4 skandal MARA — salah satunya penggubahan wang sebanyak jutaan ringgit

*This article is available on CILISOS, click here to read it in English*

Masihkah korang ingat isu minggu lepas, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serbu beberapa pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk kumpulkan maklumat dakwaan isu integriti Pegawai Kanan MARA. Pada masa yang sama, Pengarah Eksekutif MARA dituduh guna kad korporat untuk beli beg Louis Vuitton tapi dia menafikannya.

Ramai dah kot yang tahu apa fungsi MARA ni kan, ia ditubuhkan di bawah nama Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1950 oleh penjajah British, matlamat agensi kerajaan itu adalah (dan masih) untuk membangun, menggalakkan, memudahkan dan memupuk pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Bumiputera.

Logo RIDA. Imej dari Mara.

Dari awal penubuhannya, banyak pencapaian yang mereka lakukan, antaranya:

  1. Melancarkan Rancangan Rumah Murah MARA pada tahun 1967 untuk membantu penduduk tempatan yang miskin di Bukit Katil, Melaka memiliki rumah mampu milik.
  2. Memulakan Taman Asohan RIDA (kini dikenali sebagai Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur) untuk melatih penduduk di luar bandar dalam pelbagai bidang.
  3. Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Disebalik kejayaan MARA ni, sebenarnya mereka terpaling dengan pelbagai skandal dan isu seperti…

1. MARA didakwa melakukan penggubahan wang RM73 juta dalam penipuan hartanah Australia

MARA ni pernah memiliki empat bangunan di Australia, dengan salah satunya adalah asrama pelajar iaitu Dudley International House di Melbourne. 

Inilah ‘Dudley House’nya, cantikkan? Imej dari The Star.

Semuanya bermula apabila MARA mengontrak sebuah syarikat untuk melengkapkan bangunan dengan tingkap dan pintu. Syarikat tersebut akhirnya tidak mendapat gaji, dan pemiliknya, John Bond, membawa MARA ke Mahkamah Agung Victoria.

Kes itu mendapat perhatian media Australia, dan dikatakan, dua daripada syarikat media ini mendapati bahawa MARA kononnya telah membayar AUD$22.5 juta (kira-kira RM69.7 juta) untuk bangunan itu.

Macam mana boleh jadi? Bangunan itu pada mulanya bernilai hanya AUD$17.8 juta. Lepastu, semua wang tambahan itu dilaporkan pergi ke kedai kek di Singapura untuk penggubahan wang.

Kami pun pening. Imej dari Imgflip

 

Dudley International House bukanlah satu-satunya bangunan MARA di Australia yang dibeli dengan harga cekik darah, mereka juga telah melakukan perkara yang sama dengan bangunan UniLodge, juga di Melbourne. 

Dalam keadaan ini, hartanah itu pertama kali bernilai AUD$23.5 juta, dan apabila ia dibeli oleh MARA, penilaian akhir meletakkannya pada AUD$43 juta… jadi MARA bayar lebih AUD$19.5 juta (kira-kira RM59 juta) untuknya . 

Dua syarikat itu kemudiannya didedahkan mempunyai kaitan dengan transaksi ini, dan wang tunai tambahan itu dikatakan telah digunakan untuk menutup poket rakyat Malaysia yang terlibat.

2. MARA Digital Mall yang suam-suam kuku saja

MARA Digital Mall ni idea bapa Dafi baik punyerrr. Imej dari eWarta MARA.

Semasa MARA Digital Mall baru dibuka (awalnya dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman), semuanya bermula dengan cukup baik – keuntungan dari pusat membeli-belah itu mencecah RM18.4 juta dalam tahun pertama , tapi tak tahan lama ceritanya.

Dua lagi MARA Digital Mall telah dibuka di Kuantan dan Johor Bahru – tapi dua ditutup pada 2018 dan 2019 kerana sambutan tak memberangsangkan. Kekurangan pilihan produk, penetapan harga yang tidak kompetitif dan pemasaran yang buruk antara sebab penutupan. 

Lebih memburukkan lagi apabila bekas pengerusi MARA, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, mengakui pusat beli-belah digital itu ditubuhkan dengan motif politik dan bukannya perniagaan.

Sekarang ni, MARA Digital Mall di KL je yang hidup lagi, tu pun ‘suam-suam kuku’ je.

3. Persetujuan MARA Corp dengan Lynas dilakukan tanpa kelulusan MARA

Ingat Lynas? Ya, syarikat perlombongan nadir bumi Australia. Yang mendapat banyak tentangan apabila mereka mahu membuka kilang penapisan di Kuantan sekitar 2012.  Pada 2019, MARA Corporation Sdn. Bhd. dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. menandatangani memorandum yang menandakan permulaan kerjasama dalam beberapa projek utama.

Logo Lynas Malaysia. Imej dari The Edge Markets.

Bekas pengerusi MARA Corp, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata bahawa kerjasama itu dilakukan untuk mewujudkan peluang pekerjaan, memulakan penyelidikan dan pembangunan dalam industri dan banyak lagi industri hiliran.

Masalahnya, memorandum itu ditandatangani tanpa kelulusan Majlis MARA. Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata bahawa semua inisiatif baharu “memerlukan pertimbangan dan kelulusan majlis”. Mereka juga berkata mereka akan mengkaji hala tuju masa depan MARA Corp dan anak-anak syarikatnya. Satu kesalahan besar, memandangkan skop perjanjian.

4. MARA ‘takde duit’ untuk memberi pinjaman pelajar pada tahun 2016

Pada 2016, satu kajian yang dibuat oleh biro pelajar Pemuda PKR mendedahkan hampir seribu pelajar baharu di 33 kolej swasta terkepung kerana MARA berhenti memberi pinjaman pendidikan (ketika itu). 80% daripada 945 pelajar sedang belajar di kolej berkaitan MARA, dan mengatakan bahawa MARA telah menjanjikan pinjaman kepada mereka.

Pelajar yang tidak berada di kolej yang bergabung dengan MARA telah merancang untuk memohon pinjaman pada pertengahan pengajian mereka.

Kajian yang sama menunjukkan bahawa 80.7% daripada peserta berfikir untuk berhenti kolej jika mereka tidak boleh mendapatkan pembiayaan daripada MARA, manakala 82% mengenali seseorang yang sebenarnya telah berhenti selepas gagal mendapatkan pinjaman. Fahmi Zainol, bekas ketua biro pelajar Pemuda PKR dan penulis kajian itu berkata:

Kesimpulan daripada kajian kami ialah MARA memang ada masalah untuk memberi pinjaman. Kemudahan permohonan pinjaman dalam taliannya juga telah berhenti menerima permohonan.” – Fahmi dalam temu bual dengan Malaysian Insider.

Pada ketika itu, Malaysiakini cuba menghubungi Annuar Musa, pengerusi MARA ketika itu, tetapi beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut sehingga beliau pulang dari luar negara.

GIF dari giphy.

Adakah skandal-skandal ni menjejaskan kebaikan MARA?

Persoalan di atas mungkin persepsi orang ramai yang MARA ada sekarang, bagaimana pula dengan serbuan SPRM, dakwaan penyalahgunaan yang melibatkan elaun dan kegagalan melaporkan pinjaman yang mereka berikan.

Namun, kena ingat juga MARA telah banyak menyumbang dalam pelbagai perkara.

Contohnya:

  1. MARA telah menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir di seluruh negara pada akhir tahun lepas.
  2. MARA memberikan suntikan modal sebanyak RM45.9 juta kepada PKS Sabah sepanjang 2021.
  3. MARA menawarkan latihan perniagaan dalam talian percuma kepada usahawan mikro semasa PKP pada bagaimana untuk mengekalkan perniagaan mereka.
Sukarelawan MARA di kawasan banjir. Imej dari Kosmo.

Sudah tentu, seperti mana-mana organisasi, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Tun Arshad Ayub, pro-canselor UiTM, berkata dalam temu bual dengan The Edge :

“Masanya telah tiba untuk suruhanjaya diraja untuk menelitinya. Apa yang anda akan lakukan dalam tempoh 25 tahun akan datang? Sekurang-kurangnya mesti ada semakan, walaupun mengambil masa lima tahun untuk menjalankan semakan. Kita mesti berani untuk melihat semula Mara.” – Tun Arshad Ayub.

Memandangkan kepentingan agensi itu terhadap pembangunan masyarakat Bumiputera, MARA hanya akan memberi manfaat lebih kepada golongan ini, sekiranya mereka memutuskan untuk membersihkan perbuatan mereka dan memfokuskan kembali kepada matlamat utama.