SPONSORED

13,000+ orang cuba reka rumah idaman diorang dan pemaju ni telah membinanya. Ini hasilnya.

Tahun lepas lalu, kitorang tanya pembaca kita tentang rumah idaman diorang. Korang nak rumah besar mana? Korang nak jamban berapa? Perghhh pehal Soscili sibok sangat pulak ni??!

Kalau korang tak tau, member kitorang kat Lafarge (dengan kawan-kawan diorang – S P Setia, EdgeProp.my, Nippon Paint, dan Panasonic) telah mengeluarkan survey Lafarge-EdgeProp MYHOME untuk dapat tahu apa dia kehendak rakyat Malaysia supaya diorang boleh bina rumah idaman kita semua!

Jadi kitorang pun tengok la jawapan yang diorang dapat, dan di sini adalah 4 fakta-fakta menarik tim kitorang dapat jumpa dari survey tu. Tapi sebelum kita mula:

  • Bilangan responden: 13,745
  • Umur: lebih dari 50% responden bawah umur 35, 19% berumur antara 36-45.
  • Lokasi: Kebanyakannya di kawasan bandar (Selangor 42%, KL 18%, Johor 7%, Perak 7%), tapi ada jugak responden dari semua negeri Malaysia.
  • Pendapatan: Kebanyakan isi rumah responden (61%) mendapat kurang daripada RM100k/setahun (agak-agak RM8.3k/sebulan), 24% mendapat antara RM100k-200k/setahun, 11% RM200K-RM400k/setahun
  • Tempoh survey: 28 Feb – 11 Apr 2018

Yang paling gempak nya, diorang dah bina rumah BETUL dekat Setia Ecohill 2 di Semenyih berdasarkan jawapan yang diorang dapat dari survey ni!

1. Nak guna tandas? Tanya la orang Penang!

Dalam soalan yang tanya responden tentang jumlah bilik air yang diorang nak untuk rumah idaman diorang, kebanyakan responden dari setiap negeri berkata “3 bilik air atau lebih” kecuali… orang Penang! 52% daripada responden Penang mengatakan bahawa rumah ideal diorang hanya memerlukan 2 bilik air manakala hanya 44% daripada diorang mengatakan 3 bilik air atau lebih.

Tapi… bukan la macam ni kan? Imej dari Cheezburger.

Ni teori-teori kitorang kenapa ada lagi ramai orang Penang yang nak dua jamban dari tiga.

  1. Tak cukup duit nak beli jamban ketiga.
  2. Malas nak cuci jamban.
  3. Penang dah memang takda tanah jadi diorang pun lagi realistik pasal ruang kediaman diorang.

Kitorang pon tanya orang asal Penang dan ni yang dia bagitau kita:

“Sebenarnya, saya pun rasa 2 dah cukup. Satu untuk master bedroom dan satu untuk tetamu (atau untuk kecemasan) pon dah boleh la.” – Amresh Jessy, Ketua Pengarang penerbitan pesaing jadi kitorang takkan bagitau huehue.

Tapi tak kira la samada praktikal atau tak – siapa yang suka bersihkan tandas ?? Lain la kalau korang…

Siapa la yang buang air B.E.S.A.R.

2. Kitorang tak pasti kenapa, tapi orang bujang pun nak duduk dekat dengan taman permainan ?

Mungkin sebab senang nak main Pokemon Go kot #husnuzon. Imej dari wikimedia/CK Tan.

Pelik betul. Bila kitorang cuba cari perbezaan antara pilihan para responden bujang dengan para responden berkahwin, ada satu perkara yang menonjol.

Apabila ditanya kemudahan awam mana yang diorang ingin duduk berdekatan, hampir sama jumlah bujang (49%) dengan jumlah orang berkahwin (50%) berkata yang diorang nak tinggal dekat dengan taman permainan. Yang dah kahwin tu paham la – kalau dah ada anak atau tengah plan nak ada anak, senang la kalau ada taman permainan berdekatan. Yang bujang-bujang ni pulak nak cari apa?

Sebenarnya taman-taman ni memang untuk semua orang pun. Kalau korang tak nak bayar RM180 untuk jadi ahli gim, korang boleh je pergi berjogging kat padang depan rumah pada waktu petang atau main badminton dengan jiran-jiran korang atau bertaichi pagi-pagi dengan warga-warga emas untuk sihatkan badan.

3. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih menilai kegunaan daripada kemewahan

Rasanya budak-budak uni miskin je kot yang akan buat macam ni. Imej dari Bramandityo and The Brunette Diaries.

Sebut perkataan “tangkai jering” pun korang dah paham maksud.

Malah, seorang hos AirBnb yang pernah melayan lebih daripada 500 tetamu berkata orang Malaysia merupakan pelancong yang paling berjimat! Tapi di sebaliknya, rakyat Malaysia juga tak segan membeli-belah untuk diri sendiri. Tahun lepas, suatu laporan telah mengatakan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli kereta asing, makan di luar, membeli-belah di laman web, dan melancong ke luar negara!

Syukur lah, pasal bab membeli peralatan elektrik pulak, survey MyHome itu mendapati bahawa orang Malaysia agak munasabah. 18% responden berkata diorang akan membeli barangan elektrik yang murah tapi berfungsi manakala hanya 11% berkata yang diorang lagi suka barang elektrik mewah. Kebanyakan kita (71%) pula akan memilih barangan berkualiti pada bila-bila masa.

4. Tak sangka golongan yang paling suka berjogging adalah… pakcik-makcik???

Korang pulak nak guna alasan apa? Imej dari Harian Metro.

Bak kata orang, badan sihat, otak cerdas. Jadi bagi responden-responden survey ni, kemudahan-kemudahan rekreasi seperti taman permainan, gimnasium, dan kolam renang ternyata lebih popular daripada kedai-kedai dan kawasan-kawasan komersil.

Apa lebih menarik, jenis-jenis kemudahan rekreasi yang terpopular antara kalangan umur berlain-lainan. Contohnya, kolam renang merupakan kemudahan paling popular kepada responden berumur 25 dan ke bawah, manakala taman permainan pula popular kepada para responden berumur 26 hingga ke 45 tahun.

Tapi kalau gabung dua-dua tu, tetiba tak suka pulak. Imej dari Malaysian Digest.

Namun, apa yang tak disangka adalah bila kita daput tahu yang trek jogging merupakan kemudahan yang paling disukai oleh golongan… pakcik dan makcik berumur 46 ke atas! Secara kebetulan, hasil survey ini juga menunjukkan bahawa semakin tua responden, lagi tinggi kemungkinan yang diorang akan memilih kawasan kedai sebagai kemudahan terpilih diorang (ye la, dah tua, mana ada kuasa nak jalan jauh-jauh untuk beli barang dapur?)

Ye lah, dah tua, mana larat lagi nak pergi jauh-jauh beli barang makan.

*BONUS!* Fakta-fakta lain untuk korang yang bosan takda kerja:

Kalau korang nak tau lagi, tekan sini.

K survey dah habis. Apa sekarang?

Ok… mana nak pergi kalau nak beli rumah ni?

Sebenarnya, survey ni memang idea bagus. Kalau korang nak bayar beratus ribu ringgit duit korang untuk bina sebuah rumah, patutnya korang pun boleh design rumah tu sendiri kan? Jadi sebab ni lah kawan kita kat Lafarge pun cakap yang diorang akan guna jawapan-jawapan survey ni sebagai panduan untuk industri pembinaan.

“Ia sudah menjadi penting bagi syarikat-syarikat pembinaan seperti Lafarge untuk bekerjasama dengan golongan arkitek, pereka dan pemaju supaya mereka dapat membina rumah tempat tinggal yang mampu memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia.” – Lafarge Malaysia

Macam kitorang kat Soscili pulak – ingatkan orang Malaysia nak rumah besar je, tapi jawapan dari survey ni menunjuk yang ramai lagi suka memilih ruang yang kecil asalkan reka bentuk, rupa dan hiasan nya semua mantap. Sebagai contoh, unit pameran MyHome di Setia Ecohill itu adalah sebuah rumah teres dua tingkat bersaiz 1,652 kaki persegi bernilai RM523,000 dan mempunyai EMPAT bilik tidur dan TIGA bilik mandi!

Lebih kurang macam ni la rupa rumah tu dari dalam.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Pergi la tengok rumah idaman rakyat Malaysia dengan mata korang sendiri dekat Setia Ecohill 2 di Semenyih hari ni!

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend