Ini sebabnya kena Arul Kanda perfect untuk uruskan 1MDB

Baru-baru ni ada dengar cerita yang Arul Kanda nak pencen daripada 1MDB bila dia bagitau Bloomberg yang tugasnya dah selesai, tapi dia jugak ada hantar Whatsapp ke Utusan Malaysia menafikan khabar angin tersebut.

Apa pun, kalau korang tak kenal siapa empunya senyuman seindah suria ni, dia adalah Arul Kanda Kandasamy yang mengambil alih kepimpinan 1MDB semenjak Januari 2015 ketika syarikat tersebut dibebani teruk dengan hutang.

Eh bukan Arul yang ini. Imej dari Falsafahaha.
Eh bukan Arul yang ini. Imej dari Falsafahaha.

Arul memang tak segan dengan media. Dia muncul dalam Radio BFM dan juga Astro Awani untuk menerangkan kedudukan 1MDB sambil menjawab soalan cepumas dengan selamba (cuba dengar interview kat BFM tu). Dia announce yang 1MDB berjaya melangsaikan hutang sebanyak RM700 juta, dan akan mengumumkan bayaran seterusnya tak lama lagi. Perggh, kencang!

Pada masa yang sama, Arul dituduh pandai menggunakan kata-kata untuk cover masalah yang dialami 1MDB, sambil menepis soalan-soalan yang lebih rumit. Apa pun, tak dinafikan yang cara dia handle 1MDB agak boleh tahan la…. so kitorang tertanya-tanya, ada ke yang nak hire Arul Kanda kalau dia tinggalkan 1MDB?

So kitorang cuba dapatkan pelbagai pendapat, termasuklah daripada..

  • Tony Pua – Ahli parlimen DAP dan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang yang menyiasat 1MDB
  • Ong Kiang Ming – Ahli parlimen DAP
  • Julian Ng – Penyampai BFM yang menemubual Arul Kanda
  • Member dan fan kitorang kat Facebook
  • Member media yang pernah menemubual Arul Kanda

Dan inilah feedback yang kitorang dapat…

“Kamu hampir boleh jatuh cinta dengan dia.” – Tony Pua

Imej asal dari Disney Wikia.
Imej asal dari Disney Wikia.

Dari mulut Tony Pua sendiri:

“Arul Kanda ni smooth. Dan bijak. Jangan dipandang rendah. Kamu mungkin menjangkakan seorang yang agresif dan bongkak, tapi apa yang kamu temu adalah seorang yang sangat pandai berkata-kata. Bila dia bercakap, kalau tak hati-hati, kamu mungkin akan jatuh cinta.” – Tony Pua, dalam mesej Whatsapp dengan CILISOS.

Macam mana tak jatuh cinta, dalam gambar sengih memanjang. Cer try Google sebijik:

Imej dari Google Images.
Imej dari Google Images.

Dan memang gentleman dengan media…

“Dia ni pandai berurusan dengan media. Call dia jawab, mesej balas cepat. Bersopan santun dan layan media macam macam sama taraf dengan dia. Smooth dan charming.” – Bekas wartawan, dalam temubual dengan CILISOS.

“Arul peramah, profesional dan memang gentleman sepanjang interview.” – Julian Ng, dalam temubual Whatsapp dengan CILISOS.

Bahkan kalau dia rejek media, dia rejek sendiri tak guna assistant. Sebenarnya, kitorang kat CILISOSCILI ada je try menghubungi Arul, dan dia balas dalam masa 3 jam. Sejukk hati kami walaupun kena rejek.

email-from-arul-kanda

Punyalah baik, kitorang pulak yang rasa bersalah sebab edit gambar dia macam-macam dalam artikel ni.

“Kalau saya nak yakinkan orang ramai yang 1+1=7, saya upah Arul.” – Matthew, pembaca CILISOS

Kalau dia jual kiub ais Omega-3 pun konfem laris.
Kalau dia jual kiub ais Omega-3 pun konfem laris.

Dah dua orang sebelum ni gambarkan yang Arul ni ‘smooth’, tapi satu benda lain yang buat kitorang terkesima adalah macam mana Arul boleh ada setiap fakta dan nombor kat hujung kepala, sebab tu jawapan dia bunyi konfiden je. Sampaikan Rafizi Ramli dari PKR sendiri mengakui akan skill Arul sebagai pendebat, sebab dulu dorang pernah masuk pertandingan waktu sekolah. (Fakta tak berapa penting: Adik kepada Ketua Editor kitorang dulu sekelas dengan Arul dan Ong Kian Ming. #tahukahanda #kamitakbias #tumpangglam)

“Arul memang licik dan smooth dalam mempersembahkan hujahnya tentang 1MDB. Tak tumpah macam zaman pendebat dia dulu.” – Ong Kian Ming dalam temubual emel dengan CILISOS.

Dalam temubual BFM tadi, kitorang perasan yang jawapan Arul memang pantas, dan pada masa yang sama dia cepat je tangkap kalau ada point yang salah atau berbeza. Korang boleh baca highlight interviu ni kat laman BFM, tapi sorang pembaca kami ada membuat simpulan:

“Jujurnya daripada interviu BFM tersebut, dia memang bagus dalam menjawab soalan dan menepis apa yang patut. Bagi saya, penyampai BFM tu yang kena goreng.” – Vincent, pembaca CILISOS.

Gerakan sepantas halilintar! Imej dari Giphy.

Kitorang ada tanya Julian (penyampai BFM) kalau-kalau Arul diberi soalan-soalan tu semua terlebih dahulu. Mana la tau kan…

“Takde sebarang soalan diberikan, hanyalah outline bagi perbincangan yang akan diadakan. Interview tersebut adalah secara bersahaja, dan kitorang tak buat rehearsal terlebih dahulu. Kami ada bagitau yang rancangan Breakfast Grille ni memang takde tapis-tapis punya.”

[CILISOS: Dia ada tolak mana-mana soalan?]

“Tak langsung.”

Samada hujah Arul adalah benar, tu sat lagi kami cerita. Tapi at least bunyinya lagi cerdik la daripada sesetengah menteri tu kan

“Konfem Arul diberi habuan yang berpatutan untuk menggalas tanggungjawab tu…” – Shanker, pembaca CILISOS

Kau hado? Imej asal dari The Rakyat Post.
Kau hado? Imej asal dari The Rakyat Post.

Dan inilah soalan cepumasbillion, kenapa Arul Kanda ambil tugas ni? Adakah kerana nak makan dedak?

Seperti yang kitorang katakan awal-awal tadi, Arul Kanda join 1MDB selepas syarikat tersebut kantoi banyak hutang. Sebelum tu dia memegang jawatan besar di Abu Dhabi Commercial Bank. So kalau nak cerita pasal duit, kalau dia tak masuk campur 1MDB yang tengah eksiden teruk pun takpe kot, bak kata Arul sendiri…

“Situasi kami (1MDB) sama macam kemalangan kereta pada tahun 2014, masuk ICU pada tahun 2015…” – Arul Kanda, dipetik daripada temubual BFM.

So mungkin Arul jadikan 1MDB sebagai cabaran peribadi ataupun azam tahun baru ke hapa kan, senang cerita dia ni memang ada teloq. Sebab kalau nak tengok pada cabaran bisnes, politik, dan persepsi umum, memang tak tercapai akal sesapa pun yang nak ambil alih tugas macam ni.

“Tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah 1MDB adalh sangat mustahil… yang mungkin Arul sendiri tak terjangka. Jadi kalau dia gagal menyelamatkan 1MDB, bukanlah salah dia tapi tugas tu sendiri sangatlah besar.” – Tony Pua.

Mengikut Arul sendiri, dia ambil alih tugas ni memang semata-mata dari sudut bisnes:

“Bagi saya, ianya adalah tugas penstrukturan semula kerana itulah latar belakang saya… saya tak jangka pulak akan aspek penyiasatan dan aspek politik yang terlibat. Perkara itu semua bermula selepas saya mula ambil alih tugas. Jujurnya, pengalaman ini telah banyak mengajar saya, dan kalau ditanya jika saya akan melakukannya lagi, sudah tentu saya akan…” – Arul Kanda dalam temubual BFM.

Jadi nampak gayanya dia ni memang sukakan cabaran, cintakan kerjaya, dan takkan mengaku kalah. Bukan itu je…

“Dia ni sebenarnya pemain poker yang bagus. Sebab tulah dia uruskan 1MDB, dia boleh spin apa benda sekalipun sambil buat muka tempe.” – Nicholas, pembaca CILISOS.

spinning
Dia spin takyah suruh DJ Zouk turun pun.

Arul ni memang bukang calang-calang tukang spin. Tapi adakah ianya sekadar kata-kata, dan cukupkah sekadar berbicara? #puitissekejap

“So far semua kutuk dia tapi cuba tengok dari sudut berbeza: Dia pandai simpan rahsia, berani ambik tugas ni, mungkin betul dia berjaya langsaikan hutang dan akhir sekali, dia ada muka tebal untuk bersembang dengan media walaupun kebanyakannya tak percaya apa yang dia cakap.” – Ng, pembaca CILISOS.

Selain daripada tampak konfiden dan sentias tersenyum colgate, Arul juga telah membuat perubahan struktur dan polisi dalam 1MDB untuk menambah baik komunikasi kepada masyarakat umum, menghentikan kerugian, dan juga membayar hutang. Menyambung analogi eksiden yang dia guna tadi:

“(Pada) 2016, kami dalam bilik wad biasa, buat fisioterapi dan saya harap kami dapat discharge daripada hospital sebelum hujung tahun ni.” – Arul Kanda, dalam temubual dengan BFM.

Tapi tak semestinya dorang ni semua percaya apa yang Arul kata

Imej dari Giphy.
Imej dari Giphy.

Dalam temubual sewaktu dia mula-mula ambil alih 1MDB lagi, Arul ada menyatakan yang 1MDB merupakan syarikat yang paling banyak disiasat dalam negara, dan sampai sekarang pun masih ada benarnya. Yang terkini, Switzerland pulak yang memulakan penyiasatan.

Dan di Malaysia, tak semua telan bulat-bulat apa yang Arul katakan apabila terdapat banyak perbezaan dalam jawapan yang diberikan serta kenyataan tak lengkap. Samada ianya berkaitan dengan Pulau Cayman

“Saya rasa perbezaan paling ketara dalam kenyataan Arul adalah berkaitan dengan ‘unit’ (wang tunai awal) daripada penebusan aset Cayman Island sebagai hasil jualan bon-bon Petro Saudi.” – Ong Kian Ming.

“Mula-mula dia kata semua dah dapat pada 15 Januari. Lepas tu kata wang disimpan di Singapura. Lepas tu pada Mac, dia kata yang duit tu disimpan di Singapura supaya Bank Negara tak banyak cerita. Tapi pada Mei, lepas kantoi menipu, dia mengaku yang ianya bukna wang tunai, tetapi aset. Lepas tu ianya bukan aset tapi ‘unit’. Dia mengaku akan ‘miscommunication’. Tapi apa benda unit ni tak pernah diterangkan. Dan sekarang ni kita diberitahu yang unit-unit ni semua masih ada kat Pulau Cayman! Maknanya dia tak pernah ditebus langsung pun!” – Tony Pua.

Atau pasal syarikat-syarikat yang tak pernah wujud

“Bila ditanya pasal beberapa tuduhan berat tentang 1MDB contohnya bayaran yang dibuat kepada ‘Aabar Investments’ yang kononnya dibina di British Virgin Islands, dia tak mahu jawab soalan tu secara terus dan mengatakannya sebagai konspirasi berniat jahat.” – Tony Pua.

Malah sewaktu interviu BFM tu sendiri…

“Sebenarnya saya taklah berpuas hati sepenuhnya dengan jawapan-jawapan yang diberi. Salah satunya asalah soalan tentang urusniaga dengan Goldman Sach yang sangat mahal. Dan satu lagi pasal sebab wujudnya 1MDB, kerana dari sudut teori dan polisi, tindakan-tindakan 1MDB tidak dapat dibela.” – Julian Ng.

Mungkin setakat ni, perlantikan Arul Kanda adalah satu-satunya keputusan bijak yang pernah dibuat oleh 1MDB sebab dia mampu menjadi jurucakap yang tampak segak dan meyakinkan sepangjang masa.

So kalau korang ada duit berbilion-bilion, adakah korang akan upah Arul untuk uruskan syarikat korang?