Apa perasaan golongan muda Kelantan pasal PAS? 6 individu bagi pandangan ikhlas

Sebelum ni kami ada buat artikel tentang pencapaian kerajaan Pakatan kat Selangor dan juga janji-janji BN sewaktu PRU13. Ada satu lagi negeri yang sangat menarik perhatian kami, iaitu Kelantan yang telah diperintah oleh kerajaan PAS dari tahun 1990 sampailah sekarang.

Apa yang kita boleh tau pasal pentadbiran negeri setakat ni? Menurut statistik terkini (boleh download kat statistics.gov.my), Kelantan mempunyai purata gaji rumah paling rendah di Malaysia pada RM3175 dan juga tahap kemiskinan ketiga tertinggi Malaysia (selepas Sabah & Sarawak) pada 1.1%. Kelantan juga adalah negeri kedua paling banyak kes HIV.

Boleh download statistik dari bahagian e-Services kat statistics.gov.my
Boleh download statistik dari bahagian e-Services kat statistics.gov.my

Tapi itu statistik, macam mana pulak perasaan orang Kelantan tentang kerajaan mereka yang kini dah 26 tahun memerintah? Untuk menjawab soalan ini, kami interview 6 orang Kelantan tentang apa yang mereka rasa pasal negeri asal mereka.

Atas sebab-sebab peribadi, kesemua yang kami interview tak nak dedahkan nama sebenar, tapi apa yang kami boleh bagitau adalah kesemuanya merupakan golongan muda, berumur 20 hingga 30 tahun. Ada yang lahir dan membesar kat Kelantan lepas tu bekerja kat negeri lain, dan ada yang masih lagi tinggal di sana.

(Bagi artikel berkaitan, korang boleh baca pasal kerajaan Pakatan kat Selangor, dan juga janji-janji BN sewaktu PRU13).

Jadi antara soalan-soalan yang kami tanya adalah…

1. Apakah perasaan korang pasal parti dan pemimpin PAS?

Kita semua tau yang Kelantan adalah home turf atau pangkalan utama kepada PAS, malah mereka telah bertapak di situ sejak 1959 lagi, dan kemudiannya ambil-alih negeri pada 1990.

Sepanjang pentadbiran PAS, pembangunan Kelantan boleh tahan agak terbantut jugalah tapi adakah ni disebabkan mereka sengaja tak nak bina infrastruktur atau salah pihak parti pemerintah negeri?

“Setakat ni okay jela, sebab bagi kami PAS ni selari dengan gaya kami. Lagi pun, macam arwah Tok Guru dia orang PAS kan jadi kami pun sokong mereka lah” – Karim, 25 tahun.

Malah statement ni dipersetujui oleh semua orang yang kami interview:

“Macam kita, kita memang lahir-lahir je terus PAS pegang dan sebenarnya tak boleh nak buat perbandingan. Ada orang kata kalau UMNO tadbir mungkin kita ada duit lebih untuk rakyat, tapi kita tak setuju kalau UMNO pegang Kelantan sebab kita masih lagi percaya dekat PAS” – Amirah, 23 tahun

“Saya okay je, sebab kalau nak bercakap pasal masalah sosial ke apa semua tempat ada. Dan kalau berjaya pun tak semestinya sebab parti juga.” – Al pyam (ni dia sendiri pilih nama ni), 28 tahun

“Saya rasa bagus PAS mentadbir Kelantan, satu check & balance yang baik. Tapi untuk betul-betul manfaatkan rakyat, saya yakin parti pembangkang dan juga kerajaan perlu bekerjasama” – Zul, 28 tahun

“Tak kisah, janji yang mentadbir tu tak melanggar hukum Allah sudah” – Kimi, 28 tahun

pas-umno-gang
Mungkin ni apa yang diidamkan Kimi? PAS dan UMNO literally pegang tangan. Gambar dari Utusan.com.my

Tapi tak semua yang kami interview kongsi pendapat yang sama:

“So far Kelantan banyak sangat rules and restrictions. Kadang-kadang melimitkan permodenan thus sempitkan minda orang. Usually what they feed is Islamic stuff jadi orang follow dan percaya je.” – Nik Helmi, 27 tahun

Okay sini kita tau yang bakal pengundi ni masih percayakan terhadap parti pentadbir negeri. Tapi macam Nik Helmi kata, mungkin kelonggaran boleh dibuat sikit demi kemajuan rakyat negeri tu. So kalau kemajuan dari segi infrastruktur pula macam mana?

2. Apa jenis pembangunan korang nak tengok kat Kelantan?

Hebat kalau Kelantan maju macam ni. Gambar dari ocregister.com

Walaupun GDP Kelantan tengah naik, negeri tu menghadapi beberapa masalah sosial seperti peningkatan penganggur setiap tahun. Malah seperti yang kami cakap kat atas tadi, Kelantan mempunyai purata gaji paling rendah di negara ini.

Kami bukan nak kata Kelantan ni mundur seperti kampung di padang pasir Sahara tu, tidak. Cumanya, apakah harapan orang Kelatan terhadap negeri mereka? Selain pembangunan yang ada sekarang ni, apakah jenis infrastruktur yang mereka mahu kan? Nak stesen MRT ke? Nak lapangan terbang lagi satu ke? Nak rumah kalis banjir ke?

“Kalau boleh saya nak tengok ada proper housing lah, pastu betulkan jalan jangan biarkan dia berlubang je, dan paling penting peluang pekerjaan yang lebih banyak lah” – Karim

“Setakat ni kita selalu fokus kat KB (Kota Bahru) je, kita nak juga tempat lain membangun macam Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh. Kasi chance kat lain, lagi pun KB tu nak pembangunan apa? Dah cukup padat” – Amirah

“Saya rasa kita patut fokus lebih kepada pembangunan masyarakat. Saya yakin bahawa kalau seseorang tu terdesak maka terlahirlah seorang yang opportunis. Kalau nak diikutkan pun, banyak bisnes yang berjaya datang dari pantai timur hasil dari desakan hidup. Jadi kalau nak pembangunan pastikan ia selari dengan kehendak penduduk setempat” – Zul

“Sebagai seorang rakyat Kelantan saya mengaku yang kebersihan merupakan satu masalah di sini terutama sekali sistem perparitan. Ada pernah sekali tu saya masuk tandas awam, bersepah dengan taik” – Al Pyam

Tapi untuk Nik Helmi pula, lain pandangan dia:

“Oh aku jealous dengan Johor” – Nik Helmi

So mereka rasa Kelantan masih ada tempat untuk buat kemajuan, terutama sekali kat kawasan pendalaman. Amirah juga ada kata yang Kelantan boleh buat macam kat Lembah Klang, contohnya semuanya tak berpusat kat KL, malah kawasan sekeliling macam Damansara, Petaling Jaya, dan lain-lain pun naik. Jadi Kelantan pun patut buat macam tu.

3. Korang setuju tak dengan perlaksanaan hudud?

muslims
Imej dari dailymail.co.uk

Kelantan, kalau tak pasal nasi kerabu, budu, atau Sungai Golok, mesti orang bercakap pasal perlaksanaan hukum hudud kat negeri tu. Sejak tahun 1993, PAS telah mewujudkan satu pasukan khas untuk merialisasikan impian parti tersebut iaitu perlaksanaan hukum Hudud.

Malah PAS buat nama dan menang pilihan raya pada tahun 1959 haritu sebab ideologi islamik mereka. Jadi selepas beberapa dekad nekad untuk hukum hudud akhirnya mereka telah berjaya tapi tu pun bukannya secara menyeluruh. Walaupun begitu, mereka tetap akan berlawan untuk mendapatkan kelulusan demi melaksanakan hudud di seluruh negeri dan negara.

Contohnya awal tahun haritu, kerajaan negeri Kelantan mencadangkan untuk membuat satu undang-undang kecil bagi pihak majils bandaraya untuk mengawal gejala remaja lepak kat taman waktu maghrib. Jadi adakah ni satu benda yang diterima oleh semua penduduk Kelantan?

“Yang sekarang ni saya setuju, tapi kalau nak all-out sampai kena potong tangan tu saya tak berapa setuju sangat sebab saya risau satu tak adil, nanti orang miskin je kena potong tangan kalau orang berpangkat? Lagi satu kalau nak buat kenapa Kelantan je, sebab if anything happens nanti Kelantan je dipersalahkan – Kita kan satu Malaysia so kalau nak hudud biar satu Malaysia buat tapi secara peribadi saya rasa kita tak bersedia lagi” – Karim

“Saya setuju sangat undang-undang hudud. Yela kan, kita negara Islam so memang nak lah kalau boleh” – Amirah

“Hudud ni memang dari dulu kita debatkan, dan memandangkan Kelantan merupakan antara negeri tertinggi dalam kes shariah ni saya berharap kalau hudud dilaksanakan boleh lah kita mencegah semua benda tu” – Zul

“Banyak lagi yang perlu di kaji pasal hudud ni. Bukan tak support tapi kena tengok kesesuaian zaman” – Nik Helmi

“Secara peribadi saya setuju 100% dengan hukum hudud bukan saje kat Kelantan tapi kepada negara juga. Tapi kebanyakkan orang kita taktau atau tak faham hudud tu apa dan cepat menghukum” – Al Pyam

Pendapat ni dikongsi oleh para interviewer kami yang lain. Mereka setuju yang hudud patut di buat tapi kena pastikan ia dilakukan dengan betul.

(Kalau nak tau pasal pendapat orang negeri lain pasal Hudud, boleh baca artikel ni.)

4. Adakah korang risau dengan masalah jenayah kat Kelantan?

karim
Karim (bukan nama sebenar). Tidak ni bukan interview Pengasih.

Berdasarkan kajian dari dari USM, kata kadar kemiskinan mempengaruhi kadar jenayah di sesuatu tempat. Dan seperti yang kami nyatakan kat atas tadi, kadar kemiskinan di Kelantan adalah antar yang tertinggi kat Malaysia.

Jadi apa yang mereka rasa tentang tahap keselamatan kat Kelantan?

“Saya rasa selamat je, takde masalah. Berani je kalau nak jalan sorang-sorang pergi kedai, kalau awak tanya saya Neelofa pun boleh jalan sorang-sorang kat sana haha sebab setakat ni kami takde masalah sangat lah. Setakat pecah rumah ke rompak tu biasa lah, semua negeri ada tapi takde lah sampai teruk sangat, cuma masalah sosial jela sekarang” – Karim

“Takde, okay je. Mungkin sebab dah biasa kan, takde lah rasa bahaya” – Kimi

“Okay je saya rasa, takde masalah pun” – Amirah

“Dadah kat mana-mana je ada, Kelantan kan tepi Siam. Tapi semua benda boleh diperbaiki” – Al Pyam

“Korang tengok jela video viral, mesti ada yang dari Kelantan tapi tu tak semestinya yang buat tu jahat. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dorang buat macam tu” – Zul

Nik Helmi yang berasal dari Machang tak bersetuju:

“Oh kalau malam few tempat tu tak lah sebab semua kedai tutup, so agak koboi bila malam. So samun apa semua lagi senang” – Nik Helmi

5. Apa lagi jenis bantuan yang korang nak?

amirah
Selain Nasi Kerabu, Amirah juga suka makan Nasi Vanggey. Penulis juga berharap bil makan ni boleh claim kat office. Sekian.

Korang ingat tak haritu kat Kelantan pada tahun 2014, mereka kena banjir teruk sampaikan ramai yang hilang rumah. Kerajaan pusat BN di bawah pimpinan PM Najib telah menjanjikan bantuan sebanyak RM500 juta untuk kejadian ini.

Bagi kerajaan negeri PAS pulak, sebelum ni mereka telah menghulurkan bantuan kepada orang susah, yang tak mampu sara hidup dari hari ke hari. Tapi adakah initiatif kerajaan negeri ni mencukupi? Bagaimana pula bantuan atau peluang untuk orang middle class atau pun penduduk bandar seperti di Kota Bharu?

“Ye memang Kelantan ni terkenal dengan gaya hidup tradisional kan tapi kami nak juga terkenal sebagai negeri perdagangan sebab yela kan, kalau nak barang murah mesti datang Kelantan. Jadi kalau ada bantuan dari segi pentadbiran tu okay juga” – Karim

“Kalau boleh saya nak ada bantuan lagi sikit lah, macam duit ke apa kan. Tak semestinya untuk rakyat biasa je tapi untuk majlis bandar supaya dorang ada duit untuk melabur ke rakyat” – Kimi

“Setakat ni rasa okay je, tapi orang ada kata kalau parti lain tadbir Kelantan mungkin kita ada bajet lebih sikit lah kan, tapi saya rasa baik biarkan PAS je yang pegang” – Amirah

“Setakat ni okay jela, semua hidup bahagia je” – Al Pyam

Semua yang kami interviewer berpendapat bahawa pentadbiran Kelantan sebenarnya dah mencukupi, cumanya kalau boleh mereka nak back up lagi dari kerajaan pusat…

6. Adakah korang rasa terabai oleh kerajaan pusat (Barisan Nasional)?

https://www.youtube.com/watch?v=H0lQm4v9tMo

(Penulis rasa lagu ni macam sesuai je)

Baru-baru ni MalaysiaKini ada tulis satu artikel pasal penduduk Kelantan berterima kasih kepada kerajaan pusat sebab kasi bantuan kewangan untuk upgrade struktur sistem air di negeri tu. Walaupun dapat RM600 juta, tapi Menteri Besar Kelantan kata tu tak cukup sebab bajet sebenarnya adalah RM2 billion.

Selain dari tu, kerajaan juga telah kasi bajet RM60 juta kat negeri Kelantan untuk bina jambatan baru kat Sungai Kelantan. So sebenarnya takde lah istilah kerajaan Persekutuan langsung tak pandang Kelantan tapi kita tak boleh nak salahkan kerajaan negeri juga sebab dengan bajet yang ketat mereka hanya mampu menolong sedikit-sebanyak tu je. Jadi adakah kerajaan Persekutuan patut melabur lagi banyak ke negeri Kelantan?

“Of course, kalau boleh nak funding lagi lah dari kerajaan pusat. Contohnya macam LPT (Lebuhraya Pantai Timur), kerajaan buat sampai Terengganu je, kalau nak sambung ke Kelantan, kami kena pakai duit sendiri” – Karim

“Yela, kalau boleh kita nak lah pertolongan dari kerajaan pusat. Kalau nak kita tanggung semua tak boleh juga” – Amirah

“YES! Tapi kami semua takde lah nak complain pun memandangkan semua happy je. Tak pernah pula dengar orang Kelantan minta KLIA atau KLCC kat sini” – Al Pyam

“Boleh juga kalau kerajaan persekutuan nak tolong, aku rasa tak cukup kalau Kelantan kena bayar semua. Dah lah duit minyak pun tak dapat” – Kimi

Semua kata kerajaan macam abaikan Kelantan tapi Zul ada pandangan dia sendiri:

“Ye dan juga tidak. Mungkin ada yang keliru dengan agenda politikal. Ada setengah bajet tu ditolak malah dikurangkan sebab memang takde duit dan bukannya isu politik. Tapi macam mana pun, kedua-dua kerajaan dan parti pembangkang kena utamakan rakyat” – Zul

7. Kalau Kelantan macam KL, korang nak pindah tak?

moving
Imej dari Giphy.com

Okay setakat ni apa yang kami dapat adalah penduduk Kelantan sering travel ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja. Mungkin disebabkan pembangunan yang tak mencukupi menjadi faktor utama kenapa ramai anak Kelantan berhijrah ke negeri lain demi mencari sesuap nasi tapi ada juga yang berkata bahawa setengah rakyat Kelantan tak nak negeri tu maju sebab mereka ingin mengekalkan tradisi dan kampung di situ. Senang cerita mereka taknak tradisi ditelan zaman.

“Ntah lah, tak kot. sebab saya suka Kelantan ni kekal tradisi. Yela, kalau dah jadi macam KL apa istimewanya Kelantan kan? Cuma saya takut tradisi tu hilang kalau Kelantan jadi terlalu moden macam KL” – Karim

“Yes aku akan balik Kelantan if finally ada job opportunity kat sana” – Nik Helmi

“Taktau, tak terfikir pun lagi” – Amirah

“Hahaha ni susah nak jawab, mungkin kalau ia menguntungkan dan kalau ada peluang pekerjaan yang lebih banyak” – Al Pyam

“Kalau macam Penang atau KL aku tak nak, tapi kalau maju macam Johor okay” – Kimi

“Saya rasa saya lebih kepada KL sebab peluang. Keuntungan yang datang ke pantai timur sering di-injek ke sektor pertanian dan bagi saya, ini lebih kepada profil pekerjaan” – Zul

Mereka rasa semua okay je, cuma nak ada pertolongan sikit

help
Imej dari Giphy.com

So lepas interview dengan orang Kelantan, kami mendapati bahawa mereka semua takde masalah besar pun. Mungkin kalau kita bandingkan Kelantan dengan negeri lain mereka nampak macam kampung sikit tapi ni semua disengajakan.

Dan kami sedar yang mereka nak juga maju cuma takde lah sesesak KL. Macam Nik Helmi dan Kimi ada kata yang mereka set limit nak kemajuan macam negeri Johor manakala yang lain pula tak nak semaju tu, setakat ada infrastruktur yang mencukupi sudah lah sebab mereka takut identiti Kelantan tu hilang.

Apa yang menarik adalah Nik Helmi ada berkata:

“Tapi masalah dia, best ke identiti Kelantan sekarang ni?”

Jadi walaupun pendapat mereka agak berbeza mengenai kemajuan di Kelantan, mereka tak nak ia terjadi sampai tradisi tu hilang di telan zaman. Bagi mereka, kalau nak duduk bandaraya yang ‘gempak’ pergi KL. Kami juga sedar orang yang duduk kat KL, Johor, atau pun Penang mungkin ada ideologi yang berbeza dengan negeri-negeri lain.

Akhir kata dari kami, GOMO KELATE GOMO!

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance