Layanan 5 star di hospital gomen. Macam mana nak dapat?

Bila dapat tahu diri/isteri tu mengandung masing-masing dah sibuk dan mula terpikir nak cari tempat bersalin kan? Jauh di lubuk hati teringin nak bersalin kat hospital swasta tapi kosnya pulak melambung tinggi.

Nak bersalin kat hospital kerajaan, tapi…. bila dengar pengalaman orang yang bersalin kat hospital kerajaan, rasa seram pulak sebab banyak dengar cerita-cerita yang tak best daripada pengalaman orang. Ada nurse yang garang dan kasar, ramai doktor pelatih, servis kurang memuaskan dan macam-macam lagilah.

Kalau lah bersalin semudah ni, tak perlu susah-susah nak decide hospital mana, kat rumah pun boleh.

Bagi ibu-ibu yang takde pengalaman, mesti rasa takutkan? Yelah, suami dan keluarga tak boleh teman, dengan keadaan korang yang letih baru lepas bertarung nyawa, pastu kena pulak jaga bayi. Pastu bila malam-malam nak ke tandas macam mana? Nak tinggalkan bayi dengan siapa? Dan macam-macam lagi lah persoalan.

Tapi korang tahu tak, perkhidmatan kat hospital kerajaan sekarang ni dah makin meningkat, malah korang boleh dapat layanan tahap swasta lagi. Wahh seriuslah? Macam mana caranya?

Sejak tahun 2007 hospital gomen dah sediakan khidmat ala-ala swasta

Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) atau Full Paying Patient (FPP) adalah satu skim di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim ini membolehkan pesakit untuk mendapatkan kemudahan dan keselesaan rawatan di Hospital Kerajaan sama seperti yang disediakan di hospital swasta dengan bayaran tambahan.
Skim ni sebenarnya dah lama diperkenalkan sejak tahun 2007 lagi tau. Mungkin ramai antara korang yang tak tahu pasal benda ni. So kali ni biar SOSCILI sebarkannya. Benda baik takkan nak didiamkan kan?
Contoh bilik/wad bagi pesakit yang amik skim FPP. Suami bolehlah tidur di sofa yang empuk tu, memang selesa. Imej dari rayyanqusyairi.
Melalui perkhidmatan ni, korang boleh pilih sendiri doktor pakar mana yang korang nak untuk rawat korang sepanjang tempoh mengandung sehinggalah bersalin. Oh ye, biasa kalau cakap pasal hospital kerajaan je, mesti benda paling korang takut ialah bila korang dirawat oleh doktor pelatih kan? Tapi melalui skim ni, takde doktor pelatih pun yang akan rawat korang, semuanya adalah doktor pakar.
Pegawai Perubatan Siswazah, pelajar perubatan dan pelatih-pelatih lain tidak sama sekali dibenarkan merawat, melakukan sebarang prosedur dan yang seumpamanya ke atas pesakit PPBP/FPP. -Dipetik dari Garis Panduan FPP.
 Yang menariknya, korang jugak boleh pilih bilik sorang tanpa berkongsi dengan pesakit lain.
Inilah keadaan bilik single untuk skim FPP di Hospital Selayang. Imej dari vitamin nurul.
Apa yang lagi best ialah suami atau keluarga terdekat boleh teman sepanjang korang dirawat kat hospital tu dengan selesa sebab korang boleh pilih nak Bilik Kelas Pertama atau Bilik Executive. So tak perlulah suami nak berulang alik ke hospital setiap hari untuk melawat.

“Bilik ward, first class. So boleh proceed tunggu dekat ward. Husband boleh teman 24 jam. Kat dalam bilik siap ada toilet dan extra katil untuk peneman.

Segala transaksi di kaunter pun akan dapat layanan paling cepat or fast lane. Tak perlu nak beratur tunggu lama-lama. Kalau ada masalah terhadap kandungan, specialists akan advice apa yang perlu dibuat. Sampai lah waktu masa nak bersalin. Jika ada sakit kecemasan, korang boleh terus pergi hospital kat bahagian kecemasan. Hanya tunjukkan kad FPP je, nanti dorang akan refer kepada specialist yang kita dah booked tu.” – Fifi, pengguna FPP. Di interview oleh SOSCILI.

Toilet dan bilik mandi yang selesa melalui skim FPP di Hospital Putrajaya. Imej dari rayyanqusyairi.
Tak cukup dengan tu, korang jugak boleh pilih menu harian dengan pelbagai pilihan hidangan seperti Melayu, Cina, Barat atau makanan vegetarian sepanjang korang dirawat. Haaa sebijik macam hospital swasta kan?
Tapi, macam mana caranya kalau nak bersalin dengan skim FPP ni?

Kena register awal-awal sebab skim ni sangat terhad

Ni lah borang yang korang kena isi kalau nak guna skim FPP. Screenshot dari Hospital Putrajaya.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kalau korang dah berniat nak bersalin dengan skim FPP ni, korang kena register awal-awal tau sebab skim ni biasanya memang selalu penuh. Kalau lambat, peluang untuk dapat tu terlalu nipis lah dan silap-silap tak dapat langsung.

Ada orang kata waktu sesuai untuk register skim ni ialah masa usia kandungan 24-28 minggu (lebih kurang 6 bulan camtu lah).

Imej dari freak family

Korang boleh terus walk in kat hospital-hospital kerajaan yang ada sediakan skim FPP ni ataupun korang boleh je hubungi hospital tersebut untuk bertanyakan kekosongan. Nanti dorang akan tanya berapa usia kandungan korang sekarang dan bila tarikh jangkaan bersalin.

Jika ada kekosongan, korang dah boleh terus buat pendaftaran untuk skim ni dan terus pilih doktor pakar mana yang berkenan di hati. Doktor pakar yang korang pilih ni lah yang akan check up kandungan tu sampailah korang selamat melahirkan anak.

Ni pulak adalah beberapa dokumen yang perlu korang bawak masa nak register nanti:

i. Kad pengenalan / surat beranak / visa / pasport
ii. Surat Jaminan (GL) daripada syarikat atau syarikat insurans yang menyatakan kelayakan untuk Skim FPPS
iii. Deposit
iv. Surat rujukan / kad pelantikan (jika ada)

Assalammualaikum semua… Imej dari http://brazzil.com
“Masa register boleh pilih specialist dan kena datang for first appointment. First appointment termasuk, bayaran deposit untuk consultation setiap dua minggu, ujian air kencing, timbang berat badan dan tinggi, cek tekanan darah dan scan perut dengan specialist dan nanti korang akan diberi kad pesakit FPP.” – Fifi, pengguna FPP. Di interview oleh SOSCILI.
Jadi berapa caj keseluruhan bersalin melalui PFF ni?

Anggaran bersalin antara RM2K-RM5K

Ada yang kata anggaran bersalin normal ialah RM1,500 hingga RM3,000 dan bersalin secara pembedahan pulak antara RM3,000 hingga RM5,000. Tapi kos bersalin ni biasanya tak tetap dan ia akan berubah mengikut tahun.

“Saya bersalin secara pembedahan. Total kos since register sampai discharged selama empat hari di hospital termasuk sekali dengan injection baby hanya RM3,800. Tapi tu sebelum kos perubatan naik pada Disember 2016.”– Fifi, pengguna FPP. Di interview oleh SOSCILI.

So, jom kita tengok kos bersalin skim FPP pada tahun ini di Hospital Selayang (mengikut portal ni, kali terakhir ia dikemaskini pada bulan November 2017) :

Kos register dan rawatan sebelum bersalin. Screenshot dari Hospital Selayang.

“Untuk check up saya yang pertama, bayaran dalam RM160 untuk sekali check up. Dan kena checkup sebanyak 3 kali sebelum bersalin serta sekali selepas bersalin. So total kena 4 kali checkup.” – Hanie, pengguna FPP. Di interview oleh SOSCILI.

Untuk pengetahuan korang, kalau nak bersalin melalui skim ni, korang kena buat pemeriksaan ibu mengandung terlebih dahulu dengan doktor pakar yang korang pilih tu sekurang-kurangnya 3 kali sebelum bersalin. Satu benda lagi yang korang kena tahu ialah bayaran untuk setiap kali pemeriksaan dijalankan tu, harganya tak tetap sebab pembayaran tu mengikut apa benda yang korang nak check up masa tu.

Resit pembayaran untuk checkup.

Kalau korang nak jimat, korang janganlah skip pemeriksaan ibu mengandung kat Klinik Kesihatan tu sebab free je. So bila nak cukupkan syarat bersalin melalui FPP ni, korang cuma perlu buat scan dan consultation je. Kosnya adalah seperti dibawah:

  • Consultation: RM 60
  • Scan: RM 78
  • Total: RM 138

Tapi jangan lupa bawak sekali buku pink (buku ibu mengandung) masa ke hospital nanti untuk dorang buat rekod.

Buka merah jangan lupa bawak, moga-moga belum tamat tempoh…. Eh, bukan buku merah lah, buku pink! Imej dari fotozaza

Lepas tu, bila dah tiba masa nak bersalin dan kena admit kat hospital, korang kena bayar deposit sebanyak RM3,000. Setiap hari, dorang akan semak rawatan korang untuk memastikan baki deposit tu tak kurang dari RM1,000. Kalau didapati berkurang, pihak hospital akan keluarkan surat peringatan dan korang kena jelaskan dalam masa 24 jam.

Korang tak perlu risau kalau takde tunai sebab di hospital kerajaan pun boleh jugak bayar melalui kad kredit atau pun insurans. Pastu bila dah selamat bersalin dan kos korang tu kurang dari RM3,000, pihak hospital akan pulangkan bakinya kat korang.

“Macam aku, isteri bersalin normal.  Daripada RM 3,000 deposit tadi, aku dapat semula RM 1,100.00.” – Pengguna skim FPP 2014. Dipetik dari SirapLimau.
Kos bila korang kena admit kat hospital untuk bersalin secara normal mahupun pembedahan. Screenshot dari Hospital Selayang.

Berdasarkan harga yang dinyatakan kat atas ni, kos paling mahal ialah proses bersalin secara pembedahan iaitu RM3,000 hingga RM5,000. Tapi ianya masih lagi dikategorikan murah jika nak dibandingkan dengan hospital-hospital swasta yang majoritinya dalam RM10,000 ke atas.

Kos bersalin pembedahan pada tahun 2013 di hospital swasta. Imej dari eyriqazz

Malah berdasarkan pengalaman penulis semasa bersalin secara pembedahan di hospital swasta, kosnya cecah RM12,000. Hmm nampak tak jauh beza dengan skim FPP ni? Tapi kan, skim FPP ni memang hanya untuk orang bersalin je ke?

Kalau korang nak tahu, skim ni tak terhad kat ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan anak je tau. Tapi banyak je lagi perkhidmatan lain yang turut disediakan. Antaranya ialah Ortopedik, Pembedahan Am, Psikiatari, Otorhinolaringologi dan macam-macam lagi lah.Untuk check lebih detail jenis sakit apa yang dorang cover melalui FPP, korang boleh rujuk kat sini.

Nak ke mana tu?? Saya ada sediakan banyak perkhidmatan!

Kalau semua doktor kat hospital kerajaan dah fokus kat skim FPP ni sebab ianya berbayar, macam mana pulak dengan pesakit yang tak guna skim FPP ni? Tak terabai ke pesakit ni nanti?Hmmm

Perkhidmatan doktor pakar tersebut akan ditamatkan sekiranya dia mengabaikan pesakit awam

Sebenarnya skim ni agak sensitif jugak lah sampai ada yang kata ianya merupakan satu cubaan untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan hospital kerajaan. Sampai ada pihak nak kerajaan mansuhkan je terus skim ni.

Imej dari Harian Metro

Tapi perkara ni telah disangkal oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Menurut KPK, perkhidmatan sedia ada (yang disubsidi oleh kerajaan) akan tetap diteruskan dan akan dimantapkan lagi melalui pelbagai teras transformasi sistem kesihatan oleh KKM.

“Pegawai Perubatan Pakar di KKM akan memastikan perkhidmatan FPP ini tidak menjejaskan pemberian perkhidmatan kepada pesakit awam yang lain.” – Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Dipetik dari KP Kesihatan.

Menurut Garis Panduan FPP yang dah ditetapkan, sekiranya perkara ni terjadi (pengabaian pesakit awam), perkhidmatan doktor pakar dari skim FPP ni akan terus ditamatkan.

Kalau ada doktor yang berikan khidmat macam ni, korang nak tak?

Skim ni sebenarnya adalah untuk mengurangkan penghijrahan doktor-doktor pakar ke hospital swasta. Selain itu, ia jugak dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menanggung subsidi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar caj rawatan sepenuhnya kerana ada jugak pesakit dari hospital swasta terpaksa di rujuk ke hospital kerajaan.

Jadi dorang ni akan memilih skim FPP tanpa subsidi kerajaan. Malah layanan yang diterima jugak setaraf dengan hospital swasta.

“Kekurangan Pegawai Perubatan Pakar ini sering menjejaskan perkhidmatan khusus yang ada di hospital kerajaan.” – Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Dipetik dari Garis Panduan FPP.

Dah boleh usha-usha skim FPP ni dari sekarang

So sekiranya korang teringin nak bersalin di hospital swasta dengan layanan yang istimewa tapi bajet tu kurang mencukupi, korang boleh lah usha-usha skim FPP ni. Lagi-lagi yang bersalin secara pembedahan tu, banyak betul bezanya.

“Okaylah. Dapat merasa layanan first class tapi bayaran sangat murah. Worth dari segi duit.” –  Fifi, pengguna FPP. Di interview oleh SOSCILI.

Pakej bersalin di KPJ. Imej dari KPJ

Antara hospital yang terlibat di dalam skim FPP ini ialah Hospital Putrajaya, Hospital Selayang, Hospital Sultan Ismail, Hospital Sungai Buloh dan banyak lagi lah. So untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh semak kat sini.

Kitorang dipahamkan, tak lama lagi makin banyak hospital kerajaan yang akan sediakan skim FPP ni. So senanglah korang nanti, takdelah yang frust tak dapat nak bersalin dengan skim FPP ni. Moga dengan pendedahan ni, korang bolehlah plan awal-awal nak bersalin kat hospital mana nanti.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)