- 4.9KShare sekarang!
- Email35
- Facebook4.8K
- Share
Pernah tak member korang mintak cover makan masa korang kat mamak sebab terlupa dompet kat pejabat… ataupun ada sedara mintak tolong pinjamkan duit sementara gaji masuk… tapi tunggu-tertunggu, korang tak dapat-dapat duit tu balik pun lagi.
Kadang-kadang nak mintak balik pun segan. Lepastu, ada pulak yang bagi bermacam-macam jenis alasan macam tak cucuk duit lagi la, tak bawak kad bank, lupa nombor akaun dan banyak lagi ?. Tapi sekarang kita dah maju, korang tau tak…
SOSCILI dengan DuitNow sebenarnya dalam satu misi untuk mengenal pasti macam mana rakyat Malaysia mintak hutang dari kawan dan ahli keluarga diorang. Bagi korang yang tak tahu, DuitNow ni satu servis perbankan yang membenarkan korang untuk menghantar atau menerima duit hanya menggunakan nombor talefon…….. ngam jugak la diorang nak sponsor artikel ni ?
Oleh itu, jom kita kenal pasti apa kaedah pelik dan kreatif pembaca kitorang buat bila nak mintak hutang, kaedah ni 100% orang Malaysia punya eh! #doneclaim
1. Ajak makan tapi lupa bawak dompet ?
Sememangnya rakyat Malaysia sangat terhibur dengan makanan. Tapi, siapa sangka dengan makanan jugak korang boleh mintak balik hutang dekat kawan-kawan korang.
Nampaknya, ramai yang dah guna teknik ni untuk mintak hutang, bukan je korang dapat duit tu balik, tapi dapat makan sekali. Senang je, ajak member korang keluar makan, lepastu order makanan yang nilainya sama dengan hutang tu ataupun yang berbaloi la. Bila bil dah sampai, suruh diorang bayar makanan tu ataupun tolak dari duit hutang.
Ada lagi satu cadangan guna makanan ni… tapi, kena gertak sikit la… ?
Tapi kalau korang tak suka cara ni sebab nak diorang pulangkan hutang tu balik dalam bentuk duit, mungkin korang boleh…
2. “Pinjam” balik duit daripada diorang ?
Ada beberapa pembaca-pembaca kita yang cadangkan “meminjam” balik jumlah duit yang dihutang daripada si penghutang korang tu. Sebabnya, kadang-kadang, bukannya diorang ni takda duit. Mungkin ada yang belum bayar balik sebab terlupa manakala ada juga yang belum bayar balik kerana korang dah lama tak jumpa dan diorang belum sempat nak bagi balik duit tu dalam bentuk cash.
Jadi dengan taktik ni, korang boleh la mesej diorang kata nak “pinjam” duit, walaupun duit tu memang dihutang kepada korang pun… Cuma, susah pula kalau diorang mintak balik duit tu sebab korang yang “pinjam” daripada diorang. Lagi senang kalau korang mintak si pelupa ni bayar balik dengan DuitNow je untuk senangkan dua-dua pihak. Tapi kalau tu masih susah sangat…
3. Guna ayat ‘makan dalam’ kalau nak mintak hutang ?
Asyik nak kena ingkatkan orang pasal hutang pun penat jugak la. Lagipun, takde yang lebih memuaskan bila mintak hutang pakai ayat makan dalam kan. Cara yang lebih halus la mintak hutang, tapi kalau tak faham jugak… tak cukup pedas kot.
Lagi satu cara ayat makan dalam untuk mintak hutang kat kawan korang, dengan menghantar artikel ni kat dia, boleh la kitorang dapat view korang dapat duit tu balik. Macam brader ni:
"Hey, did you read that awesome Cilisos piece recently?"
"No. Share it. What's it about?"
"Debt recollection. Speaking of which….." https://t.co/HOO0amVnSM
— Rohan Javet Beg (@RohanBeg) November 21, 2019
Tapi kalau diorang muka tembok tak paham2 lagi apa korang nak cuba sampaikan, mungkin korang kena keraskan bahasa sikit dengan…
4. Gunakan undang-undang untuk dapatkan duit korang ?
Susah sangat nak bayar, buat report polis jelah. Tapi, mesti ramai akan cakap “alaa sikit je, mana polis nak layan kes macam ni”, jangan terkejut, sebenarnya memang boleh tau!
Geng kitorang kat AskLegal ada tulis artikel pasal ni, senang kata korang boleh bawak penghutang tu ke mahkamah guna ‘prosedur tuntutan kecil’. Mengikut undang-undang, korang boleh buat prosedur tuntutan kecil ni selagi duit hutang tu bawah RM5,000. Semestinya, bila kat mahkamah nanti penghutang boleh lawan klaim tu, tapi kalau kes memihak kat korang, undang-undang boleh pastikan yang penghutang tu bayar balik.
Tapi, tak semua orang nak berlembut bawak ke mahkamah….
5. Dapatkan “pertolongan” keluarga diorang ?
Senang kan, nak tuntut hutang mintak je kat mak ayah diorang? Inilah cadangan beberapa pembaca kita yang nampaknya telah banyak pengalaman dengan member-member penghutang diorang. Tapi, tu masih tak seteruk kes baru-baru ni di mana seorang lelaki yang berhutang dengan Ah Long hampir RM60,000 letak alamat mak ayah dia!
Selain ni, ada juga sekor pembaca SOSCILI ni yang berkata korag boleh cuba pikat anak si penghutang tu. Nanti bila waktu bincang hantaran-hantaran, boleh la bereskan hutang tu terus sekali!
Tapi, kalau taktik ni pun tak jadi jugak dan korang dah tak ambil peduli pasal kesan usaha-usaha mendapatkan duit korang balik kepada korang…
6. Dapatkan bantuan kuasa-kuasa ghaib ?
Antara cadangan yang kami terima bila kitorang tanya cara-cara untuk kutip hutang, ramai pula pembaca kita yang suruh kitorang santau je penghutang kita. Ada juga sorang tu yang beri tip membela toyol untuk curi duit penghutang tu pula. Mula-mula kitorang ingat ni sekadar lawak jenaka je, tapi bila kitorang kaji benda ni, nampaknya ni memang sesuatu yang biasa. ?
Ia pernah dilaporkan oleh Kosmo bahawa terdapat seorang bomoh di Kajang yang menawar perkhidmatan mengutip hutang dengan harga 20 hingga 40 peratus jumlah hutang tersebut. Katanya, dia menggunakan pertolongan jin untuk menakutkan si penghutang dan melembutkan hatinya supaya membayar balik hutang tu.
Bagi kitorang pula, kalau dah sampai tahap ni dengan si penghutang korang, mungkin lagi elok bagi semua pihak kalau korang…
7. Halalkan je lah hutang tu… ?
Bagi korang yang dah baca sampai sini, dan semua cara-cara kat atas korang dah cuba, kitorang faham kalau korang nak halalkan je. Tambah pula rakyat Malaysia di rekodkan mempunyai hutang tertinggi di Asia, dengan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi ni, makin ramai yang terjerat dalam perangkap hutang.
Pasal tu bila kitorang tanya, ramai yang jawab halalkan je. Pasal yang berhutang ni memang takde duit. Tapi bagi korang yang baru teringat pasal hutang ni, senang je nak bayar hutang sekarang…
Meh sini nombor telefon… ?
Sambil membaca entri-entri kat sini, mesti korang teringat situasi-situasi dimana orang yang hutang korang pernah bagi bermacam-macam jenis alasan macam “tak bawak cash la“, “lupa bawak dompet“, “GF tak bagi belanja“… Jadi, kitorang ada satu solusi mudah untuk selesaikan masalah ni, kawan kitorang kat DuitNow sedia membantu. Korang hanya perlu bagi nombor telefon kat kawan korang dan suruh diorang hantar duit guna servis ni! Walaupun diorang tak ingat nombor telefon korang sekalipun takpa, asalkan korang ada dalam senarai kenalan dia dah boleh.
Jangan risau, korang tak perlu nak muat turun aplikasi baru… kalau aplikasi perbankan korang dah dikemaskini, korang akan perasan servis DuitNow. Korang hanya perlu tekan daftar dan serta merta hantar atau terima duit dari siapa-siapa yang menggunakan DuitNow (DuitNow boleh didapati di lebih dari 35 bank kat Malaysia, dan jarang la tengok orang tak daftar lagi)! DuitNow juga lebih mudah untuk digunakan berbanding aplikasi e-dompet kerana ia bersambung terus dengan akaun bank korang, jadi korang pun tak payah nak kena pindah duit sini sana masuk e-dompet ke apa-apa dulu.
Kalau la nak raih pendapatan semudah ni kan….
- 4.9KShare sekarang!
- Email35
- Facebook4.8K
- Share