Ada pengalaman baiki barang tapi makin rosak? Cerita kat kitorang dan menangi baucer petrol!

Best betul rasanya bila dah berjaya pindah dari rumah sewa korang yang padat gila sampai 12 orang dalam satu rumah tu! Takde la kena hadap pinggan tak berbasuh, bilik air tak bercuci, dan macam-macam lagi kerosakan yang ada.

Yang penting bukan serangga yang rosakkan rumah. Imej dari memegenerator

Bila dapat ruangan sendiri – tak kisahlah rumah sewa atau beli, mesti la korang nak kena cari perabot, nak renovate dan baiki segala benda kerosakan yang ada macam suis lampu tak menyala, sinki tersumbat, masalah serangga perosak dan macam-macam lagi. Baiki semua bagi elok, barulah rumahku, syurgaku, kan?

Dan masa ni la korang perlu bertukang, atau cari tukang yang mahir membaiki segala kerosakan ni. Tetapi…

Pembaikan rumah tak perlu menyakitkan kepala pun

Sesetengah orang memang berbakat dalam pertukangan, semua boleh baiki sendiri. Tapi, tak semua orang dianugerahkan bakat bertukang. Untuk orang-orang yang kurang berbakat macam kita ni, kita kena la tau mana nak cari perkhidmatan seperti tukang paip, juruelektrik, tukang bersih dan lain-lain lagi dengan senang. Nasib baik, ada satu laman web di mana korang boleh jumpa SEMUA ni dan macam-macam lagi iaitu… Mudah.my!

Kalau korang tak tau, Mudah.my ni bukan je laman web untuk jual beli barang. Malah, korang juga boleh gunanya untuk tawaran 3 F, iaitu Find – cari rumah untuk dibeli atau disewa, Fix – cari orang untuk perbaiki alat-alat rumah korang yang rosak, dan Furnish – cari barang-barang rumah untuk dijual atau dibeli. Jadi kalau korang ada apa-apa kerja yang perlu dilakukan kat rumah, korang boleh la check Mudah.my untuk cari tukang terbaik untuk kerja tersebut!

Find, Fix, Furnish, atau juga Cari, Baiki, dan Beli! Tangkapan skrin dari Mudah.my.

Sebab macam kita sebut tadi, bukan semua orang mempunyai kebolehan bertukang. Dan kalau korang juga merupakan salah satu daripada jenis ni, marilah…

Kongsi masalah rumah yang korang cuba baiki tapi ditimpa kemalangan untuk menang!

Apa lagi? Bagitahu pengalaman tragis korang yang macam tikus membaiki labu tu kat kitorang, kalau boleh beserta gambar sekali. Pemenang bertuah akan dipilih dan kitorang akan bagi t-shirt dari Mudah.my, dan juga baucar tunai petrol dari Petron! Cepat, contest berakhir pada 2 Oktober 2018!

    Nama:*

    Emel:*

    Apa benda yang rosak kat rumah korang yang korang cuba perbaiki?:*

    Kemalangan apa yang berlaku masa korang cuba perbaiki benda rosak tu?:*

    Ada apa-apa gambar berkaitan tak? (Gambar fius yang rosak tu atau gambar kaki korang patah ke)

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan MUDAH.MY SDN BHD untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan MUDAH.MY tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.