- 350Share sekarang!
- Email21
- Facebook329
- Share
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Baru-baru ni, kita asyik terbaca ataupun terjumpa kes mengenai peningkatan kes dadah kat seluruh negara, tapi apa yang tarik perhatian kitaorang untuk nak tahu dengan lebih lanjut bila keluarnya berita ni:
Waktu tengok berita tu, pengedar dadah yang ditangkap tu merupakan pengedar dadah jenis pil kuda. Jadi, kitaorang pun kajilah mengenai pil kuda ni, dan kitaorang dapat data mengenainya daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menunjukkan peningkatan kes penggunaan pil kuda ni kat Malaysia. Dan ia merupakan jenis dadah yang ketiga tertinggi penggunaannya kat negara ni (lepas methamphetamine dan opiates) sejak 2014. Dan jumlah kes-kes yang berkaitan pil kuda ni dah meningkat dari 1,066 ke 4,853 pada tahun 2017 – 2018.
Walau bagaimanapun, pil kuda bukanlah fenomena baru kat Malaysia ataupun kat ASEAN. Ia sebenarnya dah berlaku sejak tahun 70-an lagi, dan menjadi tekanan utama bagi usaha pembasmian dadah kat Thailand, Malaysia, Myanmar dan Bangladesh sejak beberapa dekad kebelakangan ni. Kitaorang menyiasat dengan lebih mendalam mengenai fenomena yang menyebabkan kematian disebabkan pengambilan pil kuda, dan kenapa kegunaannya semakin meluas dalam kalangan belia Malaysia.
*Penafian: Artikel ni hanyalah bertujuan untuk mendidik dan memberi informasi kat semua pembaca. Kitaorang tak menyokong sebarang penggunaan bahan yang haram di sisi undang-undang.*
Pil kuda berasal daripada methamphetamine, yang dah wujud satu abad
Kali pertama ia dihasilkan pada tahun 1919 oleh seorang ahli kimia Jepun bernama Akira Ogata dan dipasarkan secara sah mengikut undang-undang sebagai ubat farmaseutikal. Crystallized methamphetamine (methamphetamine berkristil) pada mulanya digunakan oleh tentera dan juruterbang dalam kedua-dua belah pasukan dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelakkan keletihan dan meningkatkan prestasi. Dan sedangkan Hilter sendiri menggunakannya dengan kerap.
Sekitar tahun 70-an sehingga 80-an, ada banyak jenis methamphetamine dah dirumuskan dan dihasilkan di rantau Segitiga Emas (Burma-Laos-Thailand): yang merupakan kawasan pengeluaran dadah dan perniagaan narkotik terbesar. Dan kat situ jugak merupakan kawasan perangsang dan pengasas yang menggabungkan methamphetamine dan kafein yang terhasil dalam bentuk pil merah kecil (sekitar 5.5 mm).
Pada mulanya ia dipanggil sebagai ya khayan (‘pil tenaga’) atau ya maa (‘pil kuda’: sebab ia pernah diberikan kat kuda sebelum ni) dalam bahasa Thai. Penggunaannya meluas dalam kalangan pekerja dan buruh (terutamanya pemandu lori) untuk berikan tenaga dan kesegaran sepanjang bekerja. Ia boleh digunakan melalui rokok dan menelan pil tu sendiri.
Ya maa mula popular dan berkembang kat rantau Segitiga Emas pada tahun 90-an, dan kemudiannya penggunaannya tak dibenarkan dan tak sah kat Thailand. Lepas tu kerajaan menamakannya semula sebagai ‘ya ba’ (‘pil gila’/’pil kuda’), dan negara Barat menggelarnya sebagai ‘Nazi Speed’, yang memberikan gambaran betapa ‘gila’nya kesan ubat ni kat orang yang gunakannya.
Pada tahun 2003, kerajaan Thailand mengisytiharkan untuk perangi dadah, terutamanya dadah jenis ya ba, tapi, sama macam mana-mana kempen ‘perangi dadah’, ia tak dapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Polis Thailand secara terbuka disarankan untuk ‘menembak mati’ dan ia mengakibatkan kematian ribuan penagih (kebanyakan kematian tu disebabkan untuk penuhi kuota dalam keputusan kehakiman).
Penagih dadah jenis ya ba ni didapati kesannya sangat teruk sampai boleh membuatkan penagih tu tak tidur berhari-hari, takde selera makan, berhalusinasi dan mempunyai kecenderungan untuk bertindak agresif. Dan ada masanya diaorang boleh sampai ke tahap yang mencederakan orang lain. Dan sebab tu lah, kerajaan Thailand buat tindakan tegas kat pengguna dadah ni.
Pengguna bertindak balas dengan cara yang macam tu adalah disebabkan bagaimana pil kuda / ya ba memberi kesan kepada serotonin otak, dopamin, dan reseptor non-epinephrine, yang menyebabkan ketagihan dan kesan buruk yang macam kitaorang bagitahu kat atas tu. Penggunaan yang berpanjangan jugak boleh membuatkan kerosakan otak dan badan yang kekal, bahkan berpotensi menyebabkan kematian kalau mengambilnya dengan kadar yang berlebihan.
Hari ni, dianggarkan sekurang-kurangnya 1.4 bilion pil ya ba dihasilkan setiap tahun kat Segitiga Emas (terutamanya kat Myanmar). Dan sekarang ni dah meliputi seluruh Asia Tenggara, malah dah sampai ke kawasan Bangladesh. Malaysia jugak tak ketinggalan.
Ya ba masuk ke Malaysia, melalui sempadan Thai-Kelantan
Pil kuda ni bukanlah baru lagi kat Malaysia; ia diseludup melalui sempadan Thailand-Kelantan dah bertahun-tahun lamanya, dan sebab tu lah ia biasa digunakan kat negeri-negeri Pantai Timur macam Kelantan, Terengganu dengan Pahang. Korang boleh bayangkan betapa buruknya keadaan kat sana? Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, pada tahun lepas terdapat 17,741 tangkapan yang disebabkan kes pil kuda ni, dan jumlah tangkapan tu sebenarnya lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
Dan ia dilihat tak memberikan apa-apa perubahan yang lebih baik. Menurut orang-orang yang familiar dengan situasi macam ni, diaorang bagitahu yang Kelantan berpotensi untuk menjadi ‘gudang dadah’ kalau masalah ni tak ditangani. Dan sebenarnya penagih kat Kelantan boleh dijumpai kat ‘setiap kampung kat Kelantan’:
“Di Kelantan, boleh dikatakan hampir setiap kampung ada pengedarnya.” – Datuk Hasanuddin Hassan, Ketua Polis Kelantan, sumber dari BH Online.
“Bila nak beli, saya akan lambai kepada orang kampung yang juga ambil buah (pil kuda) yang lalu di depan rumah dan mereka akan faham. Tidak lama kemudian sampailah ke tangan,” – Yuslah (bukan nama sebenar), sumber dari Sinar Harian.
Walaupun beberapa tahun yang lepas, PDRM ada mengatakan yang pil kuda ni dah semakin ‘pupus’ disebabkan kemunculan dan permintaan dadah jenis terbaru, tapi peningkatan kes pil kuda ni dah menunjukkan segalanya. Tapi serbuan demi serbuan yang dibuat oleh pihak polis kadang-kadang menghasilkan rampasan puluhan ribu pil dalam satu masa.
Sebenarnya, awal bulan ni, polis dah berjaya menumpaskan satu sindiket pil kuda yang dah menyembunyikan sebanyak 74,000 pil kat bawah rumah diaorang yang bernilai kira-kira RM1.48 juta:
Dan situasi sama jugak jadi kat Terengganu: awal bulan hari tu, PDRM ada buat serbuan dan tangkapan kat seorang lelaki yang tak bekerja serta mempunyai 60,000 keping bungkusan pil kuda kat rumahnya. Dan korang sendiri tahu betapa buruknya kesan pil kuda ni daripada apa yang kitaorang dah terangkan kat atas tu; dan ia mungkin akan jadi lagi teruk bila kita sedar mengenai …
Penggunaan pil kuda meningkat dalam kalangan kanak-kanak kat Malaysia
Disebabkan kemudahan untuk mendapatkan bekalan pil kuda, juga berperisa macam gula-gula, dan boleh didapati dengan harga yang rendah (lebih kurang RM10-15/sebiji), pil kuda digunakan secara meluas dan dapat sambutan hangat dalam kalangan remaja kat negeri Pantai Timur. Kat Thailand, ya ba dibungkus dan dijual kepada kanak-kanak dan remaja macam gula-gula, dan modus operandi yang sama dijadikan trend kat negeri-negeri sekitar utara Malaysia.
Terdapat koktail dadah popular yang menggabungkan ketum, sirap batuk dan pil kuda, ia dijual pada harga RM5-10 satu, dan secara tak langsung menjadikannya bukan saja mudah disembunyi, tapi sangat mudah dimiliki oleh generasi muda. Ia disebabkan harga yang sangat rendah.
Dan penggunaannya bukanlah hanya dalam kalangan remaja dan pelajar kolej je; tapi kanak-kanak seawal umur 10 dan 11 tahun pun dah terjebak dengan penggunaan dan pengedaran pil ni. Ada di antara pengedar ni sampai boleh menghasilkan pendapatan sehingga mencecah RM30,000 sebulan:
“Sehinggakan saya pernah mendengar orang cakap, kalau diseluk ke dalam poket pelajar sekolah, akan jumpa pil kuda. Ini menunjukkan betapa mudahnya untuk mendapatkan bekalan (dadah) di negeri ini,” – Datuk Hasanuddin Hassan, Ketua Polis Kelantan, sumber dari BH Online.
Jadi apa perancangan kerajaan yang nak dilakukan untuk tangani masalah ni?
Kerajaan nak selesaikan isu ketagihan dadah ni sebagai isu kesihatan awam, bukannya jenayah
Macam yang korang semua boleh bagi kesimpulan melalui kegagalan Thailand terhadap isu perangi dadah tu, tapi sebenarnya kadang-kadang pendekatan yang tegas untuk kes dadah ni boleh menjadikannya tak berhasil. Dan ini jugak mungkin berkaitan dengan pembalikan dasar dadah yang ada kat seluruh dunia, yang mana Malaysia jugak mengikuti dasar tu dengan mengumumkan rancangannya untuk tak menjenayahkan dadah (dekriminalisasi) (untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkannya, korang boleh baca artikel ni).
Walaupun ia belum berkuat kuasa lagi, kitaorang ada jumpa banyak contoh dari seluruh dunia yang mengatakan ia merupakan idea yang baik untuk dilaksanakan. Contohnya kat Portugal, kematian penagih dadah yang overdose jatuh merundum sebanyak 80% berikutan tindakan diaorang tak menganggap dadah tu sebagai jenayah (dekriminalisasi). Jadi, penagih dadah secara sukarela yang mencari rawatan dah meningkat, dan kadar penggunaan dadah pun menurun.
Ia merupakan matlamat kerajaan Malaysia jugak yang mengharapkan situasi sama berlaku kat negara kita. Memandangkan sekarang ni stigma dan polisi terhadap dadah dah menjadikan penagih terperangkap dalam kitaran ‘penjara dan kemiskinan’ yang tak berkesudahan:
“Penagih hendaklah dianggap sebagai pesakit (bukan sebagai penjenayah), yang ketagihannya adalah penyakit yang kami ingin pulihkan.” – Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, sumber dari New Straits Times.
- 350Share sekarang!
- Email21
- Facebook329
- Share