Lambat untuk umum pemenang PRU, dan 4 benda yang kena pasal sistem undian Malaysia

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni, ia telah diumumkan bahawa peguam veteran, Azhar Harun, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, telah dilantik sebagai pengerusi baru SPR. Dia dilantik ke jawatan tersebut oleh YDP Agong pada Jumaat lepas berdasarkan kelayakan dan pengalamannya dengan kes-kes berkaitan dengan pilihan raya.

Namun, pelantikannya juga tidak disetujui oleh beberapa pihak, dan yang antaranya adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Katanya, pelantikan Art Harun sebagai pengerusi SPR melanggar janji Pakatan Harapan dalam manifesto diorang agar lantikan-lantikan SPR dirujuk kepada Parlimen untuk perakuan.

Belum mula lagi hari pertama dia, dah kena kritik. Imej dari FMT.

Walau bagaimanapun, kritikan Khairy pula telah dibalas oleh bekas ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, Datuk S Ambiga, yang berkata bahawa lantikan Art Harun adalah mengikut perlembagaan negara. Menurutnya juga, pelantikan itu harus dilakukan sebegini agar prosedur pelantikan jawatan SPR tersebut di dalam perlembagaan boleh dipinda.

Tetapi lantikan pengerusi SPR hanya merupakan salah satu reformasi kepada perjalanan pilihan raya di Malaysia yang diperlukan. Jadi kalau korang nak tau pengubahsuaian lain yang patut berlaku sebelum PRU15

1. Misteri Borang 14 yang boleh mengubah keseluruhan keputusan pilihan raya

Wow peningnya. Imej dari Malaysia Today.

Pada sesiapa yang tak pernah tahu, Borang 14 adalah dokumen paling penting dalam keseluruhan pilihan raya. Ia adalah sebuah rekod, BERAPA BANYAK kertas undi yang dimenangi oleh setiap parti politik, dan mestilah ditandatangani oleh ketua tempat mengundi tu, dan salinannya pula diberikan oleh Ejen Kira Undi dari kedua-dua belah pihak.

Dari situ juga, pengiraan undi dari kesemua borang ni dapat dikira balik, campur tolak semua kertas undian tu sampai hasilnya tally (sama rata). dan tada! Kita pun dapatlah pengiraan undi untuk seluruh kawasan pilihan raya.

Dah tentulah perkara ni tak semudah yang kita dengar sebab masa hari undian tu, akan ada beberapa masalah yang berlaku melibatkan Borang 14 ni. Muncul beberapa dakwaan yang mengatakan pegawai SPR tak nak tanda tangan Borang 14, dan ada beberapa kes yang mengatakan para pengundi mengunci pegawai sampailah diorang tandatangan borang tu. Tapi PRU14 ni bukanlah kali pertama sebenarnya. Masa pilihan raya negeri 2011, pegawai SPR didakwa tak mengeluarkan salinan borang Pengiraan Ejen, dan perkara ni berlaku sekali lagi pada tahun 2013, masa PRU13.

Macam tu, kenapa la diorang ni susah-susah je bawa pengundi dari Bangladesh bila apa sebenarnya yang paling penting adalah sekeping kertas untuk menentukan kiraan undi untuk setiap parti politik. Ia juga adalah kenapa Ejen Kira Undi diperlukan untuk memantau proses sehingga langkah terakhir termasuk dengan menandatangani borang.

SPRise! SPRise! You shall not pass! Imej dari FB Julian Ooi

PENYELESAIANNYA: Disebabkan Borang 14 adalah bahagian muktamad dari keseluruhan proses pilihan raya, ia menyatakan yang setiap prosedur bagi penyempurnaan kiraan undi ni dilakukan dengan lebih ketat. Menurut Pengerusi Engage, ada contoh pegawai pengurus yang bagitahu pegawai SPR untuk tak menandatangani Borang 14, atau tak memberikan salinan Ejen Kira Undi yang secara langsung melanggar garis panduan pilihan raya.

“Jika semua orang mengikuti peraturan, keseluruhan proses harus telus, tak kira macam mana pun prosedurnya.” – Thomas Fann, masa diinterview Cilisos.

Buat masa ni, mana-mana pegawai pilihan raya yang didapati bersalah kerana melanggar tugas boleh dipenjarakan selama tempoh maksimum dua tahun dan/atau didenda maksimum RM5000. Thomas dalam masa yang sama memberi cadangan untuk meningkatkan lagi hukuman, supaya penipuan dalam pilihan raya boleh dielakkan.

Dia juga menegaskan yang sebenarnya, ramai pegawai SPR sama ada tak cukup terlatih, ataupun tak berpengalaman. Oleh itu, dia  mencadangkan peningkatan sesi latihan untuk pegawai SPR, membenarkan media menghadiri sesi ni, dan menjadikan sesi latihan ini terbuka supaya setiap prosedur untuk Borang 14 ni telus.

2. Beratur panjang sampai ada kematian yang berlaku

Kematian yang tak disangka-sangka. Imej dari Malay Mail

Kat setiap stesen pengundian, pengundi dibahagikan mengikut umur masing-masing ke saluran yang berlainan, di mana kita semua akan beratur untuk mengundi. Setiap saluran kemudiannya dihadkan pada maksimum 700 pengundi, dengan beberapa saluran yang mempunyai lebih banyak pengundi berbanding yang lain, bergantung kepada populasi kumpulan umur yang berbeza di daerah tersebut.

Macam apa yang kita nampak pada hari pengundian tu sendiri, ada banyak isu yang diutarakan, contohnya macam masalah pengundi beratur panjang, dan pengundi menunggu lama untuk mengundi. Di beberapa stesen, ada yang menunggu sampai 6 jam lamanya, sampaikan ada dua kes kematian yang berlaku masa sedang beratur nak mengundi! Lepas tu pulak masa nak dekat pukul 5 petang (di mana undian ditutup), ada juga stesen yang masih ada beratus-ratus orang yang masih beratur tu SPR suruh balik je sebab dah habis waktu.

Sebagai tindak balas, BERSIH mengeluarkan satu kenyataan memberitahu pengundi untuk terus berada dalam barisan dan menuntut pegawai SPR supaya membenarkan diorang mengundi. Diorang juga menggesa para pengundi yang stesennya masih mempunyai barisan menunggu lama, untuk mengambil gambar dalam barisan diorang dan merekodkan nama pegawai SPR yang bertanggungjawab supaya tindakan undang-undang boleh diambil kemudian.

Henloe, PDRM? Saya nak lapor ni ada pegawai lembab. Imej dari know your meme

PENYELESAIANNYA: Masa kitorang intervew Thomas, kitorang jumpa dua perkara. Yang pertama adalah untuk mengurangkan jumlah maksimum pengundi dalam setiap saluran kepada 500 dan meningkatkan bilangan saluran di setiap stesen pengundian. Yang kedua ialah membuat pemilih mencelup jari SELEPAS pengundi mengundi, sebelum diorang tinggalkan bilik. Masa ni la pengundi celupkan jari diorang sebelum tandakan undi. Takde la kita kena gelabah sangat sampai secara tak sengaja merosakkan undi sendiri.

Dengan perubahan ni, barisan beratur takde la panjang sangat, jadi prosesnya juga akan jadi lebih cepat. Jadi, takdela merasa sangat pengalaman buruk mengundi yang kena beratur lama sampai orang jadi serik nak keluar mengundi macam sebelum ni.

3. Jangan senang-senang je bantah vote orang

Imej dari artikel kitorang pasal pengundi yang dibantah.

In case ni kali pertama korang dengar pasal benda ni, beberapa tahun yang lepas, ada peningkatan dalam pendaftaran pengundi apabila khabar angin mengenai PRU semakin dekat. Apabila berdaftar, pengundi akan dapat menyemak status diorang di laman web SPR untuk mengetahui kawasan, stesen pengundian dan butir-butir lain yang mengesahkan pendaftaran diorang.

Malang bagi sesetengah pihak yang bila dia check status mengundi, diorang ‘disambut’ dengan berita yang kurang menggembirakan bila dapat tahu yang pendaftaran diorang dibantah. Malah, bantahan yang didapati tu adalah dalam skala yang besar sampaikan BERSIH terpaksa keluarkan satu statement kepada pengundi tentang apa yang perlu dilakukan bila pendaftaran diorang telah ditangguhkan. Yang peliknya, BERIBU-RIBU pengundi yang kena bantah tu hampir kesemuanya berbangsa CINA.

Menurut BERSIH, insiden tu menunjukkan yang proses bantahan telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang orang-orang di kerusi kecil tertentu daripada dapat mengundi.
Nak mendaftar kena beratur, nak mengundi kena beratur. Zaman dah maju, boleh permudahkan lagi kot sistem ni? Imej dari artikel kitorang yang lepas.

PENYELESAIANNYA: Pendaftaran pengundi automatik (AVR). Buat masa ini, semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun yang ingin mengundi hanya boleh mengundi kalau diorang berdaftar di pejabat pos, pejabat SPR, atau kedutaan Malaysia kalau diorang tinggal di luar negara. Dengan pelaksanaan AVR, mana-mana rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun akan secara automatik dah berdaftar kepada daftar pemilih tanpa perlu mendaftar sendiri.

Menurut Thomas, butiran pengundi mengenai daftar pemilih dikaitkan dengan butir-butirnya mengenai pangkalan data pendaftar JPJ. Jadi, AVR dah jimatkan masa semua orang yang ada masalah nak mendaftar, dan menghalang pengundi dibantah tanpa sebab. (Bantahan cuma boleh dilakukan kalau kewarganegaraan seseorang tu dipersoalkan). Buat masa ni bergantung kepada pindaan Perlembagaan. Tapi bila Pakatan dah janjikan perkara ni dalam manifesto diorang, jadi maksudnya idea ni mungkin boleh digunakan pada PRU akan datang.

4. Boleh siarkan keputusan PRU cepat sikit tak?

Kenapa? Tak percaya? Imej dari 9gag

Lepas masa pengundian ditutup pada 5 petang, pegawai-pegawai SPR dan Ejen Kira Undi sepatutnya dah mula kira undi di bilik yang sama di mana pengundian diadakan. Selepas diorang kira semua undi dan tandatangani Borang 14, diorang sepatutnya dah boleh mengangkut borang ke pusat-pusat tallying, di mana SPR mengumumkan keputusan setiap stesen mengundi.

Sehari sebelum pilihan raya, Pengerusi SPR Tan Sri Hashim Abdullah berkata bahawa SPR mengharapkan keseluruhan proses ini mengambil masa beberapa jam dan keputusan keseluruhannya harus diumumkan pada 10 malam pada malam yang sama. Tapi…

Pembaca berita, awatni mengantuk sangat? (Rasanya semua orang pun macam ni sampai keputusan PRU14 betul-betul diumumkan pukul 4,5 pagi haritu). Imej dari FB

Ramai antara kita yang berjaga sepanjang malam pada malam 9 Mei sampai awal pagi 10 Mei, sebab keputusan PRU masih lagi tak diumumkan secara keseluruhannya pada pukul 10 malam. Masalahnya sekarang bukannya pasal laju tak laju buat kerja je, tapi sampaikan masa keputusan dibuat secara rasmi, takde kerajaan. Dan menurut Tun M, takde kerajaan bermaksud takde undang-undang yang bermaksud, “anda tidak mempunyai semua institusi yang diwujudkan untuk memberi bentuk kepada pemerintah negara ini”.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir menuduh SPR sengaja cuba menangguhkan pengumuman keputusan itu, lagi-lagi bila diorang tahu yang Pakatan Harapan dah memenangi 112 kerusi yang diperlukan untuk majoriti mudah. Sudah tentu tuduhan ini ditolak oleh pengerusi SPR.

Kalau korang selalu tukar-tukar channel in case salah satu lebih laju. Imej dari Twitter

PENYELESAIANNYA: Deadline la.

“Sepatutnya kena ada tarikh akhir (deadline) atau masa wajib untuk mengumumkan keputusannya. Kebanyakan keputusannya hampir sama, manakala kebanyakannya agak straightforward.

Untuk mencetuskan kiraan semula, anda mesti berada dalam margin 4%. Oleh itu, apabila keputusan itu dimuktamadkan, Pegawai Pemulangan (penyelia yang menyelia pelaksanaan pemilihan) mesti dibuat untuk mengumumkannya dalam masa sejam. “- Thomas Fann.

Buat masa ni, nampaknya macam takde je deadline untuk keputusan pilihan raya supaya ia dimuktamadkan dan diumumkan. Jadinya, bila kita tetapkan masa tu isu ni dah boleh selesai, Takde la orang kena darah tinggi nak menunggu keputusan yang tak kunjung tiba. LOL.

 5. Sempadan-sempadan yang pelik masa pilihan raya

Kenapa sempadan tempat pengundian ni pelik sangat? Imej dari Malay Mail

Ha, yang ni pulak ada sejarahnya, dan kitorang pernah tulis pasal benda ni pada 2016, dan pada 2017, dan sekali lagi awal tahun ni. Pada sesiapa yang tak berapa faham apa benda ni, bekas PM Najib Razak membentangkan laporan SPR mengenai persempadanan semula dalam parlimen pada bulan Mac di mana ia diluluskan dan diwartakan serta-merta. Latihan persempadanan semula ni pada dasarnya menggariskan semula sempadan kawasan pilihan raya yang mengambil kira pertumbuhan dan pergerakan penduduk, dan dilaksanakan setiap lapan tahun.

Masalah pasal laporan persempadanan semula tu adalah macam mana dia kelaskan satu pengundi yang takkan mengundi BN ke satu kerusi yang lebih besar, dan bahagikan pengundi lain berdasarkan garis perkauman dan parti ke dalam pelbagai kerusi yang lebih kecil. Sebagai contoh, Ahli Parlimen Damansara yang baru dipilih Tony Pua menyaksikan kawasannya mendapat 84,456 pengundi di Petaling Jaya Utara hingga 150,439 di Damansara. Ini adalah majoriti terbesar dalam sejarah dengan 106,903 undi.

Untuk tunjukkan pelik tak peliknya pengagihan pengundi ni, kalau kita ambik sebanyak lebih kurang 106,000 daripada lebihan pengundi yang mengundi Tony pada PRU kali ni, dan tempatkan diorang ke tiga kawasan pilihan raya di Selangor (Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang), Pakatan akan memenangi dua kerusi tambahan di Parlimen dengan majoriti yang SANGAT selesa.

Wuuuuuttttt

PENYELESAIANNYA: Perubahan ni sebenarnya bukanlah semata-mata disebabkan penyelesaian kami kepada empat isu sebelum ni. Masa kitorang tanya Thomas apa cara terbaik untuk selesaikan masalah persempadanan semula dan gerrymandering yang terang-terangan berlaku pada PRU ni supaya ia takkan berlaku lagi, dia mencadangkan supaya kita cari punca kepada permasalahan ni.

“SPR berada di bawah Pejabat Perdana Menteri. Dan walaupun  Pengerusi (dari SPR) dilantik oleh Agong, tapi itu pun sebab ia dicadangkan oleh PM. “- Thomas Fann.

Dia kemudiannya bersetuju dengan janji Pakatan untuk menghapuskan SPR dari bawah Pejabat Perdana Menteri dan meletakkan sepenuhnya di bawah bidang kuasa parlimen. Dia kemudiannya mencadangkan pindaan perlembagaan yang meletakkan had pada saiz setiap kawasan supaya diorang tak lebih atau kurang daripada 15% daripada purata negeri. Dah tentulah penyelesaian ni dan cadangan awal untuk Pendaftaran Pengundi Automatik memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen untuk lulus, yang bermaksud …

Masih banyak perubahan yang perlu dibuat walaupun PRU14 ni dah bagi kejutan

Cadangan ni mesti dilaksanakan! Atau tak. Kitorang Soscili kot, bukannya lobi. Imej dari Imgur.

Berdasarkan jumlah berita antarabangsa yang pernah siarkan PRU kita tak adil dan terancang, perubahan kerajaan yang baru berlaku ni sepatutnya menjadi peluang untuk pembaharuan ni berlaku. Malah, kita harap masalah ni dapat diselesaikan pada kali ni sebelum PRU 5 tahun yang akan datang.

Dan mestilah dengan penyelesaian macam pendaftaran pengundi automatik dan had kawasan pilihan raya yang perlukan majoriti dua pertiga supaya dapat dilaksanakan menerusi pindaan perlembagaan, kerjasama dengan anggota Parlimen BN masih diperlukan. Justeru, Pakatan mungkin akan melakukan banyak rundingan untuk mendapatkan pindaan pada masa yang ditetapkan untuk PRU15 dan Ahli Parlimen dari BN masih berperanan dalam pembaharuan yang bakal berlaku.