Anak tapir Zoo Scotland yang baru lahir ni dapat nama MELAYU

Baru-baru ni, kitorang kat SOSCILI dapat tau bahawa Zoo Edinburgh di Scotland telah mengumumkan kelahiran seekor tenuk Malaysia kepada ibu bapanya yang bernama Mowgli dan Sayang. Tapir kecil ni merupakan bayi kelapan yang pernah dilahirkan di zoo tersebut sejak tahun 2007, dan juga adalah anak keempat Mowgli dan Sayang, yang berumur 10 tahun dan 16 tahun.

Eeeee, geram kitorang tengok si kecik ni. GIF dari Twitter @EdinburghZoo.

Tapir yang hebat pasal berita ni adalah… Zoo Edinburgh kini membenarkan orang awam memilih nama anak tapir kecil ni, dan lagi mengujakan adalah nama-nama yang boleh dipilih termasuk lah juga nama-nama Melayu! Tapi sebelum tu, korang kena tau juga…

Tapir merupakan antara spesis terancam yang dilindungi di Malaysia

Kecian diorang ni tau :'(

Kalau korang tak tau, tapir Malaysia adalah spesis tapir terbesar di dunia dan satu-satunya spesis tapir yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia, serta juga beberapa bahagian di Indonesia, Myanmar, dan Thailand. Menurut laporan dari dua tahun yang lepas, anggaran populasi tapir liar di Semenanjung Malaysia berada di antara 1,100 hingga 1,500 ekor sahaja dan nombor ini dijangka masih menurun oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).

Kini, spesis tapir Malaysia menghadapi beberapa jenis ancaman, dan yang terbesar daripadanya adalah penebangan hutan untuk penanaman ladang kelapa sawit. Selain dari tu, populasi tapir Malaysia juga merupakan mangsa pemburuan haram dan kemalangan di jalan raya. Macam mana la diorang tak terancam kalau dah macam-macam sebab diorang kena bunuh ni.

Satu terjerat cedera, satu terlanggar mati. Imej dari Harian Metro dan Astro Awani.

Walaubagaimanapun, kini terdapat beberapa usaha menyelamat dan merawat spesis tapir ni di Malaysia, termasuk lah Projek Konservasi Tapir Malaysia yang dijalankan di Sungai Dusun berhubungan dengan Zoo Copenhagen.

Sejak pusat ini dijadikan rizab konservasi bagi tapir sekitar 2004 lalu, 62 tapir dijaga dan dirawat. Namun, sebahagian daripadanya dilepaskan ke habitat asal dan kini tinggal 12 ekor yang perlu dirawat dan disimpan bagi tujuan pembiakan tapir.” – Ketua Pusat Konservasi Sungai Dusun, Alfie Syahril Anewar Ahmad, dipetik dari temubual bersama Harian Metro dari 2017.

Namun, Malaysia bukan lah satu-satunya negara yang mengadakan projek-projek konservasi spesis tapir seperti ini, dan anak tapir kecil yang baru lahir di Zoo Edinburgh itu juga merupakan hasil program pembiakan Eropah bertujuan melindungi spesis ini daripada kepupusan.

Zoo ni bagi senarai nama Melayu untuk tapir bayi ni!

ᴴᵃᶦ ᴹᵃˡᵃʸˢᶦᵃ. Imej dari Daily Record.

Sejak anak tapir tu dilahirkan di Zoo Edinburgh pada minggu lepas, pekerja-pekerja di Pertubuhan Zoologi DiRaja Scotland telahpun menyenarai pendekkan enam nama yang korang boleh pilih sebagai nama si kecil ni. Antaranya termasuk Penang, Haruun, Bintang, Megat (ni nama kegemaran kitorang semua kat Soscili), Amal dan Bernam.

Kata anak tapir ni ketika belum ada nama. Imej dari The Independent.

UPDATE 14/2/2019: Selepas undian ditutup pada 12 Februari 2019, akhirnya…

Kami dari SOSCILI harap dengan nama MEGAT ni, dapatlah meningkatkan nilai senitmental orang Malaysia tehdapa spesis terancam ni. Selamat datang ke dunia Megat!

About Iqbal Fatkhi 10 Articles
Pandai buat meme je. Tulis artikel beshe-beshe je.