Berapa ramai ahli UMNO berani mengkritik Najib secara terbuka? [Dah update!]

(Klik sini untuk baca artikel dalam Bahasa Inggeris. Artikel ini dikemaskini pada 20/10/2016.)

Ahli politik mengkritik sesama sendiri tu memangnormal lah, dah nama pun negara demokrasi. Bila BN buat polisi atau kenyataan, memang Pembangkang akan mengkritik. Dan bila Pembangkang buat polisi atau kenyataan pun… faham-faham ajelah.

Tapi, kerap tak kita tengok kritikan datang dari dalam parti sendiri? Kalau korang ikut berita UMNO, tentu korang tahu yg PM Najib sekarang ni jadik bahan kritikan ramai ahli UMNO sendiri. Ramai ahli UMNO yang sudah berani secara terang-terangan sound PM Najib – terutamanya isu berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 billon tu. Tapi ‘ramai’ tu berapa orang sebenarnya?

CILISOSCILI suka sangat seksa penulis-penulis kami suruh kira benda-benda yang tak boleh dikira contohnya jumlah orang yang datang Bersih 4.0 hari tu. Kali ni kami disuruh mengira lagi (ingatkan dah jadi penulis tak payah hadap matematik lagi), iaitu jumlah ahli UMNO yang bersuara menentang/mengkritik PM Najib tahun ini.

Kriteria pemilihan untuk masuk artikel ini adalah:

  1. Kami hanya masukkan nama mereka yang masih di dalam UMNO sehingga 2015, tapi mungkin ada yang dah keluar UMNO sejak itu.
  2. Hanya ahli UMNO sahaja. Parti komponen BN seperti MCA dan MIC tidak dikira, jadi jangan pulak komen kata kami tertinggal Ling Liong Sik ye?
  3. Ada yang kami kategorikan dalam kumpulan, supaya korang tak payah baca artikel sepanjang 5,000 perkataan, jadi mungkin ada juga yang bertindih.

TIGA pemimpin akar umbi keluar parti selepas sorang daripada mereka kena gantung atas alasan “mensabotaj Najib”

mohd-rafiq-keluar-umno
Imej dari Malaysiakini.

Bila: Oktober 2016
Status keahlian: 30 confirm keluar, 120 lagi dijangka akan ikut sama

Dalam satu acara kat hotel De Palma di Ampang, 30 pemimpin akar umbi UMNO mengumumkan mereka nak keluar parti sebab telah hilang keyakinan ke atas kepimpinan PM Najib.

“Kerana apa kami buat, kerana matlamat perjuangan Umno tak letak rakyat keutamaan, tetapi membenarkan, menyokong kemungkaran dan salah guna kuasa berleluasa di Malaysia” – Mohd Rafiq Naizamohideen, dipetik oleh Malaysiakini.

Ahli yang mewakili kumpulan tersebut adalah Mohd Rafiq Naizamohideen, yang sebelum ini telah digantung selama 6 tahun kerana didakwa cuba mensabotaj Najib dengan menjemput Dr. Mahathir berucap dalam sebuah forum. Katanya lagi, dia ada fikir nak join parti baru Matahir dan Muhyiddin, iaitu BERSATU.

Dua pemimpin otai kat Johor keluar sebab tak yakin dengan kepimpinan sekarang

Imej dari Berita Harian Online.
Imej dari Berita Harian Online.

Bila: September 2016
Status keahlian: Keluar

Datuk Baharom Abdul Ghani, pengerusi tetap UMNO bahagian Gelang Patah telah patah hati dengan kepimpinan UMNO dan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti.

Pada masa yang sama, naib ketua Kulai iaitu Datuk Tosrin Jarvanti turut mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera UMNO kepada ketua bahagian:

“Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu.” – Datuk Tosrin Jarvanti, dipetik oleh Malaysiakini.

1500 (!!!!) ahli Sabah keluar UMNO

Bila: Julai 2016
Status keahlian: Dah keluar, tapi jumlah sebenar masih lagi diperdebatkan

shafee-apdal-bersatu
Pergh.. ramai betul pengikut.

Shafie Apdal nampaknya memang mendapat sokongan kuat daripada orang Sabah. Sebaik sahaja dia kena gantung dengan parti, dalam 50 ke 300 ahli UMNO kat Sabah keluar parti untuk membantah. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada 600, dan last time kami check pada Julai, adalah sebanyak 1500 orang ahli. Sampaikan UMNO bahagian Kanar kena tutup sebab ada 96 orang ahli je yang tinggal.

Tapi dalam masa yang sama Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan kata berita ni tak benar sebab dia tak terima sebarang surat rasmi daripada ahli UMNO Sabah. Tapi kalau ini benda betul, geng-geng yang dah keluar ni boleh la join parti baru Shafie iaitu Parti Warisan Sabah.

Lima ketua bahagian secara terbuka meminta PM Najib meletak jawatan

umno_selangor_anti_najib_taman_melawati_161215-e1450670017358

 

Bila: Disember 2015
Status keahlian: Masih ahli

Lima lagi ketua UMNO bahagian di Selangor yang terbabit dengan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah dengan secara terbukanya meminta PM Najib untuk berundur. Mereka juga menentang penangguhan pilihanraya yang dibuat Najib dan meminta pemimpin untuk tidak mengambil tindakan terhadap ahli yang bersuara bagi memastikan demokrasi.

Kemudiannya, Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan mencabar gerakan tersebut untuk membuat tindakan rasmi melalui UMNO untuk meminta Najib meletak jawatan. Apa lagi, GKCM ni pun buat betul-betul.

Seorang ketua bahagian dipecat, lima memprotes dan letak jawatan

Datuk Hamidah yang bertudung merah, duduk. Gambar asal dari The Malaysian Insider.
Datuk Hamidah yang bertudung merah, duduk. Gambar asal dari The Malaysian Insider.

Masa: November 2015
Status keahlian: Seorang dipecat, lima lagi meletak jawatan. Kesemuanya masih ahli UMNO.

Ketua Wanita UMNO bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat kerana “masalah disiplin” apabila beliau menghadiri majlis bersama Dr. Mahathir dan membuat penyataan mengkritik PM Najib.

Datuk Hamidah bukanlah calang-calang ahli. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita UMNO dan Ahli Exco Perak, dan sudah hampir 33 tahun berada dalam parti itu. Beliau bertegas yang beliau masih ahli UMNO walaupun sudah dipecat dari jawatannya. Beliau menerima sokongan dari bekas TPM Muhyiddin yang menyatakan pemecatan beliau adalah tidak mengikut perlembagaan parti.

Selepas Datuk Hamidah dipecat, 5 lagi ahli UMNO dari bahagian Gopeng – ketua penerangan, bendahari, setiausaha, dan dua ahli jawatankuasa – juga meletak jawatan atas dasar solidariti dengan Datuk Hamidah. Mereka menyatakan yang perkara yang terjadi pada Datuk Hamidah memberi kesan pada mereka juga.

Sekurang-kurangnya 20 ketua cawangan UMNO bergabung membentuk kumpulan Anti-Najib

Sidang media GKCM . Gambar asal dari The Malaysian Insider
Sidang media GKCM . Gambar asal dari The Malaysian Insider

Bila: November 2015
Status keahlian: Masih ahli. Mungkin dalam penyiasatan

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) adalah gabungan ketua-ketua cawangan UMNO yang mahukan PM Najib meletak jawatan. Gabungan ini menyatakan yang mereka sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan PM Najib dan pandangan mereka telah dipinggirkan oleh barisan kepimpinan atas; jadi ahli akar umbi dan ketua-ketua cawangan memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kembali maruah UMNO.

“Kini terpulang kepada usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan,” – Kamarul Azman Habibur Rahman, ketua cawangan UMNO Taman TKK dan juga jurucakap GKCM, seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Insider.

Oh, lagi satu, dua puluh orang yang kami nyatakan tadi adalah anggaran kecil berdasarkan bilangan ketua cawangan yang menghadiri majlis pelancaran GKCM. Gabungan tersebut mendakwa yang ada ratusan lagi ketua cawangan yang menyokong mereka tetapi secara sembunyi atas sebab keselamatan.

Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan menyatakan yang ahli gabungan itu akan dibawa ke perbicaraan disiplin.

TIGA BELAS Ketua Cawangan UMNO dari Negeri Sembilan menggesa PM Najib letak jawatan

Najib quit
Ketua-ketua Cawangan di sidang media. Gambar dari Malaysiakini.

Bila: Oktober 2015
Status keahlian: Masih ahli kemungkinan menghadapi siasatan

13 Ketua Cawangan UMNO di Teluk Kemang, Negeri Sembilan telah mengadakan sidang media mendesak PM Najib meletak jawatan supaya “Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datangMenyifatkan yang ia adalah keputusan yang “terbaik untuk UMNO dan generasi muda Melayu” ketua kumpulan tersebut Kamarul Azman Habibur Rahman juga menambah yang UMNO perlukan seorang pemimpin yang kuat untuk memimpin parti di Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walau bagaimana pun, Ketua Bahagian Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan mereka, dan menyatakan yang siasatan dalaman menunjukkan yang hanya lima cawangan yang terlibatbukan 13 seperti yang didakwa kumpulan itu. Beliau juga berasa hairan kenapa baru sekarang pula ketua-ketua cawangan tersebut bersuara sedangkan keputusan secara kolektif untuk menyokong PM Najib sudah dibuat dalam mesyuarat Bahagian. Beliau juga mendakwa sebahagian ahli telah diperdaya untuk menghadiri sidang media itu.

Kemungkinan besar 13 orang tersebut (buat masa sekarang) akan menghadapi tindakan tatatertib kerana secara terang-terangan mendesak PM Najib letak jawatan, dan melawan polisi keputusan kolektif UMNO.

Otai-otai UMNO, termasuklah dua veteran berkumpul untuk mengkritik PM Najib

ST_20151013_VNSTSOSMA_1754354
Dari kiri: Shafie Apdal, Muhyiddin, Dr.M, Tengku Razaleigh, Sanusi Junid, Ong Tee Keat. Gambar dari Reuters melalui The Straits Times.

Bila: Oktober 2015
Status keahlian: Hanya Tengku Razaleigh masih ahli ketika ini

Selepas penangkapan Khairuddin Hassan di bawah SOSMA, enam orang ahli dan bekas ahli politik membuat sidang media mendakwa PM Najib menyalahgunakan kuasa. Enam otai tersebut adalah :

  • Datuk Seri Shafie Apdal – Naib Presiden UMNO, digugurkan dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas rombakan kabinet.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Presiden UMNO , digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet.
  • Dr. Mahathir – Bekas Perdana Menteri
  • Tengku Razaleigh – Bekas menteri UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang.
  • Tan Sri Sanusi Junid – Menteri UMNO yang sudah bersara, meninggalkan UMNO pada tahun 2008, kami tak masukkan dalam kiraan.
  • Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, tak masuk dalam artikel ni, pasal artikel ni tentang UMNO sahaja. Sorry Dato’!

Apa yang epic tentang gambar di atas, selain daripada meja tu tak roboh sebab terlalu ramai pemimpin heavyweight BN (pahe dok? HEAVYweight) ialah Tengku Razaleigh (berbaju putih) duduk bersebelahan dengan Dr. Mahathir. Biasa je, korang kata? Oklah, mungkin adik-adik belum lahir lagi waktu tu, tapi mai kami nak bukak cerita ni. Pada zaman dahulu (tak de la dahulu sangat, tahun 1987 je pun) Tengku Razaleigh dan Dr. M adalah musuh ketat. Persengketaan mereka amat hebat hingga memecahbelahkan UMNO dan menyebabkan parti UMNO ‘baru’ didaftarkan oleh Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh membentuk parti Semangat 46. Ya. UMNO yang kita sayangi hari ini bukanlah UMNO yang sama dengan UMNO tahun 1987.

Dalam sidang media itu, mereka menuduh PM Najib menyalahgunakan SOSMA atas sebab politik. Shafie dan Muhyiddin menyatakan yang waktu mereka menyokong meluluskan SOSMA dulu dalam Kabinet dan Parlimen, “jaminan sudah diberikan bahawa SOSMA tidak akan digunakan untuk politik

Kami bukan sengaja tak kira Dr. M tau.. jap lagi kami ulas pasal beliau :)

Ikon Kesederhanaan Saifuddin Abdullah keluar UMNO dan sertai Pembangkang

saifuddin
Dato’ Saifuddin Abdullah.

Bila: Oktober 2015
Status keahlian: Keluar UMNO untuk sertai PKR

Jolokan nama “ikon kesederhanaan” bukanlah sesuatu yang media saja-saja bagi. Beliau merupakan (bekas) CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global sehinggalah beliau keluar dari UMNO. Disebabkan gelaran inilah beliau telah kalah dalam beberapa jawatan kepimpinan kerana pendapatnya yang agak liberal dan mengkritik apa yang beliau rasa ekstremis dalam UMNO. Korang boleh baca wawancara kami dengan beliau dan Tan Sri Kadir (sorang lagi veteran UMNO) tentang perubahan UMNO berbanding yang dulu.

Bila ditanya kenapa keluar UMNO dan masuk PKR, Saifuddin menjelaskan yang dia ada objektif yang jelas untuk memperjuangkan perubahan politik dan reformasi berinstitusi…

“Namun begitu, setelah sekian lama dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), saya tidak nampak ia dapat dilakukan secara konklusif dan subtensif. .. Oleh disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan di sebelah sini setelah percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh PKR yang ternyata rapat dengan apa saya perjuangkan selama ini,” – Dato’ Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan dalam The Rakyat Post 

Dan beliau juga menggesa PM Najib menjelaskan tentang situasi 1MDB secara langsung di TV.

Seorang ahli UMNO misteri menyaman PM Najib sebanyak USD 650 juta! 8-O

najib sue
Tangan siapa ni? Gambar asal dari The Malaysian Insider.

Bila: Sejak Ogos 2015
Status keahlian: Dipecat dari UMNO

Sedang kita sibuk baca berita saman menyaman PM Najib (beliau menyaman Wall Street Journal dan bekas President MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, kemudian beliau disaman pula oleh PKR ) tiba-tiba ada pulak seorang ahli UMNO misteri menyaman PM Najib sebanyak USD 650 juta! Jumlah ni bukanlah saja-saja je dipetik dalam mimpi tapi berdasarkan USD681 juta, atau yang lebih kita maklum (tuduhan) skandal derma RM2.6 billion. Saman itu mendakwa PM Najib melakukan penipuan dengan menerima wang ke dalam akaun peribadi beliau tanpa pengetahuan parti dan beberapa perkara lain yang korang boleh baca di sini.

Yang peliknya, beberapa minggu sebelum itu, seorang ahli Wanita UMNO dari Langkawi bernama Anina Saaduddin menuduh PM Najib menipu ahli-ahli UMNO di dalam video viral ini. Antara kata-kata beliau dalam video ini:

unnamed
Anina Saaduddin. Image from Malaysiakini

“Tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari. Setiap hari kencing kita, keluar dekat televisyen merata-rata” – Anina Saaduddin, dari ulasan video Says.com

Eh jap, tadi kita cerita pasal ahli UMNO misteri menyaman PM Najib kan? Kenapa tiba-tiba masuk cerita lain pulak ni? Ha, ini bukan silap edit tau. Sebab rupa-rupanya ahli misteri itu adalah……. Anina Saadudin!

dundundun
Jeng jeng jengggggg~

Tak sangka kan? Anina juga menyaman PM Najib bagi pihak UMNO sebab beliau mendakwa yang parti tidak berupaya mengambil tindakan sendiri ke atas PM Najib disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin parti.

Yang kelakarnya kalau Anina menang saman, USD650 juta tu nilainya jadi lebih tinggi dari USD681 juta (derma) tu dek kerana nilai tukaran wang kita yang semakin merosot :lol:

TIGA ORANG ahli akar umbi menggesa PM Najib bersara

Moohamad-Faizal-Abdul-Raub2
Susah pulak nak jumpa gambar-gambar mereka.

Bila: Ogos, September 2015
Status keahlian: Masih ahli, dua orang meletak jawatan

Ahli akar umbi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan ahli-ahli yang berhubung terus dengan rakyat. Ahli akar umbi penting kepada sesuatu parti kerana mereka inilah yang paling rapat dengan pengundi. Tiga orang ahli akar umbi yang sudah bersuara menentang PM Najib adalah :

  • Moohamad Faizal Abdul Raub – Ketua Pemuda Cawangan Keliang dan Exco Pemuda UMNO Hulu Selangor, meletak semua jawatan.
  • Asrul Esreen Mohd. Salleh – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Tenggara, meletak jawatan.
  • Ramli Yunos – Aktivis UMNO Pokok Sena

Mereka bertiga rasa kurang senang dengan perkembangan terkini – yang mereka dakwa meletakkan kepentingan menyelamatkan PM Najib berbanding kelangsungan parti. Mereka membidas Himpunan Baju Merah dan mempersoalkan adakah himpunan itu untuk menyelamatkan maruah Melayu atau untuk menyelamatkan Najib?

Satu point lagi yang mereka nyatakan ialah rakyat sudah hilang kepercayaan pada UMNO disebabkan isu-isu dan perlakuan pentingkan diri sendiri pimpinannya dan sikap pemimpin atasan yang tidak memperdulikan sentiment akar umbi. Padahal akar umbilah penggerak utama jentera UMNO dan terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat.

“Kami di bawah, akar umbi, sudah tidak berdaya berdepan cemuhan dan tohmahan orang ramai. Akar umbi terpaksa berdepan dengan rakyat di bawah, tetapi pemimpin atas tidak pernah mengetahui sentimen di bawah” – Moohamad Faisal, dipetikdari The Malaysian Insider

Kat bawah nanti kita bincang kenapa point ini penting.

Menteri Besar Johor dan anaknya yang suka tanya PM Najib soalan-soalan cepu emas

c840864695fcd34e80f4369c36a4f780_XL
Gambar dari mStar Online

Bila: Ogos 2015
Status keahlian: Masih ahli, masih Menteri Besar Johor.

Sebenarnya dah banyak jugak la teguran-teguran yang ditujukan kepada PM Najib dari negeri Johor. Jadi MB Johor, Datuk Seri Khaled Nordin – yang juga merupakan Ketua UMNO Johor – agak ‘berhati-hati’ dalam menyatakan sokongan beliau kepada PM Najib.

Sebelum ni beliau pernah menyatakan yang PM Najib ialah nahkoda kapal dan perlukan sokongan ahli-ahli untuk mengharungi waktu-waktu kritikal ini. Tapi beliau juga pernah buat kenyataan dalam Facebook menggesa ahli-ahli supaya tidak berdiam diri bila berdepan dengan kes rasuah selepas PM Najib mengumumkan yang SPRM sudah bersihkan nama beliau dari tuduhan rasuah.

akmalsaufi
Akmal Saufi. Gambar dari Politik Putra Merdeka.

Tapi anak Khaled Nordin, Akmal Saufi agak kurang berdiplomatik jika dibandingkan ayahnya. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia itu memuatnaik 15 soalan kepada PM Najib berkaitan dengan derma tersebut. Soalan-soalan tersebut korang boleh baca sendiri di laman Facebook beliau.

MUHYIDDIN meronggeng masuk ke dalam hati rakyat (dan joget keluar dari hati PM)

muhyiddin friendzoned

Bila: Mei 2015
Status keahlian: Tidak lagi dengan UMNO

Bulan Mei lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jadi bintang Youtube bila video ucapan beliau dalam mesyuarat tertutup UMNO dibocorkan secara online. Dalam video tersebut beliau bercakap tentang kemungkinan UMNO tumbang di tangan Pembangkang, menghentam Presiden Parti UMNO (dalam video tu tidak disebutkan nama, tapi siapa lagi kan?), menggesa semua lembaga pengarah 1MDB dilucutkan jawatan, presiden dilucutkan jawatan (tak pasti beliau maksudkan president 1MDB atau UMNO, tapi siapa lagi kan?), dan merangkumkan semua perkara ini menjadi Joget Beban Rakyat™ (ewah!)

Muhyiddin_Yassin_Beban_dance

Rupa-rupanya PM Najib pun tak mahu kalah lalu mencabar Muhyiddin dalam pertandingan menari dance-off. Lalu PM Najib pun membalas dengan shuffling… Tarian Cabinet Reshuffle™™ (Rombakan Kabinet).

Najib_menari_shuffle
Gerek seh PM kita..

Ini mengakibatkan Muhyiddin hilang jawatan TPM, dan khabar angin menyatakan yang beliau diketepikan dari aktiviti parti kerana masih berterusan bersuara tentang 1MDB.

Seorang bekas menteri meminta rakyat Malaysia berdoa semoga PM Najib meletak jawatan

Zainuddin-Maidin_new_600
Tan Sri Zainuddin Maidin. Gambar dari Free Malaysia Today.

Bila: Mei 2015
Status keahlian: Masih ahli

Selain dari penyokong setia Dr. Mahathir, Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan bekas Ketua Editor Utusan Melayu, bekas Ahli Parlimen dan bekas Menteri Penerangan. Tapi sejak akhir-akhir ini, beliau lebih menyerlah di dunia online melalui blog beliau. Penulisan beliau mengenai politik (yang kebanyakannya tidak berpihak pada PM Najib) menyebabkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Selain daripada menulis tentang (tuduhan) skandal kewangan PM Najib, beliau menulis satu blog post tentang PM Najib yang menyamakan keadaan beliau sekarang (diasak supaya letak jawatan) sama dengan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi Zainuddin membandingkan sokongan daripada kaum Cina dan India sewaktu era Dr. Mahathir dahulu lebih kuat berbanding sekarang ini yang mana kebanyakan mereka hanya memberi “I Love You” palsu”.

Dalam blog post yang sama juga beliau meminta rakyat Malaysia menyertai Dr. M (yang ketika itu sedang mengerjakan umrah) untuk berdoa agar “Allah membuka hati PM Najib untuk dengan secara bijaksana berundur diri dan meletakan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara”

Khairuddin Hassan membuat laporan polis pasal 1MDB… serata dunia!

khairuddin_abu_hasssan_matthias_chang_FB_pic_620_321_100
Khairuddin Hassan dengan gaya Neo The Matrix dan peguam beliau Matthias Chang sebagai Morpheus. Gambar dari The Malay Mail.

Bila: Sejak Disember 2014
Status keahlian: Dipecat dari UMNO

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mula mendapat perhatian berita bila beliau membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Tak cukup dengan itu, Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang mengembara serata dunia antara bulan Jun hingga Ogos untuk buat laporan polis tentang 1MDB di Perancis, London, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. (Wah, glokal gituu!). Ketika mereka bersiap untuk ke US untuk bertemu FBI (perrghh!), beliau telah ditahan, dibawa ke mahkamah dan DITAHAN SEMULA bawah SOSMA.

SOSMA tu apa? Macam biasa dengar aje. SOSMA ni bukanlah isteri PM Najib kita tapi satu akta yang digubal untuk digunakan pada pengganas. Ulang suara: Pengganas.

Menurut IGP Khalid, laporan-laporan polis tersebut dan penyerahan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB adalah perbuatan sabotaj pada negara. Matthias yang turut sama dalam perjalananan tersebut juga ditahan dibawah SOSMA ketika beliau melawat Khairuddin di tahanan.

cilisos featured image malaysia can handle isis
Gambar dicuri dari Cilisos

Kami ada buat liputan khas tentang Khairuddin di sini, latar belakang beliau sungguh menarik, kalah cerita Polis Evo. (Ye Mak Jemah, beliau juga merupakan suami pelakon Umie Aida)

Dan akhirnya, pencetus segalanya, Dr. Mahathir.

najib cilisos mahathir featured image
Gambar dicuri dari CILISOS.

Masa: Sejak zaman Tok Kadok
Status keahlian: Keluar UMNO

Okay, semestinyalah Dr. Mahathir termasuk dalam senarai kami ni kan? Tapi sebab dah banyak kali sangat kami sebut Dr. M dalam point-point sebelumnya so tak payah nak ulang dah kat sini.

Presiden 1MDB Arul Kanda pun menyatakan yang Dr. Mahathir ni punca kontroversi 1MDB walaupun sebenarnya Tony Pua yang mula-mula mengketengahkan perkara ini. Dan akhir-akhir ini memang nampak Dr. M semakin lantang bersuara tentang 1MDB dan kontroversi ‘derma’.

Jika dah ramai sangat ahli UMNO tak puas hati, kenapa diaorang tak keluar parti je atau undi menentang PM Najib?

PM Najib berucap di Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Pasir Gudang. Tentu sekali audien di situ tak masuk dalam senarai kami. Gambar dari The Malaysian Insider.

Soalan cepu emas: Jika ahli-ahli UMNO rasa tak puas hati seperti yang dikatakan oleh beberapa sumber (atau seperti dalam artikel ini), kenapa tak keluar parti atau pun lebih bagus sokong undi tidak percaya PM Najib dalam parlimen? Ada beberapa sebab kenapa tak jadi macam tu…

Pertama sekali mungkin ramai ahli parti yang tak sokong PM Najib, tapi sokongan mereka kepada parti UMNO itu sendiri tidak berganjak. Ramai dari kita salah faham PM Najib = UMNO dan terlupa yang UMNO terdiri dari lebih 3 juta ahli, dari PM Najib hinggalah ahli-ahli biasa, dan masih ramai yang betul-betul percaya yang parti itu masih lagi membawa kebaikan kepada negara. Contohnya Moohamad Faizal, yang meletak jawatan bila ditanya adakah beliau akan keluar parti. Ini jawapan beliau:

“Tidak sama sekali! Saya masih percaya dengan UMNO dan yakin bahawa ada lagi pemimpin-pemimpin yang masih berpegang dengan semangat UMNO dan setia dengan asas dan perjuangan parti.” – Moohamad Faizal, petikan dari Free Malaysia Today.

Sebab berikutnya, kenapa ahli UMNO tak buat apa-apa pun padahal mereka tak puas hati dengan UMNO ialah ramai yang takut dikenakan tindakan, ataupun suara mereka tidak didengari. Seperti mana yang kita lihat dalam rombakan kabinet, Perdana Menteri masih berkuasa memilih menteri berdasarkan kriteria yang beliau mahu. Mungkin juga ada sesetengah Ahli Parlimen atau kepimpinan atasan UMNO takut kehilangan jawatan mereka. Dan seperti yang didakwa Dr. M, mungkin juga ada unsur politik wang dalam memenangi sokongan. Polisi parti yang agak ketat dalam kebebasan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati juga antara sebabnya. Dalam konteks ini, perbandingan antara falsafah BN dan Pakatan (sebelum berpecah). BN meletakkan kepentingan pada keputusan kolektif, sementara Pakatan menggunakan pendekatan bersetuju untuk tidak setuju (agree to disagree). Ada kelebihan dan kekurangan kedua-dua pendekatan ini. Dalam BN, lebih sukar untuk suarakan ketidakpuasan hati, dan dalam Pakatan, sebab ‘agree to disagree’ sangat sampaikan terus bercerai.

Sebab terakhir, dan mungkin yang paling utama ialah ramai ahli UMNO yang takut bila PM Najib letak jawatan BN akan kalah pilihanraya dan akan jadi kerajaan Pembangkang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh ahli akar umbi yang telah menyuarakan isi hati mereka. Macam mana ye nak sokong parti, tapi tak nak sokong pemimpinnya?

About Rina Sadon 6 Articles
I look like the typical mom next door. Love baking, sewing projects, taking care of my family. But I have a secret exciting life too. I'd tell you but then I'd have to kill you ;)