- 1.9KShare sekarang!
- Email44
- Facebook1.8K
- Share
Filem superhero sekarang memang dah lama meletup kat seluruh dunia, dan negara kita tak terkecuali. Tengok je senarai lima filem yang meraih pendapat tertinggi kat Malaysia tahun lepas, tiga daripadanya adalah filem superhero.
Tapi bagi yang malas nak pergi cinema, jangan risau sebab member kami kat Astro Best ada siarkan movie blockbuster dengan hanya RM10.60 je. Bukan tu je, bila korang beli mana-mana kombo filem, korang boleh diskaun eksklusif sebanyak 40% untuk piza-piza besar Domino’s! Jadi cepat ajak member sanak sedara semua, satu kampung pun boleh.
Klik sini untuk tengok offer yang ada kat Astro Best.
Bila tengok cerita macam Justice League dan Wonder Woman ni kami tertanya… boleh ke superpower atau skill luar biasa dorang ni membantu rakyat Malaysia? Jadi Astro Best nak bagi hadiah kepada pembaca-pembaca SOSCILI yang bertuah, kami pun tanya… skill luar biasa apa yang dorang paling idam-idamkan? Dan ini apa yang kami dapat…
1. Skill untuk teleport
Memang tak pelik kalau ramai nak kuasa untuk teleport. Senang pergi kerja walaupun bangun lambat. Senang balik kampung walaupun kat Kelantan. Tapi bagi brader ni, sebab utama dia adalah…
“…boleh tengok bola kat mana-mana stadium tanpa perlu beratur nak beli tiket. Tau-tau je dah ader kat tempat penonton. Kita perlu bawak kuaci dan pakai jersi pasukan yang kita nak tengok.”
Eh tunggu sat… kita kat Malaysia!
Masalahnya dengan kuasa teleport ni, macam mana nak target korang nak muncul kat mana? Katakanlah korang nak ready pakai jersi Selangor, teleport ke stadium, tapi tersilap muncul kat tengah-tengah fan JDT! Korang akan lunyai kena balun dulu sebelum sempat teleport keluar.
Kalau kuasa teleport korang ada GPS pun susah jugak sebab jalan kat Malaysia ni selalu bertukar nama, kalau sistem tak update sure korang sesat.
Dan kalau korang memang dah jenis bangun pukul 9 tiap-tiap pagi… kalau korang dapat teleport korang masih jugak akan lambat. Sesungguhnya kuasa luar biasa tidak akan mengubah sikap sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.
2. Skill untuk cepatkan masa
Penantian itu satu penyeksaan, seperti yang diluahkan oleh brader ni:
“Kalau aku ada superpower, aku teringin sangat utk mempercepatkan masa… daripada menanti dua minit menjadi kepada 0.003 saat maggi sedia untuk dimakan…. kerana penantian dua minit tu terlalu lama bagi diriku… kerana diriku begitu berharga….”- Uda.
Bak kata pepatah, masa itu emas. Dan bagi brader ni, masa itu… mee maggi yang lebih cepat dimasak dan lebih sedap dimakan.
Eh tunggu sat… kita kat Malaysia!
Katakanlah korang tengah tunggu KTM, dekat papan LED tu kata tren akan sampai dalam masa 50 minit, jadi korang cepatkan masa. Tapi tiba-tiba keluar pengumuman… “Harap maaf, ketibaan tren ditunda selama 50 minit lagi…”
Tension! Korang kena ingat tenaga korang terhad, so kalau tiap kali train delay pun korang cepatkan masa, akan kering-kontanglah badan korang kenara kekurangan potasium.
Bagi brader Uda, kami cadangkan… bersabarlah. Good things come to those who wait, bak kata orang putih.
2. Skill macam Superman
Siapa yang tak nak jadi Superman, ye tak? Superpower yang serba boleh, memang paling lengkap berbanding mana-mana superhero lain, dan mengikut brader ni:
“Jadi superman lengkap rasanya, jimat beli gas masak, panas or masak pakai laser kat mata je… Bil api jimat kalo panas tiup je bilik jadi macam kutub utara.”- Shahrul Hadi.
Selain tu, nampaknya brader ni ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan:
“Jimat minyak sebab boleh lari laju, pegi keje pun awal tak lambat sebab lari laju tu pun sempat balik umah before 7 nak tengok drama 3 suku kul 7″
Eh tunggu sat… kita kat Malaysia!
Dalam keadaan ekonomi yang semakin getir, kita telah disarankan untuk membuat tiga kerja. Tapi kalau korang ada kuasa macam Superman, confirm bos korang akan suruh korang buat 10 kerja, tapi gaji sama jugak.
Walaupun pandangan laser korang boleh jimatkan minyak masak dan tiupan korang boleh jimatkan air-cond, korang masih dibebani dengan harga rumah yang makin meningkat.
Dan jangan lupa, power untuk lari laju ni sangat bahaya sebenarnya. Bukan je sebab hukum fizik yang akan membuatkan badan korang terbakar kerana geseran antara kulit dan molekul-molekul air, tapi sebab sebab speed trap yang dipasang di mana-mana.
3. Skill untuk membaca dan mengawal minda
Korang mesti kenal dengan Professor X daripada X-Men kan. Power dia memang sempoi sebab boleh masuk dalam kepala otak orang lain dan baca minda.
Tapi bagi brader ni, keperluan dia sangatlah spesifik:
“Telepathy and mind powers. Nanti boleh ubah due date dalam minda pensyarah… bye?”- Asyraff.
Tapi tunggu sat… kita kat Malaysia!
OK, bunyi macam syok, kan. Tapi bila masuk minda orang lain ni, bukan senang nak dapat ayat lengkap siap dengan noktah bagai. Cuba korang fikir pasal benda apa yang korang fikirkan sekarang, confirm berterabur:
“Ada banyak assignment nak siapkan ni… eh tadi mak suruh singgah kedai beli hapa tah, mak asyik suruh aku je pergi kedai Along tu terbungkang je kejenye… kenapa ayam ada kepak tapi takde tangan macam mana nak salam takkan dengan kaki kurang ajar namanya tu…”
Dan daripada pengalaman kami, tak kiralah berapa lambat pun due date tu ditukar, takde beza pun sebab kami akan start buat assignment last minute jugak.
5. Skill untuk menyembuhkan orang
Kalau dapat kuasa macam Wolverine, memang best untuk menyembuhkan diri sendiri. Tapi brader ni punya hati yang sangat besar sebab dia nak sembuhkan orang lain…
“Kuasa untuk gemukan orang kurus dan kuruskan orang gemuk dalam 30 saat. Banyak sangat datang jumpa kat klinik tapi nak berubahnya xde pulak. Lagi satu kesian tgok baby yang masalah kesihatan kecik je?
Kuasa hilangkan kanser. Why? Monehhhh of coz. Pada masa sama dapat tolong manusia ni hidup.” –- Ashaari.
Tapi tunggu sat… kita kat Malaysia!
Korang tau tak berapa tahun medical student kena study untuk jadi doktor? Itupun kalau dapat jadi doktor la, belum kira berapa ramai yang tak dapat placement kat hospital dan terpaksa menunggu sesuatu yang tak pasti.
Pastu korang senang-senang je dapat kuasa untuk sembuhkan semua penyakit. Confirm kena saman dengan kesatuan doktor-doktor Malaysia sebab takde pengiktirafan yang sah.
Memang susah nak guna superpower kat Malaysia…
Oleh kerana banyak sangat rintangan nak jadi superhero, kami pasrah dan tengok kat TV je la. Jadi jom kita tengok filem-filem kat Astro First dan Astro Best. Dah lah lagi murah daripada tiket wayang, korang siap boleh pause bila-bila masa kalau nak pergi kencing ke, nak berhenti solat ke, ataupun nak keluar kejap main futsal.
Antara kombo filem-filem kat Astro First dan Astro Best yang korang boleh dapat diskaun adalah kombo Abang Long Fadil dan kombo Planet of the Apes.
So kalau korang boleh ada skill luar biasa paling kreatif, apa yang korang nak buat?
- 1.9KShare sekarang!
- Email44
- Facebook1.8K
- Share