Tun M nak tembok besar Kuantan dirobohkan sebab ada… perkampungan rakyat China dalam tu?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS here)

Setiap minggu, ada je kisah baru pasal ahli politik Malaysia yang jadi tajuk berita. Daripada Pejabat Peguam Negara tarik balik pertuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng kepada pelantikan kontroversi Dr Maszlee Malik sebagai presiden UIAM. Disebabkan banyak sangat berita yang kontroversi, korang mungkin terlepas pandang pasal berita ni:

Tembok Besar China… Kuantan? Imej dari Malaysia Kini

Korang mesti terfikir, apa benda pulak la Tembok Besar China Kuantan ni? Kitorang pun macam terkeliru juga masa first time dengar. Tapi rupa-rupanya, Tun M cakap pasal benda ni:

Imej dari Malaysiakini

Bila kitorang buat research lagi pasal perkara misteri ni, ia nampaknya lagi pelik daripada apa yang kitorang bayangkan. Malah, mungkinkah wujud sebuah bandar Cina rahsia yang tersembunyi di sebalik dinding ni(?!).

Untuk memahami isu Tembok Besar China Kuantan ni, mula-mula kita kena faham, kenapa perlunya tembok besar ni?

Taman perindustrian negara pertama di Malaysia terletak di Kuantan

Tembok besar ni dikatakan terletak di Kuantan yang dipanggil Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP). Ditubuhkan pada tahun 2013, MCKIP adalah taman perindustrian nasional yang pertama di Malaysia yang terletak di Kuantan.

Imej dari MCKIP

Ia dimiliki oleh kedua-dua negara, dengan 51% dimiliki oleh sebuah konsortium tempatan yang dipanggil Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd, di mana Sime Darby, IJM Land dan kerajaan negeri Pahang sebagai pemiliknya. Selebihnya MCKIP dimiliki oleh Guangxi Beibu Gulf International Port Group, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan wilayah Guangxi.

Dirasmikan oleh Najib semasa menjadi PM bersama beberapa diplomat tinggi China, MCKIP dipecahkan kepada tiga fasa. Korang mungkin tertanya-tanya kenapa taman perindustrian dibuka di Kuantan? Kenapa bukan tempat lain? (tak salah pun, sebab #kamisayangkuantan). Ok lah, kes ni sebenarnya masuk akal, sebab Pelabuhan Kuantan pun dekat.

Kalau korang ada hasilkan banyak barangan untuk dieksport, perkara ni mungkin boleh mengurangkan masa yang diambil untuk perjalanan dari kilang ke pelabuhan, kan? Malah, Guangxi Beibu dah beli 40% daripada Pelabuhan Kuantan hanya beberapa bulan selepas membuka MCKIP.

Tiga fasa MCKIP dan lokasi mereka di Kuantan. Imej dari Malaysiakini

Tapi sekarang ni, cuma fasa pertama je yang siap, dan sebahagian besarnya diambil oleh kilang Alliance Steel, sebuah syarikat keluli yang dimiliki oleh Guangxi Beibu. MCKIP beroperasi sepenuhnya dan dijangka menghasilkan 15,000 pekerjaan, RM19.4 bilion dalam pelaburan dan membuka peluang perniagaan untuk kira-kira 500 perniagaan tempatan.

Dan sementara sesetengah penduduk situ mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia akan dapat pekerjaan apabila Alliance Steel akan dibuka, penduduk di Kuantan dah mula nampak beberapa papan tanda syarikat tu yang ajak rakyat Malaysia sertai mereka.

4000 pekerjaan?! Macam impian jadi kenyataan je! Imej dari Malaysiakin

Jadi… apa masalahnya sekarang ni?

Kemungkinannya, ada rahsia China yang disimpan di dalam kawasan tu

Sekarang, masalahnya adalah MCKIP sendiri. Bila fasa satu MCKIP sedang dibangunkan, tembok juga dibina di sekeliling kawasan tu. Penduduk tempatan panggil Tembok Besar China Kuantan, dan nampaknya ia memang bertujuan untuk menghalang orang daripada keluar masuk ke kawasan tu.

Malah, ada satu je pintu masuk yang dijaga sangat ketat oleh kedua-dua firma keselamatan tempatan serta pengawal dari tanah besar China, sekaligus menambah misteri di sebalik pembangunan MCKIP dan temboknya yang besar. Menurut penduduk setempat, ada rahsia bandar China di sebalik tembok tu!

SUPPLIES, MADAFADDA. GIF dari Giphy

Menurut Kerajaan Pahang pada tahun lepas, apa yang ada disebalik tembok tu adalah sebanyak 3,600 pekerja asing dan 2,400 pekerja tempatan dalam pembinaan kilang keluli. Bagaimanapun, laporan Malaysiakini pada tahun 2017 menyatakan – menurut seorang warga China dari dalam kawasan betembok tu, bilangan pekerja China sebenarnya jauh melebihi angka yang dilaporkan oleh kerajaan Pahang, dengan anggarannya 90% adalah rakyat China.

Laporan Malaysiakini juga mengatakan warganegara China tak dibenarkan meninggalkan kawasan luar tembok tu, malah menghabiskan sepanjang hidup mereka di kawasan tu. Siap ada makanan China yang daripada negara tu, wain, rokok dan makanan ringan yang diimport dari tanah besar. Malah ada sebuah pasar raya tempatan kat dalam kawasan tembok tu, yang menjual hampir apa saja yang mereka perlukan. Wah, ni baru betul Chinatown! Disebabkan dalam kawasan tu memang betul-betul lengkap, jadi rakyat China sendiri tak hairan pun nak keluar dari kawasan tu. 

“Ia sama seperti tinggal di sebuah bandar di China, kalau kami tak  keluar… Kami tak dibenarkan keluar walaupun ketika sedang bercuti. Apabila kami bercuti, kami akan menyanyi karaoke, menonton televisyen atau bermain bola keranjang. Tak banyak pun hiburan dalam taman perindustrian, “- Zhang, pekerja MCKIP, dipetik dari Malaysiakini

Kebanyakan bandar-bandar China nampak macam ni. Jadi setiap kali musim jerebu, mesti mereka rasa macam kat rumah. Imej dari CNN

Memandangkan syarikat milik kerajaan China dah pun menjalankan versi SimCity mereka sendiri di Kuantan, mungkin kita boleh faham kebimbangan di sebalik MCKIP dan temboknya. Malah mereka tak bagi Sim Chon Siang, seorang ADUN, memasuki kompleks bertembok tu, sebaliknya menghentikannya di luar dan wakil MCKIP bertemu dengannya kat luar kawasan tu. Perkara ni la yang membuatkan ia lebih mencurigakan. Kerajaan sebelum ni tak pernah ambil tindakan pasal perkara ni, jadi bila Tun Mahathir berkuasa sekarang, dia sendiri tak suka dengan tembok besar dan MCKIP.

“Takda orang pernah buat begitu. Bina tembok di sekeliling sebuah taman industri dan tak benarkan rakyat Malaysia masuk. Bukan itu amalannya. Kita ada beratus-ratus taman industri dan semuanya tertakluk kepada undang-undang Malaysia,” dipetik dari FMT

Malah kitorang siap jumpa video dari tahun lepas di mana Tun M mengkriik MCKIP… depan MCKIP sendiri. Korang boleh tengok video kat atas, dan kat situ korang boleh nampak yang Tun M memang tak puas hati yang kita kehilangan tanah negara kita sendiri dengan negara asing. Malah dia kritik yang MCKIP menghalang orang asing, dan kemudiannya mempersalahkan Najib.

https://www.facebook.com/kcdmalaysia/videos/1638627872891542/

Tembok dan ‘Chinatown’ tadi bukanlah satu-satunya isu yang melanda MCKIP sekarang. Ada beberapa kebimbangan mengenai pencemaran dan impak alam sekitar yang mungkin berlaku di kilang-kilang MCKIP di Kuantan. Malah Pahang boleh tengok sendiri pencemaran yang dahsyat berlaku semasa perlombongan bauksit yang tergesa-gesa beberapa tahun lalu. Nak nak pula China ni bukanlah negara yang pentingkan pemuliharaan alam sekitar. Jadi memang patutlah sebenarnya kita risau. Di samping tu, terdapat juga kes sebuah kilang besi di MCKIP yang mencuri air menggunakan paip haram.

Walau bagaimanapun, walaupun kebimbangan ni berlaku ….

MCKIP mungkin akan diteruskan, disebabkan situasi menang-menang untuk semua

Okay, sekarang ni ada plot twist untuk korang: Pasal tembok yang orang risaukan sangat tu? Ia sebenarnya tak mengelilingi keseluruhan MCKIP.

Gif dari monstergif.com

Rupa-rupanya, Tembok Besar Kuantan hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja. Dan menurut Alliance Steel, tembok tu sebenarnya… takde hubungan pun dengan kewujudan warga China dalam kompleks kilang mereka. Sebaliknya, mereka mendakwa yang sebab utama di sebalik dinding adalah untuk memastikan peralatan kilang yang sangat mahal tu tak dicuri.

“Kami sangat berharap ia tidak dirobohkan kerana penting dalam melancarkan operasi 24-jam kami setiap hari. Ia adalah untuk melindungi harta benda di kilang yang dilengkapi dengan mesin yang berjalan secara berterusan dan kadang kala dikendalikan tanpa pengawasan manusia. “- Steve Hu, Timbalan Komander Perikatan Steel, dipetik dari Free Malaysia Today

Dengan berita tentang kritikan Mahathir, kerajaan mula mengkaji perjanjian MCKIP sekali lagi, dengan Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming membantu menjadi orang tengah antara arahan Tun Mahathir untuk merobohkan tembok dan kehendak Alliance Steel untuk mengekalkannya. Dan nampaknya, mereka mencapai titik tengah. Ketinggian dinding dah ditetapkan untuk diturunkan kepada 1.8 meter dari ketinggian semasa, 3 meter.

Malah, Ong Kian Ming menegaskan, dengan menjaga Alliance Steel dan MCKIP dan berbincang dengan mereka untuk memperbaiki segala permasalahan ni, ia adalah situasi menang-menang bagi semua pihak.

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming. Imej dari Free Malaysia Today

Ong Kian Ming juga menerangkan yang walaupun ada banyak kemasukan warga China yang dibawa untuk membina kilang tahun lepas, kini kilang keluli beroperasi, dengan terdapat lebih 2,500 rakyat Malaysia yang bekerja di kilang tu, malah dengan makanan dan penginapan percuma.

Dia menekankan yang Alliance Steel akan sentiasa melaporkan diri kepada agensi kerajaan untuk memastikan ia tak membanjiri pasaran keluli tempatan dan mengancam kilang-kilang keluli domestik. Pelabuhan Kuantan, yang kini kurang digunakan, juga akan menjadi lebih sibuk dengan lebih banyak industri yang akan mendirikan kedai di MCKIP.

Dan sudah tentulah yang ia adalah hasil positif yang mungkin boleh kita dapati dari MCKIP.  Tapi dalam masa yang sama, kita sepatutnya terus memantau perkara ni dan memastikan yang Alliance Steel akan memenuhi kesepakatan mereka. Dan kalau MCKIP berjaya, ni cumalah yang baik untuk Kuantan, dan juga Malaysia.