- 408Share sekarang!
- Email10
- Facebook398
- Share
Sebelum ni viral filem 18 Puasa yang menceritakan perangai-perangai teruk manusia semasa ramadhan, yang menjadi tumpuan adalah Barkoba iaitu watak utama yang dibintangi oleh Bell Ngasri. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada filem yang diarah oleh Mamat Khalid tu, semua filem dia ada sindiran dan pengajaran yang tersirat.
Tapi pernah tak korang terfikir, kenapa watak utama tu diberi nama sebagai Barkoba? Lagi-lagi wataknya mempunyai perangai paling buruk dalam filem tu, dia juga individu yang bertanggungjawab menghasut semua orang Kampung Pisang untuk ikut kehendaknya. Sebenarnya ada kemungkinan nama Barkoba tu diambil dari sejarah zaman Ancient Rome tau.
Nama seorang ketua Yahudi di zaman pemerintahan Rom
Nama Barkoba tu berkemungkinan telah diambil sempena nama seorang ketua kaum Yahudi zaman dahulu kala. Individu yang dimaksudkan adalah Simon bar Kokhba, tapi nama dia yang sebenar adalah Simeon bar Kosba. Tapi kenapa dia digelar dengan nama yang lain dari nama sebenar dia?
Dalam bahasa Aramaic, Bar Kokhba bermaksud Anak Kepada Bintang (Son of the Star). Dikatakan dia mendapat gelaran tu daripada agamawan Judaisme (Rabbi) yang hidup ketika itu, ini kerana mereka menyangkakan dia adalah The Promised Messiah. Apa benda pula tu?
Dalam kepercayaan Judaisme, mereka dijanjikan seorang hero yang akan menyelamatkan kaum Yahudi dari segala penindasan. Dalam masa yang sama, dia (hero tu) akan menuntut Tanah Israel (Eretz Israel) secara total satu hari nanti. Namun, ada juga agamawan yang berpendapat Bar Kokhba ni adalah False Messiah. Kira macam hero tipu-tipu gitu.
Bila cerita pasal Messiah ni pula, basically ia ada kena mengena juga dengan agama lain. Setiap agama samawi ada versi Messiah tersendiri, seperti agama Islam yang percaya tentang akan turunnya Al-Masih iaitu Nabi Isa A.S. yang akan melawan Dajjal al-masih (False Messiah). Agama kristian pun ada juga versi mereka tersendiri.
Mungkin untuk cerita pasal Al-Masih atau Messiah ni kitorang boleh cerita di lain hari lah. Sebab kalau nak cerita pasal tu maybe akan jadi sangat panjang. Kita masuk balik pasal Bar Kokhba, dia merupakan seorang Jeneral yang pernah ‘buat hal’ semasa pemerintahan Empayar Rom di Jerusalem.
Maksudnya, benda ni dah lama terjadi, sebelum Perang Salib lagi. So, apa je yang dia dah buat sampai nak kata dia ‘buat hal’ tu?
Menentang Rom untuk menakluk kembali Jerusalem
Sebelum Empayar Turki Uthmaniyah menakluk satu per tiga dunia, yang memegang tampuk kuasa tertinggi adalah Empayar Rom. Mereka (Rom) ni sangat hebat sampai ramai yang mengatakan mereka mempunyai askar paling ganas dan kuat dalam sejarah, sampaikan banyak permainan video dan juga filem mengambil inspirasi daripada sejarah Rom tu sendiri.
Ramai nama besar daripada Empayar Rom ni, tetapi yang paling popular adalah Julius Caesar dan Scipio Africanus. Namun, individu penting semasa Rom menakluk Jerusalem pada tahun 70 Masihi adalah Titus Caesar. Dia bertanggungjawab menyerang Jerusalem sehingga mencetuskan Perang Yahudi-Rom yang pertama.
Disebabkan pencapaian Titus dalam menakluk Jerusalem, pihak Rom telah menaikkan sebuah monumen yang diberi nama Arch of Titus sebagai simbol kehebatan dia. Dipendekkan cerita, setelah sekian lama Rom memegang Jerusalem, pemberontakan orang Yahudi kedua telah tercetus.
Siapa dalangnya? Semestinya Simon bar Kokhba! Sampaikan Pemberontakan Kedua Yahudi (2nd Jewish Revolt) tu juga digelar sebagai Pemberontakan Bar Kokhba (Bar Kokhba Revolt). Perkara tu terjadi pada 132 Masihi yang mana dikatakan hampir 600 ribu askar Yahudi telah terlibat dalam menentang Rom ketika itu.
Oh ye, suka untuk diingatkan yang agama Islam masih lagi belum lahir ye semasa terjadinya peristiwa ni, Jadi korang janganlah tanya kenapa orang Rom cuma berperang dengan orang Yahudi je dekat Jerusalem tu, baca lah sejarah Islam kalau nak tahu lebih.
Pertempuran antara askar Yahudi dengan Rom berlangsung 3 tahun lamanya,ia mengakibatkan beratus ribu nyawa telah terkorban. Yang sedihnya, dorang tak dapat pun takluk Jerusalem tu balik. Semuanya terhenti dan dikira gagal selepas Bar Kokhba telah dibunuh oleh pihak Rom di Bethar, Jerusalem pada 135 Masihi.
Selepas berakhir segala kekacauan tu, dikatakan semua orang Yahudi pada masa tu dihalau keluar dan tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke Jerusalem. Jadi kita pergi balik tentang kenapa Bar Kokhba digelar sebagai Fake Messiah tu, dikatakan dia sendiri claim yang dia adalah pesuruh tuhan yang akan menyelamatkan kaum Yahudi.
Dikatakan juga dia telah mengembalikan The Jewish Kingship (Kingship of God), salah satu konsep dalam Hebrew Bible yang menerangkan tentang ciri-ciri yang dibawakan oleh seorang Messiah. Disebabkan tu ramai fikir Bar Kokhba ni merupakan hero kiriman tuhan mereka. Tetapi lain pula yang diceritakan oleh tokoh sejarah Kristian, Eusibeus Pamphili.
Dalam bukunya History of The Church ada menyebut tentang Bar Kokhba ni, Eusibeus menggambarkan Bar Kokhba sebagai seorang pembunuh dan juga perompak. Dalam masa yang sama, dia menggunakan namanya yang kononnya diturunkan dari syurga sebagai ‘lesen’ bagi mengelakkan dirinya dihukum.
Dia juga dikatakan adalah seorang pemimpin yang zalim, tetapi semua tu dipandang sebelah mata sahaja sebab semua pengikutnya sangat percaya yang dia adalah seorang raja yang akan membebaskan orangnya dari segala penindasan. Tetapi, segala apa yang dia buat memberi impak yang sangat buruk terhadap semua pengikut dia.
Jadi, macam mana boleh seorang yang dikatakan sebagai hero dan merupakan pesuruh tuhan yang diturunkan dari syurga berlaku zalim dengan pengikutnya? Dia sanggup menggelar diri dia sebagai seorang Messiah semasa tempoh pimpinannya demi mendapatkan sokongan? Pengikutnya kena terima segala akibat daripada keputusan buruk ketuanya? Sangat tak patut ye guys.
Alasan sama yang digunakan oleh Israel pada masa kini!
Nak dijadikan cerita, apa yang Bar Kokhba buat adalah menggunakan agama sebagai alasan untuk menghalalkan sesuatu ataupun mewajarkan segala tindak-tanduk yang telah dilakukan olehnya. Perkara ni sama dengan apa yang Israel buat sebenarnya, mereka menggunakan alasan agama yang sebenarnya hanya political.
Kisah Bar Kokhba ni boleh dikatakan adalah konsep sama yang digunakan orang Yahudi untuk melahirkan negara mereka iaitu Israel. Itu semua kita boleh lihat dalam konteks Zionisme tu sendiri, mereka memasukkan naratif agama untuk mencapai matlamat mereka. Klik di sini kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana terciptanya Zionisme tu.
Tapi kalau korang tengok dalam negara ni, ada juga segelintir pihak yang suka menggunakan agama untuk justify segala tindakan dorang tu. Korang faham-faham lah siapa. Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kisah Bar Kokhba ni, dia merupakan ketua yang menggunakan kepercayaan pengikutnya untuk kepentingan diri sendiri je.
Last-last yang rugi siapa? Pengikut dia juga yang rugi, nyawa melayang macam tu je.
- 408Share sekarang!
- Email10
- Facebook398
- Share