Disebabkan anak ini, sampai sekarang famili dia dah tak bersalam time raya

Pejam celik pejam celik, wow, dah raya! Mesti sekarang ni ada antara korang yang tengah sibuk melayan tetamu dan menyediakan hidangan untuk tetamu datang beraya. Mungkin ada juga antara korang yang sekarang ni tengah berkumpul meluangkan masa bersama sanak saudara.

Bila tiba hari raya je, mesti ramai orang akan bermaaf-maafan kan? So kami ada tanya kawan-kawan kami yang berbangsa Cina dari Cilisos, sama ada dorang pun ada jugak ke budaya minta maaf didalam mana-mana perayaan dan ni jawapan dorang:

“Specifically takde. Masa Tahun Baru Cina pun kita ambik ang pow dan cakap terima kasih je”- kebanyakan Cilisos team

Kami tanya juga kawan kami yang berbangsa India, dan kawan kami ada bagitahu yang ianya dipraktikkan masa Deepavali.

“Selepas sembahyang je, kita akan minta maaf dan restu kepada ibu bapa, dan kemudian kita akan mengambil pakaian baru dari mereka”- Kanmani Jaikrisnan, eksekutif jualan & perkhidmatan

Kitorang kat Soscili ada berbincang dan berjaya listkan sembilan cerita syahdu, sedih, kelakar yang jadi masa kitorang minta maaf dengan keluarga masa raya daripada kitorang sendiri dan kawan-kawan kitorang. Harap korang terhibur!

1. Aku terpanggil mak aku setan – Iqbal

Ada satu pagi raya tu, aku terbangun sebab dengar bunyi bising kat luar bilik. Bila aku bangun dan tengok dekat luar, semua orang dah siap-siap pakai baju raya semua, aku sorang je tak mandi lagi.

Mak aku pun panggil la ajak bersalam dulu, mandi kemudian sebab semua orang dah ready. Aku kata aku nak mandi dulu, tapi mak aku paksa juga. Mak aku paksa-paksa lagi kata lepas salam tu boleh mandi. Tapi aku still insist nak mandi dulu.

Kitorang bertengkar pagi raya tu, lepas tu aku geram sangat, aku pun secara tak sengaja jerit ” AKU NAK MANDI LA SETANNNNNN”- masa pagi raya, depan semua keluarga dengan atuk aku sekali.

Bila kau tahu kau akan masuk neraka tapi kau try to act cool

Seharian mak tak bercakap dengan aku, malam tu baru la aku minta maaf. Anyways, aku baru darjah 2 je masa tu.

2. Existential crisis di pagi raya – Qayyum

Hello darkness, my old friend

Cerita ni jadi masa hari raya lepas, bila aku kena buang kerja kat satu badan berkanun ni, jadi memang aku rasa tak guna gila la. Jadi pagi raya tu, macam biasa lepas sembahyang raya kitaorang adik beradik pun beratur la nak mintak maaf. Sampai je turn aku, mula-mula standard la mintak maaf mintak halal makan minum semua. Lepas tu parents aku macam tunggu sesuatu je dari aku. Jadi mula la permohonan maaf yang paling epik di abad ni.

“Qayyum mintak maaf sebab dilahirkan… sebab berkongsi tanah yang Qayyum pijak ni dengan orang lain yang lebih berjaya dalam hidup… Mintak maaf sebab banyak habiskan duit membesarkan Qayyum tapi takde hasilnya… Mintak maaf sebab segalanya… Mintak maaf…”

Jadi semua orang macam terdiam kejap, janggal gitu. Kemudian raya sambung macam biasa, takde siapa sebut pasal permohonan maaf yang drama sangat tu.

Tapi sedar-sedar je, tahun depannya, bila aku bangun tidur je sesi bermaafan dah selesai. Erm.

3. Tak sengaja terlebih syahdu waktu minta maaf – MK Zainal

Raya pertama kitorang memang selalu spend dengan keluarga sendiri je, tak campur dengan sedara-mara lagi, so memang selesalah. Jadi tradisi bermaaf-maafan ni memang kitorang buat setiap tahun sekadar cukup syarat sebelum sambung tengok TV sambil makan lemang.

Tahun lepas macam biasalah, Kak Ngah (selalunya dia yang jenis terlebih semangat) pun panggil adik-beradik semua beratur untuk minta maaf dengan mak abah. Time dia melutut dekat mak, dia pun start menangis. Emo terlebih ah dia ni. Aku pun tunggu je la kat belakang dengan penuh cool, sambil-sambil fikir lawak apa nak bagi kat mak abah nanti. Tiba je turn aku:

“Mak… abang mintak maaf sebab tak dapat bagitau mak apa struggle Abang De selama ni… sebenarnya Abang De lah paling banyak mewarisi sifat-sifat mak… bukan je kecantikan mak tapi sifat sensitif mak sekali… maaf sangat-sangat mak….”

Dan tidak semena-mena, sebaldi air mata mengalir. Hilang cool. Mak pun tersenyum je, satu je dia balas, “Abang De baliklah selalu…”

Baiklah mak.

4. Terketar nak buat pengakuan pasal penipuan – Zahid

Beberapa bulan sebelum raya, aku pernah terlibat satu accident ni. Accident ni jadi sebab jatuh dari scooter besar member sampai lutut koyak. Tapi yang tahu, mak sahaja. Abah tak tahu sebab takut nak bagitahu.

Cumanya, yang abah tahu lutut aku koyak sebab aku jatuh skateboard. Kira aku tipulah beberapa bulan. Tapi aku bertekad nak bagitahu masa raya nanti. Bila tiba raya, memang nervous gila dari solat raya sampailah bila satu family kumpul untuk bersalam. Jadi aku anak bongsu kira last yang kena salam mak ayah. Masa tunggu berpeluh kot. Jadi bila tiba giliran aku, aku macam biasalah cakap,

“Minta maaf abah salah silap. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Minta maaf sebab menipu dulu, sebenarnya lutut koyak tu jatuh scooter”

Abah tepuk bahu dan cakap “Tak apa, Abah maafkan”

Nota penulis: Zahid ni memang jenis budak baik, nak marah pun tak sampai hati.

5. Jenis perangai mak cik yang suka bertepuk tampar – Zee

Keep your hands off me, mak cik!

Ni tak tahu la boleh dikategorikan sebagai syahdu kelas ke berapa, tapi kalau la korang pernah jumpa mak cik- mak cik jenis yang suka gosok-gosok badan atau tepuk masa raya sampai tahap macam daripada buat spotcheck kepada checking you out.

Bukannya kali pertama kena, tapi tahun lepas, aku bersalam dengan sorang mak cik yang buat-buat macam kenal dan rapat dengan aku. Sebelah tangan genggam tangan kita bersalam, sebelah lagi pula sibuk tepuk-tepuk badan aku, pegang, dan urut lengan aku yang pejal ni sampai la gosok-gosok belakang aku. Pastu aku rasa macam dah lebih sangat mak cik ni.

Apa aku buat ialah aku buat benda yang sama kat mak cik tu sampai aku tak sengaja terpegang bawah pinggang dia sekali. Tapi ok la, baru dia tahu perasaan orang bila dia buat macam tu. Baru dia tahu erti penyesalan!

6. Disebabkan nenek yang jaga sejak kecik, sayang nenek lebih! – Rozaimi Razak

Tak macam yang selalu dibuat orang, saya bila tibanya Hari Raya akan mintak maaf pada nenek. Sebabnya, banyak masa saya diluangkan bersama nenek. Yela, mak dan ayah selalunya sibuk bekerja. Tapi apa yang sedihnya adalah bila tiba je malam raya, nenek selalunya akan termenung kat tikar sejadah.

Sebabnya, dia terkenangkan adik-beradiknya yang semuanya dah pergi (meninggal dunia) kecuali dirinya. Walaupun tak nampak dia menangis, tapi saya tahu yang dia sedih. Jadinya, bila tiba hari raya anak-anak dan cucu-cucunya akan beratur nak mintak maaf, termasuklah saya.

Bila mintak maaf tu, mulalah mata nenek jadi merah. Bila sampai giliran saya salah seorang cucunya, nenek selalu cakap ‘belajar pandai-pandai’. Masa tu jugak lah dia akan cium pipi, mata dan dahi (haha).

Sekarang nenek dah pun berumur 80 tahun. Kalau dulu kudratnya kuat, sekarang dah tak lagi. Semoga nenek akan tetap sihat sejahtera dan dipanjangkan umur. Jasamu tetap akan dikenang.

7. Masih belajar dari kesilapan – Adi

Kisah ni jadi tahun lepas, masa salam dengan Ayah Su, adik bongsu mak masa raya. Masa tu dah grad tapi tak kerja lagi sebab satu, nak travel puas-puas dulu. Dan kedua, sebab susah sangat nak cari kerja zaman gawat macam ni.

Masa tengah bersalam tu, dia macam bagi hint la, sekarang ni dah kerja kan? Lepas tu aku dengan secara spontannya guna la ayat yang aku jumpa dalam Twitter,

“Masih belajar la” -sebab biasanya kalau cakap belajar mesti dapat duit raya.

“Belajar lagi ke?”, dia kehairanan mungkin sebab hari tu dia nampak gambar aku bergraduasi dalam Facebook.

“Ye, masih belajar dari kesilapan”, sambung aku sambil tersipu-sipu dan memintal-mintal jari sendiri

“Ok, belajar dari kesilapan dulu ye”, dia balas balik dan hulurkan duit raya kat sepupu aku yang lain

Sambil tersenyum sinis sebab dapat kenakan aku balik, dia pun hulurkan satu sampul duit raya yang memang confirm-confirm ada RM50 dalam tu. Hidup mesti play smart gaisss, play smart :B

8. Mak, saya dah bertaubat – Zulhilmi

Masa tu, masih  tengah belajar. Dan biasa la masa belajar ni macam-macam pengaruh boleh datang. Disebabkan aku ni banyak bergaul dengan rakan-rakan yang pelbagai latar belakang, jadinya adalah sikit-sikit pengaruh buruk tu masuk dalam diri ni.

Yang pertama adalah apabila aku mula terpengaruh dengan weed. Mula-mula tu aku bukan nak pun, tapi entahla (tak serius sangat). Lepas tu tentang minuman keras pulak. Ada satu tempat ni aku minum dan orang nampak. Orang tu pula rupanya ada kaitan sedara mara juga dengan aku. Maka, tersebarlah cerita bahawa anak si polan ni mabuk-mabuk kat KL.

Aku pun dengar perkara ni bila mak aku call dan tanya betul ke perkara tu. Aku masa tu tak tahu nak cakap apa, dan mula rasa bersalah.

“Mana mak dengar semua benda tu? Mak tak percaya anak mak ke?”

Jadinya perkara tu senyap. Sampaila tibanya hari raya. Bila sampai masa nak bermaaf-maafan tu, aku pun salam tangan mak aku dan buat pengakuan berani mati pasal cerita tu. Mak aku pun tanya,

“Hang buat lagi tak?”,  aku kata, “tak” (serius aku memang tak buat dah). Jadi mak pun senyap dan aku rasa dia maafkan.

Jadinya sekarang ni bila kau dah bekerja, dan bila ada majlis-majlis syarikat, mak aku akan hantar whatsapp, “Jangan mabuk”. Aaaaaah, sakitnya hati. Aku dah bertaubat.

9. Pak Haji hulur tangan nak salam, tak tahu nak sambut ke tak – Azida Azreen

Kejap pak haji, kejap

Kisah ni diceritakan oleh Azida yang merupakan seorang perempuan yang ada rupa paras macam lelaki, dan juga berperwatakan lelaki sejak kecil lagi.

Masa raya tahun lepas, ada la jiran-jiran datang raya dan salah seorangnya merupakan pak haji kat kawasan perumahan dia. Azida pun keluar dari bilik dan menjemput masuk para tetamu dia. Salah seorang daripada mereka adalah seorang pak haji.

Pak haji tu pun hulurkan tangan nak bersalam, membuatkan Azida serba salah. Tak tahu nak sambut ke tak, katanya.

“Nak sambut dosa, batal air sembahyang pak haji tu. Tak sambut pula, nanti orang tua kata biadap.”

Azida pun sambut la salam pak haji tu dengan penuh rasa serba salah. Dia bermonolog lagi dalam hati, “Nasib baik salam je, takde laga pipi”. Dan Azida pun berhuhu la masuk ke dapur.

Hampir sama, tapi bukan gambar Azida sebenar. Imej dari Twitter

Minta maaf ni tak payah la tunggu raya je

Hari raya ni dianggap sebagai hari kemenangan selepas satu bulan menahan lapar dan dahaga serta nafsu. Sebab tu la setiap umat Islam tak kira latar belakang amat dituntut meraikannya.

Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin.” – Riwayat al-Bukhari.

Jadi, pada korang para pembaca sekalian, raya mungkin cuma sekali je setahun, tapi itu tak bermakna yang korang kena minta maaf pada hari raya je. Banyak lagi masa lain yang korang boleh minta maaf sebabnya, kita tak tau apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Satu lagi, tak semestinya kita kena minta maaf pada yang orang yang lebih tua je, sebab belum tentu kita yang tua ni tak buat salah. Jadinya, bersempena dengan hari raya pada tahun ni, marilah kita berlapang dada dan bersederhana dalam menyambutnya.

Oleh itu kami dari pihak Soscili dan Cilisos ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!