Kenapa iklan Yasmin Ahmad dianggap mencabar stigma masyarakat Malaysia?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Apabila tiba hari raya ni, tak putus-putus orang membeza-bezakan iklan-iklan raya yang ada. Ada yang menarik dan unik dan tak lupa juga yang dianggap hambar. Tapi di Malaysia ni, tak kiralah iklan apa pun. Korang mesti tak boleh lupa iklan raya menyayat hati bawah ni.

Burung apa? Korang sambung. Imej dari Gumbira

Tak lupa juga iklan untuk korang yang berniat tak nak jaga ayah/abah waktu diorang sakit tu…

Geram betul dengan suami dia tu. Imej dari Gumbira

Tak kira la iklan apa pun, orang pertama yang akan terlintas di fikiran mestilah… Allahyarhamah Yasmin Ahmad.  Dan kitorang juga yakin seluruh rakyat Malaysia pernah membincangkan hasil kerja Yasmin- tak kiralah iklan atau filemnya, ia masih relevan untuk tatapan generasi akan datang,

Tapi, apa yang membuatkan hasil kerjanya sangat menarik untuk ditonton? Impaknya pada masyarakat dan panggung wayang sangat besar sehingga filem-filemnya dibincangkan di Parlimen, di seluruh kalangan ahli akademik, dalam talian dan oleh sesiapa, dan di mana saja. Walaupun banyak je benda baru yang datang, tapi entah kenapa nama Yasmin berdiri teguh dalam usaha kita mencari persamaan dan perpaduan.

Susah nak digambarkan dengan kata-kata, tapi kitorang cuba yang terbaik untuk menerangkannya dari segi ‘semantik’ dan ‘semiotika’, ‘mise-en-scène’, atau ‘sinematografi’ kat sini. Ni cuma apa yang kitorang rasa bila iklan Yasmin Ahmad muncul di TV. Pada kitorang, Yasmin akan sentiasa menjadi…

1. Satu peringatan tentang Malaysia yang pernah kita kenali

Screenshot dari iklan Merdeka Yasmin Ahmad, 2002

Kebanyakan iklan Yasmin Ahmad berkisarkan pemandangan nostalgia masa lalu. Ada yang memasak untuk raya di kampung, memancing atas jambatan kayu, membesar di ladang getah, naik beca, dan macam-macam lagi.

Ada sebuah iklan yang menunjukkan dua kanak-kanak perempuan di sekolah rendah untuk iklan Merdeka, berlatarbelakangkan tahun 1957. Siapa yang ingat membesar dengan kawan baik berlainan bangsa di sekolah-sekolah yang ditubuhkan mubaligh sebelum ianya ditukarkan kepada ‘Sekolah Kebangsaan’?

Ramai daripada kita masih boleh ingat yang kita pernah bersekolah di sekolah mubaligh/convent

Mungkin korang yang lahir tahun 90-an dan ke atas boleh kaitkan sebab itulah Malaysia sebelum perkembangan dan pemodenannya.

2. Dan Malaysia yang kita kenali pada hari ini

Paathi, atau nenek dalam iklan Deepavali Petronas

Walaupun kebanyakannya berdasarkan nostalgia, tapi ia sangat relevan dengan kita hari ni. Contohnya Deepavali yang dah diraikan di Malaysia selama beberapa dekad – dan secara tradisinya juga ikut adat istiadat India – tetapi iklan Yasmin jujur, dan tak menyembunyikan fakta yang pengaruh moden dan Barat telah menular ke dalam kehidupan kita.

Tetapi akhirnya, paathi (nenek) adalah orang yang akan sentiasa mengingatkan kita untuk tak melupakan asal-usul kita … dan nama-nama India korang yang panjang.

3. Bagaimana iklan-iklan ni sangat menyentuh perasaan, tapi takla cheesy sangat

Iklan ‘How do you spell ‘dinosaur’

Kadang-kadang, ada sesetengah iklan yang akan buatkan kita rasa ‘cheesy’, terutama sekali bila nak tunjukkan kemesraan budaya berbilang bangsa kita, ada Jalur Gemilang sebagai latar belakang, muzik yang sedih, matahari terbit dan terbenam.

Tapi, apa yang seronoknya, perasaan tu datang secara semulajadi tanpa perlu dipaksa-paksa. Kadang-kadang tu daripada perkara-perkara yang mudah macam sekolah rendah, takde skrip, interview budak-budak, dan kita boleh pelajari yang kanak-kanak tak dibahagikan dengan konsep bangsa!

Berdasarkan iklan ‘How do you spell ‘dinosaur’

Malah ia buatkan kita terfikir lepas tu- kenapa kita tak boleh jadi neutral macam kanak-kanak tu?

4. Dan mereka membangkitkan pelbagai emosi

Satu iklan, macam-macam emosi. Screenshot dari iklan raya 2006

Iklan Yasmin juga berjaya bermain dengan perasaan kita. Kalau sedih, takdela sedih je manjang. Kalau gembira pulak, takdelah gembira semata-mata. Ia berjaya membawa emosi berbeza dalam diri kita, kadang-kadang semuanya dalam satu iklan.

Contohnya iklan Raya 2006 di mana ada seorang datuk sakit dan perlu dijaga oleh anak perempuannya yang sebenarnya berat hati. Mula-mula kita boleh rasakan kesedihan, bila anak dan menantu dia sendiri asyik perli-perli dia. Kemudian, ada rasa kelakar bila datuk tu asyik kentut je, terutama sekali masa waktu makan yang akhirnya membuatkan dia diletakkan di luar :(

Tapi bila watak cucu tu secara tak langsung ‘menyedarkan’ cara layanan ibu bapa mereka yang melayan datuk tu, kita rasa puas hati. Tapi dalam masa yang sama sayu sebab ianya sangat menginsafkan, terutama sekali bila anak perempuannya terus berjumpa dengan ayahnya. Ia adalah satu iklan yang hebat, berjaya menggabungkan pelbagai emosi dalam satu video pendek.

Ada lagi…

Screenshot dari Iklan Sunat Petronas

Korang ingat tak iklan ni? Mesti ingat punyalah, sebab kat sini ada satu baris ayat yang agak ikonik:

“Aku sepak kang”

Kalau korang tak pernah tengok lagi, korang kena tengok sebab ia agak jujur, kelakar, menyentuh hati dan sedih pada masa yang sama.

5. Malah ia berjaya membuat kejutan!

Takde siapa yang boleh kata cerita-cerita Yasmin Ahmad ni dah boleh tahu ending bila sekali tengok. Ia penuh dengan plot twist dan kejutan.

Malah kalau dia nak gambarkan perpaduan kaum dalam Malaysia, dia tak perlu pun gunakan templat Melayu-Cina-India. Contohnya macam iklan perlumbaan perahu ini:

Iklan perpaduan Malaysia yang tak klise. Dari iklan Merdeka Petronas tahun 2000

Apa perpaduan tu? Kalau semata-mata perpaduan kaum, tu agak cliche sebenarnya. Jadi, apa yang penting? KERJASAMA! Sebab pada akhirnya, pasukan yang bersatu yang akan MENANG!

6. Iklannya juga sangat munasabah dan rasional

Screenshot dari iklan Petronas ‘Aspire’

Kalau nak diikutkan, banyak je iklan-iklan pasal orang mencapai impian mereka, tapi…ia tak terkesan di hati sebab kebanyakannya adalah lakonan semata-mata. Sampailah sebuah iklan Yasmin Ahmad yang menunjukkan orang-orang yang berjaya mencapai impian mereka ni adalah ORANG BIASA macam kita juga satu masa dulu.

Petronas ‘Aspire’ menunjukkan tokoh macam Dr. Mazlan Othman, Zakaria Zahari, Mother Mangalam dan beberapa lagi nama lain yang dahulunya nakal macam kita juga, tapi akhirnya berjaya mencapai kejayaan tersendiri. Jadi kalau mereka boleh, kenapa kita tidak? 

Malah, Yasmin Ahmad juga tak pernah menggambarkan sesuatu yang tak wujud, atau secara berlebih-lebihan. Cara dia mempersembahkan sesuatu idea adalah sangat realistik dan selalu membuka mata hati kita. Contohnya ada orang Cina yang miskin dan bekerja di ladang. Dia tak takut untuk menunjukkan kesusahan dan perjuangan rakyat Malaysia yang miskin digambarkan dalam iklan CNY 2005 ni:

Iklan Tahun Baru Cina 2005

Dan dalam iklan Yasmin Ahmad, dia menyedarkan kita tentang wujudnya anak yatim di luar sana. Jadi mereka sepatutnya menghargai keluarga selagi masih ada.

Budak cina, mak India? Iklan buta warna atau… oh, dia anak yatim :(

7. Memberi harapan dalam industri filem kita

Kalau sebelum ni kita bincang pasal iklan je, kali ni kitorang nak sentuh pasal filemnya yang sangat terkait dalam kehidupan seharian kita, dan bukannya filem-filem klise kahwin dengan orang kaya, ada rumah besar dan segala cerita tak masuk akal.

Dari filem Yasmin Ahmad, Sepet. Imej dari The Star

Tapi Yasmin Ahmad pula lain dari yang lain. Dia berjaya memecah stigma sosial pada pelbagai tahap, terutamanya bangsa dan agama. Walaupun tak dinafikan, ada yang tak selesa dengan pendekatan yang dilakukannya melalui filem Sepet, Gubra, malah filem Muallaf yang memaparkan perhubungan dan persahabatan antara kaum. Perkara ni sebenarnya wujud di Malaysia, tapi kita terlalu takut untuk membincangkannya, seolah-olah ianya terlampau taboo.

Yasmin mungkin dah meninggal tapi legasinya masih hidup sampai sekarang

Muzium penghormatan terhadap Yasmin Ahmad. Imej dari startsomegood.com

Tak tipulah yang kadang-kadang, kita harap dia masih hidup dan dapat berkongsi karya-karyanya dengan kita. Tapi, yang pergi takkan kembali. Sebab tu la sebuah muzium dibina, dan diasaskan oleh ibunya Mak Inom dan kakaknya, Datin Orked bagi memperingati karya seninya. Ia dipanggil Yasmin at Kong Heng, yang terletak di Ipoh. 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, David Lok kata Ipoh dipilih berdasarkan tempat kesukaan Yasmin Ahmad, dan kebanyakan penggambaran filemnya dilakukan di sana.

“Ia bukanlah sebuah muzium konvensional untuk ‘barangan si mati’ atau arkib dan plak kekal. Sebaliknya, Yasmin Di Kong Heng adalah sebuah ruang dengan kandungan yang diperbaharui setiap 6 bulan hingga 1 tahun.

Kerja sepanjang hayat Yasmin – sama ada dalam filem, puisi, fotografi, TV dan juga iklan cetak – akan dikongsi dalam ‘newseum’ yang memberi inspirasi dan idea kepada bakat baru. ” – Startsomegood.com

Gambar Yasmin Ahmad dari evanhwong.com.