Kenapa harga ubat mahal sangat, korang pernah tanya?

(This article is translated from CILISOS, click here to read the English version.)

Sebelum kita mula artikel ni, jom kita layan P Ramlee sebijik:

Kalau zaman sekarang, karakter P Ramlee ni kerja dia adalah seorang farmasis. Bukan rasis ye, farmasis. Korang tau tak farmasis ni kerja apa? Biasanya bila korang sakit, korang akan jumpa doktor buat check up. Pastu doktor akan prescribe ubat yang korang kena ambik daripada farmasi.

Tapi kan, kat banyak negara-negara lain, doktor hanya akan bagi prekripsi dan pandai-pandailah korang beli ubat. Ini kerana tugas doktor hanyalah untuk buat diagnosis permasalahan yang berlaku dan menyarankan ubat yang perlu diambil, manakala tugas farmasis pulak adalah untuk memastikan korang ambil ubat yang betul serta memberi nasihat yang selanjutnya.

Macam kamceng je doktor dan farmasis ni kan? Tapi realiti tak seindah mimpi. Baru-baru ni, ada pulak cadangan untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Farmasi yang telah membuatkan masing-masing makin naik angin…

What-causes-high-blood-pressure (1)

RUU Farmasi ni merupakan akta “semua dalam satu” yang akan menggantikan empat undang-undang sedia ada. Ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen dalam tahun ni. RUU ini juga dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi, maknanya ia tidak boleh didedahkan secara rasmi. Tapi nasib baiklah Kementerian Kesihatan ada mengajak pihak-pihak berkaitan untuk duduk semeja dan membincangkan 60 perubahan yang akan dibuat.

Kami di CILISOS/SOSCILI pun dihubungi oleh seorang farmasis yang agak risau tentang pindaan yang dibuat sampaikan dorang buat petisyen bantahan. Para doktor pun turut sama tak puas hati akan ketidakpuashatian yang ditunjukkan oleh para farmasis… hah bila nak habis ni.

civil-war-2
Civil War!

Jadi untuk artikel ni, kami akan fokus kepada perubahan yang akan memberi kesan kepada rakyat, dan kami minta pendapat farmasis serta doktor untuk mendapatkan pandangan yang seimbang:

  • Harpreet Kaur | Farmasis kawal selia
  • Mr Wong | Bekas presiden Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia
  • Ketot | Farmasis (juga kakak kepada penulis asal)
  • Anonymous | Pengamal perubatan am

So, kita mula dengan benda positif dulu ye, iaitu…

1. Korang tak payah risau lagi pasal kena bayar ubat mahal-mahal!

sakit-hati

Pindaan RUU: Kawalan harga terhadap ubat-ubatan

Bila time kena bayar ubat kat klinik, biasanya korang pasrah je bila bil sampai. Jarang kita tanya akak kat kaunter tu tentang harga setiap satu. Tapi RUU ni akan mewajibkan klinik, hospital dan farmasi untuk memberi bil yang detail tentang semua benda yang korang bayar.

Kawalan harga juga akan dikenakan terhadap ubat-ubatan. Sekarang ni, kawalan harga adalah tertakluk kepada KPDNKK yang memantau segala jenis barangan kat Malaysia, tapi dengan RUU ni Kementerian Kesihatan boleh laksanakan sistem mereka sendiri.

Apa ertinya bagi rakyat?

Benda ni bukan je akan memastikan klinik dan hospital tak caj lebih-lebih, malah dorang akan lebih berusaha improve servis sebab dorang dah tak boleh potong harga untuk menarik pelanggan (fail PDF).

2. Korang boleh dapatkan ubat daripada secara sah! (Eh dah tu selama ni tak sah ke…)

22

Pindaan RUU: Doktor boleh jual ubat

Macam yang kami katakan tadi, kat negara lain korang kena dapatkan preskripsi daripada doktor, pastu dapatkan ubat daripada farmasi. Kaedah ni dipanggil Dispensing Separation, dan ada dua sebab kenapa kaedah ini lebih baik:

  1. Untuk memastikan doktor tak jadi salesman ubat.
  2. Untuk memastikan satu lagi tahap keselamatan buat pesakit (baca poin #3 untuk keterangan lanjut).

Kat Malaysia dan Singapura lain pulak caranya. Menurut Mr Wong, sebelum merdeka dulu kita tak cukup farmasis. Jadi pada tahun 1952 British memperkenalkan undang-undang yang membenarkan doktor mengeluarkan ubat sebagai khidmat non-profit (bukan untuk mengaut keuntungan). Undang-undang ni kemudiannya diubah untuk membenarkan Dispensing Separation, tapi masih tak dilaksanakan sepenuhnya kerana hanya hospital je yang ikut untuk mematuhi piawai dunia sebab Malaysia menjadi tumpuan pelancongan perubatan.

Tapi klinik swasta lain pulak ceritanya. Harpreet dan Mr. Wong (farmasis) kata klinik dapat harga rendah daripada pembekal, lagi rendah daripada apa yang farmasis dapat. Jadi dorang mungkin akan bagi ubat yang tak semestinya korang perlukan. Farmasis pulak, secara idealnya, akan terus menasihatkan korang tentang ubat mana yang diperlukan dan memberi korang pilihan.

Menurut doktor yang kami interview pulak, pengasingan daripada Dispension Separation ini mungkin akan meningkatkan kos perubatan di samping menyusahkan korang kerana:

“Pertama sekali, kamu meminta pesakit untuk pergi ke dua tempat untuk mendapatkan rawatan. Keduanya, macam mana kalau farmasi dah ditutup pada waktu malam? Orang di bandar besar bolehlah pergi ke hospital swasta, tapi macam mana dengan kawasan luar bandar? Ini lebih menyusahkan.

Doktor memang mengambil untung daripada ubat-ubatan; tapi mereka mengurangkan caj untuk khidmat nasihat – sampai ada yang caj sebanyak RM 15 di Ipoh. Kalau (caj untuk ubat-ubatan) itu ditarik mereka mungkin akan caj lebih untuk khidmat nasihat. Dan kemudiannya meningkatkan kos keseluruhan bagi rawatan.” – Seorang doktor (anonymous) dalam interview dengan CILISOS.

Apa maknanya buat rakyat:

Dengan RUU ni, amalan menjual ubat oleh para doktor adalah betul-betul sah di sisi undang-undang. Samada perkara ni membawa kebaikan ataupun tidak, terpulanglah kepada individu.

3. Doktor TAK PERLU bagitau ubat apa yang diberi

daily-pill-box

Pindaan RUU: Doktor tak perlu bagi preskripsi kalau korang tak tanya

Korang kalau beli air tin ke jajan ke, ada tak belek belakang pek tengok ‘ramuan dan bahan-bahan’? Mana la tau ada benda-benda yang meragukan ke… ye la, benda-benda ni buat makan jadi darah daging kot.

Sama la dengan ubat, korang tau tak ubat jenis apa yang diberi oleh klinik selain daripada label ‘DEMAM’ dan ‘BATUK’? Sebab tu lah korang kena tengok preskripsi. Sekarang ni, undang-undang mewajibkan doktor memberi prekripsi yang mengandungi maklumat seperti detail pasal doktor, diagnosis, dan ubat yang disarankan. Prekripsi ni sangat berguna kerana: 

  1. Korang akan ada pilihan untuk beli ubat tu dari tempat lain
  2. Kalau doktor silap bagi ubat ke apa (mohon dijauhkan), korang ada preskripsi sebagai bukti

“Kebanyakan negara dah mewajibkan pemberian preskripsi ni, termasuklah hospital awam dan swasta di Malaysia – tapi klinik swasta tidak mengamalkannya.” – Harpreet Kaur, dalam interview dengan CILISOS.

Kadang-kadang bila jumpa doktor, kita dinasihatkan untuk dapatkan second opinion daripada pakar yang lain. Sama la jugak dengan ubat yang disarankan oleh doktor, kita boleh dapatkan second opinion daripada farmasis kerana dorang merupakan pakar dalam ubat-ubatan. Dorang boleh kenalpasti kalau ada apa-apa kesilapan dalam preskripsi, menasihatkan korang akan kesan sampingan, alternatif, dan macam mana nak makan ubat secara efektif.

“Doktor pun boleh buat silap. Farmasis diibaratkan seorang auditor kepada doktor. Lagipun, benda inilah yang kami pelajari di universiti selama 4 tahun!” – Mr. Wong, dalam interview dengan CILISOS

Agak-agaknya satu subjek kat sekolah farmasis adalah macam mana nak baca tulisan doktor tak?

doctors-strike
Sumpah tak faham.

Walau bagaimanapun, seorang doktor balas balik, dengan mengatakan yang tak semua farmasis buat kerja masing-masing.

“Sewaktu di UK, memang farmasis akan explain semua benda. Tapi kat sini, biasanya akak kat kaunter yang jual ubat. Farmasis biasanya duduk je tak cakap apa-apa.” – Doktor (anonymous)

Apa maknanya buat rakyat:

Sebelum ni kita tak tau pun yang kita berhak mendapatkan prekripsi daripada doktor. Tapi dengan RUU ni, kalau korang tak mintak, doktor takkan dipersalahkan. Maknanya kalau apa-apa tak diingini berlaku dan korang takde preskripsi, tanggungjawab adalah di tangan korang.

4. Orang yang bagi ubat kat korang mungkin TAKDE KELAYAKAN pun!

funny-memes-best-encouragement-given-to-a-patient

Pindaan RUU: Juruteknik farmasi boleh bekerja terus di bawah doktor

Seperti mana doktor ada nurse sebagai pembantu, farmasis pun ada juruteknik farmasi sebagai assistant, contohnya untuk uruskan ubat-ubatan ataupun isi paperwork; tapi mereka masih tak cukup arif untuk kenalpasti bagaimana ubat-ubatan bertindakbalas. Contohnya Ubat A dan Ubat B memang berkesan kalau diambil berasingan, tapi kalau telan dua-dua sekali boleh jadi buta.

Dengan RUU ni, doktor boleh terus mintak tolong daripada juruteknik farmasi tanpa perlu kebenaran farmasis terlebih dahulu. Ketiga-tiga farmasis yang kami interview kata selalunya hospital masih akan mematuhi standard antarabangsa, tapi RUU ni mungkin menyebabkan sesetengah doktor hospital untuk mencari jalan pintas.

Walau bagaimanapun, RUU ni akan betul-betul memberi kesan kepada klinik swasta, sebab akak kaunter akan diganti oleh juruteknik farmasi. Kira ok lah sebab at least juruteknik farmasi ni lebih terlatih berbanding akak kaunter. Tapi bagi farmasis, yang salah tetap salah.

“Sebenarnya, pemberian ubat tidak sepatutnya dilakukan oleh pembantu di klinik (akak kaunter).” – Harpreet Kaur

“Klinik tak sepatutnya meletakkan pekerja yang tidak berkelayakan untuk menguruskan ubat-ubatan, jadi (undang-undang) ini hanya membenarkan apa yang salah.” – Ketot, dalam perbualan dengan CILISOS

Apa maknanya buat rakyat:

Sebelum ni pun, Dispensing Separation (amalan memisahkan doktor daripada pemberi ubat) macam memang takkan dikuat kuasakan kat Malaysia ni. Tapi dengan RUU ni, at least kita ada orang yang lebih terlatih untuk jaga kaunter di klinik swasta, setuju ke tak?

Ini bukan pasal Doktor lawan Farmasis, tapi pasal KORANG!

Lawak hambar SOSCILI.
Lawak hambar SOSCILI.

Agak-agak korang sokong siapa dalam hal ni?

[socialpoll id=”2364468″]

Kebanyakan daripada kita tak tahu-menahu pun pasal cerita doktor vs farmasis ni. Malah, kita tak tahu pun akan hak-hak kita sebagai seorang pengguna tiap kali pergi ke hospital atau klinik, tak kisahlah yang kerajaan punya ataupun swasta.

alam perselisihan pendapat antara doktor dan farmsis tentang RUU ni, mereka semua tetap menekankan akan keselamatan pesakit. Kalau korang tak setuju dengan pindaan RUU ni, korang boleh sain petisyen kat sini. Kalau korang takde problem, dan kalau akta ni diluluskan, at least korang kena tau apa hak yang perlu korang tuntut di masa hadapan.