Gaji bawah 2K tapi sanggup berhutang beli iPhone, mengikut survey ni

Smartphone dan manusia berpisah tiada, terutamanya manusia dari Malaysia. Serius, sebab ada kajian yang mengatakan rakyat Malaysia habiskan lebih banyak masa dengan smartphone berbanding negara-negara lain! Laporan ini juga mengatakan 55% rakyat Malaysia habiskan lebih 5 jam kat phone dorang. Apa benda yang dorang buat kat phone sampai lama sangat tu? Untuk mengetahui benda ni dengan lebih lanjut…

Kami bekerjasama dengan sebuah telco baru untuk tahu tabiat smartphone Malaysia

Untuk pengetahuan korang, Yoodo adalah telco pertama kat Malaysia yang membenarkan korang tetapkan berapa banyak data, mesej, dan call yang korang nak mengikut keperluan korang! Contohnya, korang boleh buang SMS untuk kelebihan yang lain. Malah, pelan ni bermula dengan RM5 sebulan, tapi kalau nak sampai 100GB sebulan pun boleh!

Jadi bersempena dengan pelancaran ni, SOSCILI dan Yoodo buat survey pasal tabiat penggunaan smartphone rakyat Malaysia. Semua jenis soalan kami tanya – berapa lama dorang boleh tahan tanpa phone? Dorang guna phone kat mana?

Tapi sebelum kita tengok hasil survey ni, jom kita tengok siapa yang join…

  • Jumlah responden: 5,665 orang
  • Tempoh survey: 23 Januari-18 Februari 2018
  • Umur responden: Paling ramai 21 sampai 29 tahun (49%). Geng warga emas 60 tahun ke atas pun ada (8 orang).
  • Jantina responden: Seimbang lelaki (49.95%) dan perempuan (49.05%). Lain-lain jantina adalah 1%.
  • Lokasi responden: Lebih separuh duduk Selangor dan KL. Negeri-negeri lain semua ada wakil. Tapi, ada 36 orang ni dia duduk luar Malaysia beb!
  • Bahasa utama responden: Paling ramai guna BM (44%), BI (41%), Bahasa Cina (8%), Bahasa Tamil (5%) dan selebihnya ada 66 orang guna lain-lain bahasa.

Antara hasil survey tersebut, ini 8 benda yang kami dapati paling menarik. Kita mulakan dengan…

1) Ramai yang guna phone waktu drive, lagi ramai yang guna kat dalam toilet!

35% daripada responden mengaku yang dorang guna telefon waktu tengah drive. Tak hairanlah kalau tahun lepas je, dilaporkan 149 saman sehari keluar atas kesalahan guna handphone waktu drive dan membawa jumlah 40,000 saman setahun!

Gambar daripada Wisegeek.com

Bawa-bawalah bertaubat dan sayangilah RM300 korang tu untuk bayar bil phone. Tak pun, korang boleh ambil pakej penuh dalam Yoodo.

Ambik 150GB data, 2000 minit panggilan dan SMS, baru kena bayar RM182 sebulan.

Selain sayangi duit, sayangi jugalah nikmat waktu melepaskan hajat kat dalam tandas. Bayangkan, 50% responden mengaku yang diorang guna phone waktu dalam toilet. Malangkan tak berbau. Takkan korang nak jadi macam brader Turki ni yang tersangkut tangan dalam lubang jamban sebab nak ambil phone yang jatuh. Kesian abang bomba, banyak lagi kes serius yang dorang kena handle tau tak.

2) Lelaki tak kisah pun phone cap apa, tapi lagi kerap beli yang baru

Apa kriteria rakyat Malaysia bila beli phone baru? Mengikut survey kami, 39% yang tak kisah brand apa asalkan murah (contohnya macam Redmi dan Xiami), lebih ramai berbanding perempuan yang 28%. Dorang ni semua memang redha je dengan performance yang ala kadar, janji ada duit lebih bila tiba hujung bulan.

Walaupun lelaki tak kisah brand murah, kami dapati yang dorang lagi kerap tukar phone. Seramai 33%  lelaki tukar phone setahun ke tiga tahun, berbanding hanya suku peratus perempuan. Kami juga dapati hanya 41% lelaki yang guna phone sampai betul-betul kong, berbanding lebih setengah peratus perempuan.

Tapi tak kisahlah brand apa yang dorang guna, kaum perempuan tak kisah sangat dengan kualiti video. Daripada survey, lebih separuh peratus perempuan biarkan video dimainkan dengan resolusi automatik, berbanding hanya 37% responden lelaki yang berperangai macam ni. Kaum lelaki yang selebihnya memang tak berkompromi.

Kalau boleh nak gambar tu keluar waktu tengok movie. Imej dari TinoShare.

3) Lelaki suka tengok berita dan sukan, perempuan suka gosip artis dan video makan

Dalam survey kami ni, peratus perbezaan paling besar antara lelaki dan perempuan adalah kategori video yang dorang suka tengok. Paling ketara sekali adalah video sukan yang ditonton oleh 23% lelaki tapi perempuan seperatus je. Mungkin diorang ni peminat tegar, yang lain tu pulak mungkin hanya tengok bila ada atlet handsome je main macam Putera Mateen kat sukan SEA hari tu. Masa tu lah tiba-tiba minat Polo. Dulu tahu Polo pun sebab brand baju dan kek Apollo.

Selain tu, 18% lelaki tengok isu semasa berbanding hanya 8% je perempuan. Tak kisahlah korang nak tengok cerita apa sekalipun kat TV, tapi kalau tak ikut isu semasa, kami nasihatkan jangan join Clever Girl.

Boleh pulak dia jawab Mahatma Gandhi. Imej dari Youtube BroKhalid.

Bab-bab makanan pulak, memang perempuan nombor satu. 44% perempuan tengok video berkaitan makanan berbanding lelaki yang kurang separuh dari peratus tu. Perempuan mestilah semangat bab ni sebab nak tahu resipi, makanan dan masakan yang diorang boleh try masak untuk suami dan anak-anak. Barulah isteri mithali. Tapi, boleh jadi jugak dorang tengok video macam ni sebab nak tahu port mana sedap untuk gerak makan dengan kawan-kawan.

Dalam bab-bab berkaitan selebriti pun kami jumpa benda sama. 44% perempuan guna phone untuk tengok perkara pasal hiburan berbanding 31% lelaki. Semua peminat ni tahu je siapa yang bercerai, siapa yang ada skandal, dan siapa yang mengamuk bila kena saman polis.

4) Pengguna BM guna dua kali ganda data daripada pengguna berbahasa Cina!

Bila bercakap pasal ekonomi kat Malaysia, memang kita tak dapat elakkan perbezaan pendapatan antara kaum. Tapi macam mana pulak dengan cara dorang berbelanja?

Kalau guna data lebih, bil bulanan pun lebihlah kan. Majoriti responden berbahasa Melayu bayar bil antara RM71-RM100 sebulan; manakala majoriti responden berbahasa Cina bayar bil antara RM31-RM50 je. Pengguna Bahasa Cina ni lagi suka berjimat ke macam mana?

Kalau ekonomi tak dapat satukan kita, biarlah cinta yang mengubah segala. Imej dari Cham Ais.

Apa yang menariknya, majoriti responden berbahasa Cina guna 70% wifi dan 30% je data phone; berbanding majoriti responden berhasa Melayu yang guna 100% data sampai kering kontang.

5) Pengguna Apple lebih sanggup berhutang berbanding pengguna Android

Majoriti yang isi survey kami adalah pengguna Apple dan Android. 81% pengguna Apple akan beli phone baru walaupun kena berhutang berbanding 43% daripada responden yang guna Android. Disebabkan tak nak berhutang, lebih ramai pengguna Android akan guna phone murah berbanding pengguna Apple. Mesti semua ingat yang pengguna Apple ni gaji tinggi-tinggikan?

Memang ramai responden yang berahsia gaji dalam survey kami ni sebab takut kantoi dan tak dapat BR1M agaknya. Tapi bagi yang isi gaji dorang, kami dapati majoriti pengguna Apple dan pengguna Android bergaji bawah RM2K sebulan.

Biar papa asalkan bergaya. Biar tak berduit asalkan bergajet. Imej dari Techcrunch.

Ada satu persamaan antara pengguna Apple dan Android – tak kiralah berapa mahal pun smartphone masing-masing, seramai 32% akan pilih pelan data Internet yang paling murah.

6) Geng kilauan emas lagi ketagih dengan phone berbanding orang muda

Bila bercakap pasal orang yang melekat dengan smartphone ni, mungkin korang bayangkan budak-budak WeChat je. Tapi dalam survey kami ni terkejut bila tahu golongan mana yang tak boleh berpisah dengan phone langsung.

Imej dari Sinar Harian & Awani.

Selain ketagih, geng kilauan emas ni jugak kurang sifat penyabarnya. Mungkin sebab dah lama bersabar perangai anak-anak dalam hidup ni kot. Itu belum lagi kena tolong jagakan cucu dengan penuh kasih sayang. Itu yang lebih separuh pengguna berumur 50 tahun anggap kelajuan data telco diorang tak laju berbanding semua responden lain.

Nenek siapalah ni yang ketagih dengar Spotify.

 

7) Orang yang cakap dalam BM guna Celcom, orang yang cakap dalam BI guna Maxis

Dalam survey ni, orang yang bercakap guna BM dan BI sebagai bahasa utama memang ramai. Rupa-rupanya, bila bahasa bercakap lain, telco yang diorang guna pun jadi lain. 35% daripada responden yang cakap BM guna Celcom, manakala 30% daripada responden yang cakap BI guna Maxis.

Sebab tu iklan pun kena lain. Imej dari Hazanis blogspot & Aneroid09 wordpress.

Demi menyemarakkan lagi semangat Satu Malaysia, survey kami pun mendapati yang majoriti orang bercakap dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Cina menggunakan Digi sebagai telco pilihan hati. Tapi, nampaknya ada sesuatu yang tak kena dengan kepuasan pengguna terhadap telco masing-masing. Iaitu…

8) Sikit je yang masih gunakan phone untuk call dan SMS

Bila ditanya perkara apa yang paling penting dalam memilih telco:

Kami juga ada tanya responden pasal kelebihan apa yang diorang dapat dari syarikat telco yang diorang pakai. Majoriti responden cakap yang diorang dapat panggilan unlimited. Manakala, majoriti kedua terbanyak cakap yang diorang dapat kelebihan SMS unlimited.

Sekarang ni lawak FB, IG, Wechat, Whatsapp. Imej dari ruang-legar blogspot.

Tapi walaupun dapat SMS dan call percuma, hampir separuh responden bercakap kurang daripada 5 minit sehari. Lepas tu hanya 3% je responden yang guna SMS untuk hantar mesej (tu tak termasuk untuk tujuan dapatkan nombor TAC). Macam membazir je call dan SMS percuma tu kan? Kan bagus kalau kita boleh tukar apa yang kita tak nak dengan benda-benda lain.

Bercakap 5 minit sehari x 30 hari = 150 minit sebulan. Alang-alang tu, ambik 200 minit terus. SMS tak guna tak payah ambik.

Korang dah boleh pilih banyak mana data, panggilan dan SMS ikut keinginan sendiri

Daripada survey yang kami buat, ada beberapa poin yang menunjukkan orang Malaysia berkongsi tabiat penggunaan phone yang sama. Tapi, masih boleh dilihat ada banyak kepelbagaian dalam jawapan yang kami terima. Contohnya video apa yang korang tengok dan jenis phone apa yang korang beli. Kepelbagaian ni lah menyebabkan ramai pengguna phone tak rasa sesuai dengan pelan yang diorang pakai.

Untuk reka pelan phone korang sendiri, korang boleh masuk dalam website atau aplikasi Yoodo. Lepas tu, boleh pilih nombor phone baru atau guna balik nombor lama korang. Sign up sama ada korang nak ambil sendiri SIM kad tu atau nak diorang hantar. Jadi, bila dah sampai kat rumah masing-masing, korang dah boleh aktifkan dan mula guna.

Siapa tahu? Bila dah tukar guna pelan rekaan sendiri, 70% dari responden survey ni yang bercakap kurang 5 minit dan tak perlukan sangat unlimited call, bolehlah lebihkan data untuk tengok video favourite masing-masing.