Cerita macam mana yang konfem viral kalau post kat Facebook?

Tahukah korang yang Malaysia merupakan negara ke-78 paling laju Internetnya di dunia? Kajian tahun 2015 yang dibuat oleh Akamai menunjukkan yang kita ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, dan Sri Lanka. Tapi tak kiralah betapa slownya Wifi korang, takde apa yang akan menghalang korang surf Facebook kat pejabat, kat dalam tren, atau kat shopping mall sambil teman gelfren.

Jadi didorong oleh dasar ingin tahu, kitorang tanya kat Facebook, cerita macam mana yang korang suka baca dan selalu jadi viral? (Untung la siapa yang jawab sebab dorang menang sepasang tiket ke konsert Siti Nurhaliza, terima kasih Celcom!)

contest-siti-nurhaliza-soscili
Klik untuk pegi ke FB kami dan like, mana tau nanti ada contest lagi.

Diinspirasikan oleh komen-komen ni, kitorang mula merayau kat website BM yang otai macam Ohbulan!, RotiKaya, The Vocket, SAYS Seismik, dan Siakap Keli, dan ini adalah jenis-jenis artikel trending yang paling selalu viral, iaitu…

1. Cerita pasal travel bajet, lagi bagus kalau ada jadual penuh

headline-viral-tempat-menarik-keyword-cheap-thumb

Dulu kalau sebut pasal holiday, mesti korang bayangkan percutian tepi pantai sampai minum air oren letak payung kecik dalam gelas. Tapi sekarang ni kalau sebut pasal travel, kita mula bayangkan stail travel backpacking dengan bajet yang semurah yang boleh.

Untungla dapat main salji... gambar dari The Vocket.
Untungla dapat main salji… gambar dari The Vocket.

Dengan headline macam “Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500” dan “Itinerari Travel 5 Hari Cara Bajet Di Tokyo Dengan Kos Asas RM350“, The Vocket banyak tulis artikel yang detail giler untuk dijadikan panduan. Walaupun sebelum ni ada je travel guide kat Internet, tapi lagi selesa bila kita dapat tips daripada member senegara, ye dok?

Dan jangan ingat asal travel je kena naik flight okay. Says dan Ohbulan ada banyak hidden gem yang kitorang sendiri tak pernah dengar, contohnya tempat-tempat hiking bagi geng-geng yang fit, ataupun homestay sekitar Malaysia bagi geng-geng yang kurang fit chill.

2. Cerita pasal jimat duit, buit duit, dan macam mana nak guna duit

headline-viral-buat-duit-thumb

Lol ok la headline yang selalu trending takdela berbaur MLM sangat macam screenshot kat atas ni, tapi banyak kepada cerita rakyat biasa yang buat apa termampu demi menyara keluarga.

Singgit singgit lama-lama jadi bukit... imej dari Reddit.
Singgit singgit lama-lama jadi bukit… imej dari Reddit.

Daripada headline pasal beli kereta macam “Nak Settle Hutang Kereta Dalam Masa 4 tahun? Ikut Cara Lelaki Ini!“, ke headline pasal beli rumah macam “Ini 6 Tips Beli Rumah Untuk Pasangan Suami Isteri. Wow, Boleh Jadi Jutawan Hartanah Macam Ni!

Daripada headline pasal bisnes kecik-kecik macam “Sambungan Resipi Nasi Ayam Yang Mencecah 66,000 Share Dalam Masa 2 Hari“, ke headline pasal bisnes besar-besar macam “Bisnes ‘Halalan Toyyiban’ Ramly Burger Bakal Cecah Nilai Kutipan RM2 Bilion Setahun. Wow!

Bak kata mamak kedai De Maju, semmmua ada. Bila baca kisah-kisah macam ni, barulah terbakar semangat kita.

3. Cerita pasal orang baru nak kawen, orang tengah kawen, dan macam mana nak lama kawen

headline-viral-kawen-thumb

Kita orang Melayu yang berbudaya ketimuran ni memang sangat pentingkan hal-hal kekeluargaan. Sebab tu la banyak artikel yang ditulis pasal asam garam dan cabaran rumahtangga.

Kes bertumbuk dalam masjid. Kesian kipas itu tidak disensorkan. #jangankecamkipas.

Time kahwin dah start banyak problem, dengan headline macam “Pengantin Lelaki Buat Laporan Polis, Tuntut Ganti Rugi Perbelanjaan Majlis Akad Nikah“. Baru lepas kawin pun problem lagi, dengan headline macam “Baru Berkahwin, Wanita Ini Akhirnya ‘Rela’ Suami Dirampas Perempuan Lain“. Dah lama kawin pun problem tak setel-setel, dengan headline seperti “Niat Suami Bergurau Dengan Rakan Cerai Isteri Talak Tiga & Akhirnya.. Kesian Si Isteri Ni!“.

Tapi tak semuanya cerita yang buat kita sakit hati. Ada je headline positif yang jadi viral, contohnya kisah inspirasi “Nak Gambar Kahwin Segak Bergaya, Lelaki Ini Kongsi Tips Hilang 17kg Dalam Masa 21 Hari!“, dan tips praktikal “9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami“.

Dan kalau korang nak #relationshipgoals, check out atuk nenek ni:

#relationshipgoals

4. Cerita pasal makanan.

headline-viral-makanan-thumb

Dah namanya rakyat Malaysia, tak sah kalau tak sembang pasal makanan. Sampai time tengah lunch pun boleh bersembang pasal dinner nak pergi mana.

Menguji keimanan...
Menguji keimanan…

SAYS ada banyak buat listicle pasal port-port masyuk macam “Perhatian, Ibu Bapa! Dah Cuba 10 Kafe ‘Kid-Friendly’ Di KL & Selangor Ini?“, “7 Kafe Moden Paling ‘Most Wanted’ Di Seremban Yang Wajib Waghih Poie“, dan “10 Restoran Udang Galah Dan Ketam ‘Power’ Yang Wajib Anda Pekena. Memang Terangkat!” Sesuai sangat dengan orang kita yang selalu bergerak secara berkeluarga.

5. Cerita buang belakang throwback!

headline-viral-throwback-thumb

Sekali-sekala nak jugak kita semua bernostalgia, ye tak? Nak lagi benda-benda time chilhood yang jarang jumpa dah sekarang ni, ingin jugak dikongsi dengan member-member dan generasi baru. Dari iklan-iklan TV yang lama, sampailah tiub tiup buih yang kita main time kecik-kecik dulu:

Power siut kalau boleh tiup sampai bolat camni. Imej dari Pen Merah.
Power siut kalau boleh tiup sampai bulat camni. Imej dari Pen Merah.

6. Cerita pasal artis bercinta, pasal artis kawin, pasal artis ketip kuku

headline-viral-artis-thumb

Lumrah lah kat negara mana pun, kalau cerita pasal selebriti je mesti kecoh. Di Malaysia, kita banyak meraikan penyatuan dua insan seperti “Felixia Yeap Kini Sah Selamat Bergelar Isteri“, dan tumpang gembira dengan kurniaan zuriat seperti “Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan“.

Malah kita selalu memperingati bila ada seniman yang pergi, seperti berita “Yus Jambu Meninggal Dunia” yang masih lagi terkesan dalam hati peminat.

Dannnn kalau ada mana-mana artis yang bukak baju, memanglah mengundang #silakecamsaya.

Gambar dari OhBulan!
Gambar dari OhBulan!

7. Cerita pasal Najib, pasal 1MDB, dan pasal… Najib

headline-viral-najib-thumb

Yang ni memang tak payah intro lah. Cerita-cerita politik kat negara kita ni memang tak pernah surut, nak lagi semenjak kecohnya kes Najib yang dikaitkan dengan 1MDB. Tapi korang nak tau satu benda yang menarik? Mengikut Google Trends, Mahathir dan Anwar masih lagi popular kat Google semenjak 2004 (waktu Google mula kumpul data) sampailah sekarang:

Begitulah pengaruh Tun M dan Anwar...
Begitulah pengaruh Tun M dan Anwar…

Dan jangan risau kalau artikel-artikel politik ni kadang-kadang susah nak faham, kitorang kat SOSCILI akan pastikan korang up-to-date dengan isu semasa dalam bahasa yang paling seronok nak baca!

8. Cerita gaduh kat dalam tren, gaduh kat balai, gaduh kat Instagram

headline-viral-gaduh-thumb

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sure kena tangkap video. Terlajak komen kat Instagram sure kena screenshot.

Instagram DRAMA~~~ hanya di Malaysia.
“Photographer menyesal terlajak kerek”, tajuk artikel ni paling win. Klik untuk baca artikel pernuh kat Ohbulan!

Ada banyak kes gaduh dunia nyata seperti “Insiden Video Viral Anggota Polis Marah Pengadu : IPD Subang Jaya Keluar Kenyataan“, dan banyak lagi kes gaduh di dunia maya iaitu di Instagram, sampai keluarnya headline macam “Fazura Hilang 200,000 Pengikut Instagram Kerana Isu KimK” dan “Azwan Hj. Ali Minta Maaf Selepas Digertak Abdul Rani Kulup Abdullah“.

Tapi selain daripada selebriti, sekarang ada pulak trend anak-anak pemimpin bagi pendapat masing-masing, contohnya “Rakyat Malaysia Malas & Memilih Kerja – Anak TPM Pertahan Kenyataan Bapa” dan “Merangkak La Dekat Padang Masyar Minta Maaf”- Luahan Anak Bongsu Datuk Ahmad Bashah“. Agak menarik bila Instagram yang selalunya digunakan untuk post gambar dijadikan ruangan karangan dan cerpen.

9. Cerita pasal Siti!

headline-viral-siti-nurhaliza-thumb

Tahu tak korang yang dah 20 tahun berlalu semenjak single first Datuk Siti Nurhaliza, Aku Cinta Padamu? Tapi sampai sekarang Siti masih menjadi buah hati peminat tua muda, dulu kini dan selamanya.

Imej dari Rotikaya.
Imej dari Rotikaya.

Sebab tu lah kita masih lagi boleh baca headline seperti “Dato’ Siti Nurhaliza Akui Kandungan Gugur, Mohon Peminat Doakan Yang Terbaik” (*sedih….*), “Video Tun M Berduet Dengan Siti Nurhaliza Tarik Perhatian” (kiutnyeee), dan juga “Siti Nurhaliza Diiktiraf Di Antara Muslim Paling Berpengaruh Dunia” (perggghhhh!).

10. Cerita pasal orang yang berbuat baik sesama manusia dan haiwan.

headline-viral-random-act-of-kindness-thumb

Kita tak semestinya kena ada duit juta-juta baru boleh memberi impak kepada dunia, sebab kasih sayang kenalah ditunjukkan hari-hari tanpa mengira makhluk. Contohnya video yang jadi viral bila seorang perempuan Melayu menyelamatkan anjing di tepi jalan. Sebab tu lah kita kena buat baik terhadap apa sahaja. Mana tau, satu hari nanti, anjing pulak yang menyelamatkan kita di tepi jalan.

Klik untuk video yang dikongsi oleh Siakap Keli.
Klik untuk video yang dikongsi oleh Siakap Keli.

Tapi apa yang buat kitorang paling tangkap sebak adalah bila terbaca kisah-kisah pengorbanan ibu-bapa macam kat bawah ni…

Sweet sungguh mak dok tunggu luar pagar. Imej dari PenMerah.
Sweet sungguh mak dok tunggu luar pagar. Imej dari PenMerah.

Artikel macam mana pulak yang SOSCILI akan tulis?

Selain daripada website yang kitorang link kat atas ni, ada jugak website niche macam Amanz.my yang dah bertahun-tahun mendidik dan memberi maklumat IT, tak lupa jugak website berita seperti Sinar Harian, MalaysiaKini (BM), dan Projek MMO yang mengisi kekosongan media alternatif dalam Bahasa Malaysia.

Dan kini di SOSCILI, matlamat kitorang adalah untuk membincangkan benda-benda penting dalam bentuk yang seronok dibaca. Tak kisahlah pasal politik ke, hiburan ke, atau cara-cara isi income tax, asalkan pembaca Bahasa Malaysia kitorang akan dapat belajar sesuatu yang baru. Sebab pembaca Bahasa Malaysia pun berhak dapatkan content yang berkualiti, tak gitu?

Jadi kitorang nak mohon maaf terlebih dahulu kalau ada terkasar bahasa… dan mohon ditegur atas segala silap dan salah! Semoga kita sentiasa menimba ilmu hendaknya~~ #salamsoscili

About MK Zainal 36 Articles
Editor di SOSCILI, hari-hari tengok movie.