4 perbalahan diplomatik Malaysia dengan negara lain, nasib baik tak perang besar!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Dalam masa satu minggu ni je, ada pelbagai cerita politik pasal pendakwaan baru terhadap Najib, PRK kat PD, dan beberapa ahli UMNO yang meninggalkan parti. Dan disebabkan pelbagai cerita politik tu, korang mungkin terlepas kisah pasal Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Saifuddin Abdullah yang kena bash disebabkan tweet dia yang agak kontroversial tu (tapi dia dah padam)

Imej dari twitter

Dah nama pun Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, mestilah kena lawat beberapa negara luar. Tapi nampaknya tweet dia yang mengatakan dia tak suka dua buah negara yang dilawatinya – satu sebab agama, dan satu lagi sebab hal negara tu memakan diri. Tapi, dia takde la bagitahu secara spesifik negara mana yang dia tak suka tu.

Saifuddin Abdullah. Imej dari Roketkini

Korang pun mungkin faham kenapa tweet tu kontroversial. Nak nak pula dah berapa orang komplen pasal perkara tu – ini termasuklah dari pembangkang, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengatakan Saifuddin sebagai Menteri Luar Negeri, dan sebagai diplomat utama negara, tak seharusnya berkelakuan macam tu. Aduh. Perang tweet berterusan di Twitter, dengan semakin ramai yang mengkritik tweet Saifuddin. Saifuddin dalam masa yang sama komplen balik dengan buat aduan yang ahli-ahli UMNO mengejek dan bukannya bagi kritikan yang membina.

Ha, baru tahu!

Negara-negara lain pun takde pula bising pasal komen Saifuddin ni (nasib baikla). Tapi perkara ni membuatkan kitorang terfikir: Pernah tak kita buat negara lain bengang sampai kecoh satu dunia? Dan berapa kali kita pernah terlibat dalam perbalahan politik sampai membawa kepada hubungan buruk dengan negara lain?

Dan kita patut mula dengan tragedi yang terbaru, kalau korang ingat…

1. Bila Malaysia jadi tempat pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara

Ok la, kalau nak diikutkan, bukan salah kita pun sebenarnya. In case korang tak ingat, kitorang recap sikit. Pada 13 Februari 2017, Kim Jong Nam – abang tiri kepada Kim Jong Un telah diserang oleh dua orang wanita dengan ejen saraf VX, senjata kimia terlarang, di KLIA. Dia kemudian mati akibat serangan itu.

Kim Jong Nam di sebelah kiri, dan Pemimpin Supreme ™, Kim Jong Un di sebelah kanan. Imej dari Masa
Kitorang tak nak cakap pasal percubaan kedua-dua perempuan tu. Sebaliknya, kita lihat bagaimana insiden ni menjejaskan hubungan antarabangsa kita dengan Korea Utara.

Sebelum serangan tu, Malaysia dikenali sebagai salah satu dari beberapa negara yang mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara. Malah, beberapa hari sebelum pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA, Korea Utara dan Malaysia menandatangani memorandum persefahaman yang sepatutnya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dari segi isu-isu budaya dan seni. Kita juga sepatutnya meningkatkan jumlah perdagangan yang dilakukan di antara kita juga di atas visa (dahulu) kemasukan percuma ke Korea Utara untuk rakyat Malaysia.

Tapi selepas serangan tu, hubungan kita nampaknya kurang baik. Sebabnya, Korea Utara nak badan Kim balik, tapi kita tolak. Duta mereka kemudian kata yang kita berpihak kepada musuh mereka mengenai masalah ni, dan kita dah melanggar hak asasi manusia dengan melakukan bedah siasat terhadap Kim. Kedua-dua negara kemudian memanggil semula duta-duta mereka, diikuti oleh Korea Utara yang melarang rakyat Malaysia di sana dari meninggalkan negara tu, dan Malaysia pun melakukan perkara yang sama kepada Korea Utara di sini.

YOU THLEATEN ME I THLEATEN U

Lepas perbalahan kita dengan Korea Utara tu, nasib baik la kita berjaya dapatkan balik rakyat Malaysia yang ditahan di sana, dan mayat Kim juga kita pulangkan balik kepada Korea Utara. Nampaknya dengan perubahan kerajaan baru ni, Tun Mahathir nampaknya nak perbaiki hubungan kita dengan Korea Utara. Malah, mungkin kita akan buka balik kedutaan di sana yang dah ditinggalkan sejak April tahun lepas. 

2. Bila diplomat Malaysia ditangkap mengendap di luar rumah seseorang

Mohammed Rizalman bin Ismail adalah seorang diplomat yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand ketika ditangkap pada 9 Mei 2014. Dia didapati telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun ke rumahnya dan nampaknya cuba merogolnya.

Berikutan penangkapannya, Rizalman berjaya melarikan diri dari New Zealand walaupun terdapat tuduhan terhadapnya, dan dia menuntut imuniti diplomatik. Walau bagaimanapun, berita penangkapan Rizalman diwar-warkan  pada bulan Julai 2014 dan dia akhirnya dihantar kembali ke New Zealand untuk menghadapi perbicaraan, dan di sinilah ia menjadi lebih memalukan bagi Malaysia.

Muhammed Rizalman. Imej dari Otago Daily Times

Berikut adalah ringkasan mengenai butiran yang telah di umumkan semasa perbicaraan Rizalman:

  • Dia berak di halaman rumah mangsa – dia mendakwa ia adalah kecemasan, tetapi pendakwa berpendapat yang ia adalah sejenis ritual sihir untuk menceritakan mantra cinta kepada mangsa.
  • Dia ditemui di rumah mangsa separa telanjang – dari pinggang ke bawah, tapi dia kata dia tak mempunyai motif seksual – dia cuma mahu membersihkan dirinya lepas ‘berak kecemasan’.
  • Dia kata dia dijemput ke rumah mangsa, tapi ditendang keluar sebab dia makan semua makanan di rumah mangsa.
  • Dia kemudian menukar kisahnya, dengan mengatakan dia hanya mahu menjadi kawan dengan mangsa.
  • Dia juga mengakui mempercayai sihir, dan menggunakan dadah (legal highs) dan pergi ke  kelab untuk ‘muzik’.

Pelik, kan? Dan dia bukan je dah buat perkara yang teruk sendirian, tapi dalam masa yang sama merosakkan nama para pegawai dari kedua-dua negara. Sepatutnya, dia tak boleh melarikan diri dari New Zealand sebab kerajaan NZ dah bagitahu Malaysia untuk membatalkan kekebalan diplomatiknya.

Tapi tak tahulah macam mana mesej tu tak diterima dengan betul, dan Malaysia fikir Rizalman sepatutnya pulang ke Malaysia. Tapi lepas tu, dia akhirnya menjalani tahanan selama sembilan bulan di Wellington sebelum pulang ke Malaysia.

3. Bila kita bagi hukuman gantung kepada dua rakyat Australia (dan ada filem mengenainya)

Pada 9 November 1983, dua rakyat Australia – Kevin Barlow dan Geoffrey Chambers ditahan di Lapangan Terbang Pulau Pinang atas kesalahan menyeludup 179 gram heroin.  In case korang tak tahu, pengedaran dadah adalah satu jenayah yang serius di Malaysia, dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menyatakan bahawa sesiapa yang didapati dengan sekurang-kurangnya 15g heroin akan dihukum gantung.

Barlow (kiri) dan Geoffrey (kanan). Imej dari abc.net

Bagi kes ni, korang jangan tak tahu pula yang antara salah seorang peguam Malaysia yang terlibat dalam kes ni adalah mendiang Karpal Singh, yang mewakili Kevin BarlowManakala peguam Chambers pula adalah Rasiah Rajasingham. Tapi dia tak berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua mereka, dan mereka akhirnya dihukum gantung.

Media di Australia turut melaporkan perkara ni, sementara pemimpin-pemimpin terkemuka seperti PM Australia Bob Hawke dan pemimpin Australia Barat, Brian Burke membuat rayuan kepada Malaysia.

Kalau korang tak tahu bentuk video tape tu macam mana, mungkin korang ni muda sangat. Imej dari picclick

Mahathir bagaimanapun tak mengendahkannya, dan apabila diberitahu tiada siapa pun ada hak untuk mengambil nyawa manusia yang lain. Dan Mahathir jawab, “Itu apa yang sepatutnya anda katakan kepada pengedar dadah!”. Perkara ni menyebabkan bermulanya era tegang antara Malaysia dan Australia, di mana Australia kecewa dengan keputusan Malaysia untuk meneruskan pelaksanaannya. Malaysia pula tak senang dengan Bob Hawke yang panggil Malaysia orang gasar. 

Disebabkan pelaksanaan tu juga, sebuah filem bertajuk ‘Dadah is Death’ yang menggambarkan kejadian tu dilakonkan di Malaysia. Percaya atau tak, ia dilakonkan oleh Hugo Weaving dan Sarah Jessica Parker. Korang boleh baca pasal kes tu kat sini.

Klik untuk baca.

4. Bila tertubuhnya Malaysia, dan presiden Indonesia bengang dengan kita

Kalau korang perasan, kesemua perbalahan diplomatik kita ni takde la sampai melibatkan peperangan besar dengan negara lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 60-an, ia hampir terjadi masa era Konfrontasi dengan Indonesia.

Apabila Tunku Abdul Rahman menyatukan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura (untuk sementara waktu), Presiden Indonesia Soekarno tak gembira sama sekali. Dia mengutuk pembentukan Malaysia dan terdapat protes dari kedua-dua belah pihak. Soekarno kemudian menyeru orang Indonesia untuk ‘ganyang Malaysia’ atau menghancurkan Malaysia.

Ganyaaaaaaangggg! Imej dari Soscili

Disebabkan takde pengisytiharan peperangan secara formal dari kedua-dua buah negara, jadi kita sebenarnya tak berperang pun. Tapi ada la beberapa serangan ke atas Malaysia oleh Indonesia pada tahun 60an. Malaysia bagaimanapun mempunyai beberapa ‘kawan’ yang cukup berkuasa di Britain, Australia dan New Zealand, yang membantu melawan serangan gerila Indonesia. Akhirnya, apabila Suharto ambik tampuk pimpinan selepas Soekarno, hubungan kita dan Indonesia jadi lebih baik – untuk sementara waktu.

Dan tahun-tahun selepasnya, hubungan antara Malaysia dan Indonesia ni jadi macam love-hate relationship juga la. Ini termasuklah apabila kita tegas dengan kawasan laut kita, dan juga masa iklan Discovery Channel secara tak sengaja memaparkan budaya Indonesia tapi mempromosikan Malaysia.

Klik untuk baca

Malah banyak lagi isu lain bila Indonesia kuat claim, banyak benda diorang punya, Tak kurang juga dengan beberapa masalah lain macam kedutaan Malaysia di Jakarta dibaling tahi. Korang boleh baca lebih lanjut kat sini. 

Tapi apa-apa pun, kita patut tahu yang…

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Antara kita sendiri pun banyak je perbezaan pendapat. Malah sampai ada je yang eksploitasi perbezaan ni untuk tujuan memecah belahkan kita. Tapi, mungkin kita sepatutnya tengok perbezaan yang ada ni sebagai satu perkara yang baik?

Malah sebenarnya Malaysia dah banyak kali dijadikan contoh – apabila orang luar cuba untuk memetik contoh masyarakat multi-budaya dan majmuk yang berjaya. Ahli ekonomi yang memenangi Hadiah Nobel, Joseph Stiglitz sebagai contoh pernah sebut sesuatu menarik pasal Malaysia,

“Malaysia mempunyai banyak pengajaran kepada dunia, baik mengenai ekonomi, dan tentang bagaimana membina masyarakat berbilang bangsa, berbilang etnik, multi budaya yang bertenaga.”

Jadi kalau orang luar boleh nampak apa yang baik di Malaysia ni, kita juga perlu memperbaiki hubungan kita dengan negara-negara lain.