Ranking JDT lagi tinggi dari Southampton dan AC Milan, dan 6 lagi fakta pasal JDT dan PKNS FC!

SOSCILI nak ucapkan tahniah kat pasukan JDT dan PKNS FC yang akan berentap di Final Piala FA 2016 hari  Sabtu kat di Stadium Shah Alam!

Kalau korang tak ikut bola sekalipun, mesti korang tahu lah jugak kan sikit-sikit pasal pasukan JDT yang sering digeruni sehingga ada yang tittle kan JDT ni sebagai Real Madrid Malaysia dan tersenarai tempat ke 152 sebagai pasukan terbaik di dunia. Apa yang lebih mengagumkan adalah JDT menduduki ranking lebih baik dari wakil Liga Perdana Inggeris Southampton (153) dan kelab Serie A AC Milan (154).

Tapi camne pulak dengan pasukan PKNS FC ni? Sure ramai yang tak familiar, sokay takpe korang takyah risau, sebab SOSCILI akan menceritakan sedikit sebanyak tentang background kedua-dua pasukan bolasepak ni.

1. Piala yang pernah di capai oleh JDT dan PKNS FC

JDT

Tadi kitorang dah cakap yang ranking JDT lagi tinggi daripada Southampton dan AC Milan. Selain tu, ini adalah antara kejayaan JDT yang pernah diraih dalam liga tempatan :

  1. Menjuarai Liga Super dua kali berturut-turut pada tahun 2014 setelah berjaya membaham Sarawak dengan jaringan 1-0 dan 2015 .
  2. Juara Piala Sumbangsih 2016.
  3. Tempat ke dua dalam Piala FA 2013.
  4. Tempat kedua Piala Malaysia 2014.
JDT julang Piala AFC 2015. Image dari The Rakyat Post

Selain beraksi di liga tempatan, JDT jugak pernah memenangi trofi di peringkat Antarabangsa pada tahun 2015 dalam Piala AFC (Asian Football Confederation). Ia telah melakar sejarah bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama di Asia Tenggara layak ke peringkat akhir (siap menang lagi).

Atas kejayaan tersebut jugak lah, JDT bakal menjadi jenama global serta selepas berjaya menarik minat tajaan daripada sebuah syarikat terkenal di Thailand. Syarikat korporat itu turut menaja beberapa pasukan bola sepak yang beraksi di Eropah.

PKNS FC

PKNS julang piala Liga Premier 2011. Image dari sokernet.com

PKNS FC pernah menjulang Piala FAM tahun 1979, 1980 dan 2002. Bukan setakat tu je, malah mereka turut meraih Piala Liga Premier tahun 2011. Dan buat pengetahuan korang, Pada 2011, PKNS pernah menumpaskan Johor 2-0 dalam perlawanan ke-19 dorang kat Stadium Petaling Jaya.

Dan kini PKNS berjaya menduduki tangga kelima Liga Premier dan berjaya layak ke saingan Final Piala FA 2016.

2. Pemain JDT bertaraf global, PKNS pulak diasaskan oleh lejen bola Mokhtar Dahari!

Dari segi pencapaian, JDT telah mendominasi sebahagian besar Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 anjuran Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). Safiq Rahim selaku kapten pasukan diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik dan  Pemain Paling Bernilai 2015.  Dia jugak dikategorikan antara pemain bola sepak paling berpengaruh kat Malaysia.

Selain tu, 4 lagi pemain JDT turut memenangi anugerah mengikut kategori memasing iaitu Farizal Marlias (Penjaga Gol Terbaik), Aidil Zafuan (Pemain Pertahanan Terbaik), Amri Yahyah (Penyerang Terbaik) dan Luciano Figueroa (Pemain Import Terbaik).

Anugerah pemain paling bernilai 2015 (JDT)

Proses pemilihan pemenang ni adalah berdasarkan kepada kriteria pengundian daripada Ketua Jurulatih, Ketua Pasukan dan 24 Wakil Media. Tapi Ketua Jurulatih dan Pasukan tak dibenarkan undi pemain daripada kelab/pasukan mereka sendiri lah.

Setiap pemain yang terpilih akan diberi markah tapi kalau terdapat kiraan markah seri, “tie-breaker” akan diputuskan oleh Jurulatih Pasukan Kebangsaan.

Sokongan nitezin di atas kejayaan Safiq Rahim. Image dari Twitter

Pasal PKNS FC pulak, jangan korang sangka mereka ni tak ada lejen! PKNS FC ni adalah tempat bermulanya perjalanan karier Mokhtar Dahari a.k.a Supermokh, lagenda bola sepak tanah air. Mokhtar pernah mendapat kecederaan lutut ketika mewakili PKNS menentang Pemuda Umno di peringkat suku akhir Piala FAM sehingga terpaksa menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti. Lepas pulih je dari kecederaan, beliau terus je kembali beraksi semula mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor.

Penampilan Supermokh di PKNS. Image dari Chedinsphere

“Semua orang tahu tentang JDT, satu pasukan yang besar dengan mempunyai pemain-pemain bintang. Namun, saya tidak kesah… ” – Matias Hadwa, pemain import PKNS . Dipetik dari stadium astro.com.

Walaupun PKNS tak menerima sebarang anugerah seperti JDT, tapi ia sedikit pun tak mengerunkan pihak PKNS untuk berentap di padang dalam rebutan Piala FA 2016. Malah semua pemain dalam keadaan siap sedia dan tidak gentar untuk berhadapan dengan pemain-pemain JDT.

“Kami akui JDT adalah pilihan pada aksi final nanti, namun kami akan cuba melakukan kejutan dengan menewaskan mereka ” – Pengurus Pasukan Liga Premier PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid ketika di intiview oleh SOSCILI.my

3. Kedua-dua jurulatih yang memang orang lama dalam arena bolasepak

Sebelum datang ke JDT, Mario Gomez merupakan bekas permain Argentina, serta pernah menjadi coach di kelab-kelab lain termasuklah di Hong Kong, Ecuador dan Argentina.

Inilah watak penting dalam kejayaan JDT. Image dari Johor Southern Tiger

Menurut Tunku Mahkota Johor, keputusan memilih Mario Gomez sebagai jurulatih JDT adalah kerana skuad Harimau Selatan ni memerlukan perubahan taktikal untuk meningkatkan tahap permainan.

“kepakaran dan pengalaman bekas pembantu jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan itu amat diperlukan bagi mendidik pemain JDT untuk jangka masa panjang. Bukan sahaja mendidik pemain malah bertanggungjawab untuk merombak kembali pasukan JDT II sehingga JDT V yang banyak menunjukkan keputusan teruk” – Tunku Ismail, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Dipetik dari Berita Harian

Mario Gomez telah di anugerahkan sebagai Jurulatih Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 dan juga terpilih sebagai Jurulatih Terbaik Liga Super Bulan Mac 2016.

Image dari JDT Cyber Fan Club

Ketua Jurulatih Pasukan PKNS FC, E. Elavarasan juga tidak kurang hebatnya dimana beliau turut dianugerahkan Jurulatih Terbaik Bulanan Liga Premier untuk bulan Mac 2016 oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia. E. Elavarasan kini kembali mewarnai pentas Liga Malaysia selepas kali terakhir bergelar ketua jurulatih pada 2013 bersama Terengganu setelah direhatkan di pertengahan musim.

Elavarasan mula dikenali oleh kebanyakan peminat bola sepak negara apabila membimbing pasukan berstatus kelab, Public Bank muncul naib juara Liga Super pada 2006 dan Felda United selaku juara Liga Perdana pada 2010. Beliau mempunyai pengalaman dan rekod pencapaian terbaik bersama pasukan kelab-kelab yang terdahulu.

Image dari facebook PKNS FC

Final Piala FA yang akan berlangsung pada 14 Mei ni pasti menjanjikan pertembungan taktikal hebat antara Mario Gomez dan E. Elavarasan. PKNS sekarang ni begitu fokus dalam misi mencipta kejutan ke atas JDT. Usaha tangga kejayaan!

“Dalam perlawanan menentang JDT ini, setiap pemain perlu memberikan tumpuan sepanjang perlawanan,”- E Elavarasan, jurulatih PKNS FC. Dipetik dari Awani.

4. Infrastruktur JDT memang boleh bagi lima bintang

JDT muncul sebagai kelab bola sepak pertama di Asia Tenggara memiliki pusat latihan tertutupnya sendiri bernilai RM18 juta.

“Jika kita lihat pasukan lain di Malaysia, tiada yang miliki infrastruktur setanding JDT dan mereka mempunyai stadium terbaik yang saya pernah saya lawati setakat ini,” – Diouf, bekas penyerang Liverpool. Dipetik dari Malaysiakini.

Dari segi infrastruktur bola sepak, JDT ni adalah yang terbaik di negara dengan dilengkapi kemudahan latihan serta stadium bertaraf dunia. Infrastruktur dan kemudahan yang dibawa oleh Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi antara kunci utama kejayaan pasukan JDT.

Mr. Shusaku Yamashita, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa J. League dan Mr. Hirokatsu Mikami, Pengurus Besar Kelab Hokkaido Consadole Sapporo jugak menyatakan bahawa kemudahan JDT tu adalah yang terbaik di Asia Tenggara.

Image dari Berita Bola Johor

Malah, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bersetuju hulurkan bantuan kat pasukan kebangsaan dengan memberikan kebenaran pemain Malaysia untuk guna kemudahan infrastruktur JDT. Prasarana dan infrastruktur sedia ada kat JDT ni  jugak telah dijadikan contoh bagi penambahbaikan dalam kemudahan Sukan SEA 2017.

5. Penyokong yang sanggup ber-camping sebab nak beli tiket!

Mungkin demam Final Piala FA 2016 dah bermula sehingga ada yang sanggup beratur panjang dan ada jugak yang sanggup bermalam kat stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semata-mata nak dapatkan tiket final Piala FA! Fanatik sungguh penyokong-penyokong JDT ni. *semangat kesukanan tinggi*

Bercamping depan stadium :D Image dari carigold.com

JDT mempunyai penyokong dan peminatnya tersendiri yang boleh katakan agak ekstrim jugaklah. Dorang ni dulunya dikenali sebagai Southern Troop Ultras (STU) tapi sekrang ditukar kepada Boys of Straits (BOS) pada penghujung tahun 2011 dan selalu bawa gerakan Ultras disetiap perlawanan yang melibatkan pasukan JDT.

Penubuhannya cuma nak naikkan semangat player bile beraksi kat padang sepanjang 90 minit tu dengan bersorak dan nyanyi lagu yang boleh buatkan spirit player tu berkobar-kobar (tak kire menang atau kalah). Penyokong JDT jugak telah dipilih sebagai penyokong terbaik selepas mendapat undian tertinggi pilihan Sorakan 12 Astro Arena.

Walaupon mempunyai penyokong yang ramai tapi Tengku Mahkota Johor tak terfikir pun ianya sebagai kelebihan buat JDT menentang PKNS pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ni.

“…PKNS menewaskan Perak dengan kehadiran penyokong yang sedikit. Apabila JDT menewaskan South China di Hong Kong, juga dengan sokongan penyokong yang lebih rendah. Jadi, ia tidak mendatangkan apa-apa perbezaan…” – Tunku Ismail, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Dipetik dari Penyokong Setia Johor.

Ultras JDT. Image dari BOS JOHOR

Macam yang korang tau, PKNS ni tak punya ramai penyokong, tapi tu sume sikit pon tak menggentarkan player PKNS untuk bermain di hadapan penyokong JDT yang ramai dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini. Malah masa kitaorang try call Pengurus PKNS, beliau ada cakap yang  pemain-pemain PKNS semuanya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan JDT. Walau camne pun, skuad The Red Ants ni tetap berharap penyokong mereka akan hadir untuk memberi sokongan dalam perlawanan akhir nanti.

Penyokong Selangor memberi sokongan kepada PKNS FC. Image dari Utusan

“InsyaAllah pemain PKNS tak gugup dan dapat beraksi dengan baik. Kita sudah biasa dengan situasi ni (tak mempunyai ramai penyokong)…”- Pengurus Pasukan Liga Premier PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid ketika di intiview oleh SOSCILI.my

Pihak PKNS sendiri telah menolak 20,000 tiketnya kat penyokong JDT kerana bimbang gagal terjual akibat tak punyai ramai penyokong, tapi tanpa diduga sebenarnya mereka ni turut menerima soko­ngan tambahan yang tidak dijangka oleh penyokong Selangor bagi menaikkan semangat pemain memburu kejuaraan sulungnya menentang pasukan Harimau Selatan.

6. Pasukan underdog never give up, never surrender…

PKNS selaku kumpulan “underdog” berjaya ke Final Piala FA 2016 telah berjaya membuka mata peminat bola sepak tempatan. Dorang menjadikan kejayaan Leicester City di Liga Perdana Inggeris sebagai semangat pada pasukan bagi menentang JDT.

“Inspirasi Leicester City amat bermakna untuk PKNS FC. Semangat never give up, never surrender merupakan salah satu penyumbang utama kejayaan kita” – Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, Presiden PKNS. Dipetik dari facebook PKNS FC.

Dalam intiview kitaorang bersama Pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata beliau mengakui PKNS bukanlah pasukan pilihan, tapi tu tak bermakna mereka tidak mampu berjuang hingga ke final serta ia tak sedikit pun menjadi penghalang pasukan Semut Merah menentang Harimau Selatan.

“Walaupun kami adalah pasukan yang kecil, tapi kami mempunyai jiwa yang besar dan kemahuan yang tinggi” – Pengurus Pasukan Liga Premier PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid ketika di intiview oleh SOSCILI.my

“PKNS juga tidak diberi harapan untuk melangkah sejauh ini dalam Piala FA. Tapi kami sudah bekerja keras untuk melayakkan diri ke final. Kini hanya tinggal selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai juara. Oleh itu ia tidak patut disia-siakan.” – Gonzalo Soto, Pemain PKNS. Dipetik dari 90minit.com

Kualiti pemain serta semangat juang yang tinggi pada dorang tu mampu membawa PKNS ke puncak kejayaan serta memberi inspirasi pada yang lain.

Mampukah mereka bersaing

Jelas perbezaan antara JDT dan PKNS ni bagai langat dan bumi lantai dengan siling (langit dan bumi tu mcm over sangat lah pulak kan). Tapi sebenarnya dalam bola sepak ni tiada istilah mustahil pun as long dorang semua mempunyai usaha, semangat yang tinggi dan bersatu kejayaan tu pasti akan mampu dicapai. Dan semangat nilah yang perlu ada dalam diri setiap pemain bola sepak tempatan sama ada JDT atau PKNS.

Bagi JDT selaku pasukan pilihan, tekanan pastinya memuncak pada dorang agar menepati ramalan bergelar juara berdasarkan prestasi semasa pasukan, manakala bagi PKNS selaku “underdog” pulak pastinya dorang tak rela diratah Harimau Selatan pada 14 Mei 2016 ni.

So korang rasa sape yang akan bergelar juara malam esok? Jom VOTE dekat poll bawah ni siapa pilihan korang!

[socialpoll id=”2358723″ path=”/polls/2358723″ width=”500″]

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)