Jujur je, berapa ramai antara korang pernah bawa lebih muatan?

KLIK SINI UNTUK ISI KAKI TERBANG SURVEY 2019

Tak pastilah kalau untuk korang, tapi bagi kami lapangan terbang (lepas ni kami guna perkataan airport ye) memang buat emosi turun naik macam naik roller coaster. Satu benda di mana kita pergi bercuti romantik dengan isteri tersayang (atau girlfriend, bukan kami tak tau perangai korang)… dan benda lain pun boleh jadi macam ni:

~~Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh~~. Imej asal dari klia2.info
Bagasiku jadi pekasam. Gerrrammm. Imej asal dari klia2.info
Rambut tak sama panjang dalam IC – tolong ke tepi sekejap? Imej asal dari BERNAMA.

KLIK SINI UNTUK ISI KAKI TERBANG SURVEY 2019

Macam-macam benda boleh jadi kat airport, dan sebab tu lah…

…tak mengejutkan pun kenapa orang Malaysia ada perangai yang pelik kat airport O_O

Korang pun tahu yang SOSCILI ni menulis dan membawang berdasarkan data. Jadi, disebabkan perasaan nak tahu yang tinggi untuk memahami orang Malaysia dan kepelikan korang, kami bergabung dengan Asklegal.my dan Cilisos.my untuk buat Survey Kaki Terbang Malaysia 2019! (sebenarnya survey pasal perangai korang kat airport tapi nama tu boring lah kan?)

Dan kami juga buat benda ni bersama kawan kami Malaysia Airports, pengendali lambang kemajuan dan kebanggan kami, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (tu termasuk terminal utama KLIA dan juga KLIA2… yang merupakan terminal kedua KLIA dan BUKAN lapangan terbang berasingan tauuu) serta juga 38 lapangan-lapangan terbang lain di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan korang, ia tak ada kena mengena dengan Malaysia Airlines walaupun selalu orang campur adukkan tau!

Malaysia Airports ni adalah satu syarikat yang mengurus, mengoperasi, mengekalkan dan membangunkan airport. Kami juga baru tau rupanya ia adalah kumpulan operator airport terbesar di DUNIA dari segi bilangan penumpang yang diuruskan… dan bercakap pasal jumlah orang yang ramai, tak pelik kenapa perkhidmatan ni bergantung kat kekuatan diorang untuk bagi pelanggan gembira. Dan untuk lebih terperinci, ini apa yang kami cuba nak tahu:

Apa yang buat orang Malaysia gembira – atau sedih – kat airport?

Apa strategi yang lawak waktu nak guna tandas kat airport?

Macam mana orang Malaysia nak seludup barang yang pelik?

Jadi, isi Kaki Terbang Survey 2019 sekarang dan kami akan tunjukkan perbezaan korang dengan orang Malaysia yang lain. Survey ditutup pada 1 September 2019!

KLIK SINI UNTUK ISI KAKI TERBANG SURVEY 2019