- 410Share sekarang!
- Email20
- Facebook390
- Share
(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Kalau korang kaki media sosial atau ada berlambak group WhatsApp, kebarangkalian untuk korang tahu benda ni adalah tinggi. Video ni dah cetuskan macam-macam reaksi daripada pengguna internet. Sebabnya ia melibatkan benda yang dekat dengan hati ramai orang – budak kecil dan teknologi.
Budak tu sebenarnya sakit, tapi bukan disebabkan terlebih guna telefon
Mengikut cerita Siti, ada hari tu – anak dia bangun dan susah nak jalan dengan betul. Siti pun telefonlah Nina – untuk tanya kalau anak dia pun ada masalah yang sama. So, Nina pun katalah; benda tu cuma jadi kalau kaki budak tu cramps atau sakit. So, Siti pun ambik video anak dia dan hantar video tu kat Nina untuk dia tengok.
“Nina telah menelefon saya selepas menonton video itu dan minta saya untuk kemaskan pakaian dan pergi ke hospital. Untuk maklumat anda, Nina adalah orang pertama yang akan hubungi berkaitan keadaan anak saya,”- Siti Norshidah memberitahu CILISOS
Siti beritahu kitorang jugak – dia hantar jugak video tu kat suami dia yang takde kat rumah masa tu. Dia jugak hantar video tu kat keluarga dan kawan terdekat untuk tanya pendapat diorang. Benda ni disebabkan anak dia ada simptom yang pelik – dia tidur hampir 23 jam sehari, muntah-muntah selama 5 hari dan kadang-kadang percakapan dia tiba-tiba terganggu.
Walaupun dia kongsi video ni dengan orang-orang terdekat je, ada juga yang ambik keputusan untuk muat naik video tu kat media sosial. Akhirnya video tu jadi viral lah. Siti dan Nina pun tak tahu siapa yang muat naik video anak dia tu.
“Saya dapat video ini dari WhatsApp. Hasrat saya adalah untuk wujudkan kesedaran bahawa anak-anak tidak sepatutnya menghabiskan banyak masa di telefon mereka. “- Rubani beritahu Nina.
Siti dan suaminya kena kecam di atas sebab yang sebenarnya diorang tak buat pun
Tak seperti kebanyakan post pasal orang sakit kat media sosial yang dapat simpati ramai orang, selalunya siap ada orang nak derma lagi. Tapi video ni dikecam ramai. Benda ni mungkin disebabkan ‘caption’ orang yang muat naik tu tak betul.
Siti dan suaminya bukan setakat kena hadap kecaman-kecaman dari pengguna internet. Dah lah video tu dimuat naik tanpa mintak keizinan ibu bapa. Selalunya orang akan fikir kalau muat naik apa-apa bahan kat internet, ia benda biasa je. Tapi menurut pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia – tindakan macam ni ada akibat dia yang tersendiri.
Lagi satu benda ni pasal etikalah. Cuba bayangkan ada orang lawat rumah korang, dia ambik makanan kat peti sejuk dan share makanan tu dengan orang lain kecuali hang, tanpa izin pulak tu. Macam mana korang akan rasa? Samalah macam kes ni – orang muat naik gambar anak Siti tanpa keizinan dia.
Dan ini bukanlah kali pertama orang kena viral dengan sebab yang salah. Baru-baru ni, Haneesya Hanee, yang dianugerahkan Dewi Remaja (macam ratu cantik gitu) diminta untuk serahkan semula gelaran tu. Sebabnya ada video yang viral tentang dia masuk kelab malam. Padahal video ni dimuat naik oleh kawan rapat Haneesya, yang akhirnya viral lepas ia dimuat naik oleh orang lain.
So berbalik kat cerita Siti tadi, salah satu isu lagi – susah gila nak kawal video-video yang viral ni. Masa artikel ni kitorang tulis, Nina ada mintak orang untuk turunkan video tu dari Facebook. Nampaknya adalah kesan sikit – ramai dah turunkan video tu. Tapi, dalam masa yang sama; video tu masih berlegar-legar lagi kat WhatsApp.
Polis tak boleh buat apa-apa sebab diorang tak jumpa ‘penyangak’ sebenar
Lepas dapat tahu video anak dia dah viral, Siti buat laporan polis dan suaminya ada email Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk laporkan benda ni. Kalau korang jumpa video pasal budak ni – korang kena maklumkan kat orang ramai cerita sebenar.
“Sebagai ibu bapa, kami cuma mahu orang berhenti menghantar atau memuatnaik video anak kami. Ini kerana, tidak seperti dakwaan beberapa orang di Facebook, saya tidak pernah memuatnaik video ini di Facebook atau Instagram.” – Siti Norshidah memberitahu CILISOS
Kalau korang nak pastikan benda yang korang post tu berita betul, korang boleh je semak kat satu website ni – sebenarnya.my. Website ni dilancarkan pada tahun 2017 dan boleh mula digunakan pada tahun yang sama. Kitorang fikir benda fake news ni makin menjadi. So kitorang buatlah satu group kat Facebook untuk korang kongsikan benda-benda berita sensasi. Kitorang akan siasat berita tu BETUL ATAU BOHONG! Marilah join kitorang dalam tu…
- 410Share sekarang!
- Email20
- Facebook390
- Share