- 114Share sekarang!
- Email1
- Facebook113
- Share
Animasi, ia bukan lagi sebuah cerita untuk kanak-kanak. Pada zaman sekarang ni, segala animasi yang disediakan adalah untuk tontonan orang yang lebih dewasa. Hal ini kerana, sesebuah animasi itu boleh mempunyai jalan cerita yang agak dalam berbanding dahulu (lebih direct) dan juga boleh memberi pengajaran yang baik.
Namun, selama ni industri animasi dimonopoli oleh production negara barat dan salah satunya adalah Disney. Sebut je Disney memang semua orang akan tahu kot sebab tu dikira childhood bagi kebanyakan orang, siapa je yang tak kenal kartun-kartun mereka seperti Mickey Mouse, Beauty and the Beast, Pinocchio dan banyak lagi. Tapi tu lah, hampir semua berasaskan cerita barat je.
Tapi kali ni, Disney mula mengorak langkah dengan mengeluarkan animasi berasaskan nusantara iaitu Raya and the Last Dragon. Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Raya yang mengembara bersama seekor naga bagi menyelamatkan keluarga mereka. Cerita ni juga memang kaya dengan budaya-budaya nusantara tau, lagi-lagi alam Melayu. Ini antara budaya nusantara yang ada dalam cerita tu.
1. Seni mencanting batik dan wayang kulit pada scene permulaan
Dalam cerita memang banyak kesenian nusantara ditonjolkan, namun ada dua yang paling dekat dengan alam Melayu. Yang pertama adalah Seni Batik, ia memang sudah tidak asing lagi dengan budaya nusantara sampaikan Malaysia dan Indonesia bergaduh untuk menentukan Seni Batik tu berasal dari mana. Instead of dorang just bagi karakter-karakter dalam tu memakai baju batik, animasi tu juga tunjuk seorang wanita sedang mencanting kain batik.
Kalau nak diikutkan, teknik mencanting ni antara yang paling lama untuk membuat kain batik. Jadi bila pembuat animasi Raya and the Last Dragon ni dapat menyelitkan elemen-elemen rare macam ni, ia agak mengagumkan. Untuk yang kedua pula, dalam animasi ini juga mereka telah meletakkan sekali elemen seni persembahan tradisional nusantara iaitu Wayang Kulit.
Siapa je yang tak kenal dengan wayang kulit kan, ia sangat popular di bahagian Pantai Timur Malaysia. Seni persembahan yang menggunakan patung dan lampu sebagai prop, semua tu digunakan untuk menceritakan kisah-kisah tentang Epik Mahabrata dan Ramayana. Tapi ada juga di mana Tok Dalang menggunakan idea mereka sendiri untuk mewujudkan kisah yang baharu.
2. Senjata Melayu, Keris Taming Sari yang digunakan semasa scene berlawan
Kalau kita nak kaitkan tentang senjata dan nusantara kan, confirm keris akan muncul dalam fikiran semua orang. Seperti kita semua tahu pada zaman dulu, keris merupakan antara senjata yang digunakan oleh pendekar-pendekar. Banyak juga kisah-kisah legenda tentang keris seperti Keris Taming Sari yang dikatakan mampu memberikan kekebalan kepada penggunanya.
Perkara sama juga yang ditunjukkan dalam animasi ni, ada satu scene tu seorang karakter sedang menggunakan senjata yang sangat serupa dengan keris. Walaupun dalam cerita tu dorang takde sebut pun apa nama senjata tu, tapi dari segi rupa memang pasti design senjata itu diinspirasikan daripada keris.
Dalam dunia persilatan, terdapat pelbagai jenis senjata yang dimainkan dan senjata tongkat merupakan salah satu daripadanya. Tongkat yang digunakan itu sebenarnya adalah kayu rotan, ia dipotong mengikut saiz yang custom mengikut pesilat itu sendiri supaya mobiliti semasa mengendalikan tongkat itu tidak terjejas.
3. Silat vs Muay Thai semasa scene dua watak utama bertempur!
Terdapat satu scene di mana Raya sedang bertempur dengan seorang lagi karakter, dia menunjukkan gerakkan ala-ala bunga Silat ketika itu manakala karakter lagi satu menunjukkan gaya berlawan Muay Thai. Agak mengejutkan juga bila dua-dua jenis pertahanan diri nusantara ni boleh ada dalam cerita Disney.
Sebab apa tau, jarang untuk kita lihat Silat dalam sesebuah filem luar Asia Tenggara. Walaupun dah banyak filem yang melibatkan Silat di Indonesia dan Malaysia, tapi tu semua pun cuma live action je. Jadi bila Disney menggunakan kedua-dua gaya seni pertahanan diri tu pada satu masa yang sama, ia meningkatkan lagi keterujaan bagi seseorang yang memang mengambil tahu tentang benda macam tu.
Seperti Silat, ia merupakan khazanah negara kita apabila ia diiktiraf oleh UNESCO. Sama juga seperti Muay Thai yang sudah pun berkembang luas di seluruh dunia, ia bukan sahaja dapat membanggakan ASEAN, malah ia juga dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang seni mempertahankan diri nusantara hingga ke seantero dunia.
Kalau untuk Muay Thai ni, memang ramai kenal dah disebabkan seorang The Living Legend Tony Jaa. Dia merupakan orang seni yang banyak memperkenalkan budaya Thailand dan sentiasa menggunakan Muay Thai dalam filem-filem yang dibintanginya. Kali ni pula, kita berpeluang untuk melihatnya (Muay Thai) di dalam filem animasi pula!
4. Tuk tuk?
Kalau yang ni dia agak berbeza sikit, dalam filem ni ada seekor haiwan peliharaan Raya yang telah diberi nama Tuk Tuk. Haiwan dia tu bukan je memainkan peranan sebagai karakter yang comel je, dia juga telah dijadikan sebagai pengangkutan yang membolehkan Raya travel di kawasan darat.
Yang menariknya, Tuk Tuk ni sebenarnya adalah nama bagi satu kenderaan yang unik di Thailand. Ia seakan-akan sebuah hibrid antara Van dan juga Lori (ada juga gabungan motor dan kereta), fungsi mereka juga adalah sama iaitu sebagai pengangkutan untuk manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun mereka hanya memasukkan nama sahaja, terang-terang ia memberi maksud sebenar kepada nama Tuk-Tuk (di Thailand) tu sendiri.
5. Menampi padi yang ditunjukkan pada scene pembukaan
Dalam cerita ni juga ada menunjukkan cara orang lama memproses padi menjadi beras, kalau zaman sekarang ni kita dah ada mesin-mesin semua tu tapi zaman dulu takde pun. Masa dulu-dulu orang guna teknologi tradisional (dah nama pun zaman dulu), dari situ lah terciptanya Nyiru. Ia merupakan sebuah alatan untuk mengasingkan beras dengan hama padi (sisa-sisa padi), atau orang kampung selalu panggil ‘menampi padi‘.
Nyiru ni pula banyak nama dan bentuknya, ada Nyiru Bulat, Nyiru Buluh, Nyiru Badang dan macam-macam lagi. Tapi semuanya mempunyai fungsi yang sama. Kira benda ni memang popular masa zaman-zaman teknologi tak berapa berkembang sangat, sebab kalau takde Nyiru ni, maknanya takkkan ada beras lah cerita dia.
6. Kisah legenda Sang Kelembai pun ada? (SPOILER ALERT)
Perkara paling penting dalam Raya and the Last Dragon ni adalah tentang unsur-unsur cerita rakyat (folklore), yang paling obviuos adalah tentang naga tu sendiri. Kisah tentang naga sangatlah popular di nusantara, terdapat pelbagai kisah legenda yang melibatkan naga diceritakan secara turun-temurun kepada semua orang.
Seperti di Malaysia, kisah seperti Naga Tasik Chini merupakan satu kisah legenda yang masih lagi diceritakan sampai sekarang. Malah di Indonesia pun ada kisah naga mereka sendiri seperti Naga Jawa yang dikatakan hidup semasa zaman kerajaan Majapahit. Disney juga telah meletakkan lagi satu elemen daripada kisah rakyat iaitu berkenaan Druun yang mampu menukarkan orang menjadi batu.
Druun ni boleh dikatakan berkait rapat dengan legenda Sang Kelembai, ia merupakan kisah mitos tentang satu entiti yang mempunyai kuasa untuk menukarkan manusia atau haiwan menjadi batu. Dikatakan tiada siapa pernah melihat bentuk sebenar Kelembai kerana sesiapa sahaja yang menjumpainya, dia akan bertukar menjadi batu!
Dengan semua elemen nusantara yang telah ditonjolkan Disney, ia merupakan satu batu loncatan yang sangat besar bagi ASEAN untuk teruskan perjuangan bagi mengembangkan segala budaya melalui animasi. Lagi-lagi Malaysia pun dah ada Upin-Ipin, mana tahu satu hari nanti ada collaboration ke kan. Jangan lupa tonton Raya and the Last Dragon di pawagam berdekatan untuk support budaya kita!
- 114Share sekarang!
- Email1
- Facebook113
- Share