Adakah UiTM rasis dengan bukan Bumiputera? Kita lihat pendapat pelajar

Baru-baru ni, muncul kembali isu UiTM yang patut dibuka untuk golongan bukan Bumiputera. Walaubagaimanapun, ramai orang menentang keputusan tersebut sebab golongan bukan Bumiputera boleh memohon di universiti lain.

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2015, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub pernah bagi cadangan untuk membuka pintu kepada semua kaum di Malaysia. Akan tetapi, cadangan tersebut ditolak oleh Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

“Banyak lagi universiti awam untuk bukan bumiputera ada di Malaysia, mengapa perlu ganggu UiTM? UiTM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang masih membela nasib bumiputera dan hari ini UiTM cuba diganggu gugat kedudukannya.” – Irwan Fahmi Ideris, petikan dari malaysiakini.

Sekarang ni Irwan Fahmi Ideris bukan lagi Ketua Wira Perkasa. Imej dari theedgemarkets

Walaupun sekarang dah masuk tahun 2022, masih ada segelintir orang yang bersetuju UiTM patut menerima semua kaum! Kami telah melakukan sesi temubual bersama beberapa orang pelajar yang berlainan universiti untuk share pandangan masing-masing.

Terdapat satu jawapan yang menarik daripada pelajar yang bersetuju kenapa UiTM patut menerima bukan Bumiputera. Jadi, kami memberi laluan kepada pandangan yang bersetuju terlebih dahulu. Ada yang berkata…

Keadaan zaman sekarang dah berbeza berbanding zaman dulu

Adakah UiTM hak melayu selamanya? Imej dari Kosmo

Menurut seorang pelajar dari UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Aina Yasmin, dia berpendapat bahawa rakyat berbilang kaum patut diberi pendidikan sama rata.

“Personally I don’t mind kalau bukan bumiputera masuk UiTM sebab rakyat berhak dapat pendidikan yang bagus any race regardless. Tambahan pula, yuran UiTM murah dan mampu dibayar. Tak semua tempat belajar murah dan orang tak mampu tak tertakluk kat orang Melayu sahaja.” – Aina Yasmin, katanya semasa ditemu ramah.

Dia juga berkata tak semua kaum Cina dan India jenis yang kaya raya. Jika kita layan semua kaum sama rata, boleh menjadi kunci keharmonian.

“Kalau ada bukan bumi lagi okay dalam sebuah komuniti pelajar sebab dapat variasikan cara pemikiran sebab some non bumis are genius student, so pelajar bumi UiTM boleh bertukar pendapat dan belajar benda baru.” – tambah Aina Yasmin lagi.

Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Imej dari imgflip

Dari UiTM, kita pergi ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pula. Pada pandangan Mohammad Firdaus, dia bersetuju jika UiTM memberi peluang kepada bukan Bumiputera kerana zaman sekarang yuran pengajian semakin mahal.

This isn’t about UiTM. It is about ensuring that everyone has access to an affordable education. Tak semua orang mampu masuk kolej atau universiti swasta walaupun ada pinjaman PTPTN atau biasiswa. Banyak lagi golongan lain yang lebih miskin dari orang Melayu. – Mohammad Firdaus, pendapat dia ketika ditemu ramah.

Akan tetapi, ada juga yang membantah/tak setuju UiTM patut dibuka kepada semua kaum. Ada yang memberi jawapan….

Keistimewaan UiTM akan hilang kerana akan menjadi sama seperti IPTA/IPTS yang lain

Daripada pensyarah, alumni sehingga pelajar yang sedang belajar di UiTM memberi kata-kata kesal jika dibuka kepada bukan Bumiputera. Selain itu, di sosial media dan di blog juga menjadi tempat luahan dan berkongsi pendapat masing-masing.

Angry Man GIF
Boleh luah tapi jangan sampai jadi macam ni okay? GIF dari giphy

Menurut seorang pelajar dari Universiti Selangor, Nur Izzah, dia kurang bersetuju UiTM memberi peluang kepada semua kaum walaupun dia bukan pelajar UiTM.

“Bagi saya tak perlu sebab UiTM ni dah berpuluh tahun jadi universiti untuk orang Melayu. Lagipun, UiTM dibuka hanya untuk Bumiputera disebabkan dari sudut sejarah ia dimulakan pun demi membantu kaum Bumiputera yang agak ketinggalan berbanding bangsa lain pada masa tu. Kalau alasan untuk menyatukan kaum and so on,  korang boleh tengok universiti swasta bukan semua kaum duduk sama-sama. Melayu, Cina dan India pun ada geng kaum tersendiri.” – Nur Izzah, katanya ketika ditemu ramah.

Dia juga berkata kalau UiTM mahu naikkan semangat persaingan semasa belajar, cukup bersaing sesama Melayu. Selain itu, orang Melayu juga ada yang bijak serta mendapat pointer 4.0 setiap sem.

Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar UiTM tersenarai antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA dan CAT. Imej dari ismaweb.net

Jawapan seorang pelajar dari UiTM Kampus Dengkil, Fareena Izzaty, dia berkata dah banyak universiti swasta atau awam yang boleh bukan Bumiputera masuk. Universiti lain pun banyak melahirkan graduan yang berjaya bukan dari UiTM sahaja.

“Pada pendapat peribadi saya, sekarang dah banyak universiti awam yang offer bukan Bumiputera untuk sambung belajar. Contohnya seperti UPM, UKM, UM, UniMAP, UniSZA dan lain-lain. UiTM dah tak ada keistimewaan sendiri kalau semua kaum belajar disini. Bagilah peluang kat Bumiputera untuk rasa keistimewaan ni.” – Fareena Izzaty, katanya semasa ditemu ramah.

Pada tahun 2008, pelajar UiTM memprotes cadangan untuk membuka sebanyak 10% kuota pelajar UiTM kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Imej dari gpmsuitm.wordpress.com

Kalau satu hari nanti UiTM memberi peluang kepada semua kaum, keputusan untuk membuka UiTM adalah hak UiTM dan kerajaan. Apa yang akan terjadi jika UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera?

Masalah sebenar akan berlaku selepas UiTM dibuka kepada semua kaum

Semestinya orang Melayu bumiputera merasa tak puas hati dan harmoni diantara kaum yang lain akan terjejas. Seterusnya, kemungkinan hak kaum Bumiputera di Malaysia mula dikikis. Mula-mula membuat keputusan membuka sebanyak 10% kuota pelajar UiTM kepada bukan bumiputera dan pelajar asing, kemudian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan kuota sebanyak 45% tempat pengajian kepada bukan Bumiputera. 

Pemerkasaan Anak Bangsa: Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Ketuanan Melayu
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Imej dari impak.uitm.edu.my

Selain itu, dari dulu kedudukan UiTM sebagai pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera. Ia adalah sebahagian daripada hak dan keistimewaan orang Melayu yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, cubaan untuk mencabar keistimewaan tersebut dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan serta boleh membuat negara menjadi kucar-kacir.

Bertahun-tahun bumiputera cuba pertahankan UiTM. Imej dari Imgflip

UiTM bukan lah rasis dengan bukan Bumiputera cuma semua pihak perlu memahami asas perlembagaan. Jadi, setelah membaca pelbagai jawapan responden dari kami, apa pendapat korang tentang UiTM membuka ruang kepada bukan Bumiputera? Adakah anak-anak Bumiputera akan disisihkan?