Senang tak nak nak beli pistol kat Malaysia? Kitorang try sendiri dan dapat tahu…

(This article is translated from the English version, read it here.)

Oleh kerana kita ni bukan duduk Amerika, memang tak pernah kita nampak kedai pistol atau senapang kat tepi jalan. Malahan, Malaysia sebenarnya terkenal dengan undang-undang anti-senjata sampaikan bila sorang wartawan Malaysia kenalkan diri dia pada Gary Player (pemain golf terkemuka) kat US, ini reaksi pertama beliau:

“Malaysia mempunyai undang-undang kawalan senjata yang terbaik di dunia. Malaysia buat benda yang betul. Lesen senjata tak patut diberi kepada orang awam.” – Gary Player, dipetik daripada The Heat Malaysia.

Jadi kita kat rakyat marhein kat Malaysia ni merasa main pistol air, melainkan la kalau korang join Askar Wataniah.

Tapi seriously, korang jangan main-main dengan undang-undang ni. Menurut Akta Senjata Api dan (fail PDF) Akta Penalti Senjata Api (fail PDF), ini hukuman yang boleh dikenakan kalau korang bebal sangat:

  • Memiliki senjata tanpa permit: 14 tahun dalam penjara dengan 6 sebatan rotan
  • Mengeluarkan senjata atau peluru tanpa lesen: Hukuman maut atau penjara seumur hidup dengan sekurang-kurangnya 6 sebatan rotan
  • Menembak senjata kepada seseorang: Hukuman maut, termasuklah yang bersubahat
  • Mengugut seseorang dengan senjata PALSU: 10 tahun penjara dengan sekurang-kurangnya 3 sebatan rotan.

Kitorang pun pergi interview seorang pemilik senjata dan juga penjual aksesori senjata untuk maklumat lanjut. Dua-dua pun tak nak dikenali jadi kitorang panggil dia J dengan W je lah.

Alang-alang tu, kitorang pun try beli senjata sekali.

Jom pergi shopping!

Tujuannya, kitorang nak tengok macam mana rupanya pengedar senjata kat Malaysia, dan kalau dorang main bagi je sesapa yang datang. So macam mana nak cari? Kitorang taip “gun shop Malaysia” dan terus dapat, tapi ada pengedar yang bagitau awal-awal yang dorang tak layan sesiapa yang tak buat appointment (kena tunjuk permit sekali). Jadi kitorang jumpa satu kedai kat Lembah Klang yang tak perlukan benda tu semua.

Kitorang tak bagitau yang kitorang ni daripada media, jadi kitorang pun pergi lah secara undertaker undercover. Oleh kerana takde gambar yang boleh ditunjukkan, cukuplah kitorang katakan yang kedai ni tak nampak macam apa yang korang jumpa dalam game GTA, tapi lebih kepada kedai cenderahati. Takde sebarang senjata yang dipaparkan kat dinding, dan takde mamat biker dengan bandana dan janggut hipster kat kaunter.

Sebaliknnya, salesperson yang melayan kami berpakaian kemas, professional, dan sangat sopan bila dia bagitau yang kitorang tak boleh beli senapang.

“You kena ada permit, bro.” – Q.

Jadi, kitorang tak dapat beli apa-apa senjata, jadi tolonglah jangan tag @PDRMsia kat Twitter. Tapi, Q ada kongsi maklumat-maklumat menarik, seperti…

1. Senang je nak apply permit senjata… dan sapa-sapa boleh buat!

“Kitorang boleh tolong you apply, tapi untuk proses je la… macam dokumen apa kena ada, macam mana nak mohon, benda macam tu.” – Q

Jadi bila kitorang research, memang senang pun sebenarnya, macam apply loan ataupun biasiswa jugak. Siap ada borang online lagi kat laman web PDRM!

Sebenarnya ada dua jenis permit senjata yang korang boleh apply: shotgun dengan pistol. W kata shotgun lagi senang nak apply sebab payah nak sorok, dan keutamaan diberi kepada pemilik tanah dan juga anggota RELA (borang permohonan dalam PDF). Tapi sepanjang artikel ni kitorang akan merujuk kepada permohonan bagi pistol.

Sebelum memohon, pastikan korang memenuhi benda-benda asas ni:

  1. 18 tahun ke atas
  2. Takde rekod jenayah
  3. Waras dan tidak cacat secara fizikal

Pastikan korang follow checklist yang disediakan tentang benda-benda lain yang korang kena prepare, termasuklah borang permohonan, rekod pekerjaan dan cukai, dan lain-lain. Lepas tu teruslah pergi ke Ibu Pejabat Daerah (IPD). Macam senang kan? Macam je la…

2. Tapi nak dapat approval susah giler kot….

Nak apply memang simple, tapi nak kena approve tu bukannya sesenang passport. Malah ada kes yang memakan masa bertahun-tahun sebelum korang tau permohonan tu lulus ke tak.

“Nak apply memang boleh. Kelulusan tu susah… sampai bertahun-tahun.” – Q

“Saya kenal satu orang kenamaan ni yang permohonan dia mengambil masa 13 bulan, dan seorang lagi member yang memakan masa tiga tahun.” – J

“Saya ada kawan yang kena rejek 2-3 kali sebelum dapat permit.” – W

Apa yang susah adalah meyakinkan polis KENAPA korang nak ada senjata. Korang kena berikan sebab, contohnya kalau korang memiliki firma sekuriti atau kalau kerja korang memang banyak risiko dicederakan atau dibunuh (contohnya sebagai seorang peguam). Untuk shotgun, mungkin sebab kenapa korang nak beli adalah untuk melindungi tanah korang daripada binatang liar. Menjadi anggota kelab menembak pun boleh membantu.

Ok part ni kitorang tak boleh confirm, tapi kalau nak senang sikit, korang kena kenal siapa-siapa dalam jabatan polis ataupun kalau korang pergi ke pengedar yang “betul”, sebab permohonan permit ni melalui tiga peringkat:

Ketua Polis Daerah → Ketua Polis Negeri → Ketua Polis Bukit Aman (IGP)

Baru-baru ni ada kontroversi di mana anak dan menantu IGP adalah pemegang saham terbesar bagi sebuah pengedar senjata di Nilai, dan menurut Sarawak Report, pengedar ni dikenali kerana senang bagi permit. IGP Khalid mengesahkan yang anaknya menjalankan bisnes ni, tapi menafikan yang permit diberikan dengan mudah.

3. Kalau korang tak dapat restu polis, cuba nasih dengan Kementerian Dalam Negeri pulak

Kalau selepas bertahun-tahun cuba apply tapi tetap kena rejek, korang masih boleh rayuan. Kalau korang kena rejek pada peringkat Daerah atau Negeri, rayuan boleh dibuat kepada IGP kat Bukit Aman, takpun submit permohonan sekali lagi. Kalau Bukit Aman yang rejek, rayuan boleh dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri:

“Pemohon yang ditolak oleh Bukit Aman adalah individu yang latar belakangnya telah diperiksa. Sebab kenapa kena reject tidak diberitahu. Kamu tak boleh buat rayuan melainkan ianya telah ditolak oleh Bukit Aman.” – J

Menurut Jlagi, korang ada 30 hari untuk merayu dengan KLN setelah ditolak. FAQ kat KLN (fail PDF) juga menyatakan yang keputusan mereka adalah muktamad dan korang tak boleh buat rayuan jika ianya ditolak, maknanya, korang cuma boleh submit permohonan lagi dan lagi.

Tapi kalau pun permohonan korang diterima…

4. Nak miliki senjata ni banyak tanggungjawabnya

Jangan ingat asal ada permit je korang boleh bawak machine gun keliling Chow Kit dan praktis menembak belakang rumah. Permit korang akan menyatakan jenis kaliber bagi senapang yang korang miliki serta jumlah peluru maksimum yang boleh dimiliki pada satu-satu masa.

Selain daripada tu, korang juga harulah:

a. Berlatih menggunakan senjata

Yang ni kena tanya pengedar senjata ataupun kelab menembak. Pihak polis tak sediakan kelas tuisyen.

b. Renew lesen setiap tahun

“Pemohon kena bagi surat kemampuan daripada kelab menembak yang mereka sertai, dan juga laporan perubatan sewaktu pembaharuan lesen tahunan.” – J

c. Buat permohonan pada polis tiap kali peluru habis

Bila peluru habis, korang kena isi borang kebenaran untuk beli lain. Pengedar senjata tak boleh jual peluru tanpa borang yang ditandatangan. Korang juga perlu pulangkan kelongsong peluru kosong kepada polis.

d. Bersenapanglah dengan selamat, ingatlah orang tersayang

Sebagai pemilik senjata, korang kenalah bertanggungjawab sepanjang masa sebab korang boleh dipenjara dan/atau didenda bagi kecuaian seperti kehilangan senjata atau peluru (rujuk fail PDF), mabuk semasa memegang senjata, atau jika korang jadikan laman belakang rumah sebagai kawasan untuk praktis.

Kesimpulannya… main golf lagi selamat

Satu benda yang kitorang belum sebut pasal pemilikan senjata ni adalah… ianya mahal kot.

Pistol yang direka dan dikeluarkan oleh syarikat Malaysia akan dilancarkan tahun depan pada kos kira-kira RM4,000 sepucuk, itupun ia dikatakan 20% lebih murah daripada jenama antarabangsa. Lepas tu kalau nak join kelab pun kena habis ribu-ribu lagi (satu kelab ni ada yuran kemasukan sebanyak RM2,000), tak termasuk kos untuk beli peluru dan untuk permohonan tu sendiri.

jason-lo-khairy-jamaluddin

Kitorang tak nak berleter panjang ceritakan patut ke tak senjata ni dibenarkan di Malaysia, tapi kitorang nak akhiri artikel ni nasihat daripada W:

“Pemilik senjata di Malaysia ni biasanya lebih matang dan penuh hormat, dan memang sepatutnya macam tu, sebab kuasa di tangan kamu memang berkaitan dengan hidup dan mati” – W

We won’t go into the whole argument of whether or not guns should be legalized in Malaysia, but we will leave you with a thought:

“Malaysian gun owners are generally more respectful and mature, which you have to be, because you carry the power of life and death in your hands” – Wayne