- 1.1KShare sekarang!
- Email30
- Facebook1.1K
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Apabila seseorang tu sebut New Zealand, korang mesti terfikir pasal banyaknya lembu ataupun rumah dalam cerita The Lord of The Rings. Tapi, apabila kaitkan Malaysia dan New Zealand, adakah korang akan terfikir pasal…TENTERA. Biar betul? Tentera New Zealand di Malaysia?
Akhir bulan lepas, Pasukan Pertahanan New Zealand merancang untuk menghantar balik saki baki tentera mereka yang ada di Malaysia (dalam kubur). Misi penghantaran balik ni dipanggil Operasi Te Auraki. Dilaporkan bahawa proses mengorek balik pusara mereka akan bermula pada 3 Julai 2018 hingga memakan masa 48 hari, dan selebihnya akan dibawa pulang pada 20 Ogos 2018.
Persoalannya, kenapa agaknya boleh ada pusara tentera New Zealand di Malaysia?
Ramai tak tahu, askar New Zealand memainkan peranan penting sewaktu darurat
Kalau korang memang jenis tak tidur waktu kelas sejarah, mesti korang akan teringat fakta yang mengaitkan tentera Tanah Melayu dan British. Asyik-asyik sebut British, British, BRITISH. Sampai Teh pun jadi minuman kebangsaan kita.
Tapi, apa yang mengejutkan, tentera New Zealand sebenarnya memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia. Walaupun hanya satu watak kecil, mereka memainkan peranan besar sebagai salah satu angkatan yang membantu British terutamanya sewaktu Darurat di Tanah Melayu.
Malaya mengumumkan darurat pada tahun 1948 apabila parti komunis membunuh tiga orang peladang getah British. Kenapa? Kerana mereka tak puas hati dengan status mereka dalam penjajahan ni. Tapi, kena ingat benda ni. Pihak British sebenarnya nak bagi kewarganegaraan kepada mereka, tapi apabila orang mereka dibunuh, semestinya mereka ubah fikiran dan balas balik dengan serangan.
New Zealand kemudiannya memulakan bantuan ketenteraan mereka pada tahun 1949. Merekalah salah satu pihak yang bertanggungjawab untuk menghantar bekalan (macam makanan) melalui udara untuk tentera British dan Melayu yang sedang berperang melawan komunis. Salah satu kapal terbang mereka ialah Dakota yang berpangkalan secara tetap di KL.
Selain menyertai British Secondment Unit dan rejimen batalion yang memiliki reputasi yang tinggi kerana operasi yang berkesan, askar New Zealand juga menyertai pasukan bersama British Commonwealth Far East Strategic Reserve. Mereka membentuk perkhidmatan pasukan udara khas yang beroperasi bagi melawan gerila, di mana mereka menjadikan hutan sebagai tempat perlindungan. Serta dua tugasan utama; untuk menghalang pencerobohan komunis di Asia Tenggara dan menyertai peperangan melawan gerila di Malaya.
Tapi pasukan udara mereka pun hebat juga. Pasukan Udara New Zealand melancarkan operasi serangan pertama sejak Perang Dunia ke-2 , bagi menghasilkan juruterbang berpengalaman yang pulang ke Malaya dua bulan kemudian. Walaupun misi nak tak berapa berkesan sebab komunis dalam hutan, mereka buat serangan udara. Namun, juruterbang yang kembali ke Malaya meneruskan penghantaran bekalan untuk membantu pasukan anti-gerila.
Apabila New Zealand menggantikan batalion kedua, komunis di Perak berundur ke Selatan Thailand selepas dikalahkan. Secara rasminya, darurat dihentikan pada tahun 1960 apabila Malaya dilihat betambah baik dalam situasi keselamatan.
Dilaporkan hanya lima belas anggota berkhidmat dari New Zealand yang meninggal dunia dari 4,000 orang yang terlibat dengan Darurat Malaya. Tiga daripadanya diserang musuh sewaktu terbang ke kawasan pergunungan pada tahun 1956.
Jadi, apa yang berlaku kepada saki baki tentera mereka yang juga terbunuh waktu Darurat Malaya?
New Zealand membantu Malaysia membina angkatan tentera kebangsaan
Kami ada sebut macam mana tentera komunis berundur ke Selatan Thailand. Ini membuktikan betapa hebatnya tentera New Zealand selepas mereka datang dan membantu kita. Tapi tentera komunis sebenarnya bukan duduk diam sahaja di situ.
Parti Komunis diketuai oleh Chin Peng dah mengumpulkan sumber untuk memperbaharui pemberontakan bersenjata melawan Malaya dan Singapura sewaktu ‘lull period‘ (jarak masa antara Darurat Malaya hingga tahun pemberontakan komunis bermula). Ini termasuk usaha mereka untuk merekrut orang Melayu. Kejayaan perang Vietnam dan mesyuarat ketua parti, Chin Peng dengan ahli politik dari China, Deng Xiaopiang dah memberi inspirasi kepada parti tu untuk melakukan serangan lain.
Waktu ni, pihak komunis tak puas hati apabila British bagi kemerdekaan kepada Singapura dan Malaysia. Mereka mahu menubuhkan ‘Malayan People’s Republic’ dan mendakwa yang kedua-dua negara tu tak merdeka dan bukan negara berdaulat tapi hanya Penjajahan Baru British (British’s neo-colonies). Masa ni, serangan komunis lebih teruk berbanding waktu Darurat Malaya.
Pemberontakan ini bermula di Kroh-Betong, Perak apabila 17 orang pegawai keselamatan dibunuh. Walau macam mana pun, Akta Pengganas digunakan balik pada tahun 1974 untuk mana-mana pembunuhan, sabotaj dan pengeboman termasuk pembunuhan berprofil tinggi Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim, Inspektor Jeneral Polis Malaysia.
Jadi, bilakah New Zealand akan muncul dalam penceritaan ni? Tak macam sewaktu Darurat Malaya, New Zealand tak terlibat secara langsung sewaktu pemberontakan komunis. Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan khas yang dipanggil VAT69 yang berpangkalan di Perkhidmatan Udara Khas British. Pasukan-pasukan ni dilatih oleh British.
Pasukan New Zealand sebenarnya membuat permohonan untuk kekal di negara ni bersama pasukan luar lain sehinggalah keselamatan dalaman Malaysia dan angkatan bersenjata berjaya dibina.
Apabila British pergi, tentera New Zealand jadi macam cikgu ganti apabila mengambil alih program latihan dan melatih 208 anggota. Sebagai seorang cikgu yang berdedikasi, tentera New Zealand memilih dan melatih 13 tentera VAT69. Jadinya, mereka ni tadi boleh melatih skuadron selepas mereka. Tapi sebagaimana juga tugas cikgu ganti, tentera New Zealand akhirnya meninggalkan Malaysia selepas melaksanakan tugas di sini.
Walaupun New Zealand bukanlah pihak yang menamatkan pemberontakan komunis, ia membantu Malaysia untuk melawan komunis dengan membina angkatan tentera kebangsaan. Pemberontakan ini berakhir apabila Parti Komunis menandatangani Perjanjian Damai di Hatyai, Thailand. Ini kerana konflik dalaman dalam parti, pembinaan hubungan dua hala kerajaan Malaysia-China dan galakan yang diterima parti itu dari Deng Xiaoping.
New Zealand mula-mula tak nak tolong British melawan Indonesia
Apabila British mahu membentuk Persekutuan Malaysia dengan menggabungkan jajahannya di Borneo (Sabah dan Sarawak) dengan Semenanjung, negara jiran kita iaitu Indonesia sangat kuat menentang.
Presiden Indonesia, Sukarno mendakwa Malaysia hanya akan menjadi boneka British berbanding negaranya sendiri. Jadi, itulah sebab kenapa Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963.
Seperti dua kes sebelum ni yang kami ceritakan, British adalah satu pihak yang menyerang tentera Indonesia. Walaupun melancarkan operasi merentas sempadan (Operasi Claret), tentera British mendapati yang mereka mempunyai sumber dan tenaga manusia yang terhad. Jadi, mereka minta bantuan New Zealand dan Australia, bukan sekali tapi banyak kali untuk hantar pasukan bantuan.
Walau macam mana pun, Perdana Menteri New Zealand, Ketih Holyoake menolak untuk bagi bantuan kepada British. Alasannya, jika dia masuk campur, hubungan New Zealand dan Indonesia akan terjejas.
Tapi, British sebenarnya sangat bertuah kerana tentera New Zealand ada terlibat sikit. Ini berlaku waktu Presiden Sukarno melebarkan operasi ketenteraannya ke semenanjung yang waktu itu hanya ada batalion rejimen New Zealand sahaja dari unit negara Komanwel. Unit itu diberi kebenaran oleh Holyoake untuk memburu tentera Indonesia yang dah menyerah kalah.
Kiranya, New Zealand memang hantar bantuanlah kan. Itu pun lepas Holyoake tak boleh mengabaikan rayuan dari London dan waktu tu tentera British makin berkurang. Holyoake mengumumkan kerahan satu pasukan kecil perkhidmatan khas udara digabungkan dengan rejimen batalion di Borneo. Kerahan itu melibatkan Operasi Claret bersama dengan tentera Australia dan British.
Malah, pasukan udara New Zealand membekalkan makanan dan peralatan kepada pasukan darat mereka yang bersama tentera British, di samping menyumbang tiga kapal tentera laut untuk mengawasi Selat Melaka.
Tentera New Zealand membantu lagi selepas konfrontasi berakhir apabila rejimen mereka dikerah semula ke Borneo. Jadi, apakah tentera-tentera ini tidak berhubung lagi dengan Malaysia? Sebenarnya…
Tentera New Zealand dan Malaysia masih lagi bekerjasama hari ini
Bila baca sejarah ketenteraan New Zealand dan Malaysia memang seronok juga kan. Mungkin masih ramai lagi tak tahu betapa besarnya peranan New Zealand dalam sejarah kita. Apa yang menarik, New Zealand masih lagi terlibat dengan ketenteraan negara kita hingga ke hari ini. Pasukan pertahanan mereka bekerjasama secara dua hala melalui keahlian Five Power Defence Arrangements (FDPA) sejak 1971. FDPA adalah satu siri hubungan ketenteraan yang dibentuk oleh lima negara; UK, Australia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.
Malaysia dan New Zealand juga pernah berkhidmat bersama-sama sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB pada tahun 2015 dan 2016. Majlis Keselamatan PBB ni pula bertanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan antarabangsa dan keselamatan.
Sedar tak sedar, rupanya pasukan veteran tentera New Zealand ada mengambil bahagian dalam Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60. Dilaporkan ada 60 veteran British dan New Zealand terlibat dalam perarakan itu.
Untuk kerjasama terkini, Menteri Pertahanan Malaysia memberitahu yang kita akan membantu Pasukan Pertahanan New Zealand untuk mengembalikan semula saki-baki tentera mereka yang ada. Proses menggali semula pusara akan berlangsung di Tanah Perkuburan Komanwel Terendak, Tanah Perkuburan Kristian Taiping dan Tanah Perkuburan Perang Komanwel Cheras.
Tapi, ini bukan pertama kali Malaysia membantu negara lain untuk membawa balik saki-baki mayat tentera. Malaysia dulu berjaya membantu British dalam Operasi Dakota (2008), Operasi Gangga dengan US (2015) dan Operasi Penyatuan Semula dengan Australia (2016).
“Ini adalah isu besar bagi Malaysia kerana mereka menyedari bahawa orang-orang ini telah mati untuk menyokong kemerdekaan mereka. Jadi kami menjangkakan peristiwa yang sangat besar sebaik sahaja mereka dikebumikan.” – Naib Marshal Angkatan Udara, Kevin Short.
Inilah pentingnya untuk kita menghargai wira-wira yang gugur melalui peringatan dan pengiktirafan yang baik.
- 1.1KShare sekarang!
- Email30
- Facebook1.1K
- Share