3 perkara yang korang tak tahu pasal Yang di-Pertuan Agong kita, Sultan Abdullah

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 28 Februari 2020

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Yang di-Pertuan Agong kini ialah  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah – atau YDPA Sultan Abdullah kalau ditulis pendek.

Imej dari FMT

Kebanyakan kita hanya tahu YDPA Sultan Abdullah kerana satu benda: Mencipta sejarah sebab menjadi Sultan paling cepat menaiki takhta hanya beberapa hari selepas menjadi Sultan Pahang bagi menggantikan Agong sebelumnya, Sultan Muhammad V.

Tapi semuanya semakin mendapat perhatian apabila kita baca pasal YDPA meluangkan masa bersama rakyat di restoran, berhenti di tepi jalan untuk bantu mangsa kemalangan (sekurang-kurangnya 4 kali), dan menjadi orang pertama yang memberi kejutan kepada para wartawan di luar Istana Negara dengan memberi pelbagai jenis makanan dari KFC sampailah ke Tempoyak Ikan Patin… hingga digelar oleh netizen sebagai “Raja Paling Baik Pernah Ada“.

Tapi, ini sebenarnya beberapa perkara yang korang tak berapa tahu pasal Agong ni…

1. Baginda sangat suka bola sepak, baginda tubuhkan pasukan bola sendiri (dan sokong Arsenal)

Sebelum main bola, main golf dulu. Imej dari NST

Selain mempunyai karier kenteteraan yang aktif, YDPA juga dikenali kerana keghairahannya di dalam sukan, dengan laporan yang mengatakan semangat sukannya itu boleh dilihat sejak baginda muda lagi. Apabila YDPA belajar di UK, baginda mengetuai pasukan Pahang Royal Polo dan menyertai dalam pertandingan antarabangsa.

Dan macam yang korang tengok dari gambar atas tadi, keghairahannya ada dalam banyak sukan – dari golf, lumba go-kart dan hoki; penerbangan ringan.

Pakai kasut kulit pun boleh timbang bola. Imej dari NST

Tapi dalam banyak-banyak sukan ni, bola sepak nampaknya adalah kegemaran baginda. Contohnya, baginda berkhidmat sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak dua kali, dan menjadi Presiden FAM dari tahun 2014 hingga 2017. Bukan tu je, baginda juga pernah dipilih menjadi Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2002 dan juga sebahagian dari Ahli Majlis FIFA dari tahun 2015 hingga 2019.

Di peringkat tempatan, baginda juga turut membentuk pasukan bola sepaknya sendiri yang dipanggil Sri Mahkota Alam di Pekan. Tapi apabila sebut pasal pasukan kegemaran, baginda memilih Arsenal.

“”…team (pasukan) ialah Arsenal dan kalau bercakap tentang pemain ialah penyerang Perancis Thierry Henry yang juga pernah bermain untuk Arsenal selain penjaga gol Pat Jennings kerana meminati corak permainan mereka.” – Pegawai Khas Agong, Abd Rahman Endut, petikan dari Sinar Harian

COYG bersama Istana Negara…

Dilaporkan apabila baginda bermain, baginda tak suka orang bagi kemenangan mudah kepadanya kerana baginda mahu bermain seperti orang biasa di atas padang. Sekalipun, apabila baginda mengalami kecederaan ringan, baginda hanya membersihkannya sebagaimana orang biasa bermain dalam sukan.

“Semua orang cemas semasa melihat baginda jatuh di padang, tapi baginda sedikit pun tidak murka. Titah baginda itu lumrah bersukan. Saya yang risau kerana tuanku dinasihatkan menerima rawatan di hospital, tapi baginda enggan berlama-lama di hospital kerana takut jemu,” – Abd Raman Endut, petikan dari Sinar Harian

2. Baginda merupakan askar yang aktif

YDPA dan Putera Mahkota Abu Dhabi. Imej dari The National

Setahun selepas diumumkan secara rasmi sebagai Tengku Mahkota Pahang, baginda mula menyertai karier ketenteraan sebagai Pegawai Kadet apabila baginda memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) di UK sewaktu latihan. RMAS adalah akademi tentera yang paling lama bertapak di UK, di mana semua pegawai Tentera British menerima latihan permulaan mereka di sana. Dan kalau tengok dalam senarai alumninya, RMAS dah lama jadi pusat latihan untuk golongan diraja.

Sultan Abdullah dah pernah berada di sana selama setahun sehingga tahun 1979. Tapi dalam masa yang singkat, baginda membina hubungan persahabatan dengan Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi. Mereka menjalani latihan bersama-sama dan akhirnya menjadi kawan baik, sebab tu lah korang boleh tengok Sheikh Mohammed datang sewaktu majlis pelantikannya sebagai YDPA.

Tapi menjalani latihan tentera bukanlah sekadar memenuhi kewajipannya – baginda sebenarnya sangat bagus di dalamnya. Mengikut sejarahnya, baginda sangat hebat apabila Ratu Elizabeth II mentauliahkan dirinya menjadi Leftenan Kedua pada tahun 1980.

Pada tahun sama, baginda kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai Pegawai Berkuda di dalam Kor Diraja Malaysia, dan menjadi Kapten dalam masa singkat. Kemudiannya, baginda ditugaskan di Rejimen 505 Askar Wataniah sebagai Leftenan Kolonel pada tahun 1999, dan dinaikkan pangkat kepada Kolonel setahun kemudian dan pada tahun 2004, dan seterusnya menerima pangkat Brigadier Jeneral.

Selepas itu, kenaikan pangkatnya di dalam tentera terhenti….
Sewaktu dilantik Brigadier Jeneral. Imej dari The Star

…sekarang baginda telah pun dilantik Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, ini menjadikan baginda sebagai pegawai pangkat tertinggi dalam ketenteraan tanah air. Jadi, memang tak perlu dah nak terima pangkat lain!

3. YDPA dan Raja Permaisuri Agong dah berkenalan sejak zaman kanak-kanak lagi

Macam suaminya, Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali sebagai orang yang mempunyai hubungan sosial yang baik dengan semua orang, selalu menggunakan Twitter untuk berhubung dengan rakyat. Ada sekali tu baginda menutup akaun Twitter kerana sebab tertentu, namun rakyat Malaysia minta baginda mengaktifkannya semula.

Dan tak seperti gambar-gambar keluarga diraja yang lain, gambar-gambar kedua-dua pasangan ini sangatlah comelll…

Nak kiss sikit. Imej Straitstimes

YDPA dn Raja Permaisuri pertama kalinya bertemu waktu kanak-kanak lagi, dengan usia YDPA ketika itu 13 tahun dan umurnya pula 12 tahun. Disebabkan status keluarga diraja yang dipegang, menjadikan sukar untuk mereka berdua dating secara normal macam tengok wayang atau makan malam, akhirnya mereka berdua saling menulis surat antara mereka. Hanya 13 tahun kemudian mereka berkahwin.

““Seri Paduka adalah insan yang paling baik hati dalam dunia, murah hati, suka bersedekah…saya tidak pernah dengar Tuanku naik suara, tak garang, baik hati, tak pernah cakap pasal orang.” – Raja Permaisuri Agong, petikan dari Selangor Kini

Tapi korang tahu tak, baginda sebenarnya adalah adik kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj? Kedua-duanya, YDPA dan Raja Permaisuri datang dari susur galur beberapa keluar diraja yang amat besar – hinggakan ada kebarangkalian mereka mempunyai hubungan dengan keluarga diraja Perak, Selangor dan Terengganu.

“Sepanjang membesar, ibu bapa saya tidak memaklumkan kepada kami hubungan kami dengan keluarga diraja yang lain kecuali sepupu kami yang pertama kerana kami terlalu muda untuk memahami apa yang dimaksudkan.

Tetapi ketika kami semakin dewasa, kami menjadi lebih terdedah kepada ahli-ahli keluarga diraja yang lain dan kami diajar mengenai susur-galur keluarga dan bagaimana kami berkaitan dengan satu sama lain. ” – diterjemah dari NST

Imej dari NST

Tambahan pula, Raja Permaisuri Agong ada darah Cina dengan asal usul datang ke Guangdong, China apabila Almarhum Sultan Abu Bakar berkahwin dengan anak pedagang Cina yang kemudiannya menjadi Sultanah Fatimah. Baginda juga mengakui boleh bercakap Cantonese dan Hokkien.

“Darah Cina saya boleh dijejak kepada Wong Ah Gew. Dia berasal dari keluarga yang sangat kaya. Dikatakan, mereka pada masa itu ialah hartawan di Singapura yang sangat kaya seperti babak dalam filem Crazy Rich Asian,” – Raja Permaisuri Agong, petikan dari Sinar Harian

Keluarga diraja. Imej dari Lobak Merah

Tapi, cerita cinta mereka berdua bukanlah perkara yang hanya dilakukan oleh YDPA. Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai tugas yang lebih penting dari segalanya…

Daulat Tuanku!

Kami dari SOSCILI ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almharhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441 H.

Sembah takzim daripada SOSCILI.

 

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT