6 kali Najib Razak troll habis kerajaan Pakatan Harapan dan menterinya

Sejak Barisan Nasional menemui kekalahan dalam PRU ke 14 tahun ni, banyak juga yang berlaku kepada parti tersebut, dan ia termasuklah juga pemimpin-pemimpin parti tersebut. Bagaimanapun, perkara tu langsung tak menjatuhkan semangat bekas ketua pemimpin UMNO dan juga Perdana Menteri keenam, iaitu Najib Razak yang terpalit dengan isu kleptokrasi, yang juga menjadi penyebab kejatuhannya. 

Imej dari Din Merican

Malah, kelakar pula bila kita tengok gelagat Najib Razak yang bersahaja men-troll kerajaan semasa, iaitu kerajaan Pakatan Harapan yang membuat beberapa kesalahan sejak menerima mandat mentadbir negara sejak Mei lepas.

Kalau dulu Najib Razak dikenali sebagai seorang yang serius mungkin disebabkan peranannya sebagai ketua negara, nampaknya kali ni dia agak bersahaja dan lebih ‘laid-back’ sebagai pembangkang. Lagaknya juga seperti seorang tweetfamous apabila berjaya men-troll keputusan kerajaan semasa. Kat sinilah kita nampak kepakaran Najib dalam mempertahankan dirinya dan menangani isu semasa, contohnya macam…

1. Apabila dia troll balik orang yang troll gambar dia semasa demam PRU-14

Seingat kitorang, benda pertama sekali yang kitorang perasan yang Najib mempunyai kebolehan troll ni adalah apabila dia buat comeback beberapa hari sebelum PRU ke-14 lagi. Itu pun masa rakyat (tak pasti siapa) buat dia pegang bendera PKR.

Imej dari pinterest

Sebagai ketua UMNO pada masa tu, agak lawak jugak la bila dia ditroll pegang bendera parti pembangkang seolah-olah menyokong parti pihak lawan yang dah wujud sejak 1998 lagi.

Kes ni dalam masa yang sama dah mendatangkan rasa ketidak puasan hati bukan saja penyokong BN, malah SPR, di mana menurut Sivarasa, SPR mengarahkan supaya PH menghentikan gurauan tersebut yang kemungkinannya dilakukan oleh penyokong PH.

Sementara SPR bising-bising, Najib sebaliknya tak cepat melatah. Malah dia dengan penuh lagak cool, menjawab…

Tapi, betul ke? Screenshot dari twitter

Bila kitorang fikir balik, tergelak jugalah dia punya comeback ni. Mana taknya, dalam beberapa  permainan perang, korang kena rebut bendera pihak lawan untuk menang.

Kalau macam tu la cara nak menang pilihanraya…. mesti BN dah menang, ye tak?

2. Bila Najib simpan GIF U-turn untuk menggambarkan kebanyakan keputusan PH

Tengok GIF tu kat link ni.

“Menteri – menteri PH sekejap ini sekejap itu.
Saya dah standby video khas untuk mereka.
Tak perlu mohon share. Ambil dan guna saja.
Banyak peluang kita boleh guna lagi.” – Najib Razak, dalam kapsyennya. 

Dalam masa dua minggu je, video ni mendapat sebanyak lebih daripada 26,000 reaksi dan juga 4,000 komen yang sama ada bersetuju dan tak bersetuju dengan GIF tersebut.

Bagi yang tak berapa follow, GIF tersebut merupakan reaksi untuk membantah kerajaan baru yang selalu membuat U-turn, contohnya seperti kesan impak Cukai Barangan dan Perkhidmatan ke atas harga yang nampaknya semakin naik, pasal pemansuhan BR1M, pemansuhan tol di mana tak berlaku lagi setakat ni, pembayaran pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara yang nampaknya mendatangkan kemarahan peminjamnya dan penangguhan moratorium undang-undang keselamatan.

3. Cukai SST sebabkan barang dicukai dua kali

Baru-baru ni kecoh harga makanan KFC tiba-tiba naik, lebih-lebih lagi untuk orang yang tinggal kat bandar-bandar besar – sebabnya KFC ni kira makanan bajet kat tempat macam KL. Lepas je benda ni kecoh, KFC pun buatlah kenyataan yang katakan kenaikan harga ni sebab cukai SST. Apa lagi, Najib nampak peluang yang besar kat situ, sebab sebelum ni Pakatan Harapan selalu kata SST akan jadikan barang lagi murah.

Najib dengan penuh motivasi update Facebooknya yang sejak akhir-akhir ni jadi tumpuan ramai. Dia kata – penjelasan dari KFC ni tunjukkan sistem cukai SST tak telus. Dia siap kata – kenyataan Menteri Kewangan yang kata kebanyakan barang takkan dikenakan SST atau harga barang akan lebih rendah dari GST, propaganda je.

Hmmm…nak pilih ayam yang mana agaknya? Imej dari MatBawang

Kalau mengikut logik Najib, akan ada barang yang akan dikenakan dua kali cukai. Dua cukai tu adalah cukai jualan dan cukai servis. Dia bagi contoh minuman tin. Katanya minuman tin yang korang suka minum ni akan dikenakan cukai 10% di peringkat kilang dan sekali lagi akan dicukai 6% masa dihidangkan kat restoran.

Dia kata peniaga akan terus ambik kesempatan pada pengguna, dan nampak Pakatan Harapan ni sebenarnya utamakan peniaga daripada pengguna. Punyalah kaki troll Najib ni, dekat akhir tulisan dia pasal ayam KFC ni, dia kata;

Untuk PH: Senyap-Senyap Tibai.
Untuk peniaga: Senyap Senyap Tambah.
Untuk pengguna: Senyap Senyap Terkena.

4. Kalau kakanda tak boleh tidur, bacalah doa kakanda

Korang ingat lagi tak bila kakanda Mujahid tulis surat terbuka untuk adinda Nurul Izzah? Nampaknya kakanda Mujahid macam bertepuk sebelah tangan je, sebab Nurul Izzah dah beri respon kata surat tu tak cukup gula (kurang manis). Nurul Izzah siap suruh fokus pada isu yang ‘real’. Sebagai Najib Razak, dah sah-sah benda ni macam elok jadi bahan troll.

Najib mulakan langkah kanannya dengan kata – sudah berapa malam tak tidur? Kalau tak boleh tidur bacalah doa. Benda ni epik sebabnya Mujahid adalah Menteri Agama. Tak pasal-pasal Menteri Agama kena sound sila baca doa sebab tak boleh tidur ingatkan perempuan. Macam tulah kelincahan Najib bahan orang. Mungkin dia dah selalu sangat kena bahan, dia pun jadi pakar bahan orang.

Lepas tu dia siap bercucunda dengan cucu dia. Imej dari AWANI

Salah seorang Menteri yang jadi sasaran utama Najib adalah Dr Maszlee Malik, yang tengah jadi Menteri Pendidikan. Tahun lepas, chewah macam dah lama – Maszlee kata dia bagi diri dia 9.5/10 untuk prestasi dirinya. Sebab katanya dia baru belajar. Apa lagi, Najib pun troll lah. Dia siap sarankan Dr Maszlee untuk dengar lagu Linkin Park. Nasib baik Linkin Park, bukan lagu Rabbani – Pergi Tak Kembali.

“Maszlee nilai dirinya 9.95 daripada 10. Saudara-saudari beri dia berapa skor? Kalau dia tahu nilainya di mata rakyat, tak lena dia dan malam ini dia main lagu Linkin Park lagi,” – Najib Razak, dipetik dari Twitternya

Burnnnn. Imej dari Giphy

5) Isu tol, Najib cakap kerajaan PH jangan sampai buat V-Turn

Tol adalah antara perkara yang hangat dibincangkan. Ini kerana dalam salah satu 14 janji utama Pakatan Harapan dalam tempoh lima tahun memerintah adalah menghapuskan tol secara berperingkat. Cuma benda ni makin menjadi konflik bila Prof Jomo Kwame, pakar ekonomi Malaysia yang pernah jadi Council Of Elders mengaku tol di Malaysia tak boleh dihapuskan. Apa yang boleh hanya kurangkan bayaran.

Isu ni tak habis kat situ, apabila Tun Mahathir sebagai PM mengatakan bahawa mustahil untuk hapuskan tol dan ia hanya boleh dilakukan dengan menaikkan harga petrol. Tun M juga bagitau dia adalah antara orang yang menentang sewaktu ikrar lebuh raya bebas tol yang ada dalam manifesto PH.

Kemudiannya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan yang kerajaan akan bayar pampasan RM1 billion kepada syarikat konsesi tol supaya harga tol tak naik tahun 2019. Langkah ni sebenarnya sama seperti apa yang dilakukan kerajaan BN yang membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol sejak 9 tahun lepas. Kata Najib, dulu DAP marah dia juga waktu bayar pampasan RM2.2 juta untuk hapuskan tol di Johor, Selangor dan Kedah. Apa yang menarik, Najib siap screenshot kenyataan Lim Guan Eng dulu dan siap edit lagi.

 

“Hari ini kita lihat kerajaan PH banyak membuat pusingan U dan ‘copy-paste’ dasar kerajaan BN yang mereka selalu kritik dan marah sebelum ini…Memang tidak sah jika PH tidak membuat U-Turn…Tetapi jangan tajam sangat. Nanti jadi V-Turn pula.”- Najib Razak

6) Isu PTPTN: Apa nama pejuang mahasiswa itu? Kalau jumpa tanya khabar

Dalam bab PTPTN, kerajaan PH pada mulanya mengumumkan bahawa peminjam yang bergaji RM4,000 dah ke bawah boleh menangguhkan bayaran. Kemudiannya, dalam Belanjawan 2019 diumumkan bahawa mereka yang bergaji kurang dari RM1,000 boleh menangguhkan bayaran PTPTN. Selepas dikecam hebat orang ramai dan pimpinan, hanya mereka yang bergaji RM2,000 dan ke bawah boleh tangguh bayaran.

Manakala, mereka yang bergaji RM2,000 ke atas akan dipotong gaji mengikut jadual pembayaran baru yang diumumkan oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Imej dari PTPTN

Apa yang mengejutkan lagi, Pengerusi PTPTN yang juga salah seorang penulis buku Manifesto Harapan mengaku bahawa PTPTN tak boleh dimansuhkan seperti yang dijanjikan. Jadi, dia minta maaf dan bagitau dia tak tahu pula hutang negara dan PTPTN banyak sangat. Najib Razak dah mencadangkan supaya ikut je balik apa yang BN buat dulu. Galakkan mahasiswa bayar tapi ada diskaun dan cemerlang tak perlu bayar. Untuk yang langsaikan hutang awal bagi insentif. Tak payah pening-pening.

“Nama dia Wan Saiful. Ingatlah nama dan wajahnya. Sekali dengan Maszlee.

Apa nama pejuang mahasiswa itu? Kalau jumpa tanya khabar.

Kesemua mereka ini sejak masuk ke Kementerian Pendidikan, kerja mereka menyusahkan orang sahaja.”- Najib Razak, dari FB-nya

Ini ke yang Najib suruh tanya khabar tu? Imej dari MalaysiaKini

Najib Razak sebagai check and balance bagi kerajaan sekarang

Selain daripada mengulas tentang politik semasa, Najib Razak juga beberapa kali mempromosikan tempat dia menjamu selera. Malah dengan popularitinya yang semakin mencanak naik, ada netizen yang ‘cadangkan’ dia buat ‘paid review’ macam instafamous buat disebabkan review yang mendapat sambutan ramai.

Screenshot dari MStar.

Malah ada juga persoalan yang timbul, adakah posting tersebut dilakukan sendiri oleh Najib Razak, atau adminnya? Persoalan tu dijawab sendiri oleh adminnya, iaitu Isham Jalil dalam entrinya menafikannya, dan mengatakan yang ia adalah buah fikiran Najib sendiri, sebab dia tak pandai troll orang.

Tak kisahlah mana-mana pun, yang pasti kita tak boleh dinafikan yang Najib Razak nampak lebih aktif sebagai pembangkang apabila bab mengkritik kerajaan macam yang pernah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan PAS sebelum ni. Sekurang-kurangnya, sebagai pembangkang dia menjadi check and balance yang baik buat kerajaan sekarang yang dilanda dengan pelbagai konflik. Kalau Tun M boleh jadi PM kali kedua, korang rasa Najib mampu tak? #macamtakpercayaje #ehbetulkeni