Agak-agak nak simpan RM120 juta kena ada ruang besar mana? Kami kirakan dan ini hasilnya…

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni, The Edge Markets keluarkan berita yang lebih kurang RM120 juta dirampas dari beberapa tempat tinggal bekas PM Najib. Selain tu, wang itu ada dalam pelbagai matawang negara lain. Kawan kami CILISOS pun rasa nak tahu sangat berapa ruang dan saiz yang diperlukan untuk menempatkan duit sebanyak tu. Ini kiraan kasarnya.

Wang kertas RM100 setebal 0.12mm. Berapa banyak diperlukan untuk sama tinggi dengan bekas PM Najib?

Rampasan duit berkaitan skandal Jabatan Air Sabah. Imej dari Malaysian Times.

Wang kertas paling besar di negara kita adalah RM100. Tebalnya adalah 0.12mm setiap satu. Jadi, kalau jumlah RM120 juta, kita memerlukan 1.2 juta wang kertas RM100. Kita akan susun dan pisahkan 1.2 juta wang kertas RM100 ni mengikut ketinggian Najib yang dilaporkan 1.78 meter.

1.78 meter = 1780 mm

Berapa banyak RM100 diperlukan untuk sama dengan ketinggian Najib?

1780 mm ÷ 0.12 mm tebal setiap wang kertas = 14,833 wang kertas

Anggarkan wang tadi disusun tanpa kotak atau pun dibalut, ia akan jadi

1.2 juta wang kertas RM100 ÷ 14,833 wang kertas = 81 susunan wang kertas ikut ketinggian bekas PM Najib

Tak cukup nak letak 81 bekas PM Najib dalam gambar ni. Sorry!

Kita ikut anggaran yang mengatakan setiap keping wang kertas panjang dan lebarnya adalah 140 mm x 65 mm. Lepas tu 81 susunan wang kertas berketinggian bekas PM Najib diletakkan dalam dalam susunan 9 x 9 (sebab 81). Jadi kami kirakan panjang x lebar, jadilah 1260 mm  x 585 mm = 737,100 mm² atau 0.7 m² saiz bilik diperlukan untuk menempatkan 81 susunan duit tinggi bekas PM Najib ni.

Nampak macam tak banyak kan? Tapi ruang besar ni boleh muatkan rampasan duit skandal Jabatan Air Sabah yang berjumlah RM61.48 juta. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan RM120 juta. Laporan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh dah sahkan yang jumlah tepat buat masa ni ialah RM114 juta yang dijumpai dalam 35 beg dari 72 beg yang dirampas.

Sampai di sini sahaja. Jumpa lagi nanti!

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT