Jenayah & Undang-undang

Senang ke nak ‘beli’ bayi kat Internet? Kami siasat sendiri

Agensi terkemuka antarabangsa, Al Jazeera, baru-baru ni mendedahkan isu pasal penjualan bayi kat Malaysia, mengatakan yang Malaysia merupakan sebuah hub untuk menjual bayi, di mana pembeli boleh pilih bayi mengikut jantina, bangsa dan warna kulit. Korang boleh tengok sendiri dokumentari pendek ni di bawah:

Sebenarnya isu ni dah keluar sejak 2015 lagi. Menurut Harian Metro, dalam tempoh Februari 2008 hingga Ogos 2015, PDRM dah siasat sebanyak 39 kes penjualan bayi kat Malaysia dan berjaya membuat tangkapan ke atas 140 orang individu yang terbabit dalam aktiviti penjualan bayi.

Berkenaan dakwaan Al-Jazeera tadi pulak, IGP telah Khalid menafikan tanggapan tersebut, mengatakan penjualan bayi memang berlaku tapi takdelah semudah yang dilaporkan.

Untuk mengesahkan susah ke senang nak beli baby, SOSCILI cuba siasat…

Senang ke nak beli anak angkat melalui Facebook?

Screenshoot dari youtube Al Jazeera

FA merujuk kepada family angkat. Screenshot dari youtube Al Jazeera

SOSCILI berjumpa dengan seorang wanita yang berkongsi pengalaman berurusan dengan pengambilan anak angkat ni (tapi tak jadi amik pun atas sebab-sebab tertentu). Menurut Nurul, dia tak kenal pun orang tersebut dan hanya mengenalinya di dalam media sosial sahaja.

“Dia (ejen/orang tengah/ibu kandung bayi tersebut) akan menghubungi kita untuk berbincang mengenai bayaran dan kos rawatan…dah deal semua baru jumpa.” – Nurul ketika di interview oleh SOSCILI.

Menurut Al-Jazeera, ‘penjual bayi’ ni memang ada guna Facebook untuk mengiklankan anak. Siap ada katalog lagi, dah macam supermarket je dibuatnya. Kami cuba join grup yang disiarkan Al-Jazeera tapi sampai sekarang pun tak approve, jadi kami search je sendiri kat Facebook, dan berlambak jumpa! Antaranya ialah:

Jadi kami lawat la page ni satu-persatu, dan tengok apa yang dorang sembangkan…

Permintaan untuk mengambil anak angkat memang sangat banyak

Kalau korang nak cari sendiri, taip je ‘anak angkat’, ‘anak anugerah’ apa semua kat Facebook. Apa yang buat kami lagi terkujat adalah betapa banyaknya yang nak bagi dan yang nak terima:

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

(Sedikit glossari: FA-family angkat, BM-biomum/ibu kandung.)

Yang mencari keluarga angkat:

cari-fa

cari-fa-admin

cari-fa3

cari-fa2

Bagi yang tak tau,anak tak sah taraf‘ ni maknanya ialah anak luar nikah sama ada daripada zina atau dirogol.

Yang mencari anak angkat:

cari-aa

cari-aa2

cari-aa4

Perlu diingatkan yang grup ni tak semestinya jual anak secara tak sah, sebab kita tak tau apa proses yang berlaku di antara pemberi dan penerima. Ada setengah pemberi ni memang minta untuk diberikan duit dan ada jugak pemberi yang memang nak berikan anak tanpa pembayaran.

Masalahnya, beza antara menjual/meminta saguhati atau memberikan anak tanpa pembayaran ni kadang-kadang tak berapa terang. Contohnya sorang wakil ibu kandung ni tiba-tiba tak puas hati bila orang persoalkan duit ‘sagu hati’. Er, tapi kalau mintak duit sagu hati… tu bukan macam jual anak jugak ke?

Admin page Kami Sanggup Amik Anak Angkat persoalkan ibu-ibu yang meminta wang kepada keluarga angkat.

Admin page Kami Sanggup Ambil Anak Angkat persoalkan ibu-ibu yang meminta wang kepada keluarga angkat. Screenshot dari Facebook.

gaduh-saguhati

Antara wakil ibu kandung yang marah apabila dipersolkan mengenai wang saguhati yang dikenakan kepada keluarga angkat. Screenshot dari Facebook.

Tapi banyak sangat ke duit saguhati atau bayaran yang dikenakan kepada keluarga angkat ni?

Perlu bayar sehingga RM10K untuk anak angkat (malah ada yang kena tipu!)

Menurut akhbar Metro Harian, bayi yang baru lahir biasanya akan ‘dijual’ dengan harga antara RM1,000 hingga RM30,000 bergantung kepada jantina dan bangsa bayi tersebut.

pengurusan-anak-angkat-8k

Screenshot dari facebook

Ini pula pengalaman Nurul yang diceritakan kepada kami:

“Dulu saya pernah tanya satu adoption group ni, lepas tu dia mintak RM10K. Bila saya bagitau nak report polis, terus dia block saya.” – Nurul ketika di interview oleh SOSCILI.

Tambah Nurul lagi, dia tak jadi amik bayi tersebut kerana dia berasa macam orang tersebut sengaja nak jual bayi tu (pemerdagangan bayi) sedangkan niat dia sebenarnya cuma mahukan bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat daripada si ibu buang bayi tersebut seperti kes-kes yang sering didengar (pembuangan bayi).

Namun ada jugak yang tak meminta bayaran (membeli anak) tetapi hanya minta untuk sediakan tempat berlindung sementara sebelum bersalin,membayar kos rawatan hospital swasta serta menyediakan tempat untuk berpantang je:

Imej dari Facebook Pencarian Anak Angkat

Imej dari Facebook Pencarian Anak Angkat

Tapi bila dah bayar pun, ada yang kena tipu! Antara kes penipuan yang kami jumpa adalah seorang lelaki ni yang beriya betul mintak pembayaran sebelum bagi anak angkat lagi.

Tapi nak cari bayi ni satu hal, bila dah dapat, banyak proses lagi yang orang lupa ambil kira, contohnya…

Kalau ambil anak angkat, dia bin (atau binti) siapa?

Menurut Metro Harian, sindiket yang terbabit dalam penjualan bayi ni biasanya akan mempunyai beberapa anggota yang memainkan peranan sebagai:

  1. Agen mencari bayi atau ibu yang mengandung.
  2. Agen yang mencari pasangan suami isteri yang ingin mengambil anak angkat.
  3. Agen yang menguruskan pendaftaran kelahiran bayi dan pengambilan anak angkat.

Malah ada sesetengah sindiket ni berjaya memalsukan dokumen dengan mendaftarkan kelahiran bayi menggunakan maklumat ibu bapa angkat sebagai ibu bapa kandung (bin atau bintikan bapa angkat) dan dorang turut menyediakan sijil kelahiran asli yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kalau kita lalui orang tengah ni lebih mudahlah kerja kita sebab mereka ada spesifik balai dan cawangan JPN… ia lebih senang untuk berurusan.” – Nurul ketika di interview oleh SOSCILI.

Perkara ni pun turut disahkan oleh Bonda, seorang wanita tempatan yang menjadi orang tengah sindiket penjualan bayi dalam pendedahan video dokumentari Al Jazeera tadi.

“Bonda akan buat surat perjanjian dan kamu (ibu bapa angkat) pun kena buat juga. Sebagai tanda persetujuan bersama bagi mengelakkan penipuan. Akan ada sign polis sebagai saksi”

“Mesti ada ‘orang dalam’ tolong (doktor dan pejabat pemerintah). Mudah, sign-sign je dah setel.” – Bonda. Dipetik dari Al Jazeera.

https://youtu.be/Zsqesij-S5Y?t=1s

Jika berpandukan kepada agama pulak, Ustaz Azhar Idrus ada kata yang hukum ‘bin atau binti’ kan anak angkat dengan nama bapa angkat adalah berdosa besar. Ia jugak akan menjadi masalah dalam soal wali nikah dan pembahagian harta pusaka kerana bapa angkat tak boleh menjadi wali nikah. Menurut Ustaz MAZA, anak angkat tak berhak untuk dapat harta pusaka. Tapi korang boleh berikan anak angkat harta dengan membuat wasiat.

Menurut video Al Jazeera, pengambilan anak angkat secara legal kat Malaysia ni memerlukan masa yang lama sehingga bertahun-tahun serta prosesnya jugak sangat rumit. So kami cuba tengok, sejauh mana ‘kerumitan’ yang dinyatakan tu…

Memang susah ke nak ambil anak angkat ikut JKM?

menghitung-hari

(Nota: Penat kami cuba hubungi JKM tapi tak dapat jawapan, jadi kami ringkaskan apa yang disiarkan kat website dorang.)

Cara yang betul ialah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikelolai oleh kerajaan dengan cara mengisi permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) tempat korang bermaustautin/tinggal atau boleh jugak isi secara online dan sertakan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:

  1. Gambar ukuran pasport (suami dan isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
  3. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  4. Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dan lain-lain.

Lepas pemohonan dah diterima, korang akan dipanggil interview dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk:

  1. Tengok macam mana background sosial korang.
  2. Menilai kesanggupan korang jadi keluarga angkat.
  3. Menjelaskan implikasi jadi keluarga angkat.
  4. Kesanggupan korang untuk memenuhi syarat mengikut akta ditetapkan.
Tapi selain JKM, ada lagi tak badan lain yang korang boleh jumpa untuk mengambil anak angkat secara sah? Ada, korang boleh apply melalui mana-mana orphancare yang berdaftar.

Selain JKM, korang boleh pergi ke badan NGO untuk mengambil anak angkat (secara sah)

Menurut Nurul, prosedur dengan NGO ni lebih kurang sama:

“Tapi sama je JKM dan orphancare (badan NGO) ni, tetap masuk waitinglist jugak. Kalau list nama kita naik, kena pergi interview dan mereka akan cek financial kita dulu samada kita boleh bela anak tu ke tidak. Ini semua makan masa.” – Nurul ketika di interview oleh SOSCILI.
Menurut Nurul lagi, kalau korang dah kena panggil interview tapi tak datang, so secara automatik pemohonan korang tu akan dibatalkan. Korang kena apply baru dan tunggu lagi beberapa tahun.
giphy
Kami kat SOSCILI cuba menghubungi Yayasan Orphancare untuk bertanya pasal proses amik anak angkat ni dan mereka ada jelaskan beberapa kriteria. Antaranya ialah:
  1. Pemohon kena berkahwin lebih dari 5t ahun.
  2. Jumlah pendapatan isu rumah lebih daripada RM5000 sebulan.
  3. Takde rekod jenayah.
  4. Pengesahan surat dokter yang pasangan ni (pemohon) sihat fizikal dan mental.
  5. Menetap dikawasan yang selamat.

“Kalau usia perkahwinan belum lebih dari 5 tahun, pemohon kena dapatkan surat doktor yang mengesahkan bahawa pemohon menghadapi masalah kesuburan.” – Yayasan Orphancare ketika di interview oleh SOSCILI.

Selain itu, Yayasana Orphancare ada bagitahu yang dia akan datang periksa keadaan rumah korang untuk pastikan ia sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya kalau korang duduk rumah apartment yang tinggi-tinggi tu, korang kena pastikan ianya selamat dan berpagar untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terjatuh. Mereka jugak akan periksa keselamatan dan environment persekitaran rumah korang.

Walaupun korang amik anak ni secara sendiri tak melalui JKM, korang tetap kena buat pendaftaran dan memaklumkan kat JKM dan JPN dalam masa seminggu pengambilan, kalau tak korang boleh kena denda.
*Nota: Orphancare ada menghubungi kami, dan mereka ingin mengingatkan bahawa OrphanCare bukan sebuah rumah anak-anak yatim tapi dia menguruskan anak-anak yatim dari badan kebajikan lain. Mereka juga tidak menjaga bayi-bayi yang diletakkan di dalam Baby Hatch. Mereka menguruskan pengambilan anak ini sebagai anak angkat oleh pasangan yang telah berdaftar (dalam senarai menunggu).

Dah dapat anak, kena buat pemohonan dengan JPN pulak

dokumen-anak-angkat

(Nota: Macam JKM, kami tak berjaya menghubungi JPN untuk komen, jadi kami sertakan apa yang kami dapat dari website dorang).

Lepas dah setel, korang kena buat Pemohonan Pengangkatan dekat mana-mana cawangan JPN. Semasa proses tu, ibubapa kandung tak perlu turut hadir bersama ke JPN sebab dah ada Surat Keizinan Berkanun (yang bersaksikan polis seperti yang dinyatakan sebelum ni).

Tapi macam mana pulak kalau amik anak yang lahir kat Malaysia tapi takde Sijil Kelahiran? Ok menurut portal JPN, korang boleh buat Permohonan Daftar Lewat Kelahiran je tapi sekiranya amik anak angkat yang lahir kat luar Malaysia, kanak-kanak tersebut kena tamatkan tempoh permastautinnya sebelum layak untuk buat Pemohonan Pengangkatan.

taklimat-mbwn-johor-ppdjb332011-36-638

Sijil Anak Angkat ni akan dikeluarkan bagi gantikan Sijil Kelahiran dengan bayaran sebanyak RM30.00. Imej dari Mizamimi

Fungsi Sijil Pengangkatan ni sama je dengan Sijil Kelahiran. Ia boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain.

Contoh Sijil Kelahiran. Imej dari Panduan Kelahiran.

Contoh Sijil Kelahiran. Imej dari Panduan Kelahiran.

Seperkara penting yang perlu korang tahu bila nak amik anak angkat ni (tak kiralah melalui JKM atau orphancare) ialah dalam tempoh dua tahun penjagaan bayi tersebut, pihak JKM/orphancare/keluarga bayi boleh buat tuntutan mahkamah untuk membatalkan perjanjian dan menarik balik hak jagaan anak tersebut.

giphy-1

“Lepas penyerahan bayi, dalam tempoh dua tahun temporary tu, kami berhak mengambil semula hak jagaan sekiranya anda tidak memberikan penjagaan yang sempurna.”-  Yayasan Orphancare ketika di interview oleh SOSCILI.

Ada je jalan yang sah, mudah, dan cepat selain daripada ejen pembelian anak

Oleh kerana proses mengambil anak angkat ni agak panjang, ramai pasangan memilih jalan pintas (pembelian bayi) kerana ia lebih cepat dan mudah (tapi mahal gila wooo). Tapi macam yang Al-Jazeera laporkan, ini boleh menggalakkan pemerdagangan bayi, sampai ada pasangan asyik beranak semata-mata sebab nak jual.

Sebab tu la selain JKM, korang boleh refer mana-mana NGO yang menyediakan perkhidmatan anak angkat secara sah.

Yayasan Orphancare ada kata yang sebenarnya berapa lama nak kena tunggu tu bergantung kepada keadaan pemohon sendiri dan bayi yang terdapat pada masa tu.

“Kalau anda tak mempunyai apa-apa masalah, semuanya ok dan bayi pun dah ada. Anda dah boleh dapat anak angkat dalam masa berapa bulan je.“- Yayasan Orphancare ketika di interview oleh SOSCILI.

Dan semenjak laporan Al-Ajazeera jugak, kerajaan nampaknya semakin rajin dalam mengambil tindakan. Malah ‘bonda’ yang dilaprkan oleh Al-Jazeera pun dah kena tangkap! Syabas PDRM!

Kalau korang jumpa apa-apa aktiviti macam ni yang macam ada tak kena je… jangan lupa report kat polis! Takpun tweet je terus kat IGP Khalid.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend