Anak Mat Salleh 2 tahun ni dapat teka bendera Malaysia?!

Sebelum ni, ramai yang berasa bangga apabila Henry Goulding, artis Hollywood yang berasal dari Malaysia dijemput ke  Ellen DeGeners Show. Mana taknya, ini bukan show biasa-biasa. Ini antara show yang ditonton ramai orang.

Baru-baru ni, kita semua boleh berbangga lagi, tapi bukan sebab orang Malaysia dipanggil. Ia kerana…

Budak genius 2 tahun dari England diuji Ellen untuk teka bendera negara

Dan antara bendera yang dipilih untuk diteka adalah…

Bendera apakah ini wahai adik comel?

Dengan bersahaja dan tenang…dia jawab:

Tak sangka dia boleh teka bendera negara tercinta kita ni dengan tepat sekali. Bukan calang-calang, dia siap boleh teka nama negara hanya dengan hanya gambar peta je macam kat bawah ni.

Siapa sebenarnya budak genius ni?

Nama budak ini adalah Harry Pile yang berasal dari Liverpool, England. Menurut ibu bapanya, Harry ni mempunyai daya ingatan fotografik (photographic memory). Sewaktu berumur 12 bulan, dia dah kenal semua huruf abjad.

“Yeah, apabila dia lahir, perkara yang kami perasan matanya nampak agak besar, dan kami berlawaklah yang dia sebenarnya nampak terkejut.

Jadi, dari situ, boleh saya katakan dalam 12 bulan, dia mula boleh mengenalpasti huruf abjad, dia boleh eja namanya, dia boleh baca namanya. Sewaktu lapan belas bulan, dia boleh mengenalpasti bentuk.” – kata Shellie, ibu Harry

Harry dan ibu bapanya iaitu Shellie dan Steve. Imej dari E Online

Ibu bapanya masih terus buat cabaran kat dia dengan benda baru. Buat masa sekarang adalah dengan memperkenalkan logo syarikat korporat yang ada dalam buku setebal 300 muka surat. Termasuklah logo syarikat Amzon, Porsche dan lain-lain.

Bendera Malaysia walau di mana pun adalah kebanggaan kita semua

Di kala negara kita terpalit dengan isu tidak menghormati bendera seperti kes-kes:

  1. Bendera Malaysia dengan 5 bucu bintang di Majlis Perasmian Piala Lu Mun Chak kendalian Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA)
  2. Bendera Malaysia dipasang terbalik sewaktu hari kemerdekaan di beberapa tempat
  3. Warna Jalur Gemilang ditukar hitam oleh seorang Tan Sri kerana tak setuju dengan isu khat

Kita patut bersyukur kerana orang luar masih mahu belajar dan mengenali bendera lain dengan penuh hormat. Kalau orang luar walaupun kecil boleh kenal rupa bentuk bendera Malaysia, takkan kita orang Malaysia tak kenal dan tak boleh hormat kan?

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT