Art of Speed kembali, kali ni dengan line-up padu untuk Sound Circus

Setelah sekian lama, akhirnya Art of Speed dan Sound Circus kembali secara besar-besaran. Sesiapa minat muzik atau pertunjukkan motor dan kereta tu mesti korang dah tak sabar kan nak pergi? Mana taknya, sebelum ni kita tak boleh nak merasakan acara besar-besaran sebab…korang tahulah kan, pandemik…

Jadi tahun ni, Art of Speed 2022 dan Sound Circus akan berlangsung pada 2 dan 3 Julai di MAEPS Serdang. Dan kawan kami dari NASTY, iaitu penaja rasmi untuk Art of Speed 2022 dan Sound Circus juga ada hadiah menarik yang diorang nak bagi korang. 

Sebelum tu, jom tengok jap ada apa kat Art of Speed 2022 dan Sound Circus ni…

Poster Art of Speed 2022.

Art of Speed berlangsung secara besar-besaran & menyambut ulang tahun ke 10

Okay, siapa sini tak tahu lagi Art of Speed? Kalau tak tahu meh sini kami explain. Ia merupakan satu acara yang menampilkan karya seni dalam pelbagai format serta pertunjukkan motor dan kereta yang unik. Setiap tahun, mereka akan bawakan pelbagai kejutan. Contohnya, tahun 2019 mereka ada jemput geng-geng motosikal dari luar negara.

Antara pameran seni semasa Art of Speed 2019.

Tahun ni, mereka menjanjikan Art of Speed akan berlangsung secara besar-besaran. Pelbagai aktiviti yang diadakan, lebih-lebih lagi pertunjukkan motorsikal dan kereta. Korang kaki usha motor-motor chopper, cafe racer, atau motor kapcai serta kereta retro, inilah tempat korang nak cuci mata.

Amacam, terangkat tak tengok pameran kereta/motor ni?

Kenapa Art of Speed kali ni agak special? Kerana mereka akan menyambut ulang tahun yang ke 10. Tahu tak, acara ini selalu akan mendapat penyertaan pameran dari geng-geng motorsikal dan kereta dari luar negara sejak pertama kali ia berlangsung. Tahun ni juga tak terkecuali la.

Ehh jap-jap belum habis lagi, ada berita baik untuk semua kepala-kepala riot yang minat scene ‘underground’, iaitu…

Sound Circus: Sebuah festival bagi peminat scene ‘underground’

Line-up & waktu performance band-band di Sound Circus.

Di samping Art Of Speed, Sound Circus juga akan berlangsung di MAEPS Serdang pada masa yang sama. Sound Circus ni sebuah festival muzik besar-besaran yang menghimpunkan banyak bandunderground yang sudah dikenali oleh peminat-peminatnya. Banyak juga band-band power yang perform nanti, antaranya:

  • Hujan.
  • The Times.
  • Sekumpulan Orang Gila.
  • Iqbal M.
  • Kugiran D’Tepi Pantai.

Haaa.. ni masa Iqbal M perform di Art of Speed 2019, riot habis:

Korang mesti tak sabar tunggu Hujan kan? Yela mereka last perform masa konsert Hujan 16 Tahun pada Oktober 2021. Jadi, kepada semua Raingers, ayuh gegarkan Sound Circus nanti.

Oh ada banyak lagi band-band power yang akan perform seperti Budak Nakal Hujung Simpang, Armpunk Sindicate, Jemson dan lain-lain lagi.

Kami bakar sikit, supaya korang tak sabar nak pergi Sound Circus.

Yang mana minat scene hip-hop tu, Sound Circus menerusi NASTY bakal menampilkan dua rapper paling legend, iaitu Ical Mosh dan all the way from Woodlands: Akeem Jahat!!!

Tiket untuk Art of Speed 2022 dan Sound Circus ni ada lagi, jangan risau. Korang boleh beli tiket kombo: Sound Circus + Art of Speed 2022 Weekend Pass di https://aos2022.qtic.my/.

Haa korang tekan kalau nak beli.

NASTY juga nak bagi hadiah menarik sempena Art of Speed 2022

Sebagai penaja rasmi untuk acara ni, NASTY juga bawakan pertandingan NASTY x AOS2022: SHARE & WIN dengan pelbagai hadiah menarik untuk korang semua. Banyak weh, ni apa yang diorang akan bagi:

  • 5 Nasty Art of Speed 2022 Limited Edition Kit bernilai RM2000.
  • 15 Backstage Pass untuk 2 orang di Sound Circus.
  • 50 Tiket Art of Speed 2022.

Macam mana nak menang? Senang je, korang kena:

  1. Pergi ke https://nastyartofspeed.com.
  2. Isi borang dan dapatkan referral link.
  3. Kongsi referral link tu kat media sosial korang.

Apa tunggu lagi, pergi buat sekarang kalau nak menang hadiah-hadiah dari NASTY! Sempat lagi tu.

Dan kalau korang peminat NASTY, diorang juga ada bagitau yang diorang akan lancarkan 4 produk baru kat Art of Speed 2022. Produk apa, kitorang pun belum dimaklumkan lagi. Jadi bagi yang nak tahu, kita jumpa di sana ye!