Orang Perak ni jadikan koleksi Action Figure miliknya menjadi pembantu rumah

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Disebabkan macam-macam post yang ada kat media sosial sekarang, mesti ada yang dah rasa bosan. Tapi, nampaknya, kebosanan ni terhenti sebab ada seorang warga Perak bernama Wire Hon buat sesuatu yang luar biasa. Yeop ni rupanya ada ratusan koleksi action figure sampailah tahap…

Mereka masakkan mee…

…bermain sesama mereka…

Batman gunakan berus cuci jamban sebaiknya…
Nampak macam main ohsom
Bila Spiderman dah lama tak pergi gym…

…dan mereka juga tolong buat kerja-kerja rumah…

Superhero juga adalah manusia biasa. Kadang-kadang bergotong royong…
Superhero tak semestinya tunjukkan kuasa. Cukuplah sekadar membantu mereka yang memerlukan. Padahal minyak tak isi tu!
Hulk sebenarnya yang tak cukup towel
Bila takde penjenayah. Buat kerja part time…

Dan ini macam mana Wire Hon buat

Wire Hon menggunakan teknik foto forced perspective, di mana korang boleh bermain dengan saiz hanya dengan satu sudut, di ambil dari sudut lain dan ilusinya akan hilang. Korang mungkin ingat lagi macam dalam cerita The Lord Of The Ring yang menjadikan Gandalf lebih besar berbanding Frodo.

Imej dari Forum F13game

“Dalam Internet, saya secara tak sengaja nampak foto jenis forced perspective dan terpengaruh dengannya. Daripada percubaan pertama, ia dah berjaya! Rahsianya adalah latar belakang, sudut dan pencahayaan.” – kata Wire Hon kepada kami

Kepada sesiapa di luar sana yang nak cuba, ini adalah setting kamera yang dia gunakan. Video ni dihantar kepada kami olehnya melalui FB. Untuk maklumat korang, ia hanya ambil masa 30 minit untuk buat satu tangkapan gambar.

Sejak dua tahun lepas, Wire Hon dah buat satu atau dua tangkapan gambar seminggu menggunakan Samsung J7 Prime, sewaktu dia berkunjung dari Pahang ke kampung halamannya, Perak. Orang yang muncul dalam gambar adalah anak-anak, isteri dan ahli keluarganya.

Apa yang lebih menarik berbanding teknik tu adalah nilai komedi dan budaya tempatan yang menjadikan gambar yang diambil Wire Hon menjadi perhatian ramai orang.

Gambar-gambarnya juga turut dipaparkan oleh ComicBook.com, ComicsBeat.com, Malay Mail dan banyak lagi.

Apa yang alat permainan tu tak buat adalah bagi duit kat dia…

Ramai lagi yang belum beraksi ni. Imej dari Fb Wire Hon

“Duit hanya keluar, berkemungkinan lebih RM30,000 dibelanjakan. Saya tak buat kiraasan rasmi dan saya tak berani nak fikir yang ianya berbaloi!” kata Wire Hon kepada kami

Apa yang mengejutkan, dia bagitau yang dia ada sejumlah lebih kurang 50 action figures, tapi dia ada barang yang sangat mahal. Setiap barangan tu kosnya antara RM800-RM2000! Dan walaupun kadang-kadang pengilang dari Taiwan ada bagi permainan percuma, ia tetap menghabiskan duit yang banyak untuk memberi sesuatu yang positif di dalam Facebook dan Instagram.

Korang dah dapat idea macam mana nak jadikan hobi korang ni boleh jana pendapatan? Bagitau kitorang kat ruang komen. Buat masa sekarang, kami dari CILISOS dan SOSCILI dah pun bagi sikit bayaran royalti kepada Wire Hon sebab dah guna gambarnya.

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT