- 335Share sekarang!
- Email25
- Facebook310
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Bersiap siagalah korang nak sediakan pelbagai alasan kenapa korang lewat datang kerja, dan macam mana nak cover eyebag korang sebab tak lama lagi MUSIM PIALA DUNIA dah nak dekatttttt! Jadi sekarang ni kita ada lagi 2 minggu je sebelum semua pemain kegemaran kita turun padang dalam 64 perlawanan di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai ni.
Rasanya korang semua peminat bola sepak mungkin dah sedia tahu yang Malaysia akan siarkan perlawanan bola ni secara PERCUMA! Jadi, RTM akan siarkan 41 daripada 64 perlawanan. Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia kata, 27 perlawanan akan disiarkan secara langsung, manakala 14 lagi akan ditangguhkan.
Wah, tarik nafas lega la seluruh peminat bola Malaysia. Tapi sebelum kita dapat tonton perlawanan free ni, Gobind ada kata yang penyiaran bola tu memakan perbelanjaan sebanyak RM40 juta. Tapi, bukankah kita ada hutang negara sebanyak RM1 trillion? Sampaikan menteri semuanya kena potong gaji sebanyak 10% pulak tu.
Ura2 nak guna RM40j utk pesta tayangan bolasepak di rtm mesti di rasionalkn oleh menteri. Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan? Kalau huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dgn Astro kongsi siaran. Selamatkn duit negara.
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) May 30, 2018
Jadi, bukankah kita sepatutnya berjimat cermat? Tan Sri Rais Yatim sendiri minta Gobind terangkan macam mana kerajaan nak bayar semua ni. Nampak macam tak konsisten la pula dengan segala langkah-langkah penjimatan kerajaan bila Putrajaya yang kena bayar perbelanjaan sukan yang bukannya murah macam beli bola tu.
Gobind berkata penaja yang akan bayar, macam Piala Dunia 2014
Jadi, Gobind pun terangkan yang RM40 juta tu sebenarnya adalah harga siling, maksudnya, dia boleh dapat lagi murah. Masa kitorang tulis artikel ni pula, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang media ada bagitahu yang kita dah dapat tajaan sepenuhnya!
“Sekarang kos untuk siaran langsung itu (di pihak kerajaan) ialah sifar. Kosnya sudah ditaja sepenuhnya dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan mengumumkan perkara ini tidak lama lagi. Kita tidak akan membayar satu sen pun untuk siaran berkenaan,”- Lim Guan Eng, dipetik dari Malaysiakini.
Jadi, kedua-dua LGE dan Gobind jelaskan yang jumlah tu ditaja sepenuhnya oleh para penaja. Menteri memang ada senarai penaja lain, tapi dia nak dapatkan pengesahan secara bertulis dulu sebelum umumkan apa-apa secara terbuka, dan dia janji ianya akan telus.
Bagi korang yang tak tahu, RTM jadi penyiar utama Piala Dunia (secara percuma) sejak tahun 1974, di mana Jerman Barat menjadi tuan rumah pada masa tu. Pusingan terakhir, diorang siarkan 35 perlawanan semasa Piala Dunia 2014 di Brazil (24 live dan 11 siaran tertangguh di stesen TV1, TV2 dan TVi). Pada masa itu, kosnya RM20 juta, dan kerajaan pun bergantung pada penajaan.
“RTM bekerja keras untuk mendapatkan dana (untuk membida hak). Kami tidak meminta sebarang bajet tambahan daripada Kementerian Kewangan. Kami merasakan ia tidak sesuai untuk menggunakan wang pembayar cukai.
Kami menggesa syarikat swasta untuk menyediakan penaja kewangan dan sebagai balasan mereka diberi hak untuk mengiklankan semasa acara itu. “- Ahmad Shabery Cheek, Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Sportspromedia.com
Pada tahun 2014, Ahmad Shabery juga kata yang hak untuk siarkan Piala Dunia adalah mahal dan bagitahu ada kemungkinan yang rakyat mungkin perlu bayar untuk siaran langsung di TV.
Gobind juga kata yang RTM mungkin takkan cuba untuk dapatkan hak ke udara untuk acara sukan yang lain sebab harga yang mahal. Tapi, diorang buat pengecualian untuk bola kali ni, SEBAB NI PIALA DUNIA KOT! Tambah-tambah lagi sebab ni adalah sebahagian dari manifesto Pakatan Harapan, menjanjikan penyiaran semua pertandingan sukan antarabangsa termasuk Liga Perdana Inggeris di RTM kalau diorang menang dalam PRU14.
Setakat ni, kementerian cuma mendedahkan yang salah satu penaja utama rancangan tu adalah dari Maxis Berhad.
Siaran Piala Dunia mungkin boleh kembalikan zaman kegemilangan RTM
Kalau kita tengok balik sejarah, RTM ni adalah siaran TV pertama dan paling lama di Malaysia, di mana ia pertama kali disiarkan pada 28 Disember 1963, beberapa hari je lagi sebelum sambutan tahun baru. Mungkin ada juga antara kita ingat lagi trademark, “RTM teman setiaaa andaaaaaa“ ♩ ♫ Sampailah Astro join parti dan jadi popular sebab mereka ada satelit siaran langsung.
Bila penonton RTM makin kurang, pendapatan organisasi tu pun terjejas. Jadi, ni la sebab kenapa pihak kementerian buat keputusan untuk dapatkan siaran Piala Dunia:
“Saya fikir ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan RTM kembali. Saya fikir ini adalah apa yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan penonton RTM. ” – Gobind, dipetik dari The Star
Penting juga untuk kita tekankan yang perbelanjaan pengiklanan (Adex) adalah salah satu punca pendapatan stesen penyiaran awam (FTA). Contoh FTA ni adalah TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh RTM, manakala TV3, NTV7 dan 8TV pula dimiliki oleh Media Prima. Kalau stesen TV berbayar pula macam Astro dan HyppTV.
Kalau korang nak tahu, Adex untuk FTA berjaya meraih RM688 juta pada tahun 2014, manakala stesen TV berbayar pula memperoleh RM327 juta. Kat sini kita boleh nampak yang ia adalah satu pelaburan yang baik bila RTM bayar 30 juta untuk menyiarkan perlawanan yang kemudiannya akan memberi keuntungan melalui pengiklanan.
Semua ni pun sebab kementerian nak rombak RTM dalam masa 6 bulan.
Macam mana pulak dengan Astro?
Bila tiba musim Piala Dunia je, semua orang akan tukar siaran TV kepada Astro untuk tonton perlawanan, tak kisahlah kat rumah ataupun kat mamak.
“Seluruh rakyat Malaysia, walaupun bukan pelanggan Astro boleh membeli Astro World Cup Channel Pass untuk menonton semua perlawanan di Astro GO.” – CK Lee, Ketua Sukan Astro, The Star
Tahun ni pun sama juga, sesiapa pun boleh beli RM120 untuk bukan pelanggan Astro, dan RM100 untuk pelanggan Astro. Klik kat sini untuk tengok pelan lain.
Menurut senarai Pemegang Hak Lesen Media Piala Dunia 2018 Rusia, satu-satunya syarikat Malaysia yang ada hak lesen eksklusif ialah M-League Marketing Sdn. Bhd. (Sebuah agensi pemasaran hak media yang berpusat di KL). Diorang ni dah pegang sejak tahun 2002 dan kemudian lesenkannya ke Astro.
CK menjelaskan yang ada 2 jenis hak penyiaran untuk kejohanan Piala Dunia – stesen TV berbayar dan FTA. Sebab tu la penyiaran dari Astro kena bayar, RTM pula tak payah.. Jadi macam mana pula nasib Astro bila RTM siarkan perlawanan ni secara percuma?
Lagipun, RTM dah siarkan perlawanan bola ni sejak 1974, iaitu sebelum Astro muncul pada 1996. Pada 2014, Astro merekodkan 80,000 downloads untuk aplikasi Astro-On-The-Go masa Piala Dunia tahun tu.
Oh, nak tahu apa lagi yang menarik?
“Perlawanan yang terpilih juga boleh didapati secara percuma di Astro Arena kepada semua rakyat Malaysia melalui aplikasi NJOI Now dan Astro GO.” – CK
Zaman dulu, rakyat Malaysia pernah taja perlawanan Piala Dunia
Nampaknya, idea Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk taja siaran perlawanan ni adalah satu langkah bijak yang boleh menjana keuntungan dari iklan tv dan dalam masa yang sama meningkatkan penonton RTM.
Peminat bola sepak ni pun boleh tahan gila bolanya sebab macam macam mana pun, diorang mesti akan cari jalan juga untuk tengok perlawanan. Sekarang ni senang la sebab ada Astro atau internet. Tapi korang tahu tak yang pada tahun 1982, masa RTM tak cukup dana untuk taja keseluruhan perlawanan Piala Dunia, seluruh rakyat Malaysia bersatu dan kumpulkan duit untuk dapatkan penyiaran.
Pada 14 Jun, pembaca The Malay Mail, Peter Teo dengan nama fanatiknya ‘Soccer Fanatic’ mencadangkan setiap peminat bola di Malaysia membantu membayar siaran. Dalam beberapa hari je, idea People’s Live Telecast Fund (PLTF) yang dilancarkan pada 19hb tu berjaya menyatukan rakyat Malaysia.
“Kutipan dana PLTF berkali ganda kepada RM730 pada Ahad (20 Jun), meningkat kepada RM5,000 pada hari Isnin, meningkat empat kali ganda kepada RM20,000 pada hari Selasa, hampir dua kali ganda kepada RM40,000 pada hari Rabu, dan menembusi sasaran ke RM66,116.45 pada hari Khamis . “- Chan, penerbit hiburan dan pembantu Malay Mail, dipetik dari NST.
Last-last, rakyat Malaysia akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM300,000 untuk 5 perlawanan. Perkara yang paling menyentuh hati adalah bila keluarnya perkataan “Ditaja Oleh Rakyat Malaysia” setiap kali perlawanan berlangsung :’)
- 335Share sekarang!
- Email25
- Facebook310
- Share