Macam mana TMJ boleh miliki istana bernilai RM14 bilion di Singapura?!

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 27 Februari 2019

UPDATE 30/1/2020: Siapa yang tak kenal Tengku Mahkota Johor (TMJ). Salah seorang orang yang cukup berpengaruh di Malaysia sama ada dalam kepimpinan mahupun sukan negara. Namun, nama TMJ naik semula apabila mengkritik tindakan kerajaan yang kurang efektif dalam menangani isu virus Wuhan di Malaysia.

Bila sebut kat awal-awal tadi pasal pengaruh ni. Memang terbukti pengaruhnya sangat kuat sehingga memiliki hartanah kat Singaura. Ini penjelesannya…


Kalau bercakap tentang harga hartanah yang ada kat Singapura, benda pertama yang korang mungkin akan fikir – mestilah harganya teramat-amat mahal. Sedangkan kita yang kat Malaysia ni pun merasai betapa mahalnya nilai hartanah, mestilah Singapura yang merupakan negara kecil tu lagi mahal.

Bagi sesiapa yang ada tanah kat Singapura, dia memang dah boleh dikira orang kaya. Orang-orang tua yang dulunya ada tanah, lagilah beruntung. Sebabnya harga tanah ni akan sentiasa meningkat. Kalau dulu-dulu harga tanah mungkin tak cecah juta-juta, hari ni, lebih-lebih lagi kat Singapura, dah tentu-tentulah harga akan sampai juta-juta.

Takkan tak kenal kot? TMJ. Imej dari The Star

Rupa-rupanya, Tengku Mahkota Johor (TMJ) ada aset berbentuk hartanah yang benilai 14 bilion ringgit kat Singapura! Macam mana pulak dia boleh ada hartanah dengan nilai setinggi tu? Meh kitorang cerita…

Keluasan tanah yang kitorang sembang ni 30 kali ganda lagi besar dari White House

Bagi yang cuba nak membayang sebesar apa kawasan tanah yang kitorang kata ni, korang tahu tak Rumah Putih (White House), tempat tinggal Presiden Amerika Syarikat? Keluasan kawasan ni adalah 30 kali ganda lebih besar dari White House. Kawasan tanah ni berhampiran dengan kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dan kawasan kondo yang bernilai 3.3 USD seunit.

Bagi yang tak pernah tengok White House, ni haaaa. Imej dari Advocate

“Memiliki sebidang tanah di Singapura pastinya istimewa kerana tanah adalah sumber yang paling berharga di bandar raya. Sepanjang lima dekad, harga tanah telah meningkat dengan ketara. Ini telah mendorong kekayaan untuk generasi yang lebih tua,” – Christine Li, Pengarah kanan dan ketua penyelidikan dari Singapura di Cushman & Wakefield Inc., dipetik dari Bloomberg

TMJ adalah pemilik berdaftar untuk tanah seluas  210,875 meter persegi kat Singapura. Siap ada istana lagi kat tempat tu, namanya Istana Woodneuk. Tapi sayangnya istana ni dah tak boleh orang tinggal, sebab dah usang. Istana ni dibina oleh nenek moyang TMJ pada akhir abad ke-19.

TMJ mewarisi hartanah ni dari nenek moyangnya. Imej dari SAYS

Mesti korang teringin nak tahu apa cerita disebalik pembinaan Istana Woodneuk ni kan? Sebelum tu, kitorang kena cerita jugak pasal satu istana yang jadi jiran kepada Istana Woodneuk ni…

Istana Tyersall, istana yang mengalami kebakaran pada pukul 2 pagi

Selalu bila orang sembang tentang Istana Woodneuk, macam tak sah kalau kitorang tak ceritakan sekali Istana Tyersall. Kalau korang nak tahu, Istana Tyersall ni adalah sebuah istana yang telah dimusnahkan dan pernah terletak di bekas Taman Tyersall berhampiran Singapore Botanic Gardens. Menariknya lagi – ramai yang keliru dengan istana ni dengan Istana Woodneuk yang dah mereput tu.

William “Royal Billy” Napier yang merupakan peguam dan editor ternama kat Singapura pernah ada sebuah rumah yang dibina pada tahun 1854 kat estet Tyersall dengan keluasan 67 ekar di Singapura.

Istana Tyersall, cantik kan? Imej dari Wikipedia

Bila dia dah pencen dan pulang semula ke England pada tahun 1857, rumahnya di Tyersall telah dijual oleh Boustead & Co. Pada tahun 1860, ia dibeli oleh Abu Bakar. Abu Bakar kemudiannya pindah dari rumahnya di Telok Blangah yang jadi tempat tinggalnya semasa pemerintahannya sebagai Temenggong, selepas kematian bapanya pada tahun 1862.

Temenggong Abu Bakar telah diisytiharkan sebagai Maharaja Johor pada 30 Jun 1868, dan akhirnya diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-21 pada 13 Februari 1886. Kemudian, baginda memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk bina sebuah istana baru kat Singapura. Pada tahun 1890, Sultan Abu Bakar telah memusnahkan bekas rumah Napier, si peguam tu tadi – untuk tujuan membina istana baru.

Sultan Abu Bakar. Imej dari Berita Harian

Sultan Abu Bakar meninggal dunia akibat radang paru-paru di South Kensington, London, pada 4 Jun 1895. So, Tyersall ni diserahkan pada anaknya, tapi Sultan baru tu, lebih suka tinggal di Istana Woodneuk.

Pada 10 September 1905, kebakaran berlaku di Istana Tyersall pada tengah malam, dan takde siapa kat istana. Ada yang tengok api mulai marak pada 2 pagi, 11 September 1905 dan terus menghubungi pihak bomba. Apa lagi, penggera pun dibunyikan dan tiga kenderaan pemadam kebakaran dikerahkan ke tapak tersebut dan kira-kira 500 askar yang berdekatan bergegas untuk bantu memadamkan api.

Nasib baik masa tu takde orang kat istana. Imej dari Giphy

Kebakaran tu dipadamkan pada jam 6.00 pagi, kebakaran tu sebabkan bilik tarian dan beberapa bilik lagi di istana “musnah sepenuhnya“, beberapa perabot dan koleksi seni pun terbakar dengan teruk. Penyebab kebakaran tu dilaporkan disebabkan pendawaian yang rosak. Kos kerosakan dianggarkan pada waktu tu adalah 200K dolar Singapura. Lepas tu, terus istana itu ditinggalkan.

Istana Tyersall tu pun dirobohkan dibawah tender yang dikeluarkan oleh Sultan pada tahun 1935.

Sedihnya, istana tu dirobohkan. Imej dari Giphy

Istana Woodneuk, istana yang berjaya bertahan dari pengeboman Jepun

Okay, mari kita sembang tentang istana yang masih wujud sampai ke hari ni. Istana ni dimiliki oleh Sultan Abu Bakar Ibni Daing Ibrahim. Sekarang, ia adalah milik TMJ – macam kitorang dah cakap awal-awal tadi.

Istana Woodneuk ni dibina untuk isteri keempat Sultan, Sultana Khadijah. Istana ni memiliki bumbung biru, dengan dua orang pelayan akan sentiasa ada di sana. Sultana Khadijah meninggal di rumahnya pada tahun 1904. Sebelum dia meninggal dunia, dia sempat menjual istana tu kepada anak Sultan Abu Bakar, iaitu Sultan Ibrahim Iskandar (1873-1959), yang membina rumah pada tahun 1930 untuk isterinya yang ketiga, Sultana Helen Ibrahim (1889-1978).

Keadaan istana tu yang diambil pada tahun 2007. Imej dari Flickr

Rumah itu berjaya bertahan dari pengeboman Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dan telah diubahsuai sebelum Jeneral Malcolm MacDonald mengambil alih. Istana tu sempat jadi markas tentera British sebelum diserahkan kepada keturunan Sultan, yang enggan untuk tinggal di sana.

Hari ni istana tu dianggap tak selamat selepas api membakar bumbungnya pada tahun 2006. Bagaimanapun, kehebatan reka bentuk dan seni buatan istana tu masih boleh dirasai. Korang masih boleh tengok struktur tangga dari beranda menuju ke ruang tamu, ruang besar dengan siling yang dihiasi dengan lakaran kura-kura.

Gambar kat tangga tu. Imej dari Minaoh

Walaupun tarikh sebenar pelupusan Istana Woodneuk kitorang tak tahu lagi, masih terdapat pemilikan jelas terhadap tanah tu sebabnya Taman Botani Singapura dapat membeli sebahagian daripadanya pada tahun 2004. Dengan Istana Tyersall sudah dimusnahkan berdekad lamanya, mungkin Istana Woodneuk akan menerima nasib yang sama.

Nilai hartanah yang semakin melambung tinggi, memeningkan ramai orang

Cuba korang teka – berapa agak-agaknya nilai tanah Istana Woodneuk yang TMJ miliki ni? Ready? 1, 2, 3 – 4.7 bilion dolar Singapura (menurut pakar hartanah). Kat tajuk kitorang dah convert ke ringgit siap-siap. Macam yang kitorang dah cakap awal-awal tadi, harga hartanah dekat Singapura memang gila-gila mahal. Jadi, padanlah kalau kawasan sebesar 210,875 meter persegi ni bernilai sebesar tu.

Tapi buat masa ni, TMJ tak boleh jual tanah tu walaupun dia nak. Sebabnya tanah tu tak boleh dijual kerana ia dikhaskan untuk “penggunaan khas ruang hijau“. Maksudnya, tanah tu tak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan selain berkaitan alam sekitar. So, takkanlah ada orang nak beli tanah yang tak boleh digunakan untuk tujuan komersialkan?

Selamat datang ke syurga. Imej dari Minaoh

Kalau korang perasan, kenaikan harga hartanah ni memang fenomena yang dirasai di seluruh dunia. Generasi yang ada hari ni semakin susah nak beli aset, nak kumpul duit pendahuluan loan rumah pun payah. Sebabnya, kadar gaji yang ada 20 tahun dulu, lebih kurang je dengan kadar gaji yang ada hari ni. Padahal benda semua naik (inflasi) – termasuklah nilai hartanah. Melainkan korang ni ada mewarisi harta yang banyak.

Ke benda ni kami sendiri je rasa? Korang rasa macam mana – adakah banyak rumah yang dijual sekarang dah tak mampu dimiliki? Cuba beritahu kami…

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka