5 fakta kelakar mengenai Faizal Azumu

*Artikel ini pernah diterbitkan pada 12 Julai 2021*

Pada petang semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita mengenai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik menjadi Penasihat Khas PM bertaraf menteri. Hal ini berlaku selepas Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai perlantikan beliau.

Kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri. Imej dari BERNAMA.

Okay, kita letak tepi dulu pasal perlantikan beliau sebagai Penasihat Khas PM ni. Nak tahu kenapa kami nak letak tepi? Sebab kami nak cerita sikit beberapa fakta mengenai Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau nama manja beliau, Peja.

1. Gambar candid dijadikan sebagai potret rasmi

Korang masih ingat dengan potret ni? Imej dari Harakat Daily.

Korang masih ingat lagi tak dengan potret Datuk Faizal Azumu ni? Kepada yang tak tahu lagi, meh kami explain. Baiklah, tiga tahun lepas, ada satu gambar candid beliau di dalam potret rasmi telah viral di seluruh Malaysia. Gambar itu telah dijadikan sebagai bahan jenaka atau meme di media sosial.

Akan tetapi, gambar itu sebenarnya palsu dan disunting oleh netizen daripada gambar asal. Perkara ini telah dibuktikan oleh jurufoto yang mengambil gambar Datuk Faizal Azumu sendiri.

Ini apa yang dikatakan oleh jurufoto itu:

“Salam Tuan,

Saya adalah Jurufoto di bawah Jabatan Penerangan Malaysia yang telah ditugaskan mengambil gambar Potret Menten Besar Perak YB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

Untuk pengetahuan tuan Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia telah ditugaskan untuk mengabadikan Potret Rasmi Menteri-Menteri Besar & Exco-Exco Kerajaan Negeri di seluruh negara.

Untuk makluman tuan, Gambar Potret yang telah diviralkan adalah telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu bukan daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia.

Justeru itu, untuk pencerahan di sini saya ingin memaklumkan bahawa Potret Rasmi Asal yang telah diambil oleh saya sendiri selaku Jurufoto Jabatan Penerangan adalah seperti di dalam gambar tersebut (Baju Merah).

Semoga dengan pencerahan ini, isu ini tidak diviralkan & dipanjangkan lagi.

Sekian, terima kasih.” – Fandy Azlan, Jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia, dipetik dari Anemo World.

Ohh rupanya tak betul…pelik gak sebab takkan la gambar candid dijadikan sebagai potret rasmi kan?

Salah satu meme di media sosial. Imej dari Anemo World.

2. Pernah berlakon dalam filem arahan Sabri Yunus

Datuk Faizal Azumu bersama Sabri Yunus & Imuda. Imej dari Astro Awani.

Semasa memegang jawatan MB Perak, Datuk Faizal Azumu juga menunjukkan belangnya dalam bidang lakonan. Serious la? Ye, tak caya baca dulu.

Ehh…jadi beliau berlakon dalam filem apa ni? Sabar, ni kami nak explain.

Beliau pernah berlakon dalam filem arahan Sabri Yunus bertajuk ‘Buntat. Ia mengisahkan seorang budak pada tahun 1968 yang lari dari kampung untuk mengerjakan haji dengan menaiki kapal haji.

Poster filem Buntat. Imej dari Hanis Homestay Batu Kurau.

Antara barisan pelakon filem itu ialah:

  • Izwan Hafiz (Buntat Imuda).
  • Khatijah Tan.
  • Omar Abdullah.
  • Kazar.
  • Sabri Yunus.

Sebenarnya Datuk Faizal Azumu hanya berlakon untuk satu babak sahaja dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.

3. GIF Datuk Faizal Azumu yang viral di media sosial

Kami rasa semua orang dah tahu mengenai GIF-GIF Datuk Faizal Azumu ni kan. Nah, kami letak semua GIF tu di bawah:

 

Imej dari giphy.

 

Imej dari giphy.
Imej dari giphy.
Imej dari giphy.

Tapi ada satu lagi GIF Datuk Faizal Azumu yang rasanya korang tak tengok lagi ni….jap, kami letak di bawah:

Baa!! KeNaPA TaK TiDo LaGi? Imej dari giphy & hafiyyemok_ .

Sorry, kami guna meme lapuk…hehehe.

4. Pernah berkolaborasi dengan Dato’ Jamal Abdilah dalam pembikinan lagu raya

Tadi korang dah baca yang Datuk Faizal Azumu ni pernah berlakon. Akan tetapi, bukan berlakon je, malah beliau juga berkecipung dalam bidang nyanyian.

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, Datuk Faizal Azumu dengan setiausahanya telah berkolaborasi bersama dengan Dato’ Jamal Abdillah dan Shiha Zikir untuk lagu raya yang berjudul, ‘Moh Beraya‘.

Hmmm…lagu Moh Beraya ni boleh dikatakan viral juga la kerana MV lagu ni telah mendapat satu juta tontonan di YouTube:

Lagu ni sebenarnya catchy dan iramanya seperti lagu ala-ala Senario, tapi tak tiru la. Ia juga mengisahkan kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri dan menggunakan loghat perak dalam lirik lagunya.

Oh ye, mereka ni juga pernah membuat persembahan secara dalam talian di Mpop! Nah, ni videonya:

5. Menyalahkan penyokong punca Malaysia kalah lawan Bahrain

Tak nak borak banyak, ramai dah tahu pasal isu ni. Peja kata sorakan lebih 63,000 penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan menentang Bahrain kelmarin sebagai punca pemain hilang fokus.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak. Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

___

Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain. Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit.” – Peja, dipetik dari Harian Metro.

Dah baca kan? Pelik kan kenapa Peja salahkan penonton pula.

Jawatan Penasihat Khas Perdana Menteri ni dibantah oleh orang ramai

Baiklah, kita kembali lagi dalam perbincangan mengenai Penasihat Khas PM ni. Sebenarnya, jawatan ini tidak dipersetujui oleh orang ramai kerana ia dianggap sebagai jawatan yang tidak perlu.

Bukan itu saja, jawatan ini juga dibantah oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil. Beliau telah membahaskan perkara ni di Twitter.

Berdasarkan pendapat dan pemikiran korang, adakah Penasihat Khas PM ni wajar diwujudkan?