7 kisah seram yang diceritakan pelajar masa menjalani latihan Khidmat Negara

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, TahanUni)

Rasanya semua orang pernah dengar cerita hantu, sampaikan ada yang takut nak terjaga tengah malam. Tapi, tak kurang juga yang memang suka dengar cerita hantu ni, lagi seram, lagi best! Kalau korang pernah pergi PLKN masa lepas SPM dulu, mestilah korang familiar dengan cerita hantu yang diberitahu pelatih PLKN, kan? Cerita tu pula selalunya mesti diturunkan dari seorang pelatih senior ke junior-junior yang lain, pasal pengalaman dorang, apa yang dorang nampak selama menetap kat kem tu.

Weih, amende tu? EH MAK KAU. Imej dari Tumblr.

Kalau nak diikutkan, ramai antara kitorang yang tak berpeluang untuk pergi program ni. Tapi, kitorang still nak tahu juga la cerita-cerita seram daripada kem latihan yang bertempat kat tengah-tengah hutan ni. Jadi kami interview beberapa kawan kitorang yang pernah pergi program Khidmat Negara ni.

1. Perempuan suka mengilai kat Kem Setia Ikhlas

Kalau hantu tu nampak macam ni, tak pasti la nak takut ke tak. Imej dari huffpost

Kalau ada antara korang daripada kem perkhemahan Setia Ikhlas di Semenyih, korang mungkin pernah dengar pasal cerita ni. Menurut sumber, kem tu sebenarnya adalah rumah kepada hantu wanita berambut panjang yang memakai pakaian putih, biasanya ‘muncul’ di tempat tertentu berhampiran tasik. Pelatih dan jurulatih yang  pernah bermalam kat ‘bilik sakit’ cerita, dorang pernah dengar suara wanita meratap dan menangis sekitar 2:00 pagi. Takde masa lain ke? Mesti 2.00 pagi tepat?

Malah, ada juga yang pernah nampak hantu ni merayau-rayau kat atas rumput tepi tasik, dan kadang-kadang tu  berhampiran tangga menuju kafeteria. Lepas tu pulak, mesti ada banyak kumpulan ikan mati dekat tempat hantu tu duduk. Bolehlah pelatih-pelatih Setia Ikhlas ni siang ikan sama-sama dengan dia :D

Tangkap banyak-banyak, pastu tak habis membazir. Rumah takde peti ke? Imej dari Phnom Penh Post.

2. Bunyi orang tempang jalan sekitar asrama pada pukul 3 pagi

Imej dari shutterstock

Ni pula kisah yang diceritakan oleh salah sorang kawan kami yang bila semua orang dah tidur, dia bangun tengah malam dengan kawan dia untuk berborak. Sebab tak nak ganggu orang lain, dua orang sekawan ni pun tariklah tilam dorang dekat tepi asrama dorang supaya tak bising sangat. Tapi tak lama lepas tu, dorang tiba-tiba je dengar suara tapak kaki kat luar bilik dorm. Langkah perlahan, tapi berselang dengan bunyi berat macam orang tempang berjalan.

Mulanya, dorang ingat itu cumalah bunyi salah seorang pelatih, tapi dorang mula sedar yang kalau ada orang kat luar, mesti ada bunyi pintu dibuka. Masa tu pulak dah pukul 3 pagi, siapa pulaklah yang jalan macam tu malam-malam ni? Pelik, dah gubra ni. Pastu dorang dengar yang  jejak langkah tu semakin dekat dengan dorang, iaitu sampai ke koridor lain di luar asrama – betul-betul di hadapan pintu dorang. 

Tiba-tiba, dorang dengar ada seseorang/sesuatu cuba untuk buka pintu dan masuk ke dalam bilik. Masa ni la dorang saling berbisik dan tahan nafas dan baca semua doa yang dorang tahu, supaya Tuhan lindungi dorang daripada benda buruk terjadi. Doa dorang termakbul sebab tak lama benda tu mencuba untuk buka pintu, dorang dengar bunyi berpatah balik, menuju ke arah mana dia datang tadi sebelum bunyi tu terus lenyap.

Jauh juga ‘orang tempang’ tu berjalan dari hujung bangunan, Imej dari TahanUni

3. Pelatih yang kena rasuk di Kem Bumimas

Cuba bayangkan, korang tengah lena pada malam buta, sedap dibuai mimpi dan tiba-tiba, dikejutkan dengan suara yang sangat kuat. Bila korang pusing je, suara tu sebenarnya datang dari sebelah korang je, dan ia adalah suara kawan korang yang tidur kat sebelah! Benda ni la yang jadi kat kawan Sabah kitorang, yang masa tu berkhidmat di tapak perkhemahan Bumimas di Sibu.

Bayangkan, korang bangun dalam keadaan ni. Imej dari dyapunyabelog.blogspot

Dia masih lagi terkejut bila kawan dia tu kemudiannya mula meracau benda-benda yang dia tak faham, diselang-selikan dengan bunyi jeritan. Jadi, ada 5-6 orang lelaki dalam bilik tu kemudiannya terus kepung dan cuba untuk pegang dia. Tapi, tenaga lelaki yang kena histeria tu terlampau kuat sampaikan semua orang pun tak boleh nak hentikan dia.

Tak lama lepas tu, ketua warden pun datang dengan tiga orang ustaz, dan dorang mula berdoa dan baca surah Yasin. Lama-kelamaan, budak yang kena histeria tu pun mula sedar perlahan-lahan, dan nampak sangat kepenatan.

Menakutkan betul ni kalau betul-betul ada kat sebelah. Imej dari neurocritic.blogspot

4. Perempuan yang terlampau obses dengan… kawad?

In case korang tak tahu macam mana baju seragam PLKN, Siap dengan beret lagi tu.

Ada juga kes lain di mana ceritanya bermula daripada latihan perbarisan di kem Setia Ikhlas. Dalam ramai-ramai pelatih tu, ada sorang perempuan ni yang tak boleh kawad dengan baik dan mula salahkan diri sendiri. Jadi, dia mula rasa rendah diri, dan menjauhkan diri dengan pelatih yang lain, untuk bercakap dengan diri sendiri kat belakang asrama, iaitu di mana tilam-tilam lebih disimpan.

Tak lama lepas tu, ada pelatih kem dengar yang dia bagitahu kawan sebilik dia yang dia jumpa dan bercakap dengan sorang perempuan dalam uniform yang dia jumpa kat hujung bilik asrama. Dia juga mula berkelakuan pelik dengan pelatih-pelatih yang lain, di mana dorang jumpa dia dalam bilik air sebelah kafeteria, tempat dia praktis berkawad. Orang lain semua rasa pelik sebab bilik air tu ada bau busuk yang teramat, dan sangat licin. Tapi, dia tak kisah pun duduk kat situ berjam-jam lamanya.

Nak dijadikan cerita, satu malam tu dia tiba-tiba je turun ke padang kawad yang terletak jauh gila daripada asrama perempuan. Bila orang lain tanya dia nak ke mana, dia cakap “KJ (short form untuk ketua jurulatih) suruh saya turun padang kawad sekarang”. Orang lain semua meremang sebab dah lewat malam.

Cuba teka, ni Gelimat ke Thriller Michael Jackson?

Lepas tu, bila pelatih perempuan yang lain cuba untuk ubah fikiran dia disebabkan faktor keselamatan, dia pun mula mengamuk. Empat orang pelatih perempuan menghalang pintu supaya dia tak boleh keluar, tapi pelatih yang sorang ni betul-betul lawan balik. Jurulatih kem kemudiannya diberitahu pasal kes ni, dan pelatih tu kemudiannya dibawa ke bilik sakit, di mana dia terpaksa bermalam di situ dengan alunan Yasin untuk menenangkan dia. Keesokan harinya, dia dibawa balik rumah, dan takde sesiapa pun tahu apa yang berlaku kat dia sampai sekarang.

5. Mandi tengah malam di Kem Sentosa Chenderiang di Tapah

Tak ramai antara kita yang suka mandi sejuk, terutama sekali tengah malam, macam sorang perempuan ni dari Kem Sentosa Chenderiang di Perak. Salah seorang pelatih mula berkelakuan pelik masa kat kem, sampai kadang-kadang tu berlari dalam hujan dan bercakap dengan diri sendiri. Pada mulanya, semua orang buat tak kisah sampailah satu hari ni, dia lari masuk dalam bilik mandi dan terus hempas pintu.

Lakon semula. Imej dari Laughing GIF.

Masa benda ni terjadi, ada la beberapa kawan dia yang concern dan check la apa yang jadi sebenarnya. Tapi bila buka je pintu, dorang jumpa dia dalam keadaan basah kuyup, tengah sikat rambut, pandang cermin tepat pada diri sendiri. Lepas tu, shower masih lagi berjalan macam biasa, menandakan yang dia baru je mandi sejuk sebab kat asrama takde heater.

Salah sorang daripada kawan dia kemudiannya tanyalah, dia ok ke tak. Tapi, takde respon. Disebabkan insiden tu, beberapa perempuan beragama Islam yang lain kemudiannya bawa dia jumpa Ustaz, dan Ustaz pun bagi minum. Bila ditanya apa yang dia rasa, dia kata dia rasa panas. Dalam kepercayaan Melayu lama, bila seseorang tu rasa panas lepas minum air yang dijampi, itu bermakna ada makhluk halus dalam badan seseorang.

Bilik air ni nampak 10x lagi seram kalau takde lampu. Grrr

6. Ada hantu ‘alim’ solat tengah malam

Sebab dia pun makhluk Tuhan juga. Imej dari Youtube

Berdasarkan satu lagi kisah tengah malam di mana Ika terjaga pada pukul 4 pagi, dan semua orang tengah tidur. Antara kawan-kawan kat dorm tu, dia la yang selalu bangun paling awal. Tapi pada pagi tu pula, ada orang yang bangun lagi awal daripada dia dan siap bertelekung tengah solat, dan kat depan dia tu ada satu cermin besar yang lama.

Ika pun pergi la kat perempuan tu dan cuba untuk berbual, tapi perempuan tu senyap je. Perempuan tu kemudiannya solat dan Ika pun tinggalkan dia. Masa makan malam, Ika pun tiba-tiba teringat untuk tanya kawan-kawan asrama dia, siapa yang solat pukul 4 pagi tadi. Tapi, takde sesiapa pun yang mengaku.

Pada satu malam lain pulak, kawan sebilik Ika, iaitu Nadia (juga bukan nama sebenar) bagitahu beberapa orang kawan dia yang ada nampak lembaga berbaju putih dan berambut panjang berdiri bersebelahan kawan dia, sebelum cuba untuk datang kepadanya masa semua orang tengah tidur. Bila dia nampak, dia terus tutup mata dan sambung tidur. Tak boleh bayang kalau dia pandang je makhluk tu.

“Dah tidur ke belum tu?”. Imej dari ieyra.com

7.  Bas seram di kem Bumimas (lagi)

Siang-siang ni takde la nampak seram sangat, kan? Imej dari guanomanikurai

Ada satu hari tu, semua orang dalam perjalanan balik ke asrama lepas perhimpunan pada sebelah malam. Lepas tu, ada beberapa nama pelatih lelaki dipanggil, dan kena tunggu kat dalam dewan sebab masalah disiplin, dan kena lecture la, apa lagi. Tak lama lepas tu, barulah dorang dipanggil balik ke asrama dorang dan tiba-tiba…

Ada sebuah bas yang diparkir berdekatan dengan pintu masuk utama tapak perkhemahan, dan ramai yang masuk dalam bas tu. Dorang nampak orang yang naik dalam bas tu semuanya berpakaian seragam lengkap, dan terlampau senyap. Dorang rasa sangat pelik, tapi malas nak tahu lebih lanjut sebab dah lewat malam, dan dorang semua pun dah mengantuk, Jadinya, esok tu bila dorang teringat, barulah diorang tanya jurulatih pasal apa yang dorang nampak semalam.

Muka dorang terus pucat bila jurulatih kata, takde sesiapa pun yang dibenarkan meninggalkan perkhemahan pada waktu malam, terutamanya tanpa izin. Tambahan pulak, jurulatih tu kata yang mana ada bas sampai atau keluar malam tadi, lagipun nak bawa orang ke mana dengan pakaian macam tu pada masa macam tu?

Agak-agaknyalah, ada benda ni tak dalam bas? Imej dari Harry Potter Wiki.

Walaupun bukan semua orang nampak, tak bermaksud benda tu tak wujud

Kita tak boleh kata apa yang dorang tengok ni cumalah khayalan dorang. Sebab dalam kitab  Al-Quran sendiri pun tak menafikan kewujudan makhluk dalam dunia lain, dan boleh menyerupai seseorang atau sesuatu.

Jadi kalau korang kat ‘tempat keras’ ke, jangan la celupar sebab makhluk halus ni memang pantang dicabar. Tak percaya, tengok je la cerita hantu mana-mana pun, semua orang acah berani sebelum kena sampuk.