Bolehkah penyakit dari virus Zika dikesan daripada awal?

(This article is translated from Cilisos, read the English version here.)

Singapura baru lagi mencatatkan pesakit Zika yang pertama apabila seorang pakcik berumur 48 tahun pulang dari Brazil, syukurlah dia dah pun sembuh dan dapat keluar hospital. Setakat ni takde larangan untuk travel ke negara jiran kita ni, dan menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya, 90 ribu individu yang masuk ke Malaysia melalui Singapura telah pun diperiksa.

Sampai sekarang, masih banyak yang kita tak tau pasal Zika dan artikel dari BioEdge masih menggelarnya sebagai penyakit misteri. Apa yang kita ada adalah maklumat-maklumat asas yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), iaitu:

  1. Nyamuk Aedes adalah pembawa virus Zika
  2. Setakat ni benua Afrika, Amerika, dan Asia telah pun dijangkiti dengan kes paling teruk berlaku di Brazil. Malaysia masih lagi bebas.
  3. Antara simptom virus Zika adalah demam ringan, kulit gatal, sakit otot dan sendi, mata merah yang kebiasaanya akan berlangsung selama 2-7 hari.
  4. Setakat ni takde ubat yang boleh sembuhkan penyakit Zika.
Zika Screenshot
Screenshot dari video kat The Washignton Post pasal Zika

Tapi apa kena mengena wabak Zika dengan undang-undang pengguguran di Malaysia??

Sebabnya, Zika menyebabkan otak janin tidak berkembang dengan sihat

Cara utama penyakit Zika disebarkan adalah melalui nyamuk Aedes. Ia juga boleh berjangkit melalui pemindahan darah, seks, dan juga melalui ibu yang mengandung.

Biasanya simptom-simptom Zika ni susah nak perasan dan akan hilang dalam masa seminggu. Malah 80% pesakit Zika tak tau pun yang dorang terkena! Menurut WHO, setakat ni takde lagi kematian yang disebabkan Zika, tapi apa yang membuatkan penyakit ni ditakuti ramai adalah kerana ia menyebabkan bayi lahir dengan penyakit mikrosefali.

Zikaaaaaa
Di sebelah kiri adalah seorang bayi yang ada penyakit Mikrosefalis, kat belah kanan tu pula adalah Schlitzie dari movie Freaks.

Mikrosefali ni adalah penyakit neurologi yang sangat jarang di mana kepala bayi adalah lebih kecil dari biasa. Ia menyebabkan otak bayi tersebut tak dapat nak tumbuh dengan normal waktu dalam kandungan ibu; dan tak dapat membesar seperti biasa selepas dilahirkan.

Boleh tak mirosefali ni dikesan dari awal? Boleh je, masalahnya mikrosefali secara genetik je yang boleh dikesan melalui ultrasound, itu pun sewaktu trimester yang ketiga (bulan ke-7 hingga ke-9). Oleh kerana time tu bayi tu dah kira boleh survive di luar rahim, jadi keputusan untuk menggugurkannya memang kena ambil kira pilihan moral dan kepercayaan.

Bayi yang terjangkit dengan mikrosefalis berisiko mengalami kecacatan fizikal, kecacatan mental, dwarfism, sawan dan macam-macam lagi. Oleh kerana setakat ni tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya, apa yang boleh dibuat hanyalah memberi sokongan terapi untuk meneruskan hidup.

Walaupun takde bukti yang kukuh yang penyakit mikrosefali memang perlu dipersalahkan ke atas virus Zika, saintis mengatakan yang tanda-tanda semakin kuat. Brazil mencatatkan 167 kes mikrosefali pada 2013 dan 147 kes pada 2014. Pada tahun 2015, sebanyak 2,782 kes telah dilaporkan! Jadi pakar virus pun mengatakan yang ini merupakan “bukti tidak lansung”. Ada juga satu pendapat yang mengatakan racun perosak juga mungkin menjadi penyumbang.

Nak jaga anak yang ada mikrosefali bukanlah kerja mudah

Ia merupakan satu komitmen yang tinggi dari segi fizikal mahupun kewangan. Dua ibu dari Amerika berkongsi cerita mereka tentang pengorbanan yang perlu dilakukan. Sesungguhnya kasih sayang ibu itu tidak berbelah bahagi.

Zika 3
Lucas sedang membuat fisioterapi, gambar dari Business Insider

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu ibu-ibu di Malaysia betul-betul faham tentang apa yang akan dihadapi kalau nak jaga anak yang ada penyakit neurologi ni. MMA juga ada menyebut yang “Malaysia tak bersedia untuk menampung keluarga yang ada kes mikrosefali”.

Satu kajian melaporkan yang kita tak cukup tenaga kerja dalam bidang neurologi yang menyebabkan kita tak mampu menyediakan penjagaan khas untuk budak-budak ni. Bidang pendidikan pun turut sama terkesan. Korang tau tak pengetua sesebuah sekolah boleh menolak kemasukan kanak-kanak istimewa ke dalam sekolah masing-masing? Menurut MMA lagi, yang paling penting adalah keputusan wanita mengandung itu sendiri.

“Persoalannya adakah doktor akan membuat pembedahan yang tidak merbahaya tetapi sanggup ditahan oleh pihak berkuasa?” – Dr.Ashok kepada The Malay Mail

Jangan terkejut tapi pengguguran dibenarkan di Malaysia!

Zika 4
Scene dari short film ‘The Woman Upstairs’. Klik untuk tengok video.

Di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerajaan Malaysia membenarkan pengguguran bayi, tapi HANYA di bawah keadaan berikut:

  • Risiko membahayakan kesihatan fizikal ibu
  • Risiko membahayakan kesihatan mental ibu

Jadi siapa yang boleh menentukannya? Hanya doktor yang berdaftar dibawah Akta Perubatan 1971 je. Pastu pembedahan pun mesti guna doktor berlesen, so bidan kampung tidak sesekali dibenarkan. Korang boleh semak senarai doktor bertauliah di sini.

Pada tahun 2002, kerajaan pernah nak sentuh undang-undang ni untuk membenarkan mangsa rogol dan sumbang mahram membuat pengguguran, tapi Woman’s Aid Organization (WAO) kata tak perlu sebab mereka sudah terancam dari segi kesihatan mental. Jadi memang boleh tahan la kita punya undang-undang pengguguran… at least atas kertas.

zika 5
Tekan gambar ni untuk baca law pasal pengguguran.

Ada empat kategori dalam perundangan pengguguran sedunia. Kategori 0 bermaksud tak boleh gugur langsung, kategori 4 membenarkan pengguguran atas permintaan. Malaysia terletak pada kategori ketiga bermakna kita membenarkan pengguguran dengan sebab-sebab yang tertentu. Tapi kebanyakan pengguguran tidak dibenarkan selepas janin tu lebih dari 5 bulan..

Tapi walaupun seseorang wanita tu layak membuat pengguran sekalipun, nak membuat pengguguran dengan selamat dan murah bukannya senang. Berdasarkan Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM), hospital gomen takde guideline yang proper untuk operasi pengguguran. Maklumat ni diperoleh daripada wanita-wanita yang menghubungi RRAAM untuk mendapatkan bantuan.

Macam mana pulak dengan klinik swasta? RRAAM kata ada hospital swasta yang reti buat tapi disebabkan pandangan dan kepercayaan masyarakat, gugur anak ni masih dipandang serong.

“Baru-baru ni kita dapat lihat klinik ginekologi dan juga obstretik di Lembah Klang boleh buat pengguguran yang berharga dalam lingkungan RM1200 dan RM2500” – Dr. ChoongSim Poey, Co-chair RRAAM

Pengguguran tak semestinya pilihan terakhir

Zika 6
Lagi satu scene yang ada kat dalam ‘The Woman Upstairs’. Tekan untuk tonton video ni.

Sebenarnya kami agak terkejut yang kerajaan Malaysia ni ada undang-undang yang membenarkan pengguguran. Cuma daripada segi perlaksanaan, memang boleh improve lagi la.

Di peringkat global, seramai 68 ribu wanita mati setiap tahun disebabkan pengguguran tak selamat. RRAAM menggangarkan sebanyak 240 klinik di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan gugur bayi ni, tapi tak semua klinik ini dipantau daripada segi kualiti dan kesemalatan! Benda macam ni lah yang menyebabkan orang ramai pergi klinik kaki lima, sampaikan kami kenal dua orang (kawan pada kawan) yang pernah buat pengguguran dan dorang punyalah takut dan rasa dorang buat benda yang tak sah.

zika 7
Tekan gambar ni untuk tonton Asia Safe Abortion Partnership (ASAP).

Agak menyedihkan bila wanita sering ditipu dengan caj yang mahal untuk operasi yang tak pasti selamat ke tak. Dan kalau kita benarkan pengguguran bayi yang dijangkiti mikrosefali, macm mana pulak dengan down syndrome, jantung berlubang, masalah jantung, dan lain-lain? Kat mana perlu kita lakarkan had sempadan?

Sebenarnya ada cara alternatif selain daripada pengguguran. Contohnya dengan menghantar bayi tu untuk jadi anak angkat. Kat luar tu ramai pasangan yang nak anak tapi takde rezeki.

zika 8
Gambar dari cloakunfurled.com

Kami bukannya minta korang buang anak kat rumah anak yatim pastu blah macam tu je, tak. Maksud kami adalah jumpa doktor korang dulu and tanya dia ada kenal mana mana pasangan yang nak amek anak angkat? Buat meeting pastu kalau semua pihak setuju korang boleh mulakan proses mengikut undang-undang.

Satu lagi perkara yang perlu diterapkan adalah perancangan keluarga (termasuklah menggunakan kondom). Ginekologis Hospital Tengku Jaafar, Dr. Khrisna Kumar menyarankan agar pil perancang keluarga dijual dengan lebih mudah agar mengurangkan risiko menganadung yang tidak dirancang.

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance