Kumpulan UiTM kalahkan universiti Oxford? 6 fakta gempak pasal team debat kita

UPDATE 29/11/207: Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan, dikecam hebat kerana kenyataannya yang dikatakan meperkecilkan student UiTM sebagai ‘slow learner’. Dia kemudiannya mengatakan yang niat sebenarnya adalah untuk memberi motivational speech kepada student.


Cerita dan kontroversi mengenai Syed Saddiq atau lebih dikenali sebagai “pendebat terbaik Asia” telah hangat diperkatakan dan menarik perhatian ramai masyarakat.

Image dari Free Malaysia Today
Image dari Free Malaysia Today

Beberapa bulan yang lalu, Syed Saddiq telah mengkritik anak perempuan TPM, menyelar Perdana Menteri Najib sebagai “memalukan negara“, mengkritik DAP, digelar sebagai “pejuang kebebasan bersuara“, dan yang terbaru ni beliau telah membentuk sebuah kumpulan dikenali sebagai “Challenger”, singkatan untuk “Change Led by the Young Generation” (Perubahan Dibawa Generasi Muda). Beliau juga telah dipelawa untuk berdebat mengenai 1MDB dan Tabung Haji. Tak cukup dengan tu, beliau sendiri telah mencabar Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar untuk berdebat secara terbuka.

Apa yang hebat pasal jadi pendebat? Mungkin ni adalah satu jalan untuk orang lain melihat dan mengintai ke dalam arena perdebatan Malaysia. Terdapat ahli politik yang telah mencabar beliau untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang bagi membuktikan yang beliau ni adalah remaja hebat dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pengundi muda.

Dan kat sini SOSCILI nak ceritakan 6 fakta pasal team debat Malaysia…

1. Drama macam Syed Saddiq bukanlah kontroversi pendebat yang pertama di Malaysia..

Image dari TheStar
Image dari TheStar

Walaupun banyak yang telah kita mendengar mengenai kes Syed baru-baru ini, namun sebenarnya perkara ni  bukannya kali pertama berlaku di Malaysia.

Pada Mac 2013, KDU University College telah menganjurkan Cabaran Debat Datuk CQ Teo. Topik terakhir pertandingan adalah “This house believes that the people and not the cardinals should elect the popeyang mendapat liputan The Star. Tapi ada beberapa pihak yang merasakan isu ini sangat sensitif dan menyuarakan kemarahan mereka pada Facebook dan blog.

Namun bagi seorang pendebat, mereka percaya dengan prinsip mempersoalkan sesuatu, barulah pengetahuan dan kebijaksanaan dapat berkembang. Korang boleh baca penerangan penuh kat sini.

2. Pasukan debat sangat mendapat sokongan daripada kerajaan

Para pendebat femes di peringkat antarabangsa. Image dari TheStar

Para pendebat femes di peringkat antarabangsa. Image dari TheStar

Debat sebagai aktiviti ko-kurikulum adalah sangat disokong dan dibiayai dengan cukup. Wakil untuk Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) telah memberitahu CILISOS yang kebiasaanya, gomen akan melabur antara RM200,000-RM300,000 setahun dalam mengadakan pertandingan dan bengkel debat bagi sekolah dan universiti.

Selain tu, Kementerian Belia dan Sukan turut melaburkan dana ke Malaysian National Intervarsity Debating Championship (Nationals).  Sebab tu lah, setiap kali kalau pendebat kita menang apa-apa, Perdana Menteri cepat je ucapkan tahniah. Way to go Malaysia!

3. Latihan pendebat adalah sangat skema

2

Apa je yang boleh diperdebatkan, akan diperdebatkan daripada falsafah, ekonomi, politik, undang-undang, hak sosial, budaya, dan lain-lain. Asal celik mata je, debat. Asal debat je, celik mata.

Biasanya seorang pendebat akan membuat latihan 4-6 jam setiap minggu. Bagi yang bakal menghadapi perlawanan yang penting, masa latihan akan ditambah dua ke tiga kali ganda. Selain tu, pembahas kenalah jadi ulat buku, dan kena update pasal isu semasa daripada hal Timur Tengah, polisi setiap calon Presiden kat Amerika, dan banyak lagilah.

Pendek kata, tak boleh jadi pemalas. Usaha itu tangga kejayaan!

Jasmine Ho Abdullah dan Mifzal Mohammed di dalam akhbar Learning Curve, New Straits Time
Jasmine Ho Abdullah dan Mifzal Mohammed di dalam akhbar Learning Curve, New Straits Time

4. Mereka juga ada sorakan tersendiri!

Well, bukan setakat bola sepak je tau ada sorakan, tapi untuk pertandingan debat juga mempunyai sokongan, semangat dan sorakannya tersendiri :

“You’ll never beat Malaysia!”

Tanpa mengira latar belakang institusi, mereka semua bersatu sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa berbangga dengan pencapaian masing-masing. Keakraban mereka itu dipuji oleh ramai pendebat antarabangsa. Korang boleh check dengan hashtag #youllneverbeatMalaysia :

"Maybe it's our nasi lemak"
“Maybe it’s our nasi lemak”

5. Malaysia berjaya menewaskan Oxford, Yale, Cambridge dan juga Harvard!

4

Pencapaian mereka pada tahun 2015 adalah sangat tak tak tercapai akal termasuklah:

  • The World Universities Debating Championships (WUDC) adalah pertandingan debat terbesar dunia (setara dengan Sukan Olimpik). Pada 2016, pasukan Malaysia mengambil tiga daripada 48 tempat utama!
  • Team dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang terdiri daripada Jasmine Ho Abdullah dan Mifzal Mohammed, menduduki tempat KEDUA di seluruh dunia pada WUDC 2016, mengalahkan pembahas dari Harvard, Cambridge, Yale, Oxford dan banyak lagi. Ia merupakan sejarah sepanjang 35 tahun kewujudan WUDC, dimana Malaysia berjaya memperolehi kejayaan yang tertinggi bagi pasukan Asia.
  • Mereka ni telah mendominasi litar perdebatan Asia. Pada tahun 2015, pasukan Malaysia menduduki kedudukan Juara dan Naib Juara di dalam United Asians Debating Championship (UADC). Mereka juga telah memperolehi Anugerah Overall Best Speaker dan Second Overall Best Speaker di Asia.
  • Bukan setakat pendebat universiti je, malah kita juga ada pendebat peringkat sekolah yang terbaik! Mereka merupakan juara Asia bagi kedua-dua tahun 2014 dan 2015, mengalahkan Filipina dan Singapura.

6. …ada yang bila mula berdebat, cakap English pun tak berapa terer lagi!

Mereka terdiri daripada kumpulan yang memiliki pelbagai masyarakat, etnik, umur, sistem pendidikan dan kewarganegaraan, malah ada yang tak berapa fasih dalam English pun!

Behrad Taadoli adalah seorang pelajar Iran dari Asia Pacific University (APU). Pada WUDC tahun 2015, Behrad dan team debatn dia menduduki ranking ke-24 di dunia. (Kedudukan bawah mereka ialah….. Oxford!)

Behrad Taadoli
Behrad Taadoli

Namun bila dia mula berdebat pada tahun 2011, cakap English pun susah, dan takde siapa menyangka dia akan jadi seorang pembahas tersohor. Dia mengambil masa dua tahun untuk memperbaiki dan mempelajari bahasa Inggeris. Dalam masa sehari, beliau akan spend masa sehingga tujuh jam untuk mempelajari bahasa Inggeris!

Lebih ramai orang yang mengejek bahasa Inggerisnya dan memandang rendah kepada beliau, lebih tinggi semangat dan motivasi yang ditanam dalam diri untuk membuktikan kebolehan beliau.

Tahukah korang bahawa terdapat ramai lagi pendebat di luar sana yang mengalami perkara yang sama seperti Behrad. Mereka hanya belajar dan mempraktiskan bahasa Inggeris apabila mereka mula memasuki dunia debat.

Debat bukanlah sekadar bergaduh mulut je

6

Debat bukan sahaja untuk bakal peguam, malah kemahiran berdebat tu sangat bermanfaat kepada kita semua. Ramai bekas pendebat telah menyatakan bahawa kemahiran berdebat ni turut membantu kita untuk bercakap dengan baik, mampu meningkatkan tahap keyakinan seseorang dan dapat berfikir secara kritikal. Kemahiran yang dimiliki tu mampu membantu kita memperolehi biasiswa dan kecemerlangan dalam kerjaya.

Korang boleh tengok vidoe kat bawah ni kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Malaysian National Intervarsity Debating Championship (Nationals) 2015 :

Jika korang berminat dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai membahaskan ni, korang boleh hubungi:

  • The Malaysian Institute of Debating and Public Speaking (MIDP). Mereka menawarkan kelas latihan debat, menganjurkan acara berkaitan perbahasan, dan mengadakan kempen di seluruh negara dalam latihan dan akreditasi hakim perbahasan Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arsyad English Language Debate Competition, perdebatan terbesar bagi kejohanan sekolah-sekolah awam di Malaysia.
  • Nous Academy and Events. Mereka menawarkan latihan dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah, public speaking, dan perdebatan. Korang boleh tengok Facebook mereka, atau call je Sheikh Muhammad Faizal Shah atau Khadijah Shamsul, co-founders of Nous di talian +60122676795

(This article is originally translated from CILISOS.)

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)