Burma, Aung San (bapanya Aung San Suu Kyi).

Tapi ada dua etnik yang tak sertai perjanjian ni iaitu Karen dan Rohingya. Difahamkan ada lebih kurang 135 etnik kat Burma. Setahun selepas tu, etnik Karen memperjuangkan kemerdekaan Negeri Karen dan jadi antara kumpulan minoriti terbesar yang menentang kerajaan tentera. Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) antara kumpulan yang menentang kerajaan Burma sejak awal 1949.

Antara orang Karen yang melarikan diri. Imej dari yourclassical.org
Antara orang Karen yang melarikan diri. Imej dari yourclassical.org

Kesannya, hampir beribu orang Karen terbunuh dan menjadi pelarian. Kebanyakkan dari orang Karen beragama Buddha dan Kristian. Pada 2010, dilaporkan yang tentera Burma dah bakar lebih dari 70 rumah orang Karen. Tindakan tentera ini dianggap sebagai usaha pembersihan etnik.

Jadi apa yang boleh dikatakan kat sini, bukan je Rohingya yang ditindas tapi jugak Karen walaupun mereka ni bukan beragama Islam dan diiktiraf sebagai warganegara. Dianggarkan lebih 140,000 pelarian Karen kini berada di sempadan Thailand-Burma. Jadi nampaknya isu penindasan kat Myanmar ni bukan semuanya kerana agama.

Padoh Mahn Sha Lah Phan (Setiausaha Agung KNU), ditembak mati pada 2008. Ada yang dakwa pembunuhan didalangi pihak Tentera Burma. Imej dari karennews.org.
Padoh Mahn Sha Lah Phan (Setiausaha Agung KNU), ditembak mati pada 2008. Ada yang dakwa pembunuhan didalangi pihak Tentera Burma. Imej dari karennews.org.

4. Akta Kewarganegaraan 1982 yang menafikan hak Rohingya

Pada 1962, Perdana Menteri dan Jeneral, Ne Win bertindak menangkap pemimpin-pemimpin golongan minoriti di Burma. Mereka dihalau dari Myanmar dan ramai dari orang Rohingya melarikan diri ke India dan Pakistan. Tak cukup dengan tu, orang Rohingya jugak dinafikan hak untuk mengundi.

Diskriminasi ni semakin dinampakkan bila kerajaan Tentera Myanmar menggubal Akta Warganegara 1982. Dalam akta ni, sesiapa yang nak diiktiraf jadi warganegara mestilah dapat buktikan yang nenek-moyang diorang dah tinggal kat Burma sejak sebelum tahun 1823. Walaupun Rohingya mengaku yang mereka dah menetap lama di Myanmar, tapi mereka masih tak ada bukti kukuh yang boleh sokong dakwaan mereka tu.

Imej dari rvisiontv.com.
Imej dari rvisiontv.com.

Kesannya, orang Rohingya dinafikan hak untuk belajar dan bekerja di sektor kerajaan. Rakhine jugak dimasukkan dalam kawasan kawalan tentera. Rampasan harta, makanan dan penindasan dilakukan tentera sepanjang kawalan ini.

“Tentera paksa orang kampung ke Jalan Tang Ma. Saya pergi dan dipaksa memecahkan batu untuk digunakan membuat jalan. Tentera tak bayar kami atau bagi kami apa-apa makanan. Saya dipaksa bekerja 7 hingga ke 15 hari, dari pukul 7 pagi ke 8 malam. Saya tak boleh balik rumah dan terpaksa tidur di kem tentera.

Setiap kali datang, tentera akan ambil 20 ke 40 orang penduduk kampung untuk bekerja. Ketua Kampung yang buat senarai dan kalau kita tak nak pergi, kita boleh ditangkap. Saya bekerja dalam projek ni dari 1997 hingga 1998. – Diceritakan oleh seorang wanita Rohingya, dipetik dari Human Rights Watch.

Penemuan kubur besar di Perlis yang diercayai milik orang Rohingya. Imej dari The Rakyat Post.
Penemuan kubur besar di Perlis yang dipercayai milik orang Rohingya. Imej dari The Rakyat Post.

5. Gerakan anti-Rohingya dikuatkan lagi dengan campur tangan kumpulan majoriti Buddha

Imej dari The Daily Beast
Imej dari The Daily Beast

Pada 1961, kerajaan Burma mengisytiharkan yang Buddha sebagai agama rasmi negara. Buddhism mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam masyarakat Burma dan kerajaannya.

Presiden Burma sebelum ni, Thein Sein pernah kata terang-terang yang Burma tak akan terima orang Rohingya jadi warganegara. Dia sifatkan yang orang Rohingya ni pendatang haram dari Bangladesh. Bila dia buat kenyataan ni, antara mereka yang paling kuat menyokong adalah pihak tentera dan kumpulan Gerakan 969 yang dipimpin oleh seorang sami bernama Ashin Wirathu.

Imej dari peacebuilding.asia
Ashin Wirathu. Imej dari peacebuilding.asia

Dakwahnya yang anti-Islam cepat tersebar sebab dia gunakan media sosial dan DVD untuk sebarkan pemikirannya. Pada 2001 dia dah seru orang Buddha untuk boikot perniagaan orang Islam. Hasilnya, dia dihukum penjara 25 tahun pada 2003, tapi dibebaskan pada 2010. Lepas je dari penjara, dia terus sebarkan pemikiran dia tu. Pada 2012, dia ketuai satu perhimpunan sami-sami menyokong cadangan Presiden, Thein Sein menghalau orang Rohingya.

Walaupun tentera dah tak memerintah sekarang, tapi parti kerajaan sampai sekarang tak membantah segala apa yang dibuat oleh Wirathu. Mungkin sebab takut kehilangan sokongan dari penduduk Buddha yang menyokong gerakan ini.

6. Aung San Suu Kyi mendiamkan diri kerana takut hilang undi popular

Nama ni cukup terkenal di dunia. Dia digelar sebagai seorang pejuang kebebasan, keamanan, dan demokrasi. Dia pernah dihukum tahanan rumah beberapa kali sebelum dapat bebas macam sekarang. Dia sebenarnya adalah anak kepada nasionalis Burma, Aung San yang jugak bertanggungjawab mengadakan Perjanjian Panglong.

Nasionalis dan negarawan Myanmar, Jeneral Aung San. Imej dari The Famous People
Nasionalis dan negarawan Myanmar, Jeneral Aung San. Imej dari The Famous People

Suu Kyi selama ni terkenal sebagai penentang pemerintahan diktator tentera di Myanmar. Tapi nampaknya usaha dia berjaya bila dia dibebaskan pada 2010 dan partinya Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD) menang dalam pilihanraya 2015. Walaupun dia pemimpin utama parti ni, dia tak boleh jadi Presiden sebab perlembagaan Myanmar yang tak membenarkan mereka yang ada anak berwarganegara lain jadi presiden.

Walaupun macam tu, Suu Kyi tetap ada kuasa dalam kerajaan bila dilantik jadi State Counselor (Penasihat Negara). Sebelum ni, dia pernah dapat anugerah Hadiah Nobel Keamanan kerana memperjuangkan keamanan. Tapi bila jadi situasi macam ni, layak ke dia dapat anugerah ni?

Suu Kyi disambut dengan penyokongnya masa lepas dari tahanan rumah 2010. Imej dari BBC.
Suu Kyi disambut dengan penyokongnya masa lepas dari tahanan rumah 2010. Imej dari BBC.

Sebenarnya anugerah ni bukan betul sangat pun. Sebabnya, antara yang dapat anugerah ni pun bukan semuanya perjuangkan keamanan. Jangan terkejut kalau Simon Parez (bekas Presiden Israel) dan Yitzhak Rabin (bekas Perdana Menteri Israel) pun pernah dapat anugerah ni!

Suu Kyi pun sebelum ni masa dalam interview dengan BBC, naik angin bila dia diasak dengan soalan pasal penindasan masyarakat Rohingya oleh pengacara, Mishal Husain.

“Tiada sesiapa beritahu saya, yang saya akan ditemubual oleh seorang Muslim.” – kata Aung San Suu Kyi dalam temubual di BBC.

Menurut ahli akademik, Dr Azharudin Mohamed Dali, Suu Kyi masih lagi belum benar-benar berkuasa kerana tentera masih lagi memegang kuasa sebenarnya.

“Saya fikir, meskipun menang dengan jumlah undi yang besar, namun kuasa sebenar masih lagi di tangan tentera. malah selama ini pun Suu Kyi tidak pernah membuka mulut membela Rohingya dan saya fikir beliau terjerat dengan pandangan majoriti atau pandangan sempit kalangan Buddhist ekstrim di negara tersebut.

Beliau bimbang jika membela Rohingya partinya akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.” – Dr Azharudin Mohamed Dali, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, katanya kepada SOSCILI.

Jadi, sekarang nampaknya untuk mengharapkan Suu Kyi menyelesaikan masalah ni agak sukar direalisasikan. Mungkin Suu Kyi bukan lagi seorang pejuang tapi seorang ahli politik yang nak mengekalkan kuasa dan menjaga peti undi.

Selain tu, ada juga dakwaan yang kata perancangan penghapusan etnik Rohingya ini juga telah dimulakan sejak zaman bapa Aung San Suu Kyi lagi.

“Pada tahun 1942, ayahnya kepada Aung San Suu Kyi, Jeneral Aung San dan 30 orang tentera Myanmar bersama dengan puak Rakhine mereka berpusu-pusu untuk menghapuskan etnik Rohingya. Kemudian masa Jepun datang dan British lari, pada 28 Mac 1942, mereka mula bakar kampung-kampung Rohingya daripada Selatan Arakan.

Saya tak percaya Aung San Suu Kyi, kerana dia adalah anak Aung San. Aung San yang pertama buat inisiatif untuk menghapuskan Rohingya. Kenapa kita percaya kepadanya? Dia memang mengikut jejak langkah bapanya.” – Abdul Ghani Bin Abdul Rahman, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia. Katanya di Wacana Sinar Harian.

(Ada pihak dari Indonesia telah membuat petisyen untuk mendesak Anugerah Nobel Suu Kyi ditarik balik. Jadi sesiapa yang nak sertai petisyen tu boleh lah klik sini.)

Apa pendirian Malaysia dalam isu ini?

Nampaknya selain daripada agama, banyak lagi faktor yang terlibat dalam konflik Rohingya yang berterusan ini.

“Jelas sekali ada unsur-unsur keagamaan didalam konflik ini selain dari isu berkaitan dengan etnik, keturunan mahupun kewarganegaraan. Perbezaan etnik serta kewarganegaraan merupakan antara permasalahan yang sering dikaitkan dengan isu ini.” – Dr Azharudin Mohamed Dali, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, katanya kepada SOSCILI.

Tahun lepas, Dr Mahathir ada kata yang Myanmar sepatutnya disingkirkan dari ASEAN dan masuk campur ASEAN diperlukan dalam isu ini. Ada jugak yang bagi cadangan supaya Malaysia putuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar sebagai bantahan.

Tapi Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar kata tindakan tu tak sesuai ketika ini. Sebab katanya, Malaysia sepatutnya panggil Duta Myanmar untuk membincangkan jalan penyelesaian.

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin membuat keputusan untuk tidak menarik diri daripada Piala AFF di Myanmar, walaupun tak lama dulu dia jugaklah yang melarang atlit Israel masuk ke dalam negara.

Keadaan pelarian Rohingya. Imej dari The Rakyat Post
Keadaan pelarian Rohingya. Imej dari The Rakyat Post

Dari segi pelarian pula, setakat ni Arab Saudi paling banyak menerima pelarian Rohingya, manakala Malaysia, Thailand dan Indonesia benarkan diorang tinggal sementara kat negara kat negara-negara tersebut. Bangladesh selaku negara Islam (dan duduk bersebelahan) pula tak mahu menerima kemasukan Rohingya.

Apa pula yang kita boleh buat sebagai individu? Ada pihak dari Indonesia telah memulakan petisyen untuk menarik balik hadiah Nobel yang diberi kepada Ang Sang Suu Kyi kerana berdiam diri akan isu Rohingya. Mungkin ia dapat memberi mesej dan tekanan terhadap Burma, borang boleh tandangan petisyen tu kat sini.

Klik untuk tandatangani petisyen.
Klik untuk tandatangani petisyen.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.