Indonesia dah lama buat, Malaysia baru je luluskan di Dewan Rakyat?

Mesti ada antara korang atau adik-adik korang yang dah sambut hari jadi ke-18. Maknanya, SPM pun dah lepas dan dah mula buat permohonan untuk masuk menara gading. Lesen memandu pun ada yang lulus atau tak lepas ujian naik bukit.

UPDATE 17/7/2019: Dan…lepas ni yang berumur 18 tahun dah pun boleh mengundi selepas majoriti lebih dua pertiga ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong RUU umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun. Ini satu sejarah baru buat Malaysia.

Dulu umur 18 tahun tak boleh mengundi, tapi boleh beli rumah semua

Kalau semua orang perasan, umur 18 tahun dah boleh beli rumahtanda tangan kontrakberkahwin dan dijatuhkan hukuman sebagai penjenayah. Tapi, kenapa dulu korang kena tunggu LEBIH TIGA TAHUN sampai umur dah 21 baru boleh MENGUNDI di Malaysia?

Amaran ada. Tapi ramai je yang langgar. Imej dari blogdzyne-element.

Dulu, ada sekumpulan pelajar tertanya-tanya soalan yang sama dengan melancarkan kempen agar umur untuk layak mengundi diturunkan. Undi 18 adalah satu inisiatif dari Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA) untuk memberi tekanan kepada parlimen kita supaya Perlembagaan dipinda.

Jadi, adik-adik kita dah cecah umur 18 tahun boleh mengundi dalam PRU. Kalau perkara ni berlaku, mereka akan berhenti memprotes atau membuat memes dan boleh meluahkan rasa marah ke dalam peti undi.

Maka banyak persoalan yang timbul. Adakah membenarkan mereka yang berumur 18 tahun mengundi adalah idea yang tak bagus untuk negara? ATAU memang mengundi pada umur 21 tahun adalah standard di seluruh dunia? Kalau macam tu, dari manakah datangnya undang-undang ini dan bagaimana ianya sampai ke tahap ini? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kita perlu tengok balik sejarah sebelum pembentukan Malaya…

Undang-undang mengundi di Malaya adalah berdasarkan undang-undang kesatria British

Bila bercakap pasal umur layak mengundi adalah 21 tahun, kena tengok balik bagaimana Perlembagaan Persekutuan ini ditulis. Mana yang malas belajar sejarah dulu mestilah tak ingat yang benda ni berlaku apabila British dan Raja-Raja Melayu pada masa itu menetapkan satu keputusan. Ianya supaya undang-undang untuk Malaya diwujudkan apabila Britain memberi kemerdekaan. Macam budak-budak dulu yang tak boleh main bola, dia boleh main bola olok-olok dulu kat rumah.

Piala Dunia terjadi dirumah anda. Imej dari ilovepahang.

Beberapa tahun sebelum merdekasatu gabungan pemimpin yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bertemu dengan British dan mengambil keputusan untuk melantik beberapa orang. Ianya bagi menulis undang-undang yang akan menjadi perlembagaan. Kumpulan ini dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dan terdiri daripada lima orang pakar undang-undang dari negara-negara Komanwel diketuai oleh hakim dari England bernama Lord William Reid.

Sewaktu Suruhanjaya Reid dalam proses melengkapkan undang-undang, satu perkara yang perlu mereka tetapkan adalah bilangan umur seseorang yang dikira sebagai dewasa. Umur yang dah dipilih adalah 21 tahun yang mana lebih kurang je macam di UK. Sebab tu lah kita tak ambil umur 20 yang memang nombor bulat yang cantik…atau pun 22.

Nombor 21 datang dari zaman dulu yang dianggap oleh orang ramai sebagai dewasa dan boleh jadi kesatria pada zaman pertengahan di England. Menurut sejarah, apabila Britain datang untuk menjajah seluruh duniaundang-undang dan adat mereke juga masuk ke dalam negara dijajah termasuklah undang-undang mengenai umur orang dewasa. Sejak itu, umur 21 tahun akhirnya menjadi asas yang membenarkan rakyat di pelbagai negara untuk buat pelbagai perkara berbeza termasuk minum minuman kerasmemandu dan semestinya mengundi.

Luarnya pahlawan, dalamnya seorang anak berumur 18 tahun. Imej dari Epicwallpaperz

Memang dah terbuktii adanya asal usul macam mana umur 21 tahun dipilih sebagai umur dewasa. Tapi, macam mana boleh datangnya idea agar umur 18 tahun dikira sebagai umur dewasa?

Indonesia dah lama buat, Malaysia akhirnya dah luluskan

Perubahan umur menjadi 18 tahun menjadi perhatian pada zaman sekarang. Beberapa dekad yang lepas, kebanyakan negara menjadikan umur 18 tahun sebagai umur untuk seseorang itu tamat zaman persekolahan dan mula masuk ke universiti. Disebabkan lebih ramai orang masuk alamapengajian tinggi selepas sekolah dari zaman sebelum ni, umur 18 tahun menandakan seseorang itu dah mula menjadi bebas untuk pertama kalinya secara beramai-ramai.

Proses ini berlaku diseluruh dunia pada abad ke-20. Umur 18 tahun secara perlahan-perlahan dianggap sebagai umur dewasa bermula selepas Perang Dunia Kedua. Apabila perang bermula pada tahun 1940-an, US merendahkan umur bagi seseorang yang layak menyertai tentera dari 21 kepada 18.

Antara askar US yang menyertai Perang Vietnam. Imej dari BBc.

Ini menyebabkan gelombang orang muda yang mempertikaikan mengenai hak mengundi untuk mereka yang berumur 18 tahun sedangkan mereka dibenarkan untuk berjuang dalam ketenteraan. Kesannya kerajaan US meminda Perlembagaan pada 1971 untuk memberi peluang kepada orang muda turun mengundi pada umur 18 tahun.

Kalau nak diikutkan, US bukanlah negara pertama yang buat benda ni. Turki menjadi negara pertama yang memberi hak mengundi kepada mereka yang berumur 18 tahun pada tahun 1924, diikuti oleh Brazil 10 tahun kemudian, seterusnya Afrika Selatan pada tahun 1958UK pada tahun 1969 dan kebanyakan negara pada tahun 1970-an.

90% negara diseluruh dunia dah meletakkan umur 18 tahun sebagai syarat layak mengundi, sementara Taiwan dan Korea Selatan ada perbezaan sikit (Taiwan memilih umur 20 dan Korea Selatan memilih umur 19). Boleh dikatakan kedua-duanya dah pun memulakan proses menurunkan umur layak mengundi ke 18 tahun.

Sebab undi 18 ditolak di Malaysia dulu-dulu

Mereka yang berumur 16 tahun di Austria membuat protes di depan Parlimen agar mereka boleh mengundi. Imej dari Boston Globe.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, rakyat Indonesia dan Timor Leste adalah pengundi termuda iaitu 17 tahun. Sekarang ini, kalau korang tak kira negara-negara Timur TengahMalaysia (dulu) dan Singapura hanyalah dua negara di Asia yang masih meletakkan umur 21 tahun sebagai umur layak mengundi.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen kerajaan memberi sedikit pandangan kenapa Parlimen menolak untuk membenarkan pengundi muda untuk berbuat demikian. Sebab utama untuk terus mengekalkan umur mengundi sedemikian rupa kebanyakan berkisar mengenai kebimbangan tahap matang mereka yang berumur 18 tahun, dan kerisauan untuk membenarkan pelajar terlibat dalam politik yang akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran mereka.

“Kumpulan ini adalah lepasan SPM. Saya fikir mereka ini terlalu muda dan tak akan sesuai bagi mereka untuk mengundi.” – YB Datuk Wee Jeck Seng berkata kepada The Star.

Jadi, mereka yang tak bersetuju termasuklah pihak dari Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA) pun melancarkan kempen mereka untuk menurunkan umur mengundi di Malaysia. Kami dah pun bertanya kepada mereka kenapa umur mengundi perlu diturunkan, dan bagaimana mereka ingin mencapainya.

Ini apa yang mereka perkatakan…

Petisyen pernah dilancarkan serta mendapat sokongan ramai orang berpengaruh

MSGA berlainan pendapat dengan ahli palimen tadi, mereka menggunakan beberepa alasan termasuk bekerjamembayar cukaikahwin dan menyertai tentera sebagai sebahagian dari sebab kenapa kempen Undi 18 dilancarkan.

Kahwin pun dah boleh kan? Imej dari Berita Memey

“Jika masyarakat berkata yang kalian bertanggungjawab untuk semua perkara ini, macam mana boleh dikatakan yang kalian tak cukup matang untuk mengundi?”- Tharma Pillai, Pengarah Undi 18.

Benda ini juga dah dinaikkan serta menjadi perdebatan antara pembangkang dan ahli parlimen kerajaan ketika itu, organisasi seperti Majlis Peguam Malaysia juga menyatakan kedua-duanya, sokongan dan membangkang untuk membenarkan orang muda mengundi. Walaupun berbeza pandangan, tidak ada gerakan yang betul-betul kuat untuk meyakinkan Parlimen bagi mengubah perlembagaan supaya perkara ini boleh terjadi.

Inisaitif yang nampak besar pun adalah apabila Undi 18 melancarkan petisyen. Sasarannya bagi mengumpul 5000 tanda tangan. Kempen ini disokong oleh pelbagai organisasi pelajar Malaysia macam Perdana FellowMajlis Pelajar Malaysia UK, dan Himpunan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika. Petisyen ni tadi akan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri.

Buat masa sekarang, kempen ini dah pun mendekati Ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan petisyen, termasuk juga pimpinan anak muda dan orang yang berpengaruh, dengan harapan ianya dapat dimasukkan ke dalam agenda TN50 zaman Najib dulu. Antara pemimpin muda yang bagi sokongan secara jelas adalah Kishva AmbigapathyPemuda MIC yang juga Pengerusi Majlis Pemuda Komanwel. Dia mengalu-alukan idea ini sekali dengan mewajibkan pendidikan sivik di sekolah.

Kishva Ambigapathy & Ban Ki Moon. Imej dari Chevening.

“Menjadi aktivis muda adalah mempercayai peranan aktif yang boleh dimainkan oleh pemuda, saya lihat ini sebagai kempen yang penting untuk mendefinisikan peranan pemuda Malaysia untuk terlibat dalam demokrasi.”– Kishva Ambigapathy, berkata kepada kami satu masa dahulu

Orang lain yang menyokong kempen ini adalah Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming. Dia memberitahu kami satu masa dulu bahawa perlunya usaha untuk meningkatkan kesedaran politik di sekolah, kolej dan universiti dengan membenarkan lebih banyak debat umum dan diskusi dalam kalangan pelajar. Dengan melakukan ini, MSGA menerangkan bahawa pelajar-pelajar akan lebih tertarik dalam politik.

Selepas ni, politik makin sukar dijangka di Malaysia

Apabila ianya sudah diturunkan, takdelah budak-budak bising kat dalam media sosial je, boleh berjuang melalui peti undi. Namun, ia pastinya menjadikan parti-parti politik akan lebih berhati-hati selepas ni. Ini juga diakui oleh bekas PM, Najib Razak dengan mengatakan,

“Sukar untuk kita jangka pemikiran generasi muda, mereka bergantung kepada kepada situasi dan isu semasa waktu itu. Namun ia menjadikan politik lebih sukar dijangka, mungkin lebih rapuh,”- Najib Razak, petikan dari Sinar Harian

Nampak serius. Imej dari Sinar Harian

Perlu difikirkan juga, apakah selepas ni sekolah-sekolah juga akan menjadi medan untuk parti politik bertempur?