Kongsi cerita gempak waktu mak korang masak di dapur dan menang baucer membeli-belah!

Pejam celik pejam celik, dah nak puasa dah kan? Tak lama lepas tu, nak raya pulak! Confirm confirm la akan ada macam-macam makanan yang sedap-sedap masa raya nanti macam sate, lemang, ketupat, rendang, sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi (ha, sambung nyanyi la tu).

Siapa tak suka rendang, kita tak geng! Imej dari aromasian.com

Bagi korang yang jarang balik tu, elok sangatlah kalau masuk dapur tolong mak korang masak. Masa ni jugalah korang boleh membawang, dan dalam masa yang sama eratkan silaturrahim dengan mak korang yang mesti terer masak macam-macam. Takdelah asyik makan nasi dengan telur dan kicap je kat rumah sewa, kan? (Ni kitorang cakap dari pengalaman ?)

Tapi dalam masa korang membawang tu, kitorang pun nak dengar cerita-cerita korang! Jadi…

Kongsi perbezaan cara korang dengan mak-mak korang masak untuk menang!

Kali ni, kawan-kawan kitorang kat M&S Santan Kelapa ada buat siri video kat Facebook page diorang dengan dua watak iaitu Mak dan Sofia. Mak ni klasik sikit, jadi contoh masakan-masakan dia ada la macam rendang tok, rendang dendeng, ayam percik, dan lain-lain lagi. Si Sofia ni pulak jenis suka eksperimen, jadi masakan dia ada gaya fusion seperti sushi rendang, pizza rendang, ataupun lasagna rendang. Boleh je kalau korang nak tengok siri diorang kat sini!

Mana korang lagi suka? Lasagne minang ke rendang minang? ?

Tapi sekarang kitorang nak tau – apa beza cara korang dengan mak korang masak? CONTOH dulu zaman mak korang, dia lagi suka guna lesung batu untuk tumbuk cili, kukur kelapa, dan macam-macam lagi. Zaman ni pulak, senang je, korang boleh guna blender. Ataupun dulu, bila mak korang masak, dia akan main bantai je santan, garam, gula, tanpa batasan. Sekarang pulak sebab korang nak jaga badan diet-diet sikit, korang guna santan kurang lemak.

Jadi kalau korang ada idea atau pengalaman yang lagi menarik, inilah peluangnya untuk share cerita korang dan menang baucer AEON bernilai RM50 dan juga produk M&S Santan Kelapa yang bermacam-macam lagi!

Korang tunggu apa ni? Cepat, contest tamat pada 30 Mei 2018!

    Nama: *

    Emel: *

    Apa beza cara korang dengan mak korang masak?: *

    Ada apa-apa gambar berkaitan tak?

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan M&S Real Food Sdn Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan M&S Real Food tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.