Kenapa ramai orang beratur depan kedai emas selepas dapat duit KWSP?

Kaum wanita dan emas memang tak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau nampak gelang emas, rantai emas atau cincin emas mesti rasa nak beli kan? Memang dah menjadi fitrah seorang wanita suka berhias dan nampak cantik.

Selepas orang ramai menerima wang pengeluaran khas KWSP, jualan barang kemas di Malaysia naik mendadak. Walaupun harga emas semakin tinggi tetapi, masih mendapat permintaan! Mungkin dah 2 tahun tak dapat beraya, masa ni lah orang ramai nak beraya sakan dengan barang kemas baru.

Mamijarum Ritarudaini GIF - Mamijarum Ritarudaini Kartinaaziz GIFs
Jangan jadi macam ni dahlah… Gif dari tenor

Selain untuk perhiasan diri, barang kemas boleh digadaikan atau dijual semasa waktu susah. Ada juga yang menjadikan emas fizikal sebagai pelaburan pada masa akan datang. Kalau korang nak tahu, terdapat beberapa kelebihan pelaburan emas iaitu…

1. Emas adalah pelaburan yang berdiri sendiri

Ia merupakan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur. Semua aset terikat kepada seseorang, sesuatu atau sistem tertentu — wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan, manakala saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat.

Emas pula berdiri sendiri sebab tak terikat kepada aset kewangan lain, malah tak terikat dengan apa-apa. Kiranya, hanya terikat dengan pemilik je tak kisahlah emas tu banyak atau sikit. Ia tak memerlukan sebarang rekod, geran pegangan atau laporan untuk memilikinya.

Barang kemas ada banyak jenis. Imej dari sinarharian

Katakanlah korang ada 10 guni berisi emas sekalipun, ia milik korang bukan milik kerajaan atau syarikat pelaburan emas. Bukan itu je, emas tak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli sebab pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

2. Emas merupakan pelindung inflasi wang yang terbaik

Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan — ia boleh menjadi pengimbang yang baik untuk berhadapan dengan kos sara hidup dan kadar inflasi yang berlaku setiap tahun.

Apabila inflasi terjadi, nilai matawang akan mengalami kejatuhan. Bagi pelabur atau orang yang nak melindungi nilai harta daripada dipengaruhi inflasi, diorang akan mencari sesuatu untuk dijadikan cagaran nilai harta tersebut. Oleh itu, cagaran yang paling sesuai adalah emas sebab mempunyai kriteria sesuatu yang bernilai, terhad serta tak ada tamat tempoh.

Keputusan yang bijak. Imej dari imgflip

Semasa nilai matawang jatuh, harga emas akan naik! Emas sangat sesuai dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang menggantikan simpanan duit di mana nilainya akan jatuh. Majoriti pelabur menukar emas diorang kepada matawang selepas inflasi berkurangan, namun masih menyimpan sedikit emas sebab tahu nilai matawang takkan sama macam dulu.

10 Harta Karun Yang Belum Dijumpai - The Patriots
Bukanlah simpan macam harta karun ni. Imej dari thepatriots.asia

Tambahan pula, emas pasti akan naik dalam jangka masa panjang disebabkan kuasa beli duit selalu susut akibat inflasi. Penurunan kuasa beli duit akan menyebabkan harga barang naik — barang keperluan, hartanah dan terutamanya emas.

3. Simpanan dan pelaburan yang rasional

Emas boleh dikatakan pelaburan yang rasional dan menyenangkan. Bagi sesiapa yang baru nak memulakan simpanan emas, korang tak perlu modal yang besar cuma perlu ada RM 100. Kalau dulu hanya kaum wanita je yang boleh simpan emas kan? Sekarang ni dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh simpan emas.

Gold
Senang je mendaftar dengan public gold. Imej dari publicgold

Untuk simpanan emas, tak ada proses jual beli, lawyer fee atau memerlukan dokumen macam nak beli aset hartanah. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli rantai dan gelang emas, sekarang korang cuma perlu mendaftar di syarikat pelaburan emas je. (mudah kan!)

Tak pasal-pasal dah kempunan… Imej dari imgflip

Di samping itu, emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi aset fizikal yang boleh dipegang dan dimiliki. Andai kata ada kecemasan, aset emas sangat mudah ditukar kepada tunai dengan cara jual balik atau pajak. Dengan cara ni juga, korang dapat elak dari buat pinjaman.

4. Pernah dengar emas adalah magnet kekayaan?

Bila kita pegang duit kertas, masa tu kita rasa nak beli macam-macam. Betul tak? Berbeza kalau kita miliki emas sebab psikologi manusia akan rasa ‘sayang’ dan terus rasa nak menyimpan. Sebenarnya, memang dah jadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran.

Surah Ali Imran, ayat ke 14 yang bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” – Ayat 14

EMAS MAGNET DUIT – Linda Masehat @Acik Lin
Kalau simpan emas berterusan, hasilnya boleh jadi berlipat ganda. Imej dari lindamasehat

Apabila dah jadi tabiat untuk menyimpan emas, tak kisahlah dalam bentuk barang kemas atau jongkong pelaburan – lama-kelamaan mesti akan ada perasaan suka mengumpul. Dan akhirnyaaa… koleksi akan terus bertambah dan nilai kekayaan pun semakin meningkat. Namun begitu, jangan lupa untuk membayar zakat emas sama ada emas tersebut korang guna ataupun tak.

Pelaburan emas juga perlu mengikut perspektif syariah

Sekarang ni pelaburan emas menjadi satu fenomena besar di kalangan rakyat Malaysia, malah dilakukan untuk mendapat keuntungan hasil dari peningkatan nilai emas dari masa ke semasa. Dalam agama Islam juga, ada syarat jual beli emas bagi tujuan pelaburan walaupun nilainya tak besar. Antara syarat-syaratnya:

  • Melakukan proses penyerahan emas tersebut sebelum berpisah.
  • Transaksi jual beli emas haruslah bebas daripada penangguhan, hutang dan sebagainya.
  • Nilai emas juga perlu mengikut kadar harga yang dah ditetapkan oleh berat timbangan.

Emas tergolong sebagai barangan ribawi. Apa maksud barang ribawi sebenarnya? ia telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai barang yang tak boleh ditukar dengan barangan yang sama secara berlebihan. Terdapat 6 barang ribawi yang disepakati oleh ulama iaitu emas, perak, tamar, gandum, garam dan barli.

5 Negara Penghasil Gandum Terbesar di Dunia - Bisnis Liputan6.com
Gandum adalah salah satu barang ribawi. Imej dari Liputan6

Pelaburan emas juga mudah untuk terbabit dalam aktiviti riba sekiranya kaedah transaksi yang digunakan tak menepati syariah. Islam tak melarang jual beli walaupun ia melibatkan emas sebagai aset cagaran, namun hukum serta syarat yang diberikan mestilah dipelajari dan dipatuhi terlebih dahulu.

Untuk melabur dalam emas, korang kena ada sedikit ilmu pasal pelaburan ni. Barulah menjadi pelabur yang bijak. Betul tak?