- 519Share sekarang!
- Email5
- Facebook514
- Share
Bola sepak Malaysia bakal melalui zaman baru, setelah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), menang tanpa bertanding pada 25 Mach lepas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). TMJ pun akui yang cabaran untuk pulihkan bola sepak ni memang sangat tinggi…
Sebagai Presiden FAM, TMJ tentu ada strateginya yang sendiri untuk kembalikan bola sepak negara ke zaman gemilang macam dulu. Tapi, berapa banyak dari korang yang tahu tentang sejarah bola sepak kita dan jugak Presiden-presiden FAM sebelum ni?
Time FAM dimulakan, semua Presidennya adalah orang British
Sewaktu penubuhan FAM pada tahun 1933, Sir Andrew Caldecott merupakan Presiden pertamanya dan persatuan tersebut kekal dipimpin oleh Mat Salleh sehinggalah merdeka.
Tak banyak info yang kami boleh cari pasal presiden-presiden British ni. Tapi nak tau gak pesyen macam mana bola zaman British. So kami pun terus jumpa dengan pengkritik sukan dan professor sejarah yang femes, Prof. Emeritus Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim (Prof Khoo).
Mengikut kata Prof Khoo, walaupun presidennya bukan orang kita, tapi British tetap nak majukan sukan bola sepak. Buktinya, sekurang-kurangnya dua padang disediakan untuk setiap sekolah dan setiap bandar ataupun kampung.
“British ingin penduduk Malaya aktif dalam sukan yang mempunyai budaya lemah-lembut, supaya mereka kurang berpolitik dalam menjatuhkan pihak British. Sebab itulah padang disediakan di peringkat sekolah lagi dan guru diberikan peranan penting untuk merangsang minat pelajar.” – Prof Khoo Kay Khim, dalam temubual bersama SOSCILI.
Time sebelum merdeka, dah ada kelab bola sepak tapi ikut kaum. Orang Eropah bermain untuk Kelab Selangor, orang Melayu bermain untuk Kelab Sultan Sulaiman, orang Cina bermain untuk United Chinese dan orang India bermain untuk Tamil Union.
Sikap pecah belah ikut kaum ni berakhir pada tahun 1951 apabila persatuan tersebut telah dipimpin oleh orang Malaysia sendiri, dan presiden tempatan yang pertama adalah…
1. Bapa Kemerdekaan kita juga adalah Bapa Bola Sepak negara
Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman adalah juga Bapa Bola Sepak Malaysia di mana antara tindakan pertama dia sebagai pertama sebagai Presiden FAM adalah menjadi founding members untuk Asian Football Confederation (AFC) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1956.
Kemudian dia dilantik pulak menjadi Presiden AFC yang pertama pada tahun 1958 dan memegang jawatan tersebut sampai 1976. Dua tahun selepas penubuhan AFC, Tunku berjaya masukkan negara kita ke Federation Internationale de Football Associatian atau lebih dikenali sebagai FIFA.
Kalau Stadium Merdeka femes dengan laungan kemerdekaan Tunku, korang kena tahu yang antara sebab stadium ni dibuat pun sebab cinta Tunku terhadap bola sepak. Dan stadium ini jugaklah yang digunakan untuk menganjurkan Pesta Bola Merdeka pada tahun yang sama kita merdeka! Ia disertai oleh tujuh negara Asia iaitu Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Singapura, Burma, Siam dan Kemboja. Hasil event ini FAM berjaya meraih sebanyak 140 000 Malayan Dollar (time tu kita tak pakai ringgit lagi), ataupun sebanyak lebih kurang 1.2 juta ringgit pada masa sekarang. Banyak tu beb!
Walaupun tak menang pada edisi pertama, Malaya bolot Pesta Bola Merdeka pada tahun 1958, 1959 dan 1960. Ketika ini, pasukan Malaya digeruni ramai.
Pada tahun 1959, Tunku melahirkan Kejohanan Piala Belia Asia untuk pemain bawah 18 tahun. Hadiah tempat pertama pula adalah Piala Rahman (sempena Tunku sendiri) yang bersalut emas. Ini pencapaian pasukan negara sepanjang zaman Tunku:
- Tempat ketiga di Sukan Asia di Jakarta (1962)
- Layakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman (1972)
- Juara Pestabola Merdeka (1973 dan 1974) t
- Tempat ketiga di Sukan Asia di Tehran, Iran (1974).
Siapa pulak yamg ambil alih lepas Tunku? Dan macam mana pulak perjalanan bola sepak kita lepas tu?
2. Keluarga pertama yang hampir ada dua Presiden dalam FAM
Tun Abdul Razak adalah presiden FAM yang kedua, tapi seperti yang kita tau beliau menghidap penyakit leukimia sejak tahun 1969 lagi. So maksudnya, dia masih teruskan niat jadi Presiden FAM walaupun tengah sakit serius time tuh. Walaubagaimanapun, Malaysia berjaya menjadi juara Pestabola Merdeka 1976 (menewaskan Jepun 2-0!) dan layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun yang sama sebelum Tun Abdul Razak meninggal dunia.
Yang menariknya, beberapa dekad kemudian, pada bulan Oktober 2016, Datuk Seri Najib dicadangkan untuk menjadi Presiden FAM oleh bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Tapi Prof Khoo Kay Kim tolak bulat-bulat cadangan ni sebab baginya Presiden FAM kena ada pengalaman sukan.
“Tunku Abdul Rahman bukan dipilih menjadi presiden FAM kerana beliau Perdana Menteri, tetapi kerana berpengalaman dalam sukan bola sepak. Malah beliau mewakili universiti, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang tidak ada pengalaman dalam bola sepak, bagaimana beliau hendak bangunkan mutu bola sepak negara.” – Prof Khoo Kay Kim, dalam temubual bersama Free Malaysia Today.
Berbalik kepada Tun Razak, dia hanya memimpin FAM setahun saja…
3. Presiden FAM yang telah menjadi perintis kepada sains sukan kat Malaysia
Selepas Tun Razak, jawatan presiden FAM diambil alih oleh adik iparnya yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Di bawah kepimpinanya, bola sepak Malaysia telah maju dan banyak idea moden yang digunapakai.
Tan Sri Hamzah pegang jawatan ni dari 1976 hingga 1984. Selain tu, dia ambik alih jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada tahun yang sama jugak dari Tun Razak dan kekal sehingga 1998. Dua tahun kemudian, dia berjaya pegang jawatan Presiden AFC sampai 1994. Dan dari 1982 sampai 1990, dia menjadi Naib Presiden FIFA dan ahli kehormat dalam jawatankuasa eksekutif untuk seumur hidup pulak!
“Beliau bukan hanya cekap dalam urusan pentadbiran sebaliknya juga cekap dalam memilih orang bawahan bagi membantunya untuk mentadbir. Saya kagum dengan kebolehan dan peribadi beliau yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata,” – Prof Khoo Kay Khim dalam temubual bersama Sinar Harian.
Time Tan Sri Hamzah jugak lah, lahirnya lagenda bola Malaysia, Mokhtar Dahari (Supermokh) yang jadi ayam tambatan pasukan Selangor dan pasukan kebangsaan.
Walaupun atas padang semuanya ok, tapi luar padang lain ceritanya. Hubungan Tan Sri Hamzah dan Mokhtar Dahari tak indah khabar dari rupa. Mereka berdua pernah bergaduh sebab Tan Sri Hamzah tak setuju Supermokh ada kolum dia sendiri dalam surat khabar. Tan Sri Hamzah berkata ia menyalahi undang-undang FIFA.
“Apa sebabnya pemain bola sepak tidak boleh menulis cerita dan perkara yang menjadi kemahiran mereka iaitu bola sepak? Saya sendiri ketika di bangku sekolah sangat teruja membaca apa saja berita berkaitan personaliti bola sepak. Jadi tolong jangan nafikan hak saya dan semua peminat bola sepak dari mendengar dan membaca sendiri pandangan pemain kesukaan kami.” – Supermokh, dalam temubual bersama New Straits Times.
Berbalik kepada Tan Sri Hamzah, menurut jaguh pelari negara yang jugak bekas Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr M. Jegathesan bagitau yang Tan Sri Hamzah lah yang jadi pioneer sains sukan di Malaysia ni.
Di bawah kepimpinan Tan Sri Hamzah jugalah Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rusia pada tahun 1980. Tapi sayangnya, disebabkan time tu kita tengah boikot Kesatuan Soviet yang tengah berperang dengan Afghanistan, kita tak jadi pergi. Korang boleh saksikan kisah ni kat dalam cerita Ola Bola.
Tu lah cerita Tan Sri Hamzah. Lepas ni, kami cerita pasal Presiden FAM yang pegang tampuk untuk tempoh paling lama sekali…
4. Tiga dekad di bawah kepimpinan Sultan Pahang
Kalau Tunku Abdul Rahman bermain di peringkat negeri, Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (Sultan Ahmad Shah) pulak pernah mewakili pasukan bola sepak Pahang dalam pertandingan Piala Malaya pada tahun 1950-an.
Pada tahun 1984, dia dipilih sebulat suara sebagai Presiden FAM. Setelah menjadi Presiden, FAM berubah dari bangunan kecik di Jalan Birch (sekarang Jalan Maharajalela) ke kompleks di Kelana Jaya sampai sekarang.
Time ni jugak, FAM berganding bahu dengan Majlis Sukan Negara dan jugak Kementerian Pelajaran Sukan untuk cari bakat muda. Antara inisiatif adalah macam Pertandingan Liga Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM/ FAM bawah 17 tahun.
Di bawah kepimpinan Sultan Ahmad Shah, FAM telah menjayakan Kejohanan Bola Sepak Belia Dunia ataupun ‘FIFA World Youth Championship’, walaupun kita sebagai tuan rumah tak menang satu perlawanan pun di kandang sendiri.
Selain dari rancangan di peringkat belia, ada jugak usaha untuk tingkatkan mutu liga kita sendiri. Sebab tu lah, pada tahun 1989, liga Malaysia berubah status menjadi semi professional dan akhirnya professional beberapa tahun kemudian.
Tapi sepanjang 30 tahun di bawah Sultan Ahmad Shah, ada satu isu yang sering menjadi bahan bualan orang ramai, iaitu Artikel 88 di mana ia hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha FAM mengeluarkan kenyataan media tentang FAM dan bola sepak Malaysia.
Antara ‘mangsa’ peraturan ni adalah Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sendiri (ataupun lebih dikenali sebagai TMJ), Annuar Musa dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Selain itu, bekas jurulatih kebangsaan, K Rajagopal pun kena tempias sebab dia bagi statement yang kemasukan pemain importlah yang buatkan Malaysian ketandusan penyerang. Akhirnya pada tahun 2013, FAM telah bersetuju untuk pinda Artikel 88.
Pada bulan May 2014, setelah beberapa dekad menjadi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pun buat keputusan untuk tak bertanding lagi dalam jawatan Presiden FAM sebab faktor usia.
5. Presiden yang mengubah nama Harimau Malaya menjadi Harimau Malaysia
Dalam pemilihan Presiden FAM tahun 2014, anakanda Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah telah menang ke atas Tunku Mahkota Johor, (TMJ) untuk jawatan Presiden FAM. Tapi Tengku Abdullah tetap lantik TMJ sebagai penasihat FAM pada Oktober 2014.
Antara perubahan yang Tengku buat adalah dengan mengubah nama dari Harimau Malaya ke Harimau Malaysia sebab tak nak meminggirkan orang Sabah dan Sarawak.
Tapi akhirnya partnership antara Presiden dan Penasihat FAM macam dah tak ngam bila TMJ letak jawatan sebab rasa FAM ni organisasi yang tak adil dan tak professional.
“Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bola sepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.” – TMJ, dalam kenyataannya di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Dan kenyataan dari TMJ telah dibalas oleh Tengku Abdullah:
“Keputusan Tunku Ismail menarik diri kita perlu hormati. Kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan nasihat daripada semua pihak. Kita sudah mansuh Artikel 88, kita mahu lebih terbuka. Tapi jangan hanya cari salah FAM, kasihan FAM. Kita bekerja atas dasar sukarela, kalau boleh kita semua mahu bersatu.” – Tengku Abdullah, dalam laporan di Harian Metro.
Selepas TMJ resign, empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) tiba-tiba bersara dari pasukan kebangsaan. TMJ bidas FAM dan Tengku sendiri. FAM pulak nafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Akhirnya selepas beberapa isu besar termasuk jugalah kekalahan 10-0 Malaysia dengan UAE, isu rasuah, dan macam-macam lagi telah mempercepatkan perletakan jawatan Tengku Abdullah sebagai Presiden FAM sekitar pertengahan 2016. Tapi Exco FAM tak terima surat perletakan jawatan rasmi Tengku tu. Apa yang dibuat oleh FAM adalah mempercepatkan pemilihan Presiden FAM pada tahun 2017 (cepat setahun).
Sampailah kita kepada cerita yang tengah hangat sekarang nih, iaitu…
Kini Tunku Mahkota Johor (TMJ), Presiden FAM untuk penggal 2017-2021
TMJ dipilih untuk bertanding lepas dapat perkenan ayahnya yang jugak Sultan Johor. Dari segi pengalaman TMJ, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di bawahnya memang gempak sebab menang liga pada tahun 2014, 2015 dan 2016 selain dari jadi champion Piala AFC tahun 2015.
Sebab track record TMJ ni lah yang sebabkan banyak wakil beri sokongan kepada TMJ semasa pertandingan berlangsung. Sebelum dapat tahu Tan Sri Annuar Musa tarik diri, TMJ rajin turun padang berkempen sambil keluarkan manifestonya sendiri. Antara janji TMJ adalah:
a) pump lebih banyak duit kepada persatuan bola sepak tempatan.
b) suggest company bernama Sportradar untuk pantau betting pattern dalam liga. Cadangan ni pernah ditolak FAM sebelum ni.
c) Asingkan badan pengadil dari FAM.
d) Ambik coach luar negara.
“Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain.” – TMJ, dalam kenyataannya di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Malangnya, bekas jurulatih JDT, Mario Gomez, menolak tawaran FAM sebab nakkan gaji lebih tinggi. TMJ pulak tak dapat penuhi tawaran tu sebab defisit FAM sekarang ni adalah sebanyak RM 40 juta! Sebab masalah kewangan ni lah, TMJ plan nak cari sponsor untuk tahun ni dan tahun depan.
Cukup ke penggal ni untuk presiden FAM sekarang buat perubahan?
Memang ia satu tempoh yang singkat, tapi pemimpin yang efektif tak perlu tempoh lama sangat untuk bawa revolusi. Selain dari kejayaan di atas padang, tanda aras lain untuk mengukur impak TMJ adalah dengan kita melihat sendiri betapa terbukanya TMJ dengan media, pemain, orang awam dan ahli FAM sendiri.
Kalau peminat-peminat bola sepak tanah air nampak kesungguhan dan keberkesanan TMJ, empat tahun sudah memadai untuk TMJ dapat sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Yang pastinya, pasukan bola sepak sekarang akan terus melalui era transformasi di bawah kepimpinan yang baru. Sama-sama kita support visi TMJ untuk Malaysia akhirnya layak ke Piala Dunia 2026 ok?
- 519Share sekarang!
- Email5
- Facebook514
- Share