- 190Share sekarang!
- Email51
- Facebook139
- Share
Orang yang selalu order GrabFood mesti faham dilema setiap kali kena pilih makanan. Sebab ada banyak sangat pilihan di hujung jari, termenung memanjang je dibuatnya. Last-last, pi mai pi mai tang tu jugak.
Jangan lah fikir yang korang ni boring, korang sebenarnya orang yang setia, gitew… Dan tak seperti setia korang dengan kapel wicet zaman sekolah dulu, setia yang ni ada faedahnya!
Sekarang, Grab dah ada Stamp Cards yang memberikan korang satu stamp setiap kali korang pesan makanan guna Grab, sama ada online melalui GrabFood atau di restoran tu sendiri. Stamp Cards ni sejenis program kesetiaan yang membolehkan anda mendapat stamp, kumpul stamp sehingga penuh dan tukarkan dengan makanan percuma atau baucar.
Macam mana nak kumpul stamp? Macam diterangkan kat atas…
Korang akan dapat stamp secara automatik bila buat pesanan dengan restoran terlibat!
Untuk memulakan koleksi Stamp Cards, anda hanya perlu tambah item daripada mana-mana restoran yang terlibat dalam program ni, buka order page, dan scroll sampai ke bawah sekali. Di sini, korang boleh tengok syarat untuk dapatkan stamp, apa ganjarannya, dan berapa stamp yang korang kena kumpul untuk tebus ganjaran tersebut.
Kalau cukup syarat, korang akan memperoleh stamp sebaik saja korang tekan butang ‘place order’. Bila pesanan dibuat, dapatlah stamp tu. Semudah 1-2-3 je…
Memandangkan program ni masih baharu, ada beberapa restoran terpilih je yang dah ada Stamp Cards, jadi kalau restoran kegemaran korang masih belum ada Stamp Cards, jangan sedih. Mungkin nanti akan ada, jadi selalulah tengok.
Setiap restoran juga ada syarat-syarat dan ganjaran berbeza, jadi klik bahagian Stamp Cards tu untuk baca lebih lanjut. Ni antara restoran di mana korang boleh cuba order:
- KGB Burger | Kumpul 3 stamp dan dapatkan baucar RM5
- KyoChon | Kumpul 3 stamp dan dapatkan 1x Boneless Chicken Bibimbap secara percuma
- Lim Fried Chicken | Kumpul 5 stamp dan dapatkan 1x Spicy Black Chicken Whole Leg secara percuma
- Thai Moment | Kumpul 5 stamp dan dapatkan 1x Tom Yam Chicken Red Soup secara percuma
- Fino Pizza | Kumpul 5 stamp dan dapatkan 1x Margherita Pizza secara percuma
- Baskin-Robbins | Kumpul 3 stamp dan dapatkan baucar diskaun 20% (sehingga RM30)
- Salad Atelier | Kumpul 5 stamp dan dapatkan 1x set Chicken Aglio Olio secara percuma
- La Juiceria | Kumpul 3 stamp dan dapatkan 1x Super Poke Bowl secara percuma
- Kenny Rogers Roasters | Kumpul 3 stamp dan dapatkan 1x Kenny’s Lite Meal secara percuma
Tapi camne kalau korang lagi suka makan kat restoran?
Bukan melalui penghantaran GrabFood je, kat restoran pun boleh kumpul stamp!
Benarkah semua ini? Ya benar! Sesetengah restoran pun ada bagi stamp jugak kat lokasi diorang!
Korang kena cari kod QR Loyalty Program dekat restoran tersebut (biasanya kat kaunter) dan imbas. Korang akan dibawa ke laman yang korang kena klik “agree”/”setuju” untuk teruskan, dan semudah tu je korang boleh dapat stamp bila bayar di kaunter atau melalui Grab.
Berbaloi jadi setia bila ada Stamp Cards!
Kalau korang jenis yang memanjang order benda sama pakai GrabFood dan suka makanan Western macam pizza, burger, dan ayam, apa tunggu lagi?
Jadikan kesetiaan korang bermakna dan kumpul stamp sekarang! Ataupun kunjungi restoran kegemaran korang dan periksa sama ada diorang ada tawarkan ganjaran Stamp Cards.
Nak tahu lebih lanjut tentang Stamp Cards? Klik sini!
- 190Share sekarang!
- Email51
- Facebook139
- Share