- 780Share sekarang!
- Email5
- Facebook775
- Share
This article is translated from English, read the original here.
Dalam bulan lepas, seorang lelaki bernama Ross Ariffin singgah kat ofis kitorang untuk hal yang tak berkaitan dengan CILISOS/SOSCILI. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan, so bila dah kenal mulalah kami jatuh cinta dengan Ross Ariffin yang sangat menarik ni. Sebab walaupun korang tak pernah dengar pasal Ross Ariffin, konfem korang pernah dengar pasal hasil kerja dia.
Tak kiralah berapa millenial pun korang, mesti korang pernah dengar pasal Fauziah Latif, Ning Baizura, dan Siti Nurhaliza kan? Tak kenal memang nak kena hempuk.
Dah dengar? Lagu yang korang tangkap syahdu kat atas ni Ross Ariffin yang tulis. Yup, fakta! Bukan auta.
Fakta lagi, Ross Ariffin pernah menang banyak anugerah dalam industri muzik termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk album pop terbaik penyanyi Aishah yang bertajuk Wajah.
Dannn… dia buat lagu tu semua tanpa boleh bercakap Bahasa Melayu dengan fasih. Biar betol? Ye betol…
“Bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda saya. Saya tidak fasih berbahasa melayu, tapi saya faham lirik lagu.” – Ross Ariffin
Sebab Ross Ariffin ni gubah muzik, bukan tulis lirik. Kekekeke… #clickbait #jangankecamsoscili
Tapi yang sebenarnya, dragon ball ada Ross sendiri tak pasti samada dia Melayu atau tak.
Mesti korang terkejut kan? Dah la nama pun Ross Ariffin, mesti korang ingat dia ni ada darah Melayu, tambah-tambah lagi kerja dia tulis lagu Melayu. Tapi sebenarnya jauh panggang dari api. Ross sendiri cakap gitu…
“Bagi yang pertama kali jumpa saya, dia mesti perasan saya ni bukan orang Melayu biasa.” – Ross
Walaupun Ross dibesarkan dalam keluarga Melayu, dia tak pasti samada dia memang keturunan Melayu kerana dia merupakan anak angkat. Ross pernah la nak korek pasal latar belakang dia, tapi menemui jalan buntu sebab tak ada rekod pasal proses pengambilan anak angkat zaman tahun 60-an dulu. Kedua ibu bapanya juga tidak mengetahui sejarah keluarga sebenarnya.
Tapi keluarga Ross sendiri bukanlah Melayu tipikal waktu 60-an dulu. Ibunya merupakan orang putih yang berasal dari England, bapanya merupakan seorang pegawai polis. Perkahwinan campur bukan sesuatu yang biasa di zaman itu.
Bapa Ross pulak ni merupakan seorang yang sangat progresif dalam mendidik anak pada zaman itu.
“Ayah saya yang merupakan orang Melayu nak kami bercakap Bahasa Inggeris. Memang dengar agak kontroversi, tetapi ayah nak saya berpelajaran tinggi dan bercakap Inggeris.”
Ross dulu sekolah di sekolah Alice Smith yang sangat berprestij disebabkan ibunya merupakan Timbalan Pengetua kat situ. Kalau korang tengok senarai alumni sekolah Alice Smith, korang akan jumpa nama Ross Ariffin sebaris dengan nama Tony Fernandes (Air Asia) dan Nazir Razak (Pengerusi CIMB yang juga merupakan adik PM Najib).
“Selepas bapa saya meninggalkan polis, dia dihantar ke London oleh kerajaan sebagai pegawai rasmi. Mestilah saya kena ikut…tak kan lah dia nak tinggalkan saya!”
Maka berlayarlah Ross yang berusia 11 tahun pada waktu itu ke tanah England dan kemudiannya dia mendapat tajaan untuk meneruskan pelajaran di Redbridge Music School.
Jadi persoalannya macam mana budak yang penuh dengan ke-orang putih-an boleh menembusi pasaran lagu kat Malaysia ni terutama sekali lagu Melayu?
Ross mempunyai genius muzik… dan pandai market
Sejak kecik Ross ni ada kemahiran meniru semula muzik yang didengarinya melalui petikan piano. Kat situ dia dapat tahu yang dia niada kelebihan yang dinamakan Pitch Perfect. Bukan filem dengan Anna Kendrick tu ye, tapi kebolehan untuk mengenali bait-bait muzik yang didengarinya. Ditanya bagaimana dia menggubah lagu, Ross secara jujur mengatakan dia memang boleh “dengar dalam kepala”.
“Ni semua kerja dalam otak je, saya dengar dan gubah sendiri kat mana note yang nak kena mula, kat mana nak berhenti, dan lain-lain. Kalau melodi tu terus bermain dalam kepala saya selama dua minggu, saya akan rakam sebab tau ia boleh dijual.”
Sains bersetuju dengan kenyataan ini sebab ada kajian yang membuktikan bahawasanya manusia yang memiliki kelebihan Pitch Perfect boleh memproses bunyi dalam keadaan yang luar biasa dibandingkan dengan orang lain. Tapi Ross sendiri tak boleh explain kenapa muzik yang dia hasilkan sangat hit dengan orang Melayu.
“Saya tak tahu sebabnya. Mungkin kerana saya bertuah atau ia adalah kelebihan yang Tuhan bagi pada saya. Tapi saya suka fikir yang melodilah yang membuatkan Melayu boleh terima muzik saya.”
So, ini termasuklah antara perkara-perkara misteri yang takde sapa boleh explain, contohnya kenapa kucing itu comel, atau kenapa Koko Krunch sungguh bercoklat.
Sekarang meh kita dengar “konsert” impromptu yang Ross rakam kat sebuah kedai muzik, sehari sebelum interview.
Korang kenal tak semua lagu-lagu yang Ross mainkan? Try teka dulu, jawapan kitorang letak kat bawah artikel ni! Bakat Ross bukan berhenti kat Malaysia je, tapi…
Ross pernah buat persembahan kat lebih daripada 30 negara (juga kat tengah-tengah lautan)
Penglibatan Ross Ariffin dalam muzik bermula sejak di bangku sekolah dan pernah terpilih untuk membuat persembahan di Aldeburgh Festival’s Youth Orchestra, dan juga:
- Membuat persembahan solo di China
- Membuat siri jelajah di Malaysia dengan band dia (“Kami pernah main di setiap hotel di Malaysia kecuali Hotel Istana”)
- Membuat persembahan di Taiwan dengan band dia
- Menjadi ketua kumpulan bagi persembahan dia atas kapal cruise antarabangsa
- …dan banyak lagi!
So, itulah. Ross dah melawat lagi banyak negara sementara kita kat sini tengok gambar kat Instagram je lah.
Selain menggubah lagu, Ross juga turut membantu dalam menghasilkan album. Antara album yang dihasilkannya adalah Pancawarna milik tak lain tak bukan… Siti Nurhaliza!
Siti Nurhaliza adalah antara penghibur terbaik yang pernah saya berkerjasama. Siti hanya mengambil masa antara 30-45 minit untuk merakam satu lagu yang selalunya mengambil 1-2 jam bagi penyanyi lain.”
Walaupun Ross sekarang tak lagi mendapat liputan publisiti yang meluas di media, beliau masih membuat persembahan dan menggubah lagu untuk aktiviti kebajikan. Baru-baru ni Ross ada rekod lagu tema untuk PERTIWI tau!
Malaysia sangat dekat di hati Ross Ariffin
Walaupun Ross banyak merantau ke luar negara, beliau tetap menganggap Malaysia adalah rumahnya. Disebabkan itu, beliau turut melahirkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku kepada negara kita dari segi sosial:
“Saya selalu cakap saya adalah rakyat Malaysia dan kemudian baru Melayu. Tetapi Malaysia sekarang sangat berbeza dengan tahun 80-an dan 90-an dulu. Kita mula menjadi masyarakat yang berpecah-belah. Apa dah jadi? Kenapa sekarang kita mendahulukan kaum berbanding Malaysia secara keseluruhan?.”
Ross juga menyatakan kekesalannya terhadap industri muzik tanahair:
Secara jujurnya muzik di Malaysia sekarang dah mula hilang keasliannya. Cuba untuk tidak terlalu terpengaruh dengan gaya barat. Kita memang perlu seiring dengan perubahan, tapi jangan sampi kita hilang jati diri. Jadilah rakyat Malaysia dahulu.”
Jadi mungkin jawapan kepada persoalan muzik Ross Ariffin yang sangat dekat dengan pendengar di negara kita adalah bukan disebabkan kelebihannya dengan muzik atau latihan di barat yang hebat, tetapi disebabkan jiwanya yang mencintai Malaysia.
Ok, jom layan video ni pulak. Ross semberono je mainkan muzim ala-ala seram sejuk:
P/S: Jawapan bagi lagu-lagu dalam video Ross Ariffin yang first tadi:
- Dia (Fauziah Latiff) – 0:29
- Semalam Ku Tolak Ke Tepi (Liza Aziz) – 1:59
- Kau Dan Aku (Ning Baizura) – 2:57
- Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah) – 4:34
- Ceritera Cinta (Jaclyn Victor and Rio Febrian) – 6:51
- 780Share sekarang!
- Email5
- Facebook775
- Share